Tuesday, September 23, 2008

USM - APEX U

Mungkin agak terlambat aku mengucapkan tahniah atas kejayaan USM kerna terpilih sebagai APEX U pertama di M'sia, tapi aku kira bahang kegembiraan masih lagi terasa lebih2 lagi dlm kalangan warga USM ini sendiri. Namun harus diingat. kini segala2nya perlu dijaga. diperhatikan. ditelitikan. Maklumla. Pengiktirafan yg diberikan merupakan amanah. Bak kata VC, perjalanan kita baru bermula. dan pastinya perjalanan ini memerlukan kerjasama, penglibatan dan sokongan dari semua pihak. tak kira pangkat. tak kira usia. tak kira bangsa dan agama. kita semua di bawah matlamat yg sama. USM sebagai APEX U.

Thanks to Kema sebab dia yg beri aku idea utk tulis pasal APEX U ni tatkala jemari ini agak kebuntuan menaip rencana.

1st time aku dengar perkataan APEX U masa bulan 5/6 lepas. masa tu aku jadi RA kat Healthy Campus. Selepas sedikit discussion dgn Dr Lee (bos aku), dia beri aku dan RO aku soft copy report utk permohonan APEX U. tujuan utama adalah nak bagitau yg pasal campaign 'The White Coffin' banyak masuk dalam report tu dan juga pasal isu sustainability yg akan dijadikan fokus utama. Masih aku ingat pesan beliau yg minta agar kami tak sebarkan maklumat tu kerana ia adalah rahsia. So, maybe blh dikatakan aku dah agak tau la sikit pasal APEX U ni dan antara yg terawal tengok report yg dah jadi buku.

Awal bulan 7, aku dan RO dipanggil mesyuarat tergempar. kata Dr Lee, KPT akn dtg utk evaluate USM sebagai calon APEX U. kami ada masa kurang seminggu utk prepare bahan pameran bagi pihak Healthy Campus. pastinya projek 'The 'White Coffin' adalah fokus utama. Kelam kabutla office korporat. Aku, Pauline, Angel & Zaidi. berpeluh2. berkejar2. siapkan bahan. sampai cermin sisi kereta Pauline pecah dek dilanggar lori masa parking utk print banner.

Paling aku cuak bila nama aku pun termasuk utk diinterview sebagai mewakili student. Ah..sudah!!aku paling malas bab2 temu2ramah ni. tapi...demi USM...layan je. Dr Lee bagi buku yg dlm soft copy tu utk kami semua baca. Aku dapat tau ada 10 org student akan diinterview. 5 org dr MPP dan 5 org lagi yg terlibat dalam kempen THW. So, ada Kak Noor, Atun, Abe, Ke Shin, Aku dan Gun. Sehari sebelum tu, aku dapat sms minta kata kena pakai baju batik. nasib baik aku ada. kalu tak jenuh aku nak kena pinjam.

Aku takla rasa takut sangat tapi bila semua org pakat bagi semangat dan harapan aku mula jadi risau. tambah bila Dr Lee tanya. what do u feel? Whole uni depends to u tau...aku senyum kelat...aku tengok kak Noor. Kak Noor tengok aku. hentam saja la Labu...

Masa interview, aku tak banyak cakap. tapi aku mula risau sebab aku rasa hanya aku belum bercakap. Sampailah bila interviewer tanya soalan pasal keusahawanan. Kak Noor cuit tangan aku. sambil tahan debar hati, aku tengok Che Mat (YDP MPP) minta izin utk jawab soalan ni. Ye la. lagipun aku rasa antara kami ber10, aku lebih arif kot...so...aku rasa aku dah jawab sehabis baik yg aku tau sepanjang aku terlibat dgn program tu. lapang hati aku dapat keluar suara...barula rasa yg aku ni wujud dalam dewan tu...ceh!

Habis interview...semua dtg tanya...how? macamna? ok ka? susah tak soalan?...aku senyum je...ok2...biasa2 je...dun worry..tapi..dalam hati...Allah je tahu...hehehehe

So, itulah cerita aku. Maka, apabila diumumkan USM sebgai APEX U...pasti aku juga antara ribuan warga USM yg turut gembira dan berbangga. serta merta peristiwa itu menerpa ingatan. Ya, mungkin aku dilihat antara yg secara langsung terlibat dalam proses APEX U tapi bagi aku, kita semua warga USM sama2 telah memberi sumbangan kpd pengiktirafan ini. Samada secara langsung atau tidak itu bkn persoalan, yg penting biarlah sumbangan kita itu ikhlas dan diterima ALLAH. kita semua penting. tak kira pangkat. tak kira usia. tak kira bangsa. dari pencuci. tukang kebun. peniaga kafe. kerani. pegawai. pelajar. semuanya penting. Kita. anda. sama2 menyumbangkan kepd kejayaan dan kemajuan universiti tercinta ini. Kerna kita melakukannya bukan kerna nama. tapi kerna DIA. Insyallah. moga USM akan sentiasa diberkati dan dirahmatiNYA.

Tahniah buat semua warga USM!

Terima kasih. Hanya Allah saja yg mampu membalas segala jasa bakti anda buat menara ilmu tercinta ini. aminnn...

Kami adalah USM. USM adalah kami.

Sunday, July 27, 2008

The White Coffin Menang

CUSA singkatan kpd College & University Student Assembly adalah program pertama yg menghimpunkan para pelajar kolej & universiti dr seluruh M'sia. selama 3 hari 2 malam di Wisma Belia, Kuala Lumpur dgn bertemakan 'Volunteer as a practice of life'.

