Alhamdulillah...segala puji-pujian hanya untuk Allah.
Tanggal 5 Mei 2013 hari Ahad, Malaysia selamat mengadakan sesi Pilihan Raya Umum kali ke 13. Secara umumnya, negara Malaysia yg sudah 56 tahun merdeka merupakan negara yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yg mana salah satu cirinya adalah Pilihan Raya.
Pilihan Raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Dalam erti kata lain, semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas boleh mendaftar dan layak mengundi.
Aku mula mendaftar sebagai pengundi semasa aku tahun 2 pengajian iaitu Ogos, 2007. Waktu itu ada kaunter pendaftaran oleh SPR semasa konvokesyen. Aku disapa dan diminta mendaftar walaupun aku belum cukup 21 tahun. kata mereka boleh daftar awal sebab mungkin umur aku dah cukup masa tarikh mengundi nanti. Aku pun mendaftar dan beberapa hari kemudian aku terima salinan borang daftar mengundi.
Mac 2008 iaitu PRU ke 12 merupakan undian pertama aku untuk Malaysia. aku ingat lagi bagaimana awal pagi aku dan Abang Kit bertolak ke pusat mengundi berdekatan dengan Masjid Sultanah Bahiyah. walau jam dah pukul 8 pagi lebih tapi hanya ada beberapa orang saja. aku dan Abang Kit terus saja masuk tak perlu beratur2 pun. tak sampai 15 minit semua urusan selesai. Aku ingat lagi debaran dan terujanya aku nak mengundi untuk pertama kali. dan terkejutnya aku bila nama dan no kad pengenalan di sebut kuat oleh kerani SPR tu.
Mei 2013 kali ini merupakan kali kedua aku mengundi. Aku bukanlah pandai dan tahu sangat tentang politik. tapi PRU kali ini membuatkan aku mula nampak pandangan, pendapat, pendirian dan prinsip orang di sekitar aku. yang disangka biru rupanya merah. yang disangka hijau rupanya biru. yang disangka hijau mmg kekal hijau..heheheh...ditambah dengan kemudahan dan kecanggihan media elektronik, media sosial dll buat segalanya terserlah. yang matang, yang lantang, yang fanatik, dll. kalau dilihat dalam senarai kenalan di FB pula, kalau dulu diam menyepi, masa PRU13 kali ni terus bersuara.kalau dulu selalu berkicau ria, terus pula diam seribu bahasa...termasuklah aku...hanya senang memerhati walau hati sangat kecewa dan sedih melihat sesama saudara Islam tuduh menuduh dan keji mengeji.
Apapun, jam 830 pagi hari Ahad, aku dan Abang Kit hanya berjalan kaki kerana pusat mengundi kami hanya di sebelah taman rumah iaitu di Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri. sangat mengagumkan kerana orang ramai sudah memenuhi dan tidak hairan jika peratus pengundi yg mengundi pada PRU13 merupakan yg tertinggi dalam sejarah. aku sendiri rasa sangat berdebar macam nak ambil peperiksaan pula.
Antara salah satu pembaharuan yg dilakukan dalam PRU13 kali ini adalah penggunaan dakwat kekal yg dicalit pada jari telunjuk pengundi. dan bila dah kata kekal semua pun pakat tonyoh siap dengan sabun lagi nak uji kekal ke tak...ini la hasilnya...
petang 5 Mei 2013 |
pagi 7 Mei 2013 |
No comments:
Post a Comment