Sunday, December 30, 2012

Selamat Datang Umar Fahim bin Mohd Azhan

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah

Segala puji hanya untuk Allah.

dulu..melihat keghairahan teman2 yang mendapat anak buah...aku jadi hairan..bagaimanalah rasanya dapat anak buah ye??..seronok sangatkah?

YA!..sangat seronok dan membahagiakan!!

anak buah kita tu pun macam anak kita juga!..Allahuakbar! hebat sungguh rasa kasih sayang anugerah Allah pada hambanya. bayangkan mereka yang tak ada rasa kasih sayang...sebab tu sampai sanggup dera...bakar...buang...bunuh...rogol anak2 kecil yang tak berdosa...nauzubillah...

Alkisahnya buat tatapan Umar di masa hadapan apabila ummi telah tiada nanti.

Dijangka kelahiran adalah pada 21hb Disember 2012. lepas tu Dr kata jangka 14hb Disember. Mama sebab seronok sangat dengan alasan nak habiskan cuti tahunan...terus ajak aku pergi ke KL 12hb. pergilah aku ke KL menaiki bas dari Alor Setar ke KL. dengan bonda2 dan ayahanda tercinta (abah, mama dan mak njang).

3 hari di KL sehingga 14hb, tak ada langsung tanda2 kelahiran. Kak nana rileks  saja jalan ke sana ke mari. aku pula yang dok bertanya...tak sakit lagi ke?baby ni bila nak keluar?...aduhai...seksa sungguh penantian...

Abah pulang dengan bas pada malam 14hb. mama, mak njang dan aku pulang dengan keretapi pada malam 15hb. pulanglah kami dengan doa dan harapan berserta kempunan dan kucup pipi Umar.

dan setiap kali telefon berbunyi setiap kali tulah hati aku berdebar2...hinggalah hari Ahad, 23hb Disember 2012..mama maklumkan kak Nana sudah masuk wad jam 12 tengahari. oh ya..tak lupa Anis, housemate ketika di 97-7-6 juga telah selamat lahirkan bayi lelaki tarikh yang sama jam 12 pagi. tahniah Anis dan Amir.

terus saja aku mesej pada semua yg mengenali pohon doa agar kak Nana dan bayi selamat. apa tidaknya, satu ofis tahu aku bakal jadi ibu saudara...seronok oiii...anak buah pertama + cucu pertama....

25hb pagi, mama, abah dan aku bertolak ke KL dgn bas. terus ke Hospital Pantai KL. sebak dada tahan air mata tengok Umar. Ya Allah...terima kasih atas anugerah ini. anugerah pewaris legasi generasi Othman + Halijah...buat penegak agama Islam dan umat Muhammad.

kami semua balik kecuali Umar sebab kena tahan wad dek demam kuning...sedih lagi...dan pagi 26hb aku kena pulang ke Penang dek failing KPI yang belum aku siapkan...berat hati Ummi nak tinggalkan Umar tp insyaAllah...cukup saja Allah buat Umar...

23 Disember 2012
buat anakandaku Umar Fahim
Selamat datang anakku...
Semoga menjadi anak yang soleh 
kebanggaan dan keberhasilan keluarga di dunia dan akhirat
 kelahiranmu adalah anugerah terindah buat kami semua
dan kami semua sangat menyayangimu...

Allhamdulillah...


Raikan Jasa : Prof Madya Norizan Md Nor


20 Disember 2012, Restoran Pen Mutiara.

Telah diadakan sebuah majlis penuh ringkas tp bermakna. terima kasih pada semua yang hadir. yakin dan pasti semua sangat terkejut dan sedih. tapi inilah kehidupan. bertemu berpisah adalah rentaknya. 

Prof. Madya Norizan Md Nor adalah pengarah merangkap di Pusat Kajian Kelestarian Global. pertama kali aku kenal dia semasa tahun 2009. tahun 2010 pelajar Msc nya,  Syarilla telah datang utk menemuramah aku semasa aku di BHEPP. aku dan Ella teman rapat. sedikit sebanyak, aku kenal dia melalui penceritaan Ella. 

