Tuesday, April 9, 2013

Diary 74: Bukit Bendera

Hujung minggu lepas aku tidak pulang ke Alor Setar. sebab mama dgn abah ke KL melepas rindu kepada cucu Umar Fahim. jadi aku manfaatkan sepenuhnya hujung minggu dengan aktiviti yg sepatutnya sbg  anak dara..heheee...

Hujung minggu ni beginilah utk aku kemas rumah;sapu sampah, mop lantai, basuh baju, basuh bilik air dan memasak,...ewahh...suri rumah sangat...tapi pagi sabtu tu aku telah ditugaskan satu tugasan yg memerlukan aku ke Bukit Bendera...wahhh...lama kot tak pi Bukit Bendera...kali terakhir tahun 2007 tak salah.

Walaupun hujan rahmat turun dgn lebat dan mencurah-curah sepanjang tugasan, namun tetap kami laksanakan tugasan dgn jayanya. oh ya...tugasan ini dilakukan dgn Siti Aisyah atau Che Ah. coursemate School Bio masa undergrad dulu...

hampir jam 9 lebih kami bertolak ke Bukit Bendera. sebelum tu sempat bersarapan di Kafe Fajar Harapan. Ini adalah kali pertama aku pergi sendiri ke Bukit Bendera. disebabkan bukan cuti sekolah dan hujan. parking kereta tidak menjadi masalah. harga parking adalah RM4.



Untuk naik train Bukit Bendera pula, harga tiket adalah RM8 utk orang dewasa. tapi sebb Che Ah masih pelajar, dia dapat diskaun 50%..jadi cuma perlu bayar RM4 saja...tapi kena tunjuk kad pelajar. masa nak beli  tiket ni juga kena tunjuk IC.





dah sampai di Bukit Bendera, hujan masih turun dgn lebatnya. jadi kami pun terpaksa lepak2 dulu sementara tunggu hujan renyai2...sambil2 tu tugasan tetap kami laksanakan...



dalam jam 12 lebih, hujan dah renyai2...kami pun berjalan2 sambil berpegangan tangan..hahahah....tak tau nak pi mana pun..sbb hujan jadi pergerakan pun terbatas...tapi tugasan meminta kami untuk ke Muzium Burung Hantu atau Owl Museum...sekali lagi harga tiket adalah RM10 dan pelajar macam Che Ah dapat diskaun 50%...untunglahhhh...hehehe...


dalam muzium ni dipamerkan hasil2 kraftangan dan koleksi perhiasan bentuk Burung Hantu...siapa yang minat Burung Hantu mesti suka atau pun yg suka jadi hantu pun boleh....heheheee...boleh ambil gambar di sini....







Ada juga bahagian untuk aktiviti kanak-kanak...kerusi, patung2 semua bentuk burung hantu...dah penat cuci mata kami mengisi perut di kafe yang disediakan di bahagian atas muzium ini...aku dan Che Ah pakat pekena  laksa Penang sbb masing2 kenyang lagi makan nasi lemak pagi tadi..



hampir jam 3 petang lebih kami dimaklumkan bahwa tugasan kami sudah selesai (padahl minta tugasan tamat cepat), jadi kami bertolak meninggalkan suspek...oopsss...kantoi....ok2...nnti cerita lain...hehehe... 


0 JempuTlah BerbisiK: