Tuesday, January 1, 2013

Titipan 2012

Selamat Datang 2013..akhirnya yang ditunggu telah tiba..suka tak suka..masa tetap akan datang dan pergi. bergantung pada diri untuk mengisi dan memanfaatkannya.

Sukalah untuk aku meringkas segala suka duka dan perjalanan yang telah tertulis dan tertakdir buat diri ini sepanjang 2012.

awalan 2012 aku bermula penuh cerita. bertukar dari Kampus Kejuruteran ke Kampus Induk. tertanya2 di mana sebenarnya akan berkhidmat. cukup saja buat aku hampir putus asa. belum habis sedih aku berpisah dengan Kampus Kejuruteraan, aku terpaksa tekad melepaskan BHEPP Kampus Induk untuk ke CGSS. biar apapun kata orang. hanya Allah tahu perasaan dan keadaan aku. anggap saja semua ini adalah pengalaman buat aku menghadapi hari-hari mendatang.

1 April 2012..aku mula berkhidmat di CGSS setelah menggalas tugas di Unit Tajaan, BHEPP. peribadi, tugas aku semakin berbeza berbanding di BHEPP dulu.  pengalaman dan ilmu di BHEPP banyak membantu aku. aku melihat peranan pegawai tadbir dengan lebih jelas dan meluas. aku adalah satu-satunya dan pegawai tadbir pertama di jabatan yang baru. jujur ia tidak mudah. tapi Allah Maha Kaya menghadirkan kumpulan yang terbaik dan penuh kasih sayang. Alhamdulillah.

2012 aku sempat melawat ke Thailand yang pertama kali bagi aku. aku juga berpeluang melawat Singapura yang pernah menjadi senarai kunjungan aku ke luar negara. Alhamdulillah. di sebalik kehinaan aku sebagai hamba, Allah tetap Maha Pemurah memberikan nikmat2 NYA tapi jemu. Allahuakbar.

2012 adalah tahun yang membawa aku menghayati dunia kerjaya yang sebenar. aku hanya memikirkan soal kerja yang bagi aku adalah segala-galanya buat masa ini. aku tak mampu memikirkan soal kehidupan diri yang aku sendiri tak mengerti  dan hanya mampu bertawakal. selain itu, untuk  keluarga dan rakan2...aku cuba yang terbaik walaupun hakikatnya aku gagal. gagal dalam definasi diri aku sendiri.

2012 adalah tahun penuh konflik diri. aku kehilangan diri aku. aku mencari identiti diri. tujuan hidup. kebahagiaan hidup. matlamat hidup. saat orang melihat aku punya segalanya. aku sebenarnya kehilangan sesuatu yang aku sendiri rasakan. tak mampu diluahkan

2012 menyaksikan aku pemergian. pemergian insan yg penuh makna buat diri. 6 Januari 2012, arwah Mak Lang, kakak kepada mama pergi meninggalkan kami. semangat juang melawan derita kanser paru-parunya buat kami cekal hadapi hidup. Arwah Wa, abang kepada mama menyusul pada 14 September 2012 akibat strok. kini hanya mama yang tinggal. yang memberitahu aku bahwa mati itu pasti. Al-Fatihah....

2012 berakhir sekali lagi dengan sebuah kehilangan. kehilangan seorang ketua yang cukup berdedikasi.aku juga kehilangan seorang adik dan teman yang banyak bererti buat diri. dan kehadiran insan baru dalam keluarga cukup bererti buat doa2 mereka yang disayangi.

buat diri...kembalilah jiwa, hati dan ragamu pada Ilahi...lama serta  jauh kau 'pergi' dan 'lari'...sedarilah bahwa kesakitan itu hanya pada DIAlah penawarnya...

Ya Allah...ku mohon yang terbaik buat diri, keluarga dan mereka yang mengenali...rahmati dan redhai kami...jangan kosongkan hati kami dengan hidayah dan kasihMU ya rabbi...aminn...

Salam Sayang 2012...




1 JempuTlah BerbisiK:

Anonymous said...

Diari 2013 kini menyusul.. muga tercatat yang terbaik di dalam nya..