Tuesday, May 20, 2014

Kembara : Belgaum, India III

11 Mei 2014, Ahad

PIMPIN Siswa USM-KLE bermula!!!

Oh sebelum tu hari ni kami semua sarapan kat luar..heheeee...sebab catering lambat...depa ni kalau janji pukul 9, pukul 10-11 baru dapat...ayoyooo...jenuh kena kejan...memang pengalaman buruk deal dengan caterer kat sini...nasib baik makanan sedap...

sorang 4 biji roti...sedap tapi jenuh juga aku nak habiskan
ala-ala teh tarik..comel ja cawan 
air kosong...kat sini menjadi budaya untuk makan dan minum dalam stainless steel...

cuba semak apa yg best menu dia...hehehehe



menu makan tengahari...dalam banyak2 nasi sepanjang kat sana...nasi ni bagi aku paling sedap...mungkin sebab makan masa sangat lapaq kot...heheheh...terbaik!
makan malam...tengok pinggan dia dah macam talam dah...mengah oiii nak habiskan...
untuk PIMPIN Siswa USM-KLE ini, ada beberapa pengubahsuaian. maklumlah buat kat luar negara kan...ada beberapa aktiviti yang diolah dan dibatalkan atas sebab2 teknikal dan lain-lain. tapi prinsip dan semangat masih sama. Antara aktiviti yg dibatalkan adalah survivor cooking...celah mana nak cari ayam hidup...lagipun student kat sini dah confirm pandai masak semuanya...maklumla...lagi jimat dan sedap kalau masak sendiri...

kalau di Malaysia..heee...PIMPIN Siswa ada aktiviti khemah...student kena pasang khemah dan tidur dalam khemah tapi kat sini tak dapatlah. student tidur kat bilik masing2...hmmmmm...selalu pukul 2 petang baru start aktiviti yang mengambil masa selama 3 hari 2 malam. tapi di sini hanya 2 hari semalam. dan aktiviti bermula pagi. 

Student juga cuma dapat sehelai tshirt dan topi...tiada beg...nampak nampak...ada baik buruk la kan...bersyukur...selalu student akan dapat 2 helai tshirt dan topi beserta beg galas...sekali lagi...bersyukur...

12 Mei 2014, Isnin

Hari ini hari kedua PIMPIN Siswa.

Ada cabaran minda, aktiviti kumpulan dan lain-lain. Malam ada persembahan.
nasi goreng pataya + ayam goreng...hehehe...sebenarnya...telur goreng tu letak atas nasi saja...ok la...

makan malam + persembahan

13 Mei 2014, Selasa

Shopping time!..dimaklumkan kebanyakkan kedai tutup pada hari selasa. lorrrr...jadi kami cuma dapat p kedai dan kilang sari saja. kedai kurta dan kulit tutup...sedih....

kedai sari...

lunch nasi beriani udang

pink parther katanya
kilang sari
seronok mak cik ni amik gambar dia

pilih pilih sari mana berkenan di hati

mesin buat sari...

Monday, May 19, 2014

Kembara : Belgaum, India II

10 Mei 2014, Sabtu

Di sini malamnya pendek. pukul 5-6 pagi dah macam pukul 8-9 pagi di Malaysia. cuaca sekarang panas. beza waktu antara sini dan Malaysia dalam 3 jam. jadi kalau sini pukul 7 pagi, Malaysia dalam pukul 10 pagi.

semua tenaga penggerak 18 orang. 3 orang saja perempuan termasuk aku. sepatutnya 20 orang tapi 2 orang tak dapat p sebab hal yang tak disangka berlaku. ada hikmah.

Kak Ala, Putri dan aku duduk di guest room asrama perempuan.

guest room
guest room
hostel-dah macam pusat beli belah

hostel

dewan makan

menu sarapan hari pertama...sedap!

lepas breakfast, mesyuarat di bilik persidangan, School of Medical Sciences, USM-KLE. lepas mesyuarat melawat kawasan kampus terutama untuk aktiviti PIMPIN Siswa esok. 







lepas melawat, berjalan-jalan dan makan tengahari,  kami di bawa ke sebuah kedai pakaian untuk beli sari...haaaa..rambang mata oiii...


malam, Putri, Tira dan aku tak sempat dinner pun sebab kami keluar untuk pergi cari barang program...Kami pergi ke Bindi Bazaar. sini sangat terkenal sebagai kawasan muslim. nak cari jubah, pashmina, bangles dan lain-lain kat sini lah.

