Tuesday, March 12, 2013

Silaturahim

1 Mac 2013

aku dimaklumkan tentang kehadiran seorang kenalan dr Aceh yang berada di Penang menemani kakak dan ibunya menjalani rawatan di Hospital Pantai di sini. aku tahu 2-3 hari sebelum. tp dek kekangan masa masing2 (maklumlah waktu bekerja), akhirnya kami bertemu jua.

kami kenal Oja (Oriza) ketika ada lawatan keusahawanan di Aceh tahun 2008 yg lalu. wahhh...lama kan tidak ketemu...waduh2...sepanjang kami berbalas sms untuk berjumpa ni...habis semua bahasa aku jadi Bahasa Indonesia...sbb Oja asyik balas sms dalam bahasa Indonesia, aku jadi pening kepala dan drama Sinetron sangat membantu. ya ampun...

Ikut rancangan nak jumpa hari jumaat tapi Oja akan bertolak ke KL malam jumaat. Jannah pula ada janjitemu terpaksalah aku ajak Azim..sebab otak aku dah buntu fikir siapa lagi yang sama2 kenal Oja..alang2 boleh buat reunion sekaligus kan...

ketentuan Allah...janjitemu Jannah batal...Oja akan ke KL dengan bas jam 1 pagi. jadi aku, Jannah, Azim dan Oja bertemu di stesen Bas Sungai Nibong jam 12 pagi sambil menghantar Oja dan  keluarga ke KL...hahhh...habis keluar semua cerita...
Jannah, Oja, aku & Azim...selepas 5 tahun...huahuahuaa...
alala...sukanya dia kan...moga ketemu lagi yuk...

6 Mac 2013

Anis Safirah dan keluarga sempat singgah di ofis aku. alhamdulillah...Anis adalah ex housemate aku di U height dulu...lebih setahun juga kami tak jumpa...dah selamat lahir baby boy..sama tarikh dgn Umar Fahim...allolo...comelnya Arshad Solihin ni...

puaslah Arshad..dia tidur, menyusu, dan poo poo lagi kat ofis Ummi Fuzah ni..pastu tengah kami sembang2..Arshad sempat lagi pancut..habis basah seluar Abah dgn karpet ofis Ummi Fuzah...nasib baik najis Mukhaffafah saja...iaitu najis kanak-kanak bawah 2 tahun yg hanya menyusu ibu sahaja...jadi cuma perlu :

  1. Basuh bahagian yg terkena najis dan lap
  2. percik air di bahagian terkena najis
  3. lap dgn kain bersih hingga kering



Arshad Solihin bin Amir Hamzah...lepas ni jumpa mesti dah pandai cakap semua...heheee




Thursday, February 28, 2013

Tentang Khairul Syahmi Brahim

Ini adalah kisah dia. dulu aku cadang nak cerita pasal dia masa dia letak jawatan dan ambil keputusan untuk bermastautin di Ipoh...tapi entah kenapa..aku tiada mood untuk menulis kisah dia.


Ok. nama dia. Khairul Syahmi Brahim. aku kenal dia masa aku jd pegawai penyelidik di BHEPP tahun 2009. dan sebelum atau selepas tu kot (hahaha...sudah lupa)...kami pernah bertugas dalam kem Pimpin Siswa yang sama iaitu di CAK. waktu tu pun kami biasa2 lagi tapi gaya utk lebih mengeratkan silaturahim masih ada dan samar-samar.mungkin sebab kami masih baru dan dia hormat aku sebagai seniot kot.

kemudian tahun 2010 (kalau tak salah), dia jadi Pegawai Khidmat Singkat (PKS) di BHEPP tugas utama adalah utk Program Pimpin Siswa. bermula dari situlah kami makin kenal-mengenali. hinggalah pernah satu hari dia minta pertolongan daripada aku yang bagi antara 50-50 juga rasa tolong. masa tu aku hairan sangat kenapa dia minta tolong dgn aku sedangkan aku ni bukanlah siapa-siapa..ewahhhh...

dan disebabkan aku ni jenis 'tak sampai hati' menolak kalau orang dah minta tolong...jadi pertolongan itu diberikan dengan izin Allah jua...alhamdulillah...

apapun...banyak sebenarnya nak cerita pasal dia ni. aku sendiri pelik dan hairan dgn diri sendiri macamana aku boleh mengenali@rapat dengan dia ni. sudahlah perangai pelik + entah apa-apa. suka salah guna Bahasa Melayu. suka K-Pop. suka pakai baju fit. dan macam-macam lagi la. hmmmm

tapi apapun..tak kenal maka tak cinta kan...sungguh ada hikmah di sebalik perkenalan kami. sekurang-kurang aku tak akan mudah menilai orang hanya berdasarkan rupa. kalau org tanya apa yg aku akan ingat sampai bila2 tentang Khairul Syahmi Brahim.

jawapan aku.




