Hold On!
Hmmm...sepatutnya aku akan bentangkan projek 'Green Office' pagi ni. peringatan telah pun dibuat minggu lepas agar aku bersedia utk perbentangan. bacaan pun dibuat. slide pun disedia. aku pun penuh bersemangat di pagi jumaat. sambil tak lupa menyampai pesan utk juruteknik agar menyediakan 'laptop'. sekali..
"Mahfuzah. 'Green Office' Hold On dulu. minggu depan baru bentang"
kelu.
diam.
saya yang menurut perintah.
nak kata gembira pun ada juga. tapi sedih pun sikit terasa. sebab kerja tertangguh lagi. takpala fuzah. adalah hikmahNya tu.
sabar ya. sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
dalam melayari kembara jiwa. aku rindukan saat berkhidmat di Kampus Sejahtera. berada bersama2 mereka yang satu tujuan.umpama berada di istana yang penuh kemewahan. aku dikelilingi mereka yang penuh kasih sayang walau berlainan bangsa dan agama. diliputi pengetahuan dan maklumat yang tak putus kunjung tiba.
tapi itu dulu.
saat masa aku masih penuh jati diri.
dan hakikatnya aku masih di sini. keseorangan menggali kekuatan hati. bersama roh semangat mereka2 yang punya satu cinta dan tujuan pasti.
memandang laut nan biru. sambil merenung gagahnya helang terbang meneru.
kurniakan aku kekuatanMu, Tuhan. kurniakan aku petunjuk agar terus di jalanMU. moga hati ini terus hanya untukMu.
sabarlah Mahfuzah.
Allah sentiasa bersamamu.
demi mereka.
perjuangan ini harus diteruskan.
Allah sentiasa bersamamu.
demi mereka.
perjuangan ini harus diteruskan.