Sudah 5 hari umat Islam berpuasa...alhamdulillah...kali ini aku kembali berpuasa di Kampus Induk..tahun lepas aku berpuasa di Nibong Tebal...walaupun sekejap..tetap ada kenangan di sana..alhamdulillah...kali ini aku dan temah serumah aku, Aidila saja yang sama2 berbuka dan bersahur...
Selamat Berpuasa semua dan semoga Puasa kali ini lebih baik daripada sebelumnya...
Aku cuma seorang hamba. Penumpang dunia fana. Atas rahmat dan cinta DIA. Maka, aku ada. Aku cuma seorang hamba. Yg suka bercerita. Suka duka dikongsi bersama. Kerna yg baik adalah daripada DIA. Sedang aku. Tak punya apa-apa.
Wednesday, July 25, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Diary 63
7-8 Julai 2012
aku dan officemates termasuk rakan2 seramai 7 orang telah beramai2 mengadakan rombongan untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak perempuan sulung pengarah jabatan aku di Bangi. pagi jam 9 kami bertolak dengan dua buah kereta...sebuah perdana dan sebuah saga. berhenti sarapan di R&R Bukit Merah...sambung perjalanan dan terserempak dengan kereta TNC BHEPP...singgah rumah Cik Fera di Damansara untuk ambil sebuah lagi kereta sebab lepas ni Yana dan Bob akan terus bertolak ke Kajang dan Nilai.
Jadi kami semua konvoi tiga buah kereta..sampai jam 2 petang lebih...teringat konvoi masa akad nikah dan kenduri Abang An dulu...konvoi di KL bukan senang..pengalaman yang tak dapat dilupakan (Van Sewa sakit & Ijab Kabul Abang An).
penat melawat haiwan marin, kami pun jalan-jalan cari makan di Pavilion...makan Carls's Jr..burger dia sangat besar...dan air dia boleh refill banyak kali...memang unik sistemnya...memang kalahlah McD dan KFC...

takdir Allah..kami semua berbaju warna serupa...tidak dirancang ya...
Dr Norizan (pengarah) sangat terkejut melihat kami datang...mestilah dia tak sangka kami datang sebab dari Penang ke Bangi tu...lagipun masa dia hantar kad jemputan pun kami semua tak pasti lagi dapat hadir ke tidak..rancangan nak pi ni pun kami tak maklumkan pada dia.
hampir sejam lebih, kami beransur diri..seperti perancangan...bertolak ke Aquaria KLCC...
penat melawat haiwan marin, kami pun jalan-jalan cari makan di Pavilion...makan Carls's Jr..burger dia sangat besar...dan air dia boleh refill banyak kali...memang unik sistemnya...memang kalahlah McD dan KFC...
selepas makan, aku dihantar ke Pantai Dalam...tidur rumah Abang An..pertama kali melawat rumah Abang An ni..sebelum ni bujang mana boleh tidur rumah dia...semua lelaki..sekarang dah kahwin..bolehlah pergi...hehehe...Kak Nana pula tak berapa sihat...dia alami Placenta Previa...risau dan kasihan bila dapat tau...lagilah membuak2 hati aku nak pi ziarah..alhamdulillah Abang An pun cuti...senanglah nak bergerak...
Sayu hati aku tengok Kak Nana...happy bila tengok perut dah semakin besar...rumah Abang An cantik..tidak menghairankan aku sebab Abang An memang orang yang kemas, berseni dan bersih. pagi esok, jam 9..Abang An hantar aku ke IKEA...jumpa semua kawan2 kat sana...tak lupa bungkus meatball IKEA yang sangat terkenal tu untuk Kak Nana...semua pakat tengok kami masa kami bungkus bawa bekas makanan sendiri..IKEA memang tak sediakan bungkusan untuk makanan dibawa pulang..dan aku sangat suka sistem ini..semoga IKEA tak akan ubah sistem dan dasar ini..aku juga bercita-cita nak laksanakan dasar ini di USM di samping menaiktaraf kafe USM menjadi lebih moden, sistematik dan mesra alam.
jam 2 petang, kami bertolak pulang..singgah rumah Yana di Kuala Kangsar...macam2 kami dijamu makanan..kenyang sangat...
singgah di R&R Bukit Merah...jam 10 selamat sampai di Penang..alhamdulillah..selamat semuanya...
Labels:
food,
friendship,
love,
mydailylife,
officelife,
travel,
weddings
Subscribe to:
Posts (Atom)