Saturday, March 16, 2013

Hidup Sebagai Pegawai Tadbir Universiti I

Hampir dua tahun aku berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Universiti aka PTU...

aku tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pegawai tadbir apatah lagi  berkhidmat di universiti sendiri. tapi ketentuan Allah itu adalah yg terbaik. boleh dikatakan perjalanan aku menjadi PTU agak mudah berbanding sesetengah yg lain...Alhamdulillah...berkat doa restu mama abah. tapi...setiap anugerah Allah itu tetap diberi ujian sebagai timbal balik...baru adil..

Semasa aku ditawarkan sebagai PTU tahun 2011, aku ditempatkan di BHEPP, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. (rujuk Hari-hari Pertama di Nibong Tebal)...awal tahun 2012 aku ditempatkan pula di Kampus Induk  (rujuk Titipan 2012). dan kini di CGSS..tugas sebagai PTU tidak mudah dan tidak juga susah...hasil bacaan aku yang sangat sedikit , terdapat 3 kategori pegawai tadbir iaitu
  1. Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) - boleh berkhidmat di semua jabatan kerajaan seluruh Malaysia/gred M
  2. Pegawai Tadbir Negeri (PTN) - berkhidmat di semua jabatan kerajaan di sebuah negeri/gred N
  3. Pegawai Tadbir Universiti (PTU) - berkhidmat di semua jabatan di sebuah universiti/gred N
Mama aku termasuk dalam kategori no 2. Jadi melalui sedikit pengetahuan dan pengalaman aku, Mama pernah berkhidmat di beberapa jabatan cth Pejabat Tanah & Galian, Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dll...dan setahu aku setiap PTN perlu berkhidmat di negeri kelahirannya sendiri..jadi Mama adalah PTN Kedah..

di Kedah, PTN lebih dikenali dengan panggilan Kedah Civils Service (KCS)..antara kelebihan yg kami dapat, kami diberi tanah lot dengan harga yg murah untuk membina sebuah rumah...peluang kenaikan pangkat juga lebih luas berbanding PTU dan lain-lain kelebihan lagi. sbb apa aku kata PTN lebih berpeluang naik pangkat sbb sebuah negeri lebih besar drpd sebuah universiti...begitulah sebaliknya

Alkisahnya aku pula termasuk dalam kategori no 3. skop PTU lebih kecil kerana berkhidmat utk warga universiti khususnya dan masyarakat luar amnya. pelanggan utama kami adalah pelajar dan kakitangan akademik.  peluang kenaikan pangkat juga terhad. kalau di USM, kau boleh  kerja di Pusat Pengajian/Pusat Kajian/Jabatan Pendaftar dll yg merangkumi pelbagai kampus USM.

Aku berkhidmat sbgi PTU dgn ilmu & pengalaman yg sangat cetek. tp percaya dan yakinlah, Allah tidak akan menduga hambaNYA melebihi kemampuannya. boleh atau tidak atas pada diri sendiri. dan sememangnya ilmu & pengalaman semasa kau masuk persatuan pelajar dulu sangat sangat membantu. sbb antara tugas asas PTU yg bagi aku perlu ada ialah

  1. sediakan surat rasmi - perlu tahu format, tatabahasa, gaya bahasa dll
  2. sediakan minit mesyuarat - rujuk Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat 2012 
  3. pengurusan sistem failing -rujuk Bengkel Pengurusan Rekod Fail 2012
  4. penggunaan emel, telefon - gaya bahasa, tatacara
  5. mengurus mesyuarat, jadi pengerusi mesyuarat
  6. komunikasi - antara staf sokongan, pihak atasan, pelanggan dll
tapi insyaAllah..perlahan-lahan seiring masa dan masalah yg datang, pengalaman dan ilmu itu akan bertambah tp yg penting perlu juga usaha..contoh usaha

  1. sertai bengkel/kursus 
  2. membaca 
  3. bertanya, rujuk dan bincang dgn mereka yg lebih senior - jangan sombong dgn senior dan hormat sbb ada ilmu/pengalaman mereka yg kita tak ada..jgn bodoh sombong...begitu juga sebaliknya.

majlis berbuka puasa AR USM 2012...courtesy FB
okla...setakat ni dulu..insyaAllah doakan akan bersambung nanti..aminn..


bisik-bisik int@n: maaf kalau ada maklumat yang salah..mohon betulkan

Thursday, March 14, 2013

Spa Sang Suria

tengahari tadi aku bawa Suria pergi spa..kasihan Suria...berbulan2 tak mandi...bukan apa..sekali basuh+vakum=RM10...dah tu..jalan menuju ke rumah aku pula tengah dalam pembinaan...memang menyakitkan hati la kan bila kau dah bayar RM10 pastu kereta kau berdebu dek tanah merah tak sampai 24 jam. Oh tidak!..jadi terpaksalah Suria menahan sabar melayan karenah aku yang tak bawa dia pergi spa sejak sekian lama. nasib baik dia tak meragam...

