Saturday, February 28, 2009

Itu kehendakNYA...

aku bisik pada diri. kau pasti mampu lakukan! aku bisik pada diri. buktikan kau yang terbaik! aku bisik pada diri. Allah sentiasa denganmu! aku bisik pada diri. kembalikan semuanya hanya padaNYA!

saat aku khabarkan pada seorang teman. bahwa aku akan kembali ke menara ilmu. di tempat yang sama. jawatan yang serupa. tugas yang tidak berbeza. dan di bawah kepimpinan seseorang yang berkuasa. dia mula merenung mata aku. kehairanan. terkejut juga. mungkin.

"jadi. kau jumpa 'dia' balik ke?" .buntang matanya.terlopong mulutya. aku ketawa. perlahan.

"entahla. kalau jumpa. jumpalah. kalau tak. tak jumpalah". aku balas. sambil sambung ketawa lucu. "kau tak takut ke. errr...hati kau tu. macamana?". sambungnya lagi. sambil dahi berkerut-kerut.

aku diam. teman aku pun diam. sabar menanti jawapan aku. yang tak pernah pu
tus balasnya.



"entahlah. aku pun tak tahu. apa akan jadi pada hati aku nanti. sakitkah ia. atau baik-baik saja..."

.
.
.

"apapun.aku berserah.Allah tahu apa yang terbaik. DIA tahu aku mampu harungi semua ini. dan mungkin. DIA nak tunjukkan aku sesuatu. yang patut aku tahu" balas aku perlahan. sambil mengenyit mata manja.


dan perlahan-lahan. lembut dan mesra tanganku mengusap dada. tabahlah hati!kuatlah dikau!Allah mengetahui. lagi memahami.

aku mohon...maaf darimu

menurut kajian. golongan yang lahir pada bulan Oktober. punya firasat hati yang kuat. aku setuju! kerna banyak juga perkara yang aku rasa akan berlaku. telah berlaku. syaratnya. aku tidak memberitahu sesiapa tentang isyarat hati ini.

salah satunya. pekerjaan yang ditawarkan kepada aku baru-baru ini. sungguh!memang aku pernah rasa peristiwa itu akan berlaku. dan tatkala segalanya berlaku seperti apa yang dirasa. terasa kerdil benar diri ini. Maha Suci Mu Ya Rabbi. penyusun segala takdir yang tersirat hikmahnya.

dalam aku masih di awangan rasa bahagia yang tak terkira. apa tidaknya?impian menjadi kenyataan. dan aku tiba-tiba terhidu bau-bauan kepiluan. dan kesayuan pun mula mengetuk pintu hati. aku tersedar. patutkah aku gembira? saat masih ada insan-insan yang dekat terawang mencari bahagia.

malah apakah aku sudah lupa? segala yang aku miliki ini merupakan hasil pengorbanan. dan mungkin titik-titik kelukaan & kedukaan insan-insan lain. maka. patutkah aku terlalu merasa gembira?



Ya Allah. ampunilah hambaMu ini. wahai saudara. maafkanlah aku. yang mungkin tanpa sedar. aku telah memahat tugu-tugu kelukaan pada hati kalian. maafkanlah aku. andai sepanjang kalian mengenali insan hina yang bernama Mahfuzah binti Othman ini. aku telah menitiskan air mata kecewa dan sedih kalian akibat perbuatan dan perkataan aku yang tak wajar diterbitkan. maafkanlah aku. wahai saudaraku. kerna aku tahu. dalam memenuhi impian hati ini. kadangkala. aku terlupa diri. sehingga lari jauh dari perbatasan insani. maafkanlah aku. kerna aku cuma insan biasa. sedarkanlah aku. ingatkanlah aku. tunjukilah aku. agar kita sama-sama. menuju cahayaNYA. menggapai rahmatNYA. memasuki jannahNYA.

aminnnn...

bisik-bisik: mama & abah. abang kit. abang an. najib. mana mungkin ada harta yg lebih bernilai selain kalian untukku.

