Friday, May 29, 2009

Diary 24

Hold On!

Hmmm...sepatutnya aku akan bentangkan projek 'Green Office' pagi ni. peringatan telah pun dibuat minggu lepas agar aku bersedia utk perbentangan. bacaan pun dibuat. slide pun disedia. aku pun penuh bersemangat di pagi jumaat. sambil tak lupa menyampai pesan utk juruteknik agar menyediakan 'laptop'. sekali..

"Mahfuzah. 'Green Office' Hold On dulu. minggu depan baru bentang"

kelu.

diam.

saya yang menurut perintah.

nak kata gembira pun ada juga. tapi sedih pun sikit terasa. sebab kerja tertangguh lagi. takpala fuzah. adalah hikmahNya tu.

sabar ya. sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

dalam melayari kembara jiwa. aku rindukan saat berkhidmat di Kampus Sejahtera. berada bersama2 mereka yang satu tujuan.umpama berada di istana yang penuh kemewahan. aku dikelilingi mereka yang penuh kasih sayang walau berlainan bangsa dan agama. diliputi pengetahuan dan maklumat yang tak putus kunjung tiba.

tapi itu dulu.

saat masa aku masih penuh jati diri.

dan hakikatnya aku masih di sini. keseorangan menggali kekuatan hati. bersama roh semangat mereka2 yang punya satu cinta dan tujuan pasti.

memandang laut nan biru. sambil merenung gagahnya helang terbang meneru.

kurniakan aku kekuatanMu, Tuhan. kurniakan aku petunjuk agar terus di jalanMU. moga hati ini terus hanya untukMu.

sabarlah Mahfuzah.
Allah sentiasa bersamamu.
demi mereka.
perjuangan ini harus diteruskan.



Saturday, May 23, 2009

Bergema suara di MHI, TV3 II

semoga ia pemangkin buat perjuangan yang belum selesai.
Ya Allah.
Cukuplah Engkau bagiku.




Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu

kerna kelas aku di tingkat 3. sering kali cikgu2 aku akan berehat sebentar melepaskan lelah sebelum mula mengajar. nampak penat di wajah cikgu. sambil mengesat peluh yang berlagu. dan cikgu tetap terus setia. mengajar kami utk berjaya.

Terima kasih cikgu.

sebab terlalu kerap menggunakan kapur. tangan cikgu jadi 'rosak'. hingga susah untuk makan dan sakit untuk menyentuh barang. dan kerna sering bercakap dan berdiri lama. suara cikgu kadangkala hilang dan kaki lenguh sendi dan tulang. namun cikgu tetap terus tabah. mengajar kami demi jihad kerna Allah.

Terima kasih cikgu.

cikgu berjaga malam dan tidur yang kurang. menanda buku dan kertas peperiksaan. tak lupa juga menyiapkan laporan kerja dan urusan pengurusan. cikgu tidur sangat kurang. untuk belajar sebelum mengajar. supaya kami akan faham segala ilmu yang ingin disampaikan.

Terima kasih cikgu.

Cikgu,

Terima kasih kerana mendidik saya. terima kasih kerna mendoakan saya. terima kasih kerna menjadi guru saya. terima kasih kerna menjadi ibubapa kedua saya. tiada jutaan ringgit mampu saya hulurkan. selain doa moga cikgu bahagia. tiada emas permata mampu saya berikan. selain doa moga cikgu dirahmatiNYA. terima kasih cikgu. Hanya Allah mampu membalas jasamu. tetaplah cikgu. dalam hati saya selalu.

Terima kasih cikgu.


Diary 23



15-18 Mei 2009. Sibuk dengan program National Research & Innovation Competition. utk kali ketiga program ini dan kali pertama aku terlibat secara langsung sebagai ajk hadiah. pembantu kepada Kak Zie. Alhamdulillah. program ni sangat bagus sebab banyak pengetahuan yg dapat dikongsi bersama dalam pelbagai disiplin ilmu dari pelbagai menara ilmu. Terima kasih buat semua yg menjayakan program ini. Hanya Allah mampu membalas segala jasa kalian dalam memartabatkan nilai ilmu. Terima kasih juga buat semua peserta yang menyokong program ini. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian dunia & akhirat.Tahniah untuk para pelajar yang bertungkus lumus menjayakan. moga kejayaan mengiringi kalian di mercu gemilang.


Sunday, May 10, 2009

Selamat utk Mama...

Ya Allah.
Maha Penyayang
Maha Pengasih

kau letakkanlah segala duka ibuku padaku.
biarlah saja air matanya menjadi derita hujan utkku.
kau hiaskanlah seluruh sukaku pada ibuku.
biarlah saja senyum tawaku menjadi bahagia cahaya utknya.

Ya Allah.
tabahkanlah hati ibuku.
Ya Allah.
sabarkanlah jiwanya.
rahmatilah ibu
Ya Allah.
berkatilah ibu.
bahagiakanlah ibu dunia dan akhirat.

Ya Allah.
peliharalah ibu.
andai aku telah tiada lagi.
Ya Allah.
jagailah ibu.
andai Kau mahu aku dijemput pulang dahulu.