dah 17 hari (termasuk hari cuti..hee) aku kembali di kampus Induk @ kembali ke Pulau...Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan..rumah sewa baru dah dapat. seperti yg diimpi..dekat dgn USM & dalam bajet. antara kriteria utama yang dicari adalah 'parking' kereta...dan syukur kat situ tak adalah masalah 'parking'...banyak sangat dan percuma...alhamdulillah..maklumlah, sekarang ni 'parking' kereta pun disewa dan boleh buat duit...setakat 'parking' tepi2 jalan tu dah biasa...kesian Suria..sejak dibeli boleh bilang jari berapa kali berteduh... :(
InsyaAllah tak ada aral melintang, Februari akan mula masuk. sekarang ni aku menumpang teduh di rumah sewa lama (97-7-6)...tak terbalas jasa baik kalian semua..hanya Allah yg mampu balas...terima kasih Norji, Kema, Anis, Maz, Fatihah, Ana dan Kak Wani...
Sudah aturan Allah...team 97-7-6 pun akan berpindah rumah juga (setelah sekian lama...hampir 6 tahun berteduh di situ)..insyaAllah juga bulan Februari nanti pindah. sama2 pula kita berpindah...heeee
17 hari di Kampus Induk @ Pulau..pernah sekali aku, Norji, Fatihah & Ana pergi jalan2 ke Jusco Perda...(terlanjur teman aku balik mengambil sedikit barangan di Nibong Tebal) sewaktu pulang...mati2 aku yang jadi pemandu nak belok ke laluan pulang ke Nibong Tebal...terus terdiam bila yang lain tegur..."Fuzah, situ jalan nak balikNibong Tebal..kamu kan dah balik Pulau"...
dan beberapa kali juga aku 'set' otak dan sentiasa fokus agar tak tersalah laluan antara jambatan PP dengan laluan ke KL/Ipoh...semalam pun, sempat aku ditegur oleh Jaya..."kenapa kamu masih nak ambil tahu pasal kejuruteraan..sudah2 lah tu..lupakan saja"...
Ok...memang kesalahan aku. tapi berilah aku masa untuk sesuaikan segalanya dgn baik. walaupun aku tahu berita untuk kembali ke Induk sudah lama tapi segala-galanya masih tetap 'baru' bagi aku. 3 tahun sebagai pelajar dan 2 tahun sebagai staf di Induk, dan 8 bulan di Kejuruteraan..kembali ke Induk...dengan segalanya tanpa pernah terduga...bukankah aku juga manusia yg punya hati & perasaan utk merasa seribu satu perasaan anugerahNYA?
semasa aku berbual dengan seorang kerani yg senior..sempat aku meminta nasihatnya...jawapannya mudah..malah sudah selalu didengar...tapi kata-katanya buat aku berfikir...
"kamu yg tentukan samaada kamu gembira atau tidak...di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung"
Aku redha...sungguh aku redha...dan pasti hanya masa yang akan menentukan segalanya..
aku gembira dapat bersama2 teman2 yg sentiasa memahami dan menyokong. kembali berada di sebuah tempat yg mengajar aku erti kegagalan, kejayaan, suka, duka, persahabatan, kasih sayang, jatuh bangun dan segalanya tentang kehidupan...masakan aku tidak bahagia utk kembali?
aku ulang dan ulang...semua yg berlaku pasti ada hikmah..pasti!...dan yang hanya aku pinta adalah kekuatan dan kesabaran utk menghadapi semua ini...Ya Allah..kabulkanlah...
No comments:
Post a Comment