Dgn ditemani 6 org junior2ku dan 13 lagi wakil dari sekretariat sukarelawan USM, kami meredah highway hingga sesat di KL dan merupakan pasukan yg terakhir tiba. Untungnya kami disambut penuh meriah oleh semua delegasi uni lain. glemer sat.

Aku dimaklumkan yg tugas aku adalah sebagai presenter sebab kononnya dikatakan bahawa hanya aku yg lebih maklum tntg projek THW...ceh!..walupun aku agak blur dgn program ni tapi aku redah jugak...demi insan tercinta...ooppss...demi uni tercinta..thanks a lot to all juniors yg banyak bagi semangat kat aku..mana taknya...balik dari HK..terus aku ke KL...then aku pulak pening2 dgn bahasa utama utk presentation nanti coz aku agak tak yakin dgn BI aku. tapi dlm masa yg sama aku juga ragu2 dgn BM aku...apa ni??tah..aku pun tak faham...bukan apa...program ni di'conduct' dlm BI...so aku takut la aku nanti terkeluar majlis pula...so bincang punya bincang..aku decide present dalam BI..bukan apa..aku pkir sebagai cabaran utk aku jgak...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...walupun aku tak puas hati dgn presentation aku sendiri tapi...berkat doa semua, USM menang hadiah utama iaitu ' Best Community Service Award 2008'...bangga?..seronok?...ok la...sebab dah dijangka...heeheh..

BTW, thanks a lot pada semua yg terlibat...samada sukarela atau paksarela..ooppss...moga Allah merahmati kalian...sejujurnya..aku happy join program ni sebab banyak pengalaman baru aku dapat...paling penting...ia membuka mata hati aku bahawa...segala yg berlaku..buat aku lebih yakin...ada hikmahnya...

Tahniah USM![gallery]

Thursday, July 3, 2008

Cinta tidak semestinya memiliki

Dalam meniti usia 20an, persoalan cinta dan jodoh sering menjadi tajuk perbualan utama. ditambah lagi dgn tamatnya tempoh bergelar siswi universiti. Persoalan cinta dan jodoh tsemakin membara. Ramai sudah kawan2ku yang sudah bertemu cinta, melayari bahtera cinta, dan ada juga yang masih mencari2 cinta. Ada apa dengan cinta? kata org, cinta adalah anugerah. Anugerah Allah pada hambanya2. tanda kasih dan sayang. dari cinta wujudnya kasih, adanya sayang, timbulnya rindu dan perasaan2 yang tak mampu diungkap kata2. kerna hanya yang pernah dan sedang mengalami dan merasai mampu untuk memahami.

aku bertanya...andai kita telah jatuh cinta, apa yang kita mahu? jawapan: cinta dibalas, hidup dan mati bersama insan yang dicintai. bahagia bersama insan yang dicintai atau...

betapa beruntungnya seseorang itu apabila rasa cintanya turut dirasai oleh orang yang dicintai malah huluran cintanya itu disambut penuh keikhlasan. Tapi bagaimana pula untuk insan yang rasa cintanya tidak kesampaian, tidak berbalas atau bak kata orang 'cinta bertepuk sebelah tangan'. kecewa?pedih?sedih?...hanya yang pernah merasai akan dapat memahami...

sering aku katakan pada teman2, andai kalian sudah bertemu dengn insan yang kalian cintai dan dia juga mencintai kalian, salurkanlah cinta itu dengan jalan yang diredhai dan suburkanlah dalam rahmat Allah. Hargai rasa cinta itu sebaik-baiknya kerana tak semua insan bertemu dengan insan yang turut mencintainya.
Namun, kita hanyalah hamba. Segala yang telah tertulis tidak mampu kita halang. tetapi kita masih ada DOA...penangkis segala ketetapan. maka berDOAlah. 'Ya Allah, Andai dia untukku, satukan hatinya dengan hatiku, jika tidak, jauhkanlah dia dariku'.

dan jika cinta yang hadir itu tidak berbalas atau bukan untuk kita, memang bukan mudah untuk melepaskannya pergi. Jatuh cinta hanya perlu sesaat atau seminit tetapi melupakan cinta memerlukan bertahun-tahun. Tatkala rasa cinta itu datang, ia sangat membahagiakan. namun, ia juga sangat memedihkan apabila rasa cinta itu bukan milik kita. Memang bukan mudah untuk melepaskan rasa cinta yang selama ini kita menantikan kehadiran, namun siapa kita untuk menghalang ketentuan ALLAH. bukankah DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita?

Cinta tidak semestinya memiliki. Cinta adalah memberi tanpa mengharapkan balasan. Bukankah kebahagiaan insan yang kita cintai juga kebahagiaan kita juga.seperti lagu dua insan

bila kau senyum ku gembira
bila kau sedih ku menangis

Andainya rasa cinta itu tidak berbalas, teruskanlah langkahmu. jangan berhenti untuk terus bercinta. jangan putus asa untuk mencintai. kerna cinta itu anugerah. dan pastinya cinta itu lebih bererti padaNYA. biarkanlah insan yang kita cintai itu bahagia walaupun bukan dengan kita, kerna bahagianya juga bahagia kita. dukanya juga duka kita. dan hadiah paling bermakna untuknya pastilah sekudus doa agar dia bahagia dunia dan akhirat. dan kukuhkanlah ikatan dengan cinta Allah. perlahan-lahan kau lepaskan cinta itu pergi...percayalah...kau tidak kehilangan atau kerugian apa-apa kerna cinta yang kau hilang itu cuma sementara sedangkan kau masih utuh memiliki cinta yang abadi. Malah gantian utuk cintamu yang hilang itu adalah lebih baik lagi. maka nikmat Tuhan manakah yang kau dustakan?