Tuesday, March 6, 2012

Tugas Pertama

29hb Februari 2012..ada lawatan ke Unit Tajaan daripada kakitangan HEPA UniMAP pukul 10 pagi. ini pun setelah ditunda selepas tarikh 31 Januari 2012 sepatutnya. dan 29hb juga aku diminta untuk ikut serta ke Bengkel AUA di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AkePT) di Nilai, Negeri Sembilan. 29 Feb-2 Mac.

29hb Feb juga ada Bengkel Polar@USM di Vistana Hotel Penang. tapi aku tak dapat hadir sebab kena uruskan lawatan UniMAP. dalam kekalutan sebab van akan bertolak jam 930 pagi dan tak boleh tunggu aku yg pasti akan habis lambat. Maka aku dan Dr Asyirah akan ke sana dengan 'flight'.

sudahlah kalut menunggu e-ticket. kalut menunggu Kak Zie yg akan bantu untuk pembentangan. memang jemput Kak Zie sebab dia lebih pakar. dalam kalut menunggu...Kak Zie muncul dan dalam masa yang sama aku juga mohon minta diri kerana perlu ke 'airport' jam 1045 pagi.

Tiba di KLIA hampir jam 1 tengahari dengan hujan lebat. naik teksi ke AkePT...wahhh...inilah AkePT...cantik, moden dan baru...heeeee


kawasan pejabat


kawasan penginapan

Bilik penginapan pun cantik setaraf dengan hotel. tiba-tiba bercita2 pula nak jadikan semua desasiswa USM secantik macam ni barulah 'World Class'..





Semasa Dr Asyirah kata bilik asrama, mulalah aku terbayang asrama sekolah dan bayang2 yang daif-daif sekali...tapi bila sampai saja terus ternganga dan teruja...wahhhh...biar betul Dr!!!

dan antara tugas pertama aku adalah jadi pengacara majlis..aduhhh...tapi takpa..aku cuba...aku ambil cabaran...bukan apa..dalam BI ni lama dah tak berlatih...kalau BM tak ada masalah...dan so far so good la...yang penting aku cuba dan akan berusaha untuk lebih baik..heeee

Oh ya...29hb Februari 2012 juga Hari Ulangtahun Kelahiran Dr Asyirah...unikkan..sambut Hari Lahir 4 tahun sekali...sangat romantik bila suami Dr kirimkan bunga dan dibawa khas untuk Dr dari Pulau Pinang. siapa kata dah anak 4 pun tak boleh romantik lagi...semoga Dr & keluarga bahagia hingga ke syurga...aminnn


terharunya...

No comments: