Selepas ke rumah Wa, kami ziarah rumah Pak Ngah pula...Pak Ngah adalah abang ipar Mama..arwah Mak Ngah meninggal dunia semasa aku di matrikulasi...balik dari rumah Pak Ngah kami memenuhi jemputan rumah terbuka jiran terdekat (sebelah rumah) yang kini sudah menjadi Datuk Bandar Kota Setar.
Malam pula ada kunjungan daripada Abang Cik, isteri, anak, Kak Cik Fairus dan kak Najah...Abang Cik, Kak Cik Fairus dan Kak Najah adalah anak-anak Pak Ngah dan arwah mak Ngah. petang tadi mereka tak ada semasa kami ziarah. cuma ada Abang Marwan dan Kak Najah sahaja. Harith anak Abang Cik dah besar, comel dan bijak sangat. cepat masa berlalu sekarang sudah giliran kami pula yang beranak pinak..hhehehe..kak Anny (isteri Abang Cik) sempat juga berkongsi pengalaman dan tips dengan Kak Nana yang pertama kali mengandung...hehehe..aku pun tumpang dengar juga. pesan Kak Anny..amalkan minum jus kurma..sangat bagus untuk proses kelahiran..malam pergi beraya di rumah Abang Kit dan Kak Fina pula di Pokok Sena...
Syawal ketiga...ada majlis di Kampung sekali lagi..malamnya ada reunion bekas pelajar STAR Alor Setar..anak-anak murid abah...
Syawal keempat...jalan2 cari laksa kedah dan cendol..malam hantar Abang An dan Kak Nana pulang ke KL...beraya pula di rumah Cik Nah...