Monday, April 26, 2010

Diary 36

Dedikasi buat anakandaku Hadie Nuqman



Semoga kau terus tabah menempuh hari-harimu anakku,
Ummi sentiasa mendoakan bahagiamu...
dunia dan akhiratmu...


Tuesday, April 20, 2010

Jangan Runsing2..

Pernah baca buku 'Jangan Bersedih'?

kalau belum...tak rugi jadikan ia sebagai salah satu koleksi peribadi.

pertama kali aku beli tak salah aku dua tahun lepas. tapi sayang. hilang entah ke mana. selepas tu, sebelum berangkat ke UK. aku sempat beli sebuah di Shah Alam. dibukukan dengan saiz poket. mudah dibawa ke mana2. sepanjang aku di UK. buku itulah peneman duka lara aku. heheheh...ada kisah sebenarnya sepanjang pemergian aku ke UK tu...hmmm..InsyaAllah..yakin dan percaya ada hikmah semua itu.

sebenarnya bukan nak buat ulasan buku ni. cuma nak berkongsi hakikat sebenar buku ini adalah agar kita semua sentiasa sabar, tenang, redha dengan segala ketentuanNYA. dipendekkan cerita. Jangan stress!

Baru2 ni aku teman mama ke UUM. ada kem kesihatan. satu ilmu yg buat aku sangat terpana apabila kata mereka.

'salah satu punca penyakit dalam badan kita adalah kerna toksin yg ada dalam tubuh kita. dan salah satu punca penghasilan toksin adalah stress!'

fuh!!ternganga la sekejap mendengar fakta baru bagi aku.

tup2 pagi tadi. sempat dengar MHI. diskusi pasal penyakit apa entah. dr jemputan mengeluarkan kenyataan yg buat aku tambah kaku dan terkebil2 biji mata.

'stress juga merupakan punca2 penyakit kronik apabila perut menghasilkan asid berlebihan yg akan merosakan organ2 dalaman'

hmmm...dahsyat juga ye 'stress' ni...dalam diam boleh jadi pembunuh rupanya. jadi kesimpulannya 'jangan stress' dan 'jangan bersedih' ya...

Oh ya..ni ada tips utk kurangkan atau hilangkan stress...

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(al-Ra`d:28)

Monday, April 19, 2010

Seharum Kenangan Semerbak Kejayaan - 'The White Coffin'


1) KAS & The White Coffin
2) The White Coffin Menang Lagi
3) Kempen Keranda Putih Diiktiraf

Syukur Ya Allah
Atas kurnia RahmatMu ini
teguhkan kami untuk terus berdiri
meneruskan perjuangan yg tiada henti

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah


Saturday, April 17, 2010

Dalam Berhikmah

"adakah ibubapa atau keluarga mempengaruhi kamu untuk berada dalam bidang ini?"

aku senyum. sambil mengerut dahi.

"the good question"

"hmm...mungkin 'tidak' utk secara langsung tapi 'ya' utk tidak secara langsung"

aku tambah tersenyum melihat mukanya seolah-olah 'kabur' dengan ayat-ayat yg mungkin berbelit baginya. lantas, sebelum dia 'hilang'. baik saja aku menerangkan dengan ayat yg jelas dan terang.

* * *

Abah mungkin tidak pernah memberitahu aku fakta saintifik tentang pentingnya pokok atau tumbuh-tumbuhan TAPI Abah 'memberitahu' aku tentang betapa pentingnya pokok/tumbuh-tumbuhan melalui kecintaannya pada taman hijaunya di teratak Sri Negeri. Abah juga selalu sedih sebab kami semua selalu terlupa menyiram deretan bonsai atau pohonan hijau kesayangannya.

selalu mengeluh.

"kalau abah dah mati. matilah juga pokok2 abah tu. orang lama2 akan mati. tapi pokok2 kalau pandai jaga. sampai bila pun tak mati dan akan terus berbakti"

Abah juga tidak pernah memberitahu aku jenis2 bahan kimia bahaya pada bahan makanan kini TAPI Abah 'memberitahu' aku tentang hebatnya khasiat ulam-ulaman dan ikan-ikan darat yg sentiasa menjadi pembuka selera makan tengahari abah.

Abah mungkin tidak pernah mengajar aku bagaimana beg2 plastik atau kotak2 kasut yg dibeli itu menghasilkan sampah dan bahaya pada alam TAPI abah mendidik aku bahwa semua itu hanya akan dibuang akhirnya. oh ya..paling penting ia hanya akan menyemakkan rumah.jadi abah memang tak akan ambil beg plastik/kotak kasut jika membeli.