Tidaklah pernah sesuatu itu terjadi dengan sia-sia. pertemuan dan perkenalan yang nampak bersahaja rupa-rupanya mempunyai sejuta rahsia dan hikmah. aku kembali ke Kampus Induk pada 2012. dengan ditugaskan berkhidmat di CGSS. diketuai Prof. Madya Norizan Md Nor. 

cukup saja kedatangan aku di CGSS penuh dengan ceritera dan sungguh2 menguji hati & perasaan. aku belajar bagaimana berada di tengah2. di sana sayang di sini kasih. sekali lagi...inilah kehidupan. aku berkhidmat di mana diperlukan. walau dalam hati..Allah saja yg tahu. 

Prof. Madya Norizan Md Nor

Dia seorang yang tinggi timbang rasa. Dia prihatin dan peka dengan kebajikan orang bawahan. Dia sabar melayan karenah aku yg mentah dalam ilmu pentadbiran dan banyak melakukan kesilapan. Tegurannya melalui gurauan dan kiasan. awal dulu...susah juga aku nak faham...tapi kini...setiap bait katanya aku akan ambil perhatian. ada makna setiap katanya. untuk menjadikan kita lebih baik. 

Setinggi perhargaan dan terima kasih Dr. 

cukup 9 bulan di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Dr, hanya Allah mampu membalas segala budi baik Dr. InsyaAllah semoga setiap ilmu yang dicurahkan akan menjadi amal kebaikan buat kita semua dunia akhirat. 

terima kasih sekali lagi buat tiap kenangan yang tercipta. terima kasih pada Allah atas hadir seorang insan yg terbaik memberi warna kanvas kehidupan ini sebelum degup jantung akan terhenti. 

Semoga Allah merahmatimu.





Saturday, December 22, 2012

Diary 70: Lawatan Tapak

Sepatutnya lawatan tapak (site visit) sempena Green Sustainability Award anjuran MPSP dan USM ini dijalankan pada 5-7 Disember 2012. tapi sbb masalah yang tak dapat diduga, kena tunda dan tarikh dipilih adalah 17-18 Disember 2012. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun masalah kecil tapi dapat diatasi. ada 6 syarikat yg dilawati dan aku berkesempatan melawat 3. 

penerangan tentang syarikat

guna gelas sebagai ganti cawan kertas,ait kotak, air mineral dll.

Pertama adalah syarikat PSC Technology (M) Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat yang kitar semula bekas2 utk syarikat elektronik. Pemiliknya dulu adalah seorang jurujual. tapi sekarang dah jadi  jutawan. Apa yg mereka buat adalah ambil/kumpul bekas2 kemudian cuci atau asingkan dan hantar semula kepada pembekal asal. sangat jimat sebab kos beli bekas baru dalam USD4-5 tapi kalau kitar semula cuma RM3-4. 



Kedua, melawat ke syarikat pengeluar motorsikal/scooter elektrik. ECLIMO bermaksud Eco Life Mobility. rupanya drama 'Friday,I'm In Love' pun ada guna produk ni. syarikat ini merupakan syarikat tempatan yang menghasilkan scooter elektrik selain Modenas.



Ketiga, melawat ke Rasa Satang Shang Ri-La Resort & Spa. tak ada perkataan yang mampu menggambarkan selain perasaan kagum dan teruja berada di sini. sempat melawat kawasan yang hanya boleh dimasuki pekerja/staf sahaja. macam ni rupanya 'belakang tabir' hotel. teringat pula drama Korea yang pernah jadi kegemaran aku dulu, Hotelier...hehehe...masa tu dah berangan dan ambil bidang perhotelan...dululah...

Alhamdulillah..selesai sudah sebuah tugasan yang pertama kali juga bagi aku. berurusan dgn pihak industri yang pelbagai latar belakang. pengalaman yang bermakna. terima kasih pada teman sekerja yang banyak membantu. Jadi tunggu pula hari anugerah. semoga berjalan lancar. aminnn...


Monday, December 3, 2012

Bahagia Hingga Ke Syurga: Hafifi & Azimah

Si lelaki ini...

aku kenal dia sewaktu kami sama2 di tingkatan 4. aku dr kelas aliran agama. dan dia kelas aliran biasa. orangnya kurus tinggi.hitam manis. kelakar. dan nakal...sebab kelas tak cukup. pelajar tingkatan 4 selalu perlu berkorban. maklumlah. anak tengah. ada 'adik' (tingkatan3) dan 'kakak' (tingkatan 5) yang perlu diutamakan.

kelas kami semasa tingkatan 4 Alfa dulu adalah di Makmal Sains Biologi. dengan meja yang besar.kerusi yang tinggi tiada penyandar. cukup untuk kebaskan punggung yg tak sampai 15 minit duduk. jarak meja dengan papan hitam yg buat aku kena tambah 'power' cermin mata. memang menakutkan. dan disebab aku dan kawan2 lambat. kami duduk di meja terakhir sekali. itupun sebab bergaduh dgn lelaki ini dgn gengnya sebab berebut meja. kami beralah sebab kami kan perempuan melayu terakhir...maka bermulalah perkenalan kami sebagai teman sekelas. aku dan si lelaki ini.