Friday, February 27, 2009

Berubahlah..demi kebaikan

sempat melayari blog seorang kenalan. tak ingin melayari pun sebenarnya. tapi. entah kenapa jari jemari tidak terkawal mengetik lamannya.

membaca entry terbarunya. mengenai persoalan kelemahan diri. dan keinginan serta akujanji untuk berubah. selesai membaca. aku tersenyum kambing. Jangan cakap saja!

entahlah. sepanjang jalan kehidupan ini. aku cuba tidak membenci. jauh sekali mendendami. kerna aku sedar. aku bukan siapa-siapa...dan aku yakin. maaf aku pasti dihulur. tatkala dirinya benar-benar insaf dan berubah. dan tidak sekadar seperti sebelum ini. hanya kepuraan dan sandiwara menjadi taruhan.

tidak mengapa. jika hanya aku yang kena. tapi mengapa teman-teman lain turut merasa?! aduh!!!berubahlah. demi kebaikan. kerna hidup ini tidak lama. esok lusa belum tentu untuk kita.

aku masih menunggu. dan akan terus menunggu. saat kau kembali menjadi diri. penuh ikhlas. penuh jujur. tapi. kalau penungguan aku ibarat mencurah air pada daun keladi. maka aku berserah. Tuhanlah sebaik-baik pengadilnya.

bisik-bisik: sentiasa amalkan.teman sentiasa dinanti. musuh jgn dicari.

Identiti warisan

Satu petang yang damai. sedang duduk-duduk santai. sambil minum petang.

"selepas ini. kakak kena bentuk identiti diri. imej dan keterampilan. sebab. selepas ini. kakak merupakan wakil seseorang. seseorang yang terhormat dan ternama. dan orang akan melihat seseorang itu melalui diri kakak".

bicara abah lembut. memecah damai petang. sambil mama. mengangguk kepala. tanda menyokong.

"dah kena kurangkan pakai seluar-seluar tu. t-shirt. pakailah mengikut keperluan dan kesesuaian. banyakkan memakai pakaian tradisi kita. baju kurung. tengok macam Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. sentiasa berbaju kurung. serupa ibunya."


membuktikan kata-kata abah. aku melayari internet. benar! Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sentiasa berbaju kurung. tak kira apa-apa sahaja majlis dan acara. baju kurung. itulah pilihannya.






dalam hati. rasa kagum menyelubungi diri. beliau bukan sahaja seorang srikandi negara yang berjaya dalam bidang yang diceburi. malah beliau juga seorang srikandi yang utuh menjunjung identiti warisan melayu. melalui pakaian dan keterampilannya.

kalau dia. seorang yang ternama. terpelajar. terkenal. begitu megah dan bangga dengan identiti warisan kita. kenapa tidak aku?kita? kerna. kalau bukan kita. yang bangga dengan identiti warisan kita. siapa lagi?dan kalau bukan kita yang terus berusaha mengekalkan identiti warisan ini. siapa lagi?

mana mungkin anak-anak nanti juga bangga dengan identiti warisan kita. jika kita sendiri tidak pernah kisah dengan identiti warisan ini.

bisik-bisik: its seems that she's so simple and humble. ibarat resmi padi. makin berisi. makin menunduk. kagum.kagum.kagum.


Wednesday, February 25, 2009

Diary 13

Mungkin sebagai persediaan utk menghadapi hari-hari yg pastinya akan lebih mencabar. minggu ini aku agak sibuk sampai sakit seluruh badan. Sakit tu pun bukan apa. sakit sebab duduk dalam bas berjam-jam. dahla tu. sebelum ni pun asyik tidur ayam je. penat betul. tidur.jaga.tidur. jaga. bertambahla kesakitan badan dan minda ini dek kerehatan yg tak mencukupi.