Mama memang tak pernah ajar aku bahwa semua bekas makanan akan jadi sampah dan bahaya utk alam dan kesihatan tambah2 bekas polisterina TAPI mama mendidik kami utk membawa bekal dan harus sentiasa habiskan makanan.

Mama mungkin tak pernah beritahu aku tentang apa itu CFC, apa itu pencemaran udara, TAPI mama mendidik kami agar sentiasa menghargai angin semulajadi. hasilnya. rumah kami merupakan satu-satunya rumah yg tidak ada penghawa dingin di perkampungan Sri Negeri.

Mama tak pernah juga menyebut atau mengeluarkan bunyi 'poverty' atau 'bottom billion' TAPI mama selalu memesan agar baju2 yg sudah tidak dipakai disimpan untuk diberi kepada mereka yg memerlukan.

* * *

"jadi..."dia berkata sambil mata mula bercahaya tanda 'kekaburan' yg semakin menghilang,

aku angguk lantas tersenyum.

"jadi...ibubapa dan keluargalah hakikatnya dalam berhikmah mempengaruhi saya dan membentuk saya menjadi Mahfuzah Othman pada hari ini"

Friday, April 9, 2010

Diary 35


East Asian Seas Youth Forum 2006
Pulau Hainan, Haikou, PR China
8-15 December 2006

betapa pantas masa berlalu. 4 tahun sudah rupanya kami semua berpisah. berpisah dgn amanah dan janji yg terpatri setia. berpisah dengan sejuta kenangan bersama. dan berpisah dengan membawa haluan dan arah tuju yg berbeza demi sebuah impian dan cita-cita yg serupa.

8 April 2010. ada seorang teman dari Filipina dtg berkunjung mesra. kemajuan teknologi kini sangat membantu dalam mengekalkan ukhwah yg pernah terjalin suatu masa dulu. Alhamdulillah. masih ada kesempatan ruang dan waktu utk jalinan ini terus mekar mewangi demi sebuah keikhlasan hati.

Joy Amor Bailey dan aku tidaklah terlalu rapat sepanjang berada di program. masa aku banyak dihabiskan bersama teman-teman dari Indonesia. dan Joy lebih kerap bersama teman2 dari Filipina dan China. namun, kami semua tetap saling mengenali. dan rupanya ada suatu kenangan bermakna antara Joy dan aku. yg bagi aku, bukanlah apa-apa.



Joy rupanya sangat terkesan dengan kenangan semasa kami semua makan bersama sepanjang program di sana. apa tidaknya. aku dan teman2 Indonesia telah disediakan makanan Halal yg khusus sepanjang program. dan Joy rupanya sangat menyukai makanan Halal utk delegasi muslim yg diakuinya lebih sedap berbanding makanan utk peserta bukan Islam.

Cerita ini aku tahu semasa kami keluar makan 'Char Kuey Teow' Penang sambil berbual mengenai jenis2 makanan yg patut dicuba di Malaysia. mendengar cerita Joy. apa lagi yg mampu aku ungkapkan melainkan sungguh Allah Maha Besar. aku tidak pernah sangka hal sekecil itu mampu meninggalkan kenangan mendalam pada dia. apatah lagi kenangan itu berkaitan dengan hukum Islam yg buat aku sangat bangga dan yakin. Alhamdulillah.



3 hari 2 malam kami bersama. banyak cerita yg dikongsi rasa. kenangan semasa di Hainan. cerita perkembangan teman2 forum. dan paling penting. cerita tentang pasangan hidup...hahaahaha...hati wanita. sama saja. walau berbeza agama dan bangsa. berlainan tempat dan budaya. inikan fitrah manusia. sudah tertulis semua manusia ingin rasa disayangi dan menyayangi. dan sudah termaktub juga bahwa setiap kejadian itu dijadikan berpasang-pasangan.

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya"

(Yassin:36)

setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dan pastilah pertemuan & perpisahan ini hanyalah kerna DIA. Terima kasih Ya Allah atas lakaran memori yg tertakdir ini. semoga ada cahaya hidayah Islam buat hambamu itu. semoga ada bahagia dunia dan akhirat buat insan mulia ini.


"dun worry Joy, God already reserved the best man to love and care of you"
"A Good Woman is for A Good Man"