Si lelaki ini...

kami mesra. dan aku menyenanginya. dia sentiasa buat aku ketawa dan gembira dengan gurau sendanya. bukan aku saja. malah semua yg mengenalinya. serasinya kami hingga ada juga cakap2 yg kata kami cocok bersama...(opsssss)...dan kami tidak pernah mengiyakan ataupun menidakkan...hubungan kami hanya di pintu pagar sekolah. tidak lebih. tidak kurang.

sehinggalah...

aku mengenali di gadis itu. kami kenal ketika sama2 menyertai lawatan ke Cameron Highland anjuran Koperasi Sekolah. gadis itu muntah dek jalan yg bersimpang siur dan berbukit-bukit. itu yg paling aku ingat. dia rajin menegur aku setiap kali terserempak di sekolah. sikap hormatnya kepada aku sebagai kakak buat kami mesra. hinggalah tamat sekolah dia masih rajin menghubungi aku. dan dia mula bercerita tentang di lelaki ini.

tidaklah menjadi kehairanan aku. kerna si lelaki ini memang terkenal di sekolah. terkenal dengan kenakalan dan bijaksananya dia. ceritanya..lelaki ini selalu mengusiknya setiap kali di koperasi...dan tanyaku..apakah kamu suka pada lelaki ini?

bermula dengan no si lelaki ini yang diberi aku kepada di gadis itu untuk memulakan langkah. siapa sangka... rupanya sudah jodoh mereka...


dihitung-hitung...hampir 10 tahun juga percintaan mereka ini..bab air mata..usah ditanya...boleh dibuat tasik agaknya...bab aku jadi kaunselor...lg jangan tanya...tinggal tak caj bayaran saja...tidak dah lama aku buka syarikat sendiri...hehehe....apapun...syukur Alhamdulillah...segala puji hanya untukMU ya Allah...aku hanya asbab akan semua ini..segalanya daripada Allah. aku sangat bahagia melihat pengakhiran ini...bahagia buat seorang teman. dan bahagia buat seorang adik.


Saat akad nikah...Alhamdulillah..aku berkesempatan menjadi saksi penyatuan dua hati ini...walaupun khutbah yang panjang dan lengkap ringkasan buku munakahat oleh tok kadi...dan soalan2 yang banyak...selamat dengan sekali lafaz sahaja...alhamdulillah....

penyerahan mas kahwin


* * *

1 Disember 2012
Selamat Pengantin Baru
Ahmad Hafifi & Azimah
jalani hidup sebagai suami isteri dengan penuh sabar 
didoakan kalian bahagia hingga ke syurga
dan dikurniakan zuriat soleh & solehah..
ameennn...


bisik-bisik int@n: beberapa tahun lepas, depa kata nak kahwin lepas aku kahwin..tapi sbb aku lambat sangat..depa pun 'jalan' dulu...hehehe...yg tunggu aku tu sapa suruh...dulu lagi aku suruh kahwin kan...aiyarkkk....:)


Friday, November 30, 2012

Sambutan Ulangtahun Kelahiran 2012

cerita ni dah lama tapi curi sedikit masa utk cerita sebelum habis tahun. sudah dewasa begini, sambutan ulangtahun kelahiran pun seadanya saja. keluar makan bersama teman2 yang dikasihi..bertukar2 cerita dan mengimbau kenangan lama...itu sudah memadai kala usia yang semakin menginjak.

Pagi Jumaat, 5 Oktober 2012...jamuan daripada Govin & Hammon..berita gembira govin dapat sambuang belajar (PhD) di Australia...tahniahhhh!!!...semoga ia akan memberi inspirasi kepada kita semua untuk teus belajar dan belajar...

