Tuesday, September 29, 2015

Kembara : Star Cruise, Pulau Pinang II

Baru perasan cerita naik kapal ni belum habis...huahuaaaa..sabor jela...tu pun jangan... ada hati nak menulis novel...huahuahuaaaaaa...

ok sambung daripada Kembara: Star Cruise, Pulau Pinang I

lepas makan malam, balik ke bilik rehat-rehat sebelum bunyi loceng untuk taklimat keselamatan. tempat taklimat adalah berbeza mengikut tempat yg tertera di kad.

tak ramai yang ada masa taklimat. agaknya semua pandai berenang kot...kami sajalah yang semangat dengar semua taklimat walaupun tak bawa jaket keselamatan yang disediakan di bilik masing sebab segan...hahahaa....

sedikit taklimat oleh abang Filipino yg kacak..kami kemudian dibawa untuk tengok lokasi bot-bot penyelamat disediakan. Ok...doa banyak-banyak bagi selamat semuanya..huhuuuu...




kemudian kami pun 'dibebaskan'. jalan-jalan pusing kapal. agak hampa kerana tak ada apa aktiviti menarik kecuali semuanya...astaghfirullah al adzim....faham-faham je la ye...





akhirnya kami shopping sikit coklat yang kononnya harga ahli nampak lagi murah...Coklat Ritter Sport jatuh harga RM8 daripada RM9...hahaah...lupa dah sebenarnya...tapi murah sikit la kalau jadi ahli...jadi, untuk mengisi masa lapang...aku dan Danial terus cari kaunter untuk ahli...isi borang...tangkap gambar kat situ juga ok...dan yeaaaa..dapat kad...dan dapat souvenir..mug untuk minum2...best2...dan nak daftar jadi ahli percuma saja ya!




dah bosan jalan2..aku masuk tidur dulu..al maklumla...jenis tidur awai...huhuhu...pagi esok..bangun sarapan dan ready untuk check out...sebelum turun jangan lupa ambil kad pengenalan di kaunter di receptionist satu level dengan kedai souvenir tu....huhuuuu...jadi macam kami...dah turun kena naik balik...sebab x boleh check out...sistem x lepas....adoi yaaaa...

Ok jom balik!





Friday, July 31, 2015

Makan Best Di Penang - Roots By Meltingbites


Sebut pasal Pulau Pinang aka Penang mesti orang ingat nasi kandar. alkisahnya hampir 10 tahun lebih aku mastautin di Penang ni (sejak zaman student) memang boleh bilang berapa kali makan nasi kandar. tu pun sebab dah tak ada pilihan lain dah. kalau tanya nasi kandar mana sedap aku pun tak tahu sangat..hahahah

tapi untuk entry kali ini, aku nak kongsi beberapa kedai/restoran/tempat makan yang boleh dicuba. dan paling pentingggg...HALAL...insyaAllah...

Roots by Meltingbites




berikut antara gambar-gambar makanan yang aku atau kawan2 aku telah cuba...

gambar Nasi Lemak Pandan

spaghetti 

aiskrim
kek

Roots Burger




So far boleh la ke sini kalau teringin nak suasana santai, makanan barat, kopi...makanan ok-ok saja..banyak lagi boleh ditambah baik...food presentation, rasa makanan..even jus...aku jangkakan jus dari buah sebenar tapi hanya jus daripada botol biasa aka kordial...jadi agak kecewa di situ...makanan pun sampai lambat juga...

apapun...tepuk dada tanya selera..at least ada tempat untuk bersantai-santai sambil minum2 dengan kawan-kawan...



FB: Melting Bites
Instagram: rootsbymeltingbites
Lokasi di Quatermile Bayan Baru..sebelah Chinese Muslim Restaurant, Uptown Bayan Baru

Thursday, June 18, 2015

Kembara : Star Cruise, Pulau Pinang I

Kali ni terkejut tergempaq (tak la terkejut sangat) aku telah dipelawa untuk sertai program naik kapal bersama adik-adik...huhuuuu...sedar diri sudah tua ya...

Dengan bayaran RM222 untuk satu malam termasuk makan dan sebuah bilik double sharing buat la apa-apa aktiviti atas kapal tu ha.

Pakej yang aku amik ni hanya berlayar ke tengah pulau sekitar Pulau Pinang saja...tak masuk sempadan atau ke Pulau2 lain seperti Krabi dan sebagainya. jadi hanya perlu bawa kad pengenalan saja.

Ok jom kongsi kisah-kisah kembara kali ni naik kapal besaq.

8 Mei 2015, Jumaat, 6.30 petang

sama macam flight, kena check in online pastu print ticket. kat sana kena isi borang (maaf lupa snap gambar borang tu) pastu terus ke kaunter untuk check in dan dapatkan kad ni




kaunter check in
check in & register untuk dapatkan kad
dah macam kaunter tiket bas pun ada
balai berlepas..ala-ala macam airport dah...tapi tak dak la scan bag bagai..cuma tengok kad kita & kad pengenalan

beratur nak naik kapal


stage ketiga...yeaaaa....
lepas masuk tu semua bag kena scan dan depa akan ambil IC kita 

dah masuk haaa ambik....pening juga la cari bilik...huhuhuuu
suasana dalam bilik untuk dua orang...ada TV ok

terbaik bilik dia...wayar yang berjuntai kat tv tu adalah wayar USB untuk charge HP aku...sebab aku tak charge kat plug??
haaa...ni la kisahnya....mana nak boleh masuk plug Malaysia..mana nak tau kan...jadiiii...tolong jangan lupa bawa international adapter ok!...sbb tu la aku charge HP guna usb...syukur ada juga USB kat TV tu...kalau guna TV kotak...hai hai bye bye la HP dengan bateri kong tu....

Pemandangan di atas kapal...ada swimming pool baq hang...sambil makan sambil mandi...mampooo??
makan malam...macam-macam ada...insyaALLAH HALAL...

Tuesday, June 16, 2015

Makan Best di Penang - Pak Din Nasi Dalca, Jelutong

Kalau sebelum ni kita cerita tempat makan western, kali ni kita cerita pasal makanan melayu pula....nasi dan lauk-pauk!

Salah satu tempat best adalah Pak Din Nasi Dalca, Jelutong..kedai dia area astaka tepi jalan, setentang deretan kedai2 sebelah Caltex. 

PDND ni pun ada buat katering juga. kadang-kadang majlis di pejabat kami order dengan PDND. memang terbaik baq hang!

aku tak pasti pukul berapa dia start berniaga tapi aku slalu p masa habis waktu pejabat...huhuuu..maaflah info tak lengkap...







Monday, June 15, 2015

Makan Best di Penang - AB Cafe

Ok...kali ni nak perkenalkan satu tempat untuk lepak-lepak...makan western food. so far kat sini dessert mula pukul 3 petang jadi sebab kami sampai dah lewat petang jadi banyak yg dah  habis...so agak hampa juga la...

tapi dia punya layanan memang terbaik!..siap tanya lagi food ok lagi ke tak...surau pun ada disediakan..

apapun jom kita tengok apa menu yang telah dicuba...









AB Cafe, 32 Argyll Road, Georgetown
Penang, Malaysia
012-513 1614
FB : AB Cafe


Thursday, May 21, 2015

Diari 81 : Family Day @ Penang

yeaaaaa...pakai mai Penang mai..
alkisahnya kali ini keluarga Hajah Asma telah berkumpul di Penang. dan sebagai satu-satunya generasi yang mastautin di Penang maka terlantiklah aku sebagai tuan tanah...kononnya...

17 April 2015, Jumaat

petang dalam jam 4 lebih, ahli keluarga aku selamat sampai di USM. sebab mereka akan menginap di Rumah Tetamu USM. aku tempah dua bilik famili tapi kami tukar satu dengan bilik di bawah sbb tiada kemudahan kerusi roda untuk Tok aka Hajah Asma.

selesai urusan pertukaran bilik, solat dan reganggan badan kami pun bertolak ke Gertak Sanggul untuk acara bbq. tapi sbb hari dah malam kami singgah di pantai Sungai Batu saja...tapiiii...sbb kat situ gelap gelita...kami pun tukar utk bbq di Rumah Tetamu USM sahaja...heheheh...

*tiada gambar sebab hanya sesuai untuk tatapan peribadi saja

 18 April 2015, Sabtu

Hari ini bermula dengan sarapan pagi di Taman Tun Sardon...



selepas sudah kenyang...minyak sudah cukup..kami pun bertolak ke Bukit Bendera...kali terakhir aku pergi 2013 (rujuk http://mahfuzahothman.blogspot.com/2013/04/diary-74-bukit-bendera.html)..banyak juga dah berubah..sekarang sudah ada tempat parking bertingkat...


aktiviti pemberian myKad/kad pelajar untuk pembelian tiket..kalau tidak harga RM30 utk dewasa...dengan myKad harga turun sampai RM10 seorang dewasa


Tok aka Hajah Asma pun ada


Mak Su & Mak Njang


dalam train


muka seronok


yeaaa...dah sampai...

tengahari bertolak ke Padang Kota pula..pakat pekena Mee Sotong Hameed haaa....

beratur panjang

Mee Sotong terkenal kat Penang

semua makan mee sotong & coconut shake

muka bahagian dapat makan

belanja gambar Tok tercinta...tok pun puji mee sotong sedap..

selepas perut sudah kenyang...hati jadi girang...kami semua pun bertolak pulang ke negeri jelapang...wahhh...hahahaha...