Janji ditepati...



boleh???...serius...dia seorang yg berpegang pada janji. cukup saja aku dan dia yg tahu janji apa. sebaik, sekacak, sekaya mana pun lelaki tu...kalau tak tepati janji...huh...hilang terus hormat aku. Dia juga seorang yang sangat mengenang budi. jahat mana pun kau, kalau kau pernah berjasa pada dia..dia akan sokong dan kenang jasa kau..betul ni!!

Dia jujur dan ikhlas. jujur berbakti. ikhlas berkhidmat. Dia hidup untuk memberi. memberi segala yang ida termampu. untuk lihat orang sekelilingnya bahagia. Dia akan menyempurnakan mereka-mereka yang tidak sempurna...ewahhh..dahsyat ayat aku. dan apabila bersama Dia, aku seolah-olah menjadi seorang kakak yang penuh nasihat gitu...dan kadang2 aku seolah seorang adik yang naif penuh kecomelan gitu...

Ok...lagi tentang Khairul Syahmi Brahim ni yang aku akan ingat sampai bila2...

Dialah orang yang aku sentiasa kena belanja dia..walaupun hati aku selalu menyumpah + menyampah..tapi aku selalu kata...ikhlas fuzah..ikhlas...rezeki dia kan..tapi kalau asyik kau ja belanja..sapa tak bengang!

Semasa post ini ditulis, Dia dah pergi berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di BHEPP Kampus Kesihatan, Kelantan.

aku tak sedih...tapi bahagia sebab dah tak ada orang yang nak ajak aku keluar malam2 ajak p karaoke, makan-makan, dan lepak2 sampai tengah malam...aku kerja kot esok pagi!

Apapun...aku sedih...sbb aku dah 'hilang' seorang adik yang sentiasa sokong agenda kelestarian kami. Dah tak ada orang nak ajak aku p kitar semula. Dah hilang seorang yang selalu juga minta pendapat dan pandangan aku. Dia tak bodoh sombong ok!...

Justeru, wish you all the best dik...walaupun kau dah 'derhaka' kat aku sebab tak jumpa sebelum kau pergi tapi aku faham...aku lihat kematangan dia semakin hari semakin bertambah berbanding masa aku baru kenal dia. Dia semakin bijak melihat dunia dari sudut pandangan penuh erti kemanusiaan dan keagamaan. elok la tu dok kat Kelantan tu.

okla...jenuh juga kutuk dan puji dia..sebab dia dulu pun kutuk dan puji aku juga..kira balas dendam la ni..hehehe..anyway...

Selamat Bekerja Bro..ingat pesan akak apa dulu



"Jangan lupa jasa-jasa orang lain yang ada kita tak tahu/sedar untuk bagi apa yang kita ada sekarang" 

Tuesday, February 26, 2013

Kau Yang Bernama SHARP

aku tak tahu berapa usia SHARP ini...seingat aku mungkin semasa aku sekolah rendah lagi..kalau tak salah la...dan apabila kewangan semakin mengizinkan..ketika setiap rumah sudah mampu punya lebih daripada satu tv..SHARP ini dijadikan pilihan kedua dengan meletakkannya di tingkat atas.

semasa aku mula belajar menyewa rumah di U-Height tahun 2008...tv 30"-34"yang dibekalkan pemilik rumah sudah rosak. jadi SHARP ini pun aku bawa hijrah dari Kedah ke Pulau Pinang. walaupun saiznya cuma 14" tapi mutu & keunggulannya tidak dapat disangkal lagi...semua siaran dapat ok!..(tanpa astro)...jadi setiap pagi..akan ada siaran 'Tanyalah Ustaz'...sabtu malam ada 'Cerekarama'...termasuklah slot 'Lestari', 'Akasia' dan sebagainya...

dengan SHARP ini...97-7-6 telah bersatu...bersatu di hadapan SHARP ini...kami bersatu untuk bertolak ansur menonton rancangan yang undinya adalah majoriti...tak ada gaduh-gaduh tukar siaran tau...walaupun tak suka siaran tu...diam saja atau terus masuk bilik...baca buku...maklumla semua bakal Dr...

hari ke hari, butang SHARP semakin dimamah usia..sudahlah tiada remote control..sekarang nak tukar siaran kena pakai lidi sebb nak jolok butang kat dalam SHARP tu..ha!...sangat klasik dan menguji kesabaran...