CGSS's team

pizza Domino's oleh Govin & Hamoon

Malam pula, keluar makan dengan teman serumah mantan 97-7-6..wahhh...rindu sangat..lama tak jumpa...terima kasih Kema, Norji dan Tihah... kali ni sama2 makan dan borak ni Padang Brown...seronok kat sini..macam2 makanan ada...kami makan pasembor, sup ekor, satay, char ho fun dan banyak lagi...



terima kasih semua atas kenangan ini ya...semoga dirahmati Allah kita semua dunia dan akhirat...aminnn

Wednesday, November 28, 2012

Diary 69 : Kursus Intervensi Pelajar: Kepimpinan

23-25 November 2012

2-3 hari sebelumnya aku dijemput untuk menjadi fasi bagi kursus ini memandangkan kekurangan fasi perempuan. disebabkan ajakan itu daripada kakak senior yang baik hati, aku tak sampai hati menolak. lantas terus setuju.

bertolak pada pagi Jumaat, 23hb dgn kak Farhana dan kak Farah jam 11 pagi lebih..hampir jam 12 tengahari lebih kami sampai...kami terus dijamu makan tengahari sebelum diberikan sebuah rumah kayu untuk didiami.


petang bermula dengan aktiviti ice-breaking dan pembahagian kumpulan. diikuti aktiviti luar iaitu flying fox, abseiling, dan teambuilding cross river. Malam taklimat tentang teori kepimpinan oleh Dr Jalil dan berakhir dgn permainan 'cari burung hantu'...disebabkan cuaca dan keadaan...aktiviti dilakukan di padang lapang berhampiran penginapan. mata peserta diikat dengan kain dan dipisahkan antara satu lain. ketua kumpulan akan membunyikan suara binatang mengikut kumpulan dan ahli perlu mencari ketua mengikut bunyi dgn mata semua diikat. sesi kedua..hanya ketua tidak dikat mata dan ketua perlu memberi arahan kepada ahli utk menempuh jalan ke destinasi yg telah ditetapkan. sebelum tu, aku dan fasi perempuan kena pindah rumah sebab masalah teknikal...geram tapi syukur dan seronok juga sebab dapat rumah lagi cantik...terus teringat kat Abah...mesti Abah suka datang sini... 

rumah tradisional yang aku impikan...

hiasan dalaman rumah penginapan

ukiran katu pada pintu dan  tingkap
sungai kecil di kawasan Sedim Vista cottage
masakan kampung yang sentiasa membuka selera...tak lupa sambal goreng yang menjadi rebutan..
24hb..adalah aktiviti outdoor sepanjang hari. selepas senaman pagi dan sarapan. kami menuju ke Tree Top Walk. aktiviti pertama adalah Paint Ball. ada 4 kumpulan. setiap kumpulan akan bermain 2 pusingan. sementara menunggu peserta bermain Paint Ball. para fasi sempat merasa menunggang ATV...wahhh..aku memang lemah lutu nak naik benda ni..dahla tak reti naik motorsikal...tapi dah semua fasi naik...malu pula aku tak naik...malu tapi mahu...kumat kamit mulut baca doa2...alhamdulillah...semua selamat...walaupun lebam2 kaki...hehehe

lepas naik ATV, giliran fasi pula main Paint Ball...wahh...tak puas aku main sebab mask aku asyik kabus saja..nak tembak pun tak ada tujuan..hasilnya habis tudung aku kena...nasib baik badan2 aku tak kena...boleh lebam woooo....
lepas tu..aktiviti water confident pula...yang ni aku tak buat...cukuplah peserta saja...aku tukang tengok saja...ptg pula jungle trekking dalam hujan...habis badan dan kaki aku kena pacat..nasib baik dia dah jatuh sbb kenyang..kalau aku tengok mesti menjerit bagai pontianak...geliiiiiii....tapi saja buat2 cool depan orang...
malam aktiviti buat kapal dan tiup belon...belon akan diletakkan di bawah meja (meja di terbalikkan) dan semua ahli kena berdiri atas meja. kumpulan yg paling ramai ahli naik dgn belon tak pecah adalah pemenang...

esok pagi ada senamrobik oleh Dr George, aktiviti berkaitan 'membuat keputusan' dan sedikit taklimat dan kemudian majlis penutup.  


aktiviti membuat keputusan




Tuesday, November 20, 2012

Kembara : Singapura

 pelawaan daripada sepupu sebelah abah untuk menyertai lawatan ke Singapura aku sambut dengan tangan terbuka. apatah lagi aku belum lagi pernah menjejak kaki di sana dan hanya mendengar nama saja.