Sejak ada Suria, baru aku tau yg bukan sikit duit yg aku akan leburkan kat Suria....isk...isk..dan salah satunya adalah kos 'kecantikan+kebersihannya'...dulu bajet konon nak sebulan sekali la bawa Suria pergi spa...ceh!..tak adanya...sibuk sana...bajet kopak sini..berbulan baru pergi spa.

Di Penang (pulau)...aku suka bawa Suria pergi spa namanya

sengaja tak ambil banner penuh...bukan dapat komisen pun kan...hehehee

Kedai Beyond ni ada banyak cawangan di Penang...yang aku selalu pergi ni dekat restoran Pelita Sungai Dua...aku suka sebab

  1. dekat dengan area rumah aku
  2. service cepat dan efisien
  3. harga perpatutan
  4. mesra pelanggan
  5. pasang ayat-ayat Al-quran
yang no 4 tu tidak lah selalu...kadang2 bila aku p depa akan pasang..jadi rasa tenang...

ruang menungu yang luas dan sejuk
tv +Astro di ruang menunggu
kawasan mencuci kereta

setakat ini, Suria adalah pelanggan tetap di sini. dulu masa aku di Nibong Tebal jenuh juga aku mencari spa yg sesuai utk Suria. dan pernah juga aku bawa Suria ke sini semata-mata untuk basuh+vakum...uihhh...tapi bila dah pindah balik Induk...mencari spa untuk Suria bukan masalah lagi...insyaAllah...

oklah...baru semangat nak memandu dan ada la juga rupa kereta anak dara kan...heheheeee...


Tuesday, March 12, 2013

Silaturahim

1 Mac 2013

aku dimaklumkan tentang kehadiran seorang kenalan dr Aceh yang berada di Penang menemani kakak dan ibunya menjalani rawatan di Hospital Pantai di sini. aku tahu 2-3 hari sebelum. tp dek kekangan masa masing2 (maklumlah waktu bekerja), akhirnya kami bertemu jua.

kami kenal Oja (Oriza) ketika ada lawatan keusahawanan di Aceh tahun 2008 yg lalu. wahhh...lama kan tidak ketemu...waduh2...sepanjang kami berbalas sms untuk berjumpa ni...habis semua bahasa aku jadi Bahasa Indonesia...sbb Oja asyik balas sms dalam bahasa Indonesia, aku jadi pening kepala dan drama Sinetron sangat membantu. ya ampun...

Ikut rancangan nak jumpa hari jumaat tapi Oja akan bertolak ke KL malam jumaat. Jannah pula ada janjitemu terpaksalah aku ajak Azim..sebab otak aku dah buntu fikir siapa lagi yang sama2 kenal Oja..alang2 boleh buat reunion sekaligus kan...

ketentuan Allah...janjitemu Jannah batal...Oja akan ke KL dengan bas jam 1 pagi. jadi aku, Jannah, Azim dan Oja bertemu di stesen Bas Sungai Nibong jam 12 pagi sambil menghantar Oja dan  keluarga ke KL...hahhh...habis keluar semua cerita...
Jannah, Oja, aku & Azim...selepas 5 tahun...huahuahuaa...
alala...sukanya dia kan...moga ketemu lagi yuk...

6 Mac 2013

Anis Safirah dan keluarga sempat singgah di ofis aku. alhamdulillah...Anis adalah ex housemate aku di U height dulu...lebih setahun juga kami tak jumpa...dah selamat lahir baby boy..sama tarikh dgn Umar Fahim...allolo...comelnya Arshad Solihin ni...

puaslah Arshad..dia tidur, menyusu, dan poo poo lagi kat ofis Ummi Fuzah ni..pastu tengah kami sembang2..Arshad sempat lagi pancut..habis basah seluar Abah dgn karpet ofis Ummi Fuzah...nasib baik najis Mukhaffafah saja...iaitu najis kanak-kanak bawah 2 tahun yg hanya menyusu ibu sahaja...jadi cuma perlu :

  1. Basuh bahagian yg terkena najis dan lap
  2. percik air di bahagian terkena najis
  3. lap dgn kain bersih hingga kering



Arshad Solihin bin Amir Hamzah...lepas ni jumpa mesti dah pandai cakap semua...heheee