Monday, May 4, 2009

bergema suara di MHI, TV3

2 petang semalam. sedang dalam natara alam mimpi dan nyata. telefon bergetar. ada no asing di skrin.

'student la ni'. bisik aku malas.

'Cik Mahfuzah?'

'ye saya'. haii..budak2 ni. suka sangat bercik-cik dgn aku. berapa kali dah pesan panggil kak fuzah je.

aku kontrol suara. supaya suara malas tak terlalu ketara.hinggalah apabila aku terdengar perkataan MHI...TV3..terus aku bangun terduduk.

'Cik Mahfuzah, boleh ke kami nak interview cik pasal kempen polisterina di USM esok pagi"

"Ha!..mestilah boleh!"

wah..terus hilang kantuk aku. terus aku menjerit sampai teman serumah terkejut takut aku kena rasuk jembalang petang. tapi sempat juga aku cubit pipi.

ok..rileks fuzah.rileks..hang tak mimpi k...ni realiti....

maka senyum aku pun meleret2 sepanjang hari ahad, 3 Mei 2009 yg damai. kerna hari Isnin 4 Mei 2009 akan menjadi sejarah dalam hidup aku. hua3. Mama. Abah. jangan lupa tengok MHI yaaa!!!

Jadi. sebelum tiba subuh esok (iaitu subuh tadi) aku sempat maklumkan berita ini pada beberapa org. maaf ya tak sempat nak pesan utk semua. maklum. aku bukan siapa2. apapun. Insyallah. tak ada halangan. aku akan cuba letak rakaman yg dibuat oleh abang tercayang. thanks a lot abg Kit!

Alhamdulillah. Allahamdulillah. Alhamdulillah.

4 comments:

ariffss ™ said...

dengan segera sila upload video tersebut plzzzzz.. hehehehehe

FuzAma said...

insyallah...doakan dipermudahkan proses uploadnya ya

oppss..akhirnya dapat komen juga ya...hahaha...terima kasih.terima kasih.

Hani Kila said...

wahhhh..tahniah akak~
dah jd cam selebriti plak ye..
hehehehe :)

wan fara said...

ihihi sukeeeeeeeeeeeeeeeeee~~