Thursday, February 28, 2013

Tentang Khairul Syahmi Brahim

Ini adalah kisah dia. dulu aku cadang nak cerita pasal dia masa dia letak jawatan dan ambil keputusan untuk bermastautin di Ipoh...tapi entah kenapa..aku tiada mood untuk menulis kisah dia.


Ok. nama dia. Khairul Syahmi Brahim. aku kenal dia masa aku jd pegawai penyelidik di BHEPP tahun 2009. dan sebelum atau selepas tu kot (hahaha...sudah lupa)...kami pernah bertugas dalam kem Pimpin Siswa yang sama iaitu di CAK. waktu tu pun kami biasa2 lagi tapi gaya utk lebih mengeratkan silaturahim masih ada dan samar-samar.mungkin sebab kami masih baru dan dia hormat aku sebagai seniot kot.

kemudian tahun 2010 (kalau tak salah), dia jadi Pegawai Khidmat Singkat (PKS) di BHEPP tugas utama adalah utk Program Pimpin Siswa. bermula dari situlah kami makin kenal-mengenali. hinggalah pernah satu hari dia minta pertolongan daripada aku yang bagi antara 50-50 juga rasa tolong. masa tu aku hairan sangat kenapa dia minta tolong dgn aku sedangkan aku ni bukanlah siapa-siapa..ewahhhh...

dan disebabkan aku ni jenis 'tak sampai hati' menolak kalau orang dah minta tolong...jadi pertolongan itu diberikan dengan izin Allah jua...alhamdulillah...

apapun...banyak sebenarnya nak cerita pasal dia ni. aku sendiri pelik dan hairan dgn diri sendiri macamana aku boleh mengenali@rapat dengan dia ni. sudahlah perangai pelik + entah apa-apa. suka salah guna Bahasa Melayu. suka K-Pop. suka pakai baju fit. dan macam-macam lagi la. hmmmm

tapi apapun..tak kenal maka tak cinta kan...sungguh ada hikmah di sebalik perkenalan kami. sekurang-kurang aku tak akan mudah menilai orang hanya berdasarkan rupa. kalau org tanya apa yg aku akan ingat sampai bila2 tentang Khairul Syahmi Brahim.

jawapan aku.




Janji ditepati...



boleh???...serius...dia seorang yg berpegang pada janji. cukup saja aku dan dia yg tahu janji apa. sebaik, sekacak, sekaya mana pun lelaki tu...kalau tak tepati janji...huh...hilang terus hormat aku. Dia juga seorang yang sangat mengenang budi. jahat mana pun kau, kalau kau pernah berjasa pada dia..dia akan sokong dan kenang jasa kau..betul ni!!

Dia jujur dan ikhlas. jujur berbakti. ikhlas berkhidmat. Dia hidup untuk memberi. memberi segala yang ida termampu. untuk lihat orang sekelilingnya bahagia. Dia akan menyempurnakan mereka-mereka yang tidak sempurna...ewahhh..dahsyat ayat aku. dan apabila bersama Dia, aku seolah-olah menjadi seorang kakak yang penuh nasihat gitu...dan kadang2 aku seolah seorang adik yang naif penuh kecomelan gitu...

Ok...lagi tentang Khairul Syahmi Brahim ni yang aku akan ingat sampai bila2...

Dialah orang yang aku sentiasa kena belanja dia..walaupun hati aku selalu menyumpah + menyampah..tapi aku selalu kata...ikhlas fuzah..ikhlas...rezeki dia kan..tapi kalau asyik kau ja belanja..sapa tak bengang!

Semasa post ini ditulis, Dia dah pergi berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di BHEPP Kampus Kesihatan, Kelantan.

aku tak sedih...tapi bahagia sebab dah tak ada orang yang nak ajak aku keluar malam2 ajak p karaoke, makan-makan, dan lepak2 sampai tengah malam...aku kerja kot esok pagi!

Apapun...aku sedih...sbb aku dah 'hilang' seorang adik yang sentiasa sokong agenda kelestarian kami. Dah tak ada orang nak ajak aku p kitar semula. Dah hilang seorang yang selalu juga minta pendapat dan pandangan aku. Dia tak bodoh sombong ok!...

Justeru, wish you all the best dik...walaupun kau dah 'derhaka' kat aku sebab tak jumpa sebelum kau pergi tapi aku faham...aku lihat kematangan dia semakin hari semakin bertambah berbanding masa aku baru kenal dia. Dia semakin bijak melihat dunia dari sudut pandangan penuh erti kemanusiaan dan keagamaan. elok la tu dok kat Kelantan tu.

okla...jenuh juga kutuk dan puji dia..sebab dia dulu pun kutuk dan puji aku juga..kira balas dendam la ni..hehehe..anyway...

Selamat Bekerja Bro..ingat pesan akak apa dulu



"Jangan lupa jasa-jasa orang lain yang ada kita tak tahu/sedar untuk bagi apa yang kita ada sekarang" 

2 comments:

kai said...

Giiiiiitu... Nak kena post lam FB nih.. Hahahaha... Pengsan.. Yang penting jangan tinggal solat.. Heheh

Sh@bi said...

tersentuh hati... hehe... pertama kali kak fuzah beremosi.. hehe