Sabtu malam bertolak ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) utk kempen The White Coffin. subuh Ahad selamat sampai. rehat dan prepare slide utk presentation. pukul 10am perasmian. kejutan sebab PM Dato'd Dr Tengku Sifzizul, ex-lecturer bio USM yg rasmi. Dia tak pernah ajar aku tapi aku kenal la dia as lecturer's bio. tak sangka pula dia kat UMT. jadi Tim. Dekan Jabatan Sains & Teknologi.



pukul 2-4pm. presentation The White Coffin from Kelab Alam Sekitar USM. just do the best. sebab semua last minute. harap-harap mesagge sampai. buat teman2 Kelab Environment Technology. jangan putus asa. dan teruskan perjuangan k!terima kasih atas jemputan, layanan dan huluran silaturahim yg diberikan. Hanya Allah mampu balas.



Isnin pagi. cuti-cuti Malaysia di Terengganu. Thanks a lot to Ainunl yg jadi tour guide. so glad to meet u frenz. a lot of things was learn and share with u. again. thanks a lot! nanti dtg Penang/ Kedah. habaq tau. kita pi pusing satu Penang dan Kedah!





Isnin malam. bertolak balik ke Penang. fuh!8 jam lagi. tapi Alhamdulillah. mata dah lena terpejam. walau kadang2 terjaga jg. mungkin banyak kerja dah selesai dan badan terlalu penat. tidur pun dah tak ayam.

Selasa pagi. sampai Penang. petang jumpa Dr Nurul. wahhh! long time not see ya Dr...sejam jg bertukar cerita selain menyampaikan laporan terbaru diri. hehehe...maklumla. semua pakat sibuk lani. tanggungjawab pun makin bertambah. tak gitu Dr?

habis borak2..bertolak balik Kedah. aduh! penaaatttnyaaa!!nak tidur. nak tidur.nak tidur! boleh kata hari-hari aku dihabiskan dalam bas je dan di jalan raya je..alahi..nasib ko la badan...sabar je la fuzah!dah lama kan ko lapang. so...masa sibuk pun nak juga ambil hak dia! hmmm...

tetiba rasa takut. lepas ni aku bz camni ke..waaa...janganla sampai sakit2 badan dan tidur tak lena. itu nikmat yg aku tak sanggup hilang tu.

bisik-bisik: feel sorry to Mak Teh' s family. sebab tak dapat melawat Pak Teh yg sedang koma akibat strok. Insyallah. doa sentiasa bersama kalian moga Pak Teh sihat sembuh seperti sedia kala. aminn...



Saturday, February 21, 2009

Aku pulang utk berbakti



menara ilmu tercinta.
aku kembali
utk menabur bakti.
selagi diri masih diperlukan lagi.
walau pernah satu waktu dulu.
hati kecewa dek cita-cita tak lagi bersatu.

aku tahu.
dugaan dan cabaran.
sedang menanti.
kerna hidup ini.
medan menguji diri.
oleh itu.
aku sangat memohon.
padaMU Ya Rabbi.
berikanlah aku kekuatan hati.
kurniakanlah aku kemudahan
dalam meniti hari-hari.
tetapkanlah jiwa ini.
kerna segalanya utkMU Ya Rabbi.
hanya KAU Maha Mengetahui.
Apa yg terbaik buat diri.

Ya Allah. Tuhan ku.
Aku mohon.
Aku merayu.
Aku mengadu.
Hanya padaMu.
Ikhlaskanlah hatiku.
Tetapkan imanku.
Jujurkanlah jiwaku.
biarlah segala yg aku lakukan.
hanya KernaMU.
dunia & akhiratku.
hidup & matiku.
hanya utkMu.

kabulkan. kabulkan. kabulkan.



Kak Izyati's love banner



from my lovely sis!
thanks a lot sis...always love u tau!





Friday, February 20, 2009

Diary 12

Pasti dan yakin pada kata hati. Insyallah. dengan diiringi petunjuk Ilahi. aku memutuskan untuk menerima tawaran yg diberi. sms dihantar tanda persetujuan diberi. lafaz bismilah. terus meniti.