Singapura.

terkenal dengan negara yang penuh dengan denda dan hukuman. terkenal juga sebagai negara yang maju, bersih dan moden. Singapura yang dulunya merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu kini hanya tinggal sejarah dan telah menjadi negara Republik tanpa Raja dan Sultan. Singapura juga yang terkenal dengan kisah Hang Nadim dan Ikan Todaknya.

pada 13 November 2012, setelah menjemput Kak Chaq dr Jeti Pulau Pinang, jam 8.45 malam aku, Kak Chaq, Zahira dan suami (Saiful) bertolak dengan Gen 2 ke Shah Alam untuk bertemu dengan Izzati, Aliya dan Nadia di R&R Seremban.

14 November 2012, berhenti di R&R Machap, Johor untuk solat subuh dan sarapan pagi. Tiba di Hotel Grand Hallmark, Taman Molek, Johor untuk 'check in' hampir jam 10 pagi. disebabkan masalah teknikal dek tempahan online, kami terpaksa mencari penginapan baru. syukur Alhamdulillah kami mendapat dua bilik dengan harga yang sangat berpatutan. itulah Okid Cottage dengan harga RM70 untuk standard room dan RM60 untuk superior room.



hampir 3 petang kami bertolak untuk jalan2 di Singapura. sebelum itu kami sempat ziarah sahabat Saiful di Kangkar. kami dijamu dengan laksa Johor sambil dihiburkan dengan aksi comel Umairah yang mesra dan bijak, anak sahabat Saiful.

selepas itu kami bertolak ke JB Sentral utk masuk ke Singapura. selesai urusan Imigresen Malaysia, kami naik bas CW2 dengan harga RM2.50 ke Woodlands, Singapura. selesai Imigresen Singapura, kami naik semula bas CW2 yang akan menunggu kita tanpa perlu bayar lagi sekali. tiba di stesen bas, berjalan ke Jalan Arabic untuk cuba murtabak Singapura yang terkenal. ada 3 restoran ala2 nasi kandar betul2 berhadapan Masjid Sultan dengan menu yang aku rasa hampir sama.

di dalam bas CW 2













kami memilih restoran Al-Tasneem sebagai lokasi makan malam kami di hari pertama di Singapura. dan inilah juadah makan malam pertama kami di Singapura...

roti John & nasi goreng ikan bilis
butter nan & nasi beriani

teh o suam "Macam Mama buat"-kata Izzati

Sayang kami tak dapat rasa murtabak yang kami order. sampai dah habis makan tak sampai2 juga murtabak. rupanya waiter tak masukkan dalam senarai order...mungkin dah tak ada rezeki kami ataupun nak suruh kami mai lagi la tu...

Masjid Sultan

selesai makan kami jalan2 sekitar Singapura sambil mencari Merlion...kami sempat jumpa papan tugu "Kampung Glam" yang juga sebenarnya sejarahnya bermula dengan nama pokok "Gelam"...dan semestinya kami semua sangat teruja sebab kami semua waris generasi Kampung Gelam, Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia...yeaaaa....

tapi...kat Singapura ni...tak jumpa la pula orang kampung...cuma ada papan tanda saja...


Kampung Glam, Singapura vs Kampung Gelam, Kedah Malaysia
suasana malam di Singapura


pukul 10 malam kami bertolak pulang. naik MRT dari Raffles Place ke Bugis. Jalan kaki ke stesen bas. naik bas CW2 ke Woodlands. selesai Imigresen Singapura dan Malaysia. kembali ke JB Sentral. tiba di rumah hampir 12 pagi.
15 November 2012, sekali lagi mengikut rutin yang sama. JB Sentral-Woodlands Singapura. Imigresen. sebelum bertolak kami sarapan di Restoran Zainal. tiba di Singapura hampir jam 11 pagi lebih. naik MRT stesen Bugis ke Outram Park kemudian ke stesen Harbourfront. naik tingkat 3 di Vivocity. beli tiket untuk naik train  Sentosa Express dalam SGD3.50. di train ni ada empat station. bermula dengan Sentosa Station, Waterfront Station, Imbiah Station dan Beach Station. sebab tujuan utama kami adalah ke Universal Studios Singapore (USS) maka kami pun turun di Waterfront Station.


apalagi..inilah hasilnya bila kami di sini...
tempat wajib bergambar sebagai bukti USS telah kami tawan...hahahaha-kredit to Saiful tolong ambil gambar

depan Sesame Street
Transformers...sangat teruja jurugambarnya mengambil gambar kami..sekejap ke kami disuruh ke kiri..ke kanan...
Makan tengahari di Restoran Oasis Spice, USS..jangan bimbang..restoran Halal banyak di sini...surau pun ada untuk solat..siap telekung juga untuk muslimah...

