Bulan puasa ini juga menyaksikan aku perlu mengambil peperiksaan perkhidmatan buat kali kedua...semoga berkat Ramadhan memberi kejayaan yang cemerlang. aminn..
Puasa pertama aku sempat bersahur dan berbuka bersama keluarga.Khamis, 2hb Ogos Iftar bersama mantan housemate tersayang semasa di U-Height...dah lama tak masak untuk makan ramai2..maklumlah sekarang cuma tinggal berdua saja...
Jumaat, 3hb Ogos sempat berlari pulang untuk Iftar keluarga di rumahku. sempena sambutan ulangtahun kelahiran Abg Kit juga yang ke32. Semoga panjang umur dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.aminnn...
Sabtu, 4hb Ogos aku, Mama, Abang Kit dan Kak Fina Iftar di Restoran Mekah berhampiran Tesco Mergong...sedap juga nasi kat sini. tukang masak dia pernah mastautin di Mekah.
Ahad, 5hb Ogos bertolak ke Rumah Anak Yatim
Nurul Ihsan Sungai Siput, Perak untuk Iftar bersama Naib Canselor USM di sana pada 6hb Ogos...dah setahun rupanya kami tidak ziarah di sini. tahun lepas 6hb Ogos 2011...kali ni 6hb Ogos 2012...takdir Allah...tarikh yang sama dipilih...syukur semua berjalan lancar...doaku semoga rumah dan anak-anak di sini sentisa dilindungi Allah...aminnn...
Selasa, 7hb Ogos Iftar bersama rakan-rakan AR USM (Penolong Pendaftar) di Restoran Arab, Perda. pertama aku sertai berbuka ramai2. bagusnya program macam ni sebab kita dapat berkenalan dengan rakan2 seangkatan iaitu para pentadbir universiti. senang la nak bekerja bersama-sama nanti. inipun tak semua yang hadir ni..aku jauh di tengah2...hehehehee
Rabu, 8hb Ogos, Iftar bersama teman sepejabat di Teluk Tempoyak...terima kasih pada tuan Pengarah sebab belanja..semoga dimurahkan rezeki dan diberik kesihatan yang sempurna.
Ok..sekian saja Ceritera Ramadhan kali ini. semuanya pasal makan sajakan...hehehee....ok, insyaAllah nanti ada cerita aku cerita yang lain pula...
No comments:
Post a Comment