"Ya Allah. moga ini yg terbaik buat diri dan semua."

lepas solat jumaat. pergi shopping utk permulaan hidup baru.heheh..kata abah. lepas ni aku dah kena berubah. dari segi pakaian. dah tak boleh pakai t-shirt2. jaga penampilan. jaga aurat. jaga akhlak. budi bahasa. thanks mama dan abah. for everything.Insyallah. kakak akan lakukan yg terbaik. doakan kakak selalu k.

lepas tu. balik kampung. umah Pak Su. abah nak mengail ikan. bukan kat sungai. tapi mengail ikan di sawah. Cik Nah dgn 2 peneman setianya pun ada (Azam & Shafiqah yg comel). Zahira dan Aliya pun balik cuti hujung minggu. Hah!tak lupa. nenek kesayangan pun ada!

disebabkan sawah terpisah oleh sungai. abah buat keputusan nekad utk berenang merentasi. fuh! sanggup tu berenang shorcut daripada jalan jauh. boleh tahan banyak jugak dapat ikan. paling salute. kat Cik Nah yg mengail dari pagi sampai petang. aku jadi pemerhati jauh je. sebab tak tahan cuaca yg terlalu panas. ceh!

Petang pulak. pakat berpindah ke sungai belakang umah. umah Pak Su ada sungai depan dan belakang umah. tapi sungai kat belakang dah cetek dek air selut. so semua pakat berendam cari kepah. ooppss..macam kepah.tapi lupa nama dia.enjoy gila depa berendam sambil kutip kepah! aku sekali lagi jadi pemerhati.tapi jarak dekat sebab ada buaian di bawah pokok2 buah-buahan tanaman Mak Su.

hampir maghrib. baru bertolak balik umah. esok balik kampung lagi. buat bbq. lepas tu. petang kena balik Penang utk ke UMT. hmm...kerja dah menanti. lepas ni. dah tak boleh goyang kaki.



bisik-bisik: banyak sngt nak menaip minggu ni.sebab takut lepas ni. dah tak ada masa nak ketuk2 keyboard daa...


Wednesday, February 18, 2009

Congrats Dad!!!



kalau tahun lepas tulisan bang an masuk newspaper. kali ni karya abah pula mengambil bahagian. 17 Februari 2009, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan hasil nukilan abah di ruangan dari blog ke blog. walaupun kecil je ruangan tu but we still very proud of u Dad!

Ha!3 orang dah masuk. yg lagi 3 apa cerita?heheehe...btw..ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..apapun..aku memang tabik kat abah yg memang bahasa melayunya tak dapat ditandingi. pernah dia balas puisi kat satublog ni ygbuat aku ternganga sebab bahasanya yg terlalu tinggi. alahi..malunya aku..malu sebab tak belajar dari abah.

tapi..aku rasa..abah still rasa sangat bangga dan lega sebab dia masih ada abang an. yg merupakan 'kuih' daripada 'acuan' abah. hehehe..aku?!..aku jadi ' lapik acuan kuih' je. jadila kan. amik sini sikit. sana sikit. tak baik tamak k.

jadi. korang lawatla blog abah aku tapi jangan terkejutla sebab blog abah aku ni spesifik utk arena politik. TAPI. korang tak akan rugi utk membaca dan merasai betapa indah & kayanya bahasa ibunda kita. sebab. my Abah is the best ok!


bisik-bisik: tak sempat tanya soalan exam bahasa melayu masa abah jadi guru pakar & pemeriksa.


Diary 11

confirm appointment dengan seseorang. 18 Feb 2009, 1030am. tup tup. petang kelmarin. steno seseorang called. kata appointment postpone next week. lorr...susah la camni. sebab plan semua dah buat. mama pun dah amik cuti sebab nak jalan2 Penang. habis cakap. terus sms seseorang. betul ke postpone?

seseorang tak balas. aku pun called ex-officemate. meeting dgn seseorang batal ke?yes!..baru je batal fuzah. ganti jumaat ni. aik..bukan next week ke?haii..pelik ni..tak pala...tunggu seseorang balas mesej dulu. petang. 3 missed call dari steno seseorang. aku called balik. tak angkat. malam terus mesej abah. tak jadi p Penang. postpone.

hari ni. pukul 8.30am. seseorang sms. appointment with u jadi! steno seseorang pun called. maaf ya. appointment u dgn seseorang tak batal. alahi..camna ni..dah pukul 9am tapi still kat umah lagi. today anytime tak blh ke? hari ni full. meeting at 11am and go to engineering at 1pm. alamak camna ni?!kurang-kurang 2 jam baru sampai Penang. sms seseorang. I will leave from Kedah now. sms me when u r free. if can't, i will make another appointment.

panggil abah. panggil mama. 9.30am. bertolak ke Penang. abah pecut sampai tayar tak jejak jalan. dalam fikiran. apalah yg penting sangat. sampai sanggup batal meeting dgn BPLK. but still going on with me. haish...

Alhamdulillah.puji syukur buatMU Ya Rabbi. 1035am tepat aku tiba di pejabat seseorang. fuh! dahsyat tuh. sejam je dari Alor Setar ke Penang. cayalah abah!thanks a lot ya for become such a very great 'driver'.

bla...bla...bla...habis chatting. aku pergi BPLK. office lama.jumpa dgn Mona. jumpa teman2. sembang2.lepas rindu. pastu singgah pasar pelajar. beli air dan jumpa teman. then bertolak balik AS.tepat azan zohor. Alhamdulillah.selamat sampai.Maha Suci Allah.memudahkan segala urusan dan perjalanan. Segala Puji untukMu Ya Allah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.



btw conclusionnya. aku ada tiga tawaran kerjaya. 2 hampir sama. 1 agak berbeza. tapi still related dgn yg 2 tu. Ya Allah. besar sungguh hikmahMU.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

walau sudah ada yakin dan kata putus di hati. tapi aku masih mahu mohon petunjuk DIA lagi. sekurang2nya. harap ada berkat pada keputusan ini. pada diri. mama&abah, keluarga,rakan2, dan semua insan. pada agama, bangsa dan negara. Insyallah.


bisik-bisik: haruman 'kesibukan' sudah menyelubungi diri. setelah hampir 2 bulan menggoyang kaki.


Monday, February 16, 2009

Diary 10



hari ni. perasaan aku ibarat ditimpa bunga-bunga yang gugur di taman yang indah mewangi. wahh!!!sungguh sangat tak terungkap dek kata2.

hari ni. aku terima sms. dari seseorang yg aku hormat dan banyak tolong aku. banyak ke? banyaklah juga kalau dah tolong saat aku betul2 memerlukan. seseorang ni nak jumpa aku. petang ni. tapi. sebab jarak yang tak mengizinkan. aku minta tunda. siap buat appointment lagi. hmm..dalam hati. tertanya2 juga. apa yang penting sangat seseorang ni nak jumpa aku. walaupun memang sebelum ni. seseorang ni pernah minta aku jumpa dia. tapi aku asyik 'lari'. heee...yela..siapalah aku ni. soo..bila dah seseorang sms sendiri. aku rasa. mesti kes besar ni.

duk kejap. lepas zohor. ex-officemate pulak called. dia tanya. buat apa sekarang?heheheh...tunggu orang masuk minang ke?hehehehe...gelak pulak dia. sebab tak larat layan gelak aku. ex-officemate pun cerita la tujuan dia called aku. yela. kalau tak. habis duit je called aku ni. sampai kat klimaks..dia kata...ha..nanti ada meeting dgn seseorang kan? hah!mcmna tau ni..alamak...hehehe...helloo..tengokla who u r talking with ok!heeeee..aku gelak jee..baru ingat nak secret-secret. haish.

malam lak. lepas isyak. member lak called. cerita pasal plan busines. nak join tak? aku nak letak nama hang ni. terhad je tau. laaa..tak kan nak confirm la. bagila aku pikiaq dulu. banyak sangat offer ni...amboiii..hebat sangat la hang ni..sampai banyak sangat org offerr..(penuh ek)..eh yela...baru tau ka?!....

the end. aku mula blurr. perasaan mula bercampur baur. hepi. risau. tak percaya. bimbang. terharu. semua ada la. betul la aku kata.heee..sekali peluang/rezeki/tuah tu datang. tak kira hari. waktu. dan keadaan. gedebuk!!!jatuh dan bergoleklah ia depan mata. apa yang penting? doa. yakin. redha. percaya. bahwa segalanya dari DIA. dan pastinya. hanya yg terbaik akan diberikanNYA!

So. apapun. tunggu aku jumpa seseorang ni dulu. then. doa mohon petunjuk. pastu. redahhhh...


bisik-bisik: Ya Rahim. puji syukur atasMU. buat turunnya hujan rahmat atas izinMU. moga ia petanda yg baik buat diri ini.


Wednesday, February 11, 2009

Tanya sama pokok & Tanya sama hati

masa zaman kanak-kanak 'ribena'. selalu aku nyanyi lagu ni. petang-petang. dengan kawan-kawan. kadang kala sendirian. penuh perasaan riang dan ceria. seolah-olah lagu ini. gambaran jiwa.

seiring berlalunya waktu. lagu ni pun bagai dibawa bayu. tersimpan jauh di sudut neuron minda. terdengarkannya. mula menggamit rindu dan memori lama. jadi. kalau anda masih ingat. Jom...kita nyanyi sama-sama!! MySpace mana tahu. dapat ubat sikit hati yg gundah gulana. (apaaakaah?!)

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang

tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab angin
tanyalah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair

lihat dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang



tanya sama hati
apa rasa sayang
adakah tandanya
nampak dipandang

kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda
hubungan mesra

tanya sama hati
pernahkah merindu
ingat masa lena
apa mimpi mu

masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang

andainya jemu mengganti rindu
jambangan mesra tentulah layu



Monday, February 9, 2009

Memory 5

bagai mimpi. sudah 6 tahun berlalu. utk saat kali terakhir di alam persekolahan. tak banyak gambar yg ada. maklumla. dulu kamera digital tak semurah dan secanggih sekarang. kamera dulu kena teropong dan kena tunggu 'cuci' baru boleh tengok hasil. tak mcm sekarang. on the spot boleh tengok muka dalam gambar. herot ke. comot ke. tak puas hati. tangkap lagi. tak payah risau filem tak cukup atau susah hati sebab tak pandai bubuh filem dlm kamera.


antara banyak2 gambar. gambar ni aku pilih.
sebabnya? ha...kalu tak silap..ni hari2 terakhir kelas menjelang SPM. masa tu kelas mmg mcm tongkang pecah. tapi sempat juga berposing buat kenangan di hari muka.heeee..rindu sangat tengok gambar ni. alhamdulillah. semua dah berjaya. ada yg kat UUM, UiTM dan U-U lain yang seangkatan dgnnya. dan alhamdulillah jg. semua masih keep in touch. insyallah. walau beberapa tahun sekalipun. moga ikatan yg terbina terus utuh atas namaNYA. walau masa dan jarak jarang nak bagi peluang.


dalam kenangan. dulu masing2 dalam 'alam tanda tanya'. MySpace tak tahu akan ke mana. masing2 saling mendoakan. moga kau dan aku akan berjaya. dan persahabatan terus kekal selamanya. maklumla. SPM kan segala-galanya. berjaya atau tidak kita utk ke menara gading. tapi...tu kata cikgu. bagi aku. tidak semestinya. sapa-sapa pun boleh masuk menara gading. buktinya. tok aku yang tak pernah amik SPM pun pernah masuk USM. kami sama2 masuk hantar aku balik hostel.masuk jugak kan...


tahun lepas kalau tak salah. kami berjumpa. pertemuan setelah beberapa lama menyepi. banyak cerita yg dikongsi. walau bidang sudah berbeza segi. tak banyak yg berubah. rupa (tapi semua makin cantik & bergaya). suara (terutama aku la kan). apatah la lagi watak masing2.maintain ok. tu penting. well. kita tetap kita. MySpace




kawan2. ini lumrah alam. pertemuan. pasangannya. perpisahan. walau masa dan jarak memisahkan. tapi itu sma bukanlah alasan. utk kita saling berhubungan. teman2. moga persahabatan kita terus berkekalan. insyallah. kenangan. budi, jasa dan doa. pengikat kasih kita.


bisik-bisik: yg tak dak dlm gambar..jgn kecil hati..tunggu aku upload lagi...sabar2..korang tetap aku sayang!MySpace


Sunday, February 8, 2009

kerna agama kita berbeza

sedang aku belajar menerima hakikat hidup. bahwa cinta tak semesti memiliki. datang pula cinta tak di duga. benarlah. cinta hadir tak dipinta. saat kita tak meminta. ia datang utk didamba.

bukan sekali si dia bertanya.malah aku tahu aku cinta pandang pertamanya. aku tak sanggup utk menolak. apatah lagi mengatakan tidak. sebab aku pernah merasa sakit. saat cinta tak dapat dibangkit. sikap terus terangnya buat aku terharu. sungguh dia memang mahu. dilema mula menguasai. kerna perasaan simpati lebih merajai.

tapi itu tidak mengapa.kerna cinta boleh berbunga.walau pasti tak boleh dipaksa. Namun, Tuhan sungguh menduga.kerna ini bukan sekadar cinta. tetapi melibatkan agama.

berikan aku hidayahMU. Tuhan. mana mungkin aku mempertaruhkan cinta agungNYA demi cinta manusia yg sementara. tatkala dia bertanya. apa perlu dia lakukan utk bersama. yakin aku membalas. cintai Allah. dia lagi bertanya. jadi kita akan dapat bersama?cintai Allah. serah pada Allah. jika takdir mengatakan begitu. saya redha.

sms terhenti. tiada lagi pertanyaan. aku tak tahu. tidak juga ingin bertanya. biarkan saja dia memutuskan. aku tidak memaksa. apa yg pasti. aku tak akan mempertaruhkan akidahku dalam sepi mengisi cinta duniawi.

ini kali pertama aku menolak huluran kasih. atas nama bezanya akidah. kalau dulu kerna usia dan persediaan. tapi kini agama jadi persimpangan. namun, hati ini juga pasti. belum bersedia menerima sesiapa lagi. kerna hati ini sedang aku ambil kembali. utk aku beri. pada DIA yang Maha Memiliki.


Ya Allah. aku mohon. apapun dugaanMU. tetapkanlah imanku. dalan agamaMU. teguhkan cintaku untukMU. agar mampu aku terus hidup dalam rindu rahmatMU.Ya Allah. aku tidak mengetahui. maka kepadaMU aku berserah diri. berilah yg terbaik buat hambamu ini. dunia dan akhirat nanti.

Thursday, February 5, 2009

Aku percaya


Aku percaya
tiada yang sia-sia
semua akan ada hikmahnya
hatta sehelai daun yang gugur sekalipun
turut dalam perkiraanNYA
apatah lagi caturan hidupnya manusia
sebaik-baik penciptaanNYA

Aku percaya
yakin dan pasti
terus sabar menanti
semua hikmahMU
Ya Rabbi

Wahai Pemilik langit & bumi
biarlah rasa sakit ujianMU ini
jadi penawar dosaku
kerna itu yang amat aku perlu


Monday, February 2, 2009

atas nama cinta...



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

-Hamka-

Tuhan. atas nama cinta. izinkan aku seriang rama-rama. terbang bebas menyedut madu kasihMU. atas nama cinta. izinkan aku seindah rama-rama. menari longlai mendambakan rahmatMU. atas nama cinta. Ya Rabbi. atas nama cinta.