Singapura.
terkenal dengan negara yang penuh dengan denda dan hukuman. terkenal juga sebagai negara yang maju, bersih dan moden. Singapura yang dulunya merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu kini hanya tinggal sejarah dan telah menjadi negara Republik tanpa Raja dan Sultan. Singapura juga yang terkenal dengan kisah Hang Nadim dan Ikan Todaknya.
pada 13 November 2012, setelah menjemput Kak Chaq dr Jeti Pulau Pinang, jam 8.45 malam aku, Kak Chaq, Zahira dan suami (Saiful) bertolak dengan Gen 2 ke Shah Alam untuk bertemu dengan Izzati, Aliya dan Nadia di R&R Seremban.
14 November 2012, berhenti di R&R Machap, Johor untuk solat subuh dan sarapan pagi. Tiba di Hotel Grand Hallmark, Taman Molek, Johor untuk 'check in' hampir jam 10 pagi. disebabkan masalah teknikal dek tempahan online, kami terpaksa mencari penginapan baru. syukur Alhamdulillah kami mendapat dua bilik dengan harga yang sangat berpatutan. itulah Okid Cottage dengan harga RM70 untuk standard room dan RM60 untuk superior room.
hampir 3 petang kami bertolak untuk jalan2 di Singapura. sebelum itu kami sempat ziarah sahabat Saiful di Kangkar. kami dijamu dengan laksa Johor sambil dihiburkan dengan aksi comel Umairah yang mesra dan bijak, anak sahabat Saiful.
selepas itu kami bertolak ke JB Sentral utk masuk ke Singapura. selesai urusan Imigresen Malaysia, kami naik bas CW2 dengan harga RM2.50 ke Woodlands, Singapura. selesai Imigresen Singapura, kami naik semula bas CW2 yang akan menunggu kita tanpa perlu bayar lagi sekali. tiba di stesen bas, berjalan ke Jalan Arabic untuk cuba murtabak Singapura yang terkenal. ada 3 restoran ala2 nasi kandar betul2 berhadapan Masjid Sultan dengan menu yang aku rasa hampir sama.
di dalam bas CW 2 |
kami memilih restoran Al-Tasneem sebagai lokasi makan malam kami di hari pertama di Singapura. dan inilah juadah makan malam pertama kami di Singapura...
roti John & nasi goreng ikan bilis |
butter nan & nasi beriani |
teh o suam "Macam Mama buat"-kata Izzati |
Sayang kami tak dapat rasa murtabak yang kami order. sampai dah habis makan tak sampai2 juga murtabak. rupanya waiter tak masukkan dalam senarai order...mungkin dah tak ada rezeki kami ataupun nak suruh kami mai lagi la tu...
Masjid Sultan |
selesai makan kami jalan2 sekitar Singapura sambil mencari Merlion...kami sempat jumpa papan tugu "Kampung Glam" yang juga sebenarnya sejarahnya bermula dengan nama pokok "Gelam"...dan semestinya kami semua sangat teruja sebab kami semua waris generasi Kampung Gelam, Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia...yeaaaa....
tapi...kat Singapura ni...tak jumpa la pula orang kampung...cuma ada papan tanda saja...
Kampung Glam, Singapura vs Kampung Gelam, Kedah Malaysia |
apalagi..inilah hasilnya bila kami di sini...
tempat wajib bergambar sebagai bukti USS telah kami tawan...hahahaha-kredit to Saiful tolong ambil gambar |
depan Sesame Street |
Transformers...sangat teruja jurugambarnya mengambil gambar kami..sekejap ke kami disuruh ke kiri..ke kanan... |
Makan tengahari di Restoran Oasis Spice, USS..jangan bimbang..restoran Halal banyak di sini...surau pun ada untuk solat..siap telekung juga untuk muslimah... |
Jalan masuk utama USS...meriah dengan muzik Hollywood nya... |
di pintu hadapan "Lights, Camera, Action!" |
tengah beratur nak naik Transformer...game pertama kami naik..sangat best!..puas menjerit dan ketawa...rugi tak cuba... |
tak lupa game Ancient (The Mummy)-ada roller coaster yang best dan puas menjerit. Istana Impian di far Far Away...dan terakhir Jurassic Park..habis aku sorang saja yang basah teruk...bertolak pulang selepas membeli belah sedikit buah tangan.
perjalanan pulang kami kali ini adalah menggunakan MRT sahaja...penat nak jalan...jadi dari stesen HarbourFront ke stesen Outram Park kemudian tukar ke stesen Jurong East terus ke stesen Kranji...dari Kranji kami dapatkan bas CW1 terus ke JB Sentral...pukul 10 malam lebih kami selamat tiba di JB dan singgah makan malam di Restoran Singgah Selalu...dulu dua kali aku datang sini semasa jadi pegawai pengiring konvensyen MPP tahun lepas. jadi ini adalah kali ketiga aku di sini... dah cantik dan kat sini..menu pun makin bertambah...
16 November 2012, kami 'check out' hampir pukul 12 tengahari...singah beli coklat di Zon Bebas Cukai Johor...bertolak ke Johor Premium Outlet (JPO)...dulu aku pernah sampai sini masa dalam pembinaan lagi..Kak Akmar la yang bawa kami..rupanya tak siap lagi...tapi alhamdulillah rezeki..akhirnya aku sampai juga...di sini terdapat butik barangan berjenama dalam dan luar negara. butik baju, kasut, aksesori, beg, jam. memang murah berbanding harga biasa. contoh; aku pernah nak beli purse jenama Fossil di Parkson harga RM394..Fossil pula mmg tak ada diskaun..tapi di JPO boleh dapat dgn harga RM200...tapi aku tak beli pun..sebab dah beli purse lain...sempat juga aku capai kemeja Bonia untuk Abah dan pouch untuk Mama...
bertolak pulang ke Alor Setar dan Penang..alhamdulillah...pagi sabtu kami selamat sampai...sekian...
No comments:
Post a Comment