Friday, February 7, 2014

Fatiem Nor Fatiha binti Zainuddin

Fatiem dan aku adalah rakan sekelas semasa darjah 1-3 di Sekolah Kebangsaan Taman Uda (SKTU), Alor Setar Kedah. Semasa darjah 2 & 3, disebabkan sesi petang dan tiada siapa yang dapat jaga aku, aku   tumpang tinggal di rumahnya yang 2 minit saja jalan kaki ke sekolah.

Pagi-pagi, aku akan bawa baju yang dah diseterika, kasut sekolah dan lain-lain ke rumah Fatiem. sampailah aku darjah 3. sebab darjah 4 sudah sesi pagi. kami akan main sama-sama, buat kerja sekolah sama-sama dan pergi sekolah sama-sama. Mak Fatiem suri rumah. jadi sebelum pergi sekolah kami akan makan dan kadang2 diberi bekal juga. Abah Fatiem polis. masa aku tumpang tinggal, abah Fatiem di luar negara untuk misi kemanusiaan.

Fatiem dan aku serupa. kami anak perempuan tunggal keluarga. punya dua abang dan seorang adik lelaki. Masa kami darjah 5. Fatiem berpindah ke Kelantan. Itu mungkin antara salah satu perpisahan yang mendalam buat aku. aku sedih. pastinya!!

hanya pada Allah aku memohon agar ukhwah ini terus kekal hingga ke syurga. terlalu besar jasa dan budi yang diberikan. Hanya Allah mampu membalasnya.

Fatiem pandai, rajin dan bijak. dia dapat sambung ke MRSM sampai tingkatan 5. semasa kami meningkat remaja. dengan teknologi yang terhad. kami masih berhubung dengan berutus surat, kad raya, kad hari lahir dan sebagainya. walaupun tidak kerap tapi perhubungan itu ada. sekian lama tak jumpa, aku telah ziarah Fatiem dan keluarga di Sentul semasa sedang menunggu keputusan SPM. sebab lama tak jumpa, kami jadi sedikit kekok, tapi gembira sebab ukhwah kerana Allah masih sempurna.

kemudian kami dapat sambung ke Matrikulasi walaupun tidak sama. tapi kami gembira sebab sama-sama berjaya. Alhamdulillah. Fatiem antara sahabat yang tak putus2 memberi semangat dan petua untuk belajar. Kemudian Fatiem ke UPM dan aku ke USM. Alhamdulillah!..syukur ya Allah atas kejayaan buat kami.

sibuk dengan alam universiti. kami terputus hubungan. 2013. aku sangat teringatkan Fatiem. perasaan ingin berjumpa sangat membuak-buak. Aku berdoa..

"Ya Allah...aku mohon untuk bertemu sahabatku...sebelum aku berangkat menjadi tetamuMU..kabulkanlah Ya Allah"

setiap hari, aku mencari dia melalui internet. itu saja sumber yang aku ada. jalan terakhir aku akan ke UPM memohon maklumat.

Alhamdulillah. Allah Maha Agung.

aku jumpa no telefon dan hubungi Fatiem. syukur Ya Allah. FB juga membantu. ukhwah kembali terjalin.

dan tanggal 1 Februari 2014. kami bertemu. Mama & Abah juga. Ya Allah...Alhamdulillah...


Tahniah Fatiem!
Selamat Pengantin Baru & Moga Bahagia hingga ke Syurga!

1 Februari 2014, Sabtu
Taman Suria Tropika
Seri Kembangan, Selangor

No comments: