Wednesday, February 11, 2009

Tanya sama pokok & Tanya sama hati

masa zaman kanak-kanak 'ribena'. selalu aku nyanyi lagu ni. petang-petang. dengan kawan-kawan. kadang kala sendirian. penuh perasaan riang dan ceria. seolah-olah lagu ini. gambaran jiwa.

seiring berlalunya waktu. lagu ni pun bagai dibawa bayu. tersimpan jauh di sudut neuron minda. terdengarkannya. mula menggamit rindu dan memori lama. jadi. kalau anda masih ingat. Jom...kita nyanyi sama-sama!! MySpace mana tahu. dapat ubat sikit hati yg gundah gulana. (apaaakaah?!)

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang

tanya sama angin
apa sebab hujan
nanti jawab angin
tanyalah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair

lihat dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang



tanya sama hati
apa rasa sayang
adakah tandanya
nampak dipandang

kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda
hubungan mesra

tanya sama hati
pernahkah merindu
ingat masa lena
apa mimpi mu

masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang

andainya jemu mengganti rindu
jambangan mesra tentulah layu



2 comments:

Synergy said...

Mahfudzah, Sekarangni buat apa, dah grad kan? Sekarangni kegiatan recycling agak malap....i ngan Hamoonja masih lagi buat, tu pun hamoon sgt sebok. Abe is still around though.

Anonymous said...

Saya sangat suka lagu ini..
amat~