2011, SHARP ikut aku hijrah lagi ke Nibong Tebal...sekali lagi SHARP berjasa walaupun siaran di situ sangat kurang baik tapi kami tetap bersabar...disebabkan jumlah penghuni kurang daripada 97-7-6..tapi kami tetap bersatu di hadapan SHARP.

2012, SHARP kembali ke Pulau...tetapi tidak lagi di 97-7-6..kali ini SHARP berbakti di Minden pula...alhamdulillah...mutu & keunggulan SHARP tidak menghampakan...malah sebagai tanda sayang terhadap SHARP aku telah menghadiahkan rak tv dari IKEA utk SHARP...apa ada pada harga..yg penting keikhlasan ya...
rak tv dari IKEA

2 minggu lepas..tahun 2013...Dila memberitahu aku yang SHARP sudah 'padam'...aku sedikit terkejut tetapi masih terkawal kejutan itu...aku cuba hidupkan suis...tekan butang 'on'...lepas menyala sedikit..SHARP terus padam selamanya...

rupanya..'ajal' SHARP sudah tiba...berakhir di sini rupanya kau SHARP...hampir 5 tahun lebih kau bersama aku di rantau orang...jasa baktimu tetap aku kenang...

dan walaupun kau kini sudah diganti...kau tetap di hati...terima kasih SHARP...


SHARP
pengganti SHARP...SAMSUNG namanya


bisik-bisik int@n: orang dah pakai flat, HD tv sekarang..siap pasang terus kat dinding..hehe..nak jimat bah...janji bil elektrik aku bawah RM20 dan percuma...alhamdulillah..

Monday, February 18, 2013

Bunyi Mercun...Dang Dung Dang

Sejak aku bermastautin di Penang, bunyi mercun ketika musim Tahun Baru Cina adalah perkara biasa. melainkan kalau tidak ada di Penang waktu itu. mungkin akan selamat dari bunyi-bunyian yang memang akan bagi kau terjaga daripada tidur, menyumpah-nyumpah dan hangat hati. (terkecuali bagi mereka yang tidur mati).

seperti biasa semalam bunyi-bunyian itu terus bergema bermula jam 11 malam lebih hingga hampir 2 pagi...sebab aku tidur awal jadi aku memang akan terjaga dan terpaksa melayan bunyi-bunyian dengan hati yang penuh redha...best juga..bukan senang nak tengok bunga api percuma kot!

sempat juga la ambil beberapa keping gambar yang sangat kurang kualitinya...maklumlah...kamera hp murah...jadilah kan...

Jadi, bagi mereka yang rasa nak mastautin kat Penang...bersedialah untuk menikmati bunyi-bunyian ini...yang kadang2 tu macam diletupkan di sebelah telinga kau saja...itu belum depan rumah kau atau mana-mana kawasan yang penuh dengan sisa bahan api itu lagi...hmmmm...kita kan 1Malaysia...tolak ansur itu penting...





Saturday, February 16, 2013

Aqiqah Umar Fahim

15hb Februari 2013,

selamat berlangsungnya kenduri Aqiqah Umar Fahim Mohd Azhan di Kampung Gelam, Alor Setar...Alhamdulillah...

Dalam sibuk uruskan kenduri, pukul 10 pagi lebih mama ajak aku ziarah cucu jiran aku yg kembali ke rahmatullah...baru umur 44 hari. lelaki. sakit jantung. 

Allahuakbar. sudah lah suci. dijemput pulang oleh Allah juga pada hari yang mulia...hari jumaat. sungguh kau sangat terpilih wahai anak.

semasa kami sampai, tak ramai lagi orang yang ada. semua yg hadir terus bersalam dan memeluk ibu anak mulia itu. air mata si ibu tak dapat disembunyikan. aku pun turut sebak sambil terbayang wajah umar. apa taknya..mereka sebaya cuma beza 11 hari saja. 

Namun, janji Allah pasti. si anak itu sekurang-kurangnya telah dijamin syurganya. dan syurganya juga termasuk untuk ibu dan bapanya...SubhanaAllah...

Umar Fahim,

kenduri kesyukuran ini adalah tanda syukur kami semua sebagai hamba pada Allah Maha Kuasa yang telah menganugerahkan Umar Fahim buat kami semua. pewaris keturunan dan generasi. Pembela dan penegak agama Islam dan Umat Muhammad.

Jadilah anak yang soleh Ya Umar Fahim.
Kebanggaan kami ketika di dunia.
Keberhasilan kami ketika di akhirat.
amin...



lembu buat aqiqah Umar Fahim

Mama & Umar

Umar Fahim...biar sekuat mana pun lagu Marhaban dan berendoi...Umar tetap tidur lena dan  baik tingkah laku. Baik Umar Fahim ni...