Jalan masuk utama USS...meriah dengan muzik Hollywood nya...
di pintu hadapan "Lights, Camera, Action!"

Kak Chaq sorang tak naik yang ini...jenuh kami pujuk..tak mau juga dia naik...ini antara game kedua terakhir kami naik...semua pakat terdiam sebab tergamam...tak keluar suara semua...hehehehe..aku pulak sampai muntah2...dalam tandas la...padan muka..nak naik sangat kan!
tengah beratur nak naik Transformer...game pertama kami naik..sangat best!..puas menjerit dan ketawa...rugi tak cuba...

tak lupa game Ancient (The Mummy)-ada roller coaster yang best dan puas menjerit. Istana Impian di far Far Away...dan terakhir Jurassic Park..habis aku sorang saja yang basah teruk...bertolak pulang selepas membeli belah sedikit buah tangan.

perjalanan pulang kami kali ini adalah menggunakan MRT sahaja...penat nak jalan...jadi dari stesen HarbourFront ke stesen Outram Park kemudian tukar ke stesen Jurong East terus ke stesen Kranji...dari Kranji kami dapatkan bas CW1 terus ke JB Sentral...pukul 10 malam lebih kami selamat tiba di JB dan singgah makan malam di Restoran Singgah Selalu...dulu dua kali aku datang sini semasa jadi pegawai pengiring konvensyen MPP tahun lepas. jadi ini adalah kali ketiga aku di sini... dah cantik dan kat sini..menu pun makin bertambah...

16 November 2012, kami 'check out' hampir pukul 12 tengahari...singah beli coklat di Zon Bebas Cukai Johor...bertolak ke Johor Premium Outlet (JPO)...dulu aku pernah sampai sini masa dalam pembinaan lagi..Kak Akmar la yang bawa kami..rupanya tak siap lagi...tapi alhamdulillah rezeki..akhirnya aku sampai juga...di sini terdapat butik barangan berjenama dalam dan luar negara. butik baju, kasut, aksesori, beg, jam. memang murah berbanding harga biasa. contoh; aku pernah nak beli purse jenama Fossil di Parkson harga RM394..Fossil pula mmg tak ada diskaun..tapi di JPO boleh dapat dgn harga RM200...tapi aku tak beli pun..sebab dah beli purse lain...sempat juga aku capai kemeja Bonia untuk Abah dan pouch untuk Mama...


bertolak pulang ke Alor Setar dan Penang..alhamdulillah...pagi sabtu kami selamat sampai...sekian...

Monday, November 19, 2012

Selamat Pengantin Baru 2012

menyingkap kenangan 'Bisik-Bisik Intan' sejak 2008 bermula...banyak catatan Hari Bahagia yang tercatat sampai tak tahu nak tulis tajuk apa. apapun...buat mereka yang mungkin aku terlupa untuk mencatat hari bahagia mereka di sini aku mohon maaf ya...kekangan masa, jarak, dan tenaga (mungkin juga wang) buat aku tak dapat hadir beberapa jemputan walimah..tapi pastinya aku tetap cuba berusaha untuk berada di salah satu hari bahagia anda seperti majlis pertunangan, akad nikah atau resepsi...

10 November 2012

Siti Mariam & Suami..hanya sempat majlis akad nikah, 9 November 2012...Kak Mariam adalah Pegawai Penyelidik di  CGSS
Siti Azizah & Suami...Azizah adalah teman sekelas aku semasa tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di SMKTAM...dialah orang pertama yang menyapa aku semasa aku mula2 jejak kaki di sekolah menengah.. dia banyak tolong aku semasa kelas Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga (KH-ERT)...budi baiknya tetap aku kenang...kami rapat hinggal takdir Allah kami diikat dengan talian kekeluargaan...bau-bau bacang katanya...Tahniah Azizah...semoga bahagia hingga ke syurga...

