Wednesday, February 13, 2013

Diary 73

Selamat Tahun Baru Cina...

paling seronok tahun baru Cina  kali ini sebab Umar akan balik ke Kedah buat pertama kalinya...Ya!.. selepas aku cuma sempat tengok wajahnya tak sampai 24 jam -  25 Disember 2012 yg lalu...: (

atas permintaan...aku menjelajah hampir semua pusat beli belah di Pulau Pinang (tidak termasuk Tanah Besar) untuk mencari rocker@bouncer khas untuk Umar...hebatkan kuasa cinta dan kasih sayang...sanggup buat apa saja...hmmm...

mula2 pergi butik Anakku di Relau..kata orang situ murah..tapi bagi aku sama saja..barangan pun banyak yang lama2...kedua pergi ke Jusco Queensbay...pergi dua butik bayi kat luar...satu butik saja ada rocker...mahal pula dekat RM400++...jadi  terus cari dalam Jusco...dah jumpa yg berkenan dan harga berpatutan...tup tup..

"Maaf cik..promoter dia cuti"

HAH!...jadi..saya tak boleh beli lah ni...rasa macam nak saja buat aduan kat Customer Srvice tapi sebb dah maghrib aku terus berlalu penuh hampa...kecewa sangat sebab dapat alasan macam tu...boleh terima lagi kalau alasan stok habis atau lain-lain...tapi alasan promoter cuti adalah pertama kali kot...nak meniaga ke dak ni??

ketiga, Jumaat tengahari aku pergi ke SunShine Bayan Baru...dan tiada langsung stok...lagi best...yg penuh stroller je banyak...jadi aku plan untuk ke destinasi terakhir iaitu Gurney Plaza. tapi macam biasa aku perlu teman dan keluar awal...kalau tidak mesti sesak tambah2 Raya Cina ni kan...

malam jumaat aku  bermalam di rumah kak Farhana..juga senior Bio di USM..dia pun AR juga di PiPPA...sempat kami main masak-masak dan makan sampai kembung perut..heheheh




9 Februari 2013, Sabtu

ditemani Jue, pukul 9 pagi kami bertolak ke Gurney Plaza. parking tempat paling strategik dan sarapan roti sebagai penguat untuk beli belah.



dah agak kedai buka, kami terus memburu rocker@bouncer...kat Parkson cuma ada dua pilihan saja...mahal pula..apakah??...tapi masih semangat mencari, kami ke butik Mothercare...Alhamdulillah ..banyak sangat pilihan dan harga pun boleh tahan...kami pergi pula tinjau di butik bayi berhadapan Mothercare..walau nampak biasa saja tapi ada barangan yg sama di Mothercare & Toys R Us malah harga lebih murah...contohnya yang ini...


Lamaze (di sebelah kiri) tu aku jumpa paling murah kat online RM56.90...tpi aku dapat kat butik ni RM29.90...hah!!...terus beli...tak pikir panjang dah...sebab aku dah 'aim' nak beli...hehehehe....sebelah kanan tu aku beli kat Toys R Us..RM19.90...atas nasihat Jue..kalau ikut nafsu aku dah lama aku ambil Lamaze punya harga RM29.90..hehehe..terima kasih Jue...nasib baik tak ambil sebab jumpa yang harga sama tapi lagi banyak...boleh kat kaki dan tangan...

Jue aka penasihat barangan bayi aku...heheheh
rocker@bouncer untuk Umar Fahim...tinggal satu saja dan paling murah...RM99.90..akhirnya..dapat juga...

teman Jue pula beli kasut high heel...
Menu tengahari adalah Pecal Ayam terkenal di Penang...sekarang di Bukit Jambul..dulu kat Sunny Point..kalau mai sini..ada ja muka geng USM..hehehe


Malam pula ada walimah Kak Intan Haslina...anak kepada Prof Datin Hasnah..kak Intan adalah senior Bio aku masa di USM...dia antara senior yg pertama tegur aku dan sangat baik. walaupun kami jarang berhubung tapi dia antara senior yang dekat di hati aku...ewahhh...Mak nya pun baik dan lemah lembut..walau keluarga mereka berkedudukan, berharta tapi sangat rendah diri dan hati mulia, tak sombong dan pemurah. sungguh aku kagum...
courtesy Asya Ahmad
Majlis di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji...warna tema..turqoise
di atas meja ada kad untuk ucapan kepada pengantin...ringkas tapi kreatif
cenderahati
pencuci mulut...tapai ais krim...pertama kali makan ni...

ok..selesai semua...esok dah nak balik kampung...jumpa Umar Fahim..nak peluk cium puas-puas...hehehhe...

Saturday, February 9, 2013

Farewell Govin

Govin adalah Pegawai Penyelidik di CGSS. aku mula kenal dia ketika aku di BHEPP. tahun 2009 tak salah aku.

6 Februari 2013 lalu..Hamoon yang juga officemate + housemate kepada Govin telah mengadakan sedikit jamuan selamat jalan kepada Govin yang berjaya menyambung pelajaran peringkat Phd di Australia...tahniah Govin dan Selamat Maju Jaya. jangan lupa kami di sini ya!

KFC

seronoknya dapat makan...

Pavlova daripada Cik Fera

Thursday, February 7, 2013

Mama Mia Dapat Anak Kembar

kakak

adik
November 2012, Mia selamat melahirkan bayi perempuan...kembar pula tu!!..Mia kata famili dia dan suami dua-dua tak ada genetik kembar. memang tak sangka sungguh dapat anak kembar. jadi teori kalau ada famili kembar baru boleh dapat kembar boleh diragukan...apapun berbalik kepada kuasa Allah...tak ada yang mustahil kan dalam hidup jika dengan izin Allah

Kakak nama Siti Auni Kamila; Adik nama Siti Amni Kamila...(maafla kalau terbalik hahaha)...tahniah Mia..tak sangka dah jadi Ibu kan...dua orang sekaligus pula tu...

Ahad, 20hb Januari 2013 baru aku berkesempatan ziarah Mia dan anak-anaknya comel...sebab asyik dok menunggu waktu lapang orang lain, akhirnya aku pergi sendiri ditemani Dila. Alhamdulillah...

Saturday, January 19, 2013

Diary 72: CGSS 1

CGSS tak lama lagi akan berwajah baru....ha!..pertama, semua gambar-gambar yang menjadi hiasan dinding seluruh CGSS telah dipulangkan kembali kepada pihak Muzium USM untuk diaudit...jadi aku sempat ambil sedikit gambar sebagai kenangan

Sebelum...

gambar di dalam bilik aku...

gambar hiasan yang paling besar di CGSS

di pintu masuk bilik aku



Selepas...



semua gambar yang dikumpul..sebahagian telah di bawa pergi...isk..isk...tinggal kenangan...



Wednesday, January 9, 2013

Diary 71: Jalan-jalan Cameron Highlands



Sesi percutian bagi tahun 2013 dirasmikan dengan kunjungan ke Cameron Highlands (CH). memenuhi ajakan Mazidah yg ingin menenangkan fikiran,katanya. kali terakhir aku ke sini pun semasa aku tingkatan 5 tak salah. lawatan sekolah anjuran Koperasi.  bertolak jam 9 pagi lebih, 5 Januari 2013 dengan kereta Norji..singgah makan di R&R Bukit Merah yang ditutup utk renovation menyebabkan terpaksa berhenti di R&R Bukit Gantang.

hampir jam 12 tengahari, kami selamat tiba di CH. singgah makan di tanah rata sebelum daftar masuk ke hotel Chua Gin yang ditaja penuh oleh Mazidah (terima kasih banyak!). rehat sebentar bertolak jalan2 selepas solat asar. kami ke BOH Tea Plantation tapi rezeki tak ada...dah tutup...dibuka dr jam 9 pagi hingga 4.30 petang. jadi Norji pun bawa kami ronda2 naik atas bukit Brinchang. sempat lawat Mossy Forest yang ala2 cerita Merlin. tapi tak masuk pun sebab seriau...dah dekat nak maghrib dan kami semua pula perempuan.  

puncak

Mossy Forest

sepanjang perjalanan ke Gunung Brinchang

Malam kami melawat pasar malam yang jual sayuran, buah strawberry, cenderahati, baju, makanan, dan lain-lain. tapi Norji kata tak semeriah yang dia pergi dulu. banyak kedai tak buka.

6 Disember 2013 (Ahad), selepas sarapan di Tanah Rata, kami bertolak ke Mardi sebagai lokasi pertama. pelbagai jenis tumbuhan ada di sini. nak beli pokok pun boleh kat sini.





sebelum balik, makan aiskrim strawberry dan strawberry coklat


Selepas MARDI, pergi ke Smoke House...sebenarnya ini hotel tapi turut dijadikan lokasi lawatan sebab rekaan rumah cantik dan ramai orang yang akan ambil gambar di sini. 








Singgah ke ladang Strawberry dekat dengan hotel...

lokasi popular untuk bergambar


atas strawberry..bawah parsley

semua menu berasaskan strawberry...
menu kami...waffle strawberry, pancake strawberry, strawberry float, t=strawberry sundae, yogurt dan jus sayur (lupa nama)
selepas itu, balik hotel dan daftar keluar. singgah di Tanah Rata untuk beli belah. singgah juga di BOH Tea Plantation tapi sebab kena panjat bukit, tak jadi naik semuanya...heheheh...bertolak pulang ke Pulau Pinang, jam 7 malam alhamdulillah selamat tiba.


kelapa laut...paling kecil harga RM7...air RM2..rasa macam air gula melaka
kawasan beli-belah


terima kasih Mazidah dan Norji@Najihah...