Tahniah juga kepada Alaina dan Suami, tak sempat jumpa waktu walimah sebab kami dah sampai petang..mereka dah keluar utk photo shoot...Alaina juga teman sekelas aku semasa tingkatan 4 & 5..takdir Allah..Alaina merupakan anak saudara kepada kakak ipar aku...kecil saja kan dunia ini...

17 November 2012

Fatihah & Suami..tahniah dik...Fatihah adalah teman serumah semasa kami di 97-7-6 bermula 2010-2011..sekejap ja kan....tapi rasa lama...tahniah ya dik...semoga bahagia hingga ke syurga...



Tahniah juga kepada Norazlina Abu Seman dan suami...maaf tak hadir undangan...semoga kau bahagia hingga ke syurga.

18 November 2012

Tahniah pada pelajarku saudara Abu Sufian & Isteri..maaf tak dapat hadir walimah..akak doakan kalian bahagia hingga ke syurga...tahniah dik!

courtesy from FB

Sunday, November 4, 2012

Diary 68: Yaya & Restoran Cina Muslim, Penang


alkisah yaya bermula ketika di Kem Pimpin Siswa Siri 2 2012..ada seorang Pembantu Urusetia merangkap junior Bio yang dengan selamba penuh bergaya menggelarkan dirinya Boboiboy ketika sesi memperkenalkan diri. terus saja aku pun berkata.."kalau macamtu saya nak jadi Yaya lah"...maka teruslah lekat gelaran aku sebagai Yaya bagi siri KPS Siri 2 dan 3 2012. rasa lawak pula bila peserta/pelajar panggil aku Yaya..siap ada yang panggil aku Puan Yaya lagi...heheheee...pernah sekali, masa kem bila nama Yaya disebut..aku buat tak tahu saja..dah bukan nama aku pun kan...tapi semua dah pandang aku...barulah aku tersedar rupanya akulah orang yang diberi tugasan.

baru-baru ini, Petronas keluarkan figurin watak2 popular animasi Boboi. untuk bulan pertama. watak Yaya dan Boboi Angin. entah jampi apa yang dibaca... aku terus terpengaruh dengan adik Syahmi beli figurin ini. alahi...dah macam budak2 dah...Raja Haji hari tu pula, nampak figurin yang sama kepunyaan Aleesya... "yang ini Yaya"beritahu Aleesya...dan aku hanya mampu tersenyum sambil mengusap rambut Aleesya yg comel.


selepas puas dipengaruhi. kami, berdua makan malam di Restoran Cina Muslim berdekatan dengan Sunshine  Bayan Baru. jenuh juga mencari, alhamdulillah jumpa. dah lama teringin nak rasa masakan Cina. sebab aku selalu tengok rancangan masakan Cina TV8 macam sedap saja...hehehe...memang sedap pun..Penang/Malaysia kan syurga makanan!


Ini teh...seperti biasa..nama lupa...hahahaha...tak letak gula..kita tambah sendiri gula dia..tapi sebenarnya teh tu dah manis dah..manis semulajadi...harum baunya. penuh bunga dah banyak ramuannya... 



Ini taukua goreng dengan hirisan ayam...lembut dan sedap.



Ini 'seafood' goreng...selalu asyik order sotong goreng jadi cuba yang ini.. 

seperti biasa...kena ada lauk yang berkuah2...sini tak adalah tomyam atau kari pedas2 tu kan...jadi kita pilih sup sayur...sup rumpai laut ni...memang terase lah!

hah!!!...ini paling terbaik...Itik goreng...akhirnya...makan juga itik kan...asyik ayam dan daging lembu saja...rasa daging dia memang lain..lembut lagi daripada ayam...tengok warna dia pun lain. tapi nak dijadikan cerita...balik saja rumah terus badan2 aku gatal2...memang hairan sangat...tengok kaki tangan dah naik biji2 macam aku kena kelopak garam dulu...waaa...dah nak menangis dah...terus sapu garam spa dalam bilik mandi dan mandi. Alhamdulillah esok dah ok. hmmm...tak akan aku 'alergic' itik kot...

Perkhidmatan di sini bagus. sangat cepat! sabar menanti masa ambil menu. boleh beri cadangan yang baik juga. ada surau juga kat tingkat atas..dan kalau kita sampai masuk..dia bagi salam sebagai ganti ucapan 'selamat datang'...