macam nak tercabut kaki berjalan. pengalaman tak lupa bila masuk waktu solat mahgrib, ada masjid tapi perempuan tak digalakkan solat atau lebih senang tak boleh solat kat masjid. jadi terpaksalah hormat. tempat orang kan. walau dalam hati sangat tak puas hati. tapi dalam masa yg sama sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. kat mana-mana boleh solat. masjid surau berlambak. nak dengan tak nak saja.

jenuh juga fikir. sebab barang masih banyak tak beli dan jarak kampus pun jauh. kami cadangkan Tira solat dalam kereta. beli air mineral dan pashmina untuk cover mana patut. Alhamdulillah...dan kami mohon ampun daripadaMU ya Allah. 

kedai bangles

Mr Gajanan-driver yang setia dan sangat baik membantu kami

beli telur ayam- 200++ biji ok...

bersambung...

Kembara : Belgaum, India I

24 April 2014, Khamis

Dapat panggilan bertanyakan samada aku mahu/boleh ke India atau tidak. sebagai tenaga penggerak/fasilitator PIMPIN Siswa di USM-KLE. Kelu. Tergamam. dalam kecelaruan, teruja dan bingung aku menyatakan persetujuan.

"tapi jangan lupa surat untuk ketua jabatan ya"...ohhh...penting tu!


28 April 2014, Isnin

pukul 8.30 pagi bertolak ke Georgetown untuk mohon visa. Antara keperluan untuk permohonan visa India adalah :

  1. salinan IC (depan belakang)
  2. salinan passport (bahagian maklumat diri)- pastikan passport sah sebelum 6 bulan tarikh luput.
  3. gambar passport - pergi je kedai kata nak gambar utk visa ke India - 2x2, background putih
  4. salinan flight tiket
  5. duit RM168. 
Visa India kena isi online. lepas tu print dan bawa bersama 5 perkara di atas. 5 Mei 2014 siap dan boleh amik visa. 

9 Mei 2014, Jumaat

Pukul 5 pagi aku dah tunggu di BHEPP untuk naik van ke airport. Flight Penang ke KL pukul 7.00 pagi. sampai di KLIA pukul 8.05 pagi. breakfast di Marrybrown sebelum flight ke Bengaluru (Bangalore) pukul 9.50 pagi.

Ok. dah lama tak naik MAS. teringat tragedi MH370. Allahuakbar. semoga diberi hikmah yang terbaik atas segala yang berlaku. Kau Maha Tahu. 

perjalanan hampir 4 jam. pukul 12 tengahari waktu Bangalore, kami semua selamat sampai. perut lapar. tapi pesanan bos dan teman sekerja agar berhati-hati dengan minumam sentiasa terngiang-ngiang buat aku sangat selective untuk makan. lagipun memang perangai aku yang  kurang makan dan minum apabila travel. alasan malas nak p toilet. tambah di India yang cukup terkenal dengan kencing merata-rata dan tiada proper toilet. sangat mengerikan. 

TAPIII!!!..

toilet kat airport Bengaluru ni sangatlah bersih ok!..lagi bersih daripada KLIA...serius!..siap air lagi nak basuh...oh bahagiaaa!!!


Ini toilet 'RnR' kat highway. oklaaaa....dari no 1-10...aku bagi 5 sebab at least ada air. aku pernah jumpa toilet lagi teruk dari ni kat Malaysia. so not bad...cuma RnR dia tak macam kita la....20++ km sekali baru ada RnR...kalau dak...kencing la tepi jalan tu...lelaki tak apa la...aiyooooooo....




lebih kurang pukul 1 petang, kami bertolak ke Belgaum...dengan menaiki bas...11-12 jam ok!...aku dah set mind aku yang kami akan dapat bas macam bas sekolah zaman 80an. tak ada air-cond. tak ada kusyen duduk yg bila atas bonggol jalan kau akan terhentak dan terbang macam superman.

TAPIIII!!!




tu diaaa bas kami!!!...AC Sleeper Coach ok...naik-naik terus katil...nak duduk..baring..meniarap..golek golek..semua boleh...buatlah gaya kuak lentang sampai 12 jam...puas hati!

sepanjang perjalanan sempat singgah dua RnR..seperti biasa aku tak makan sangat...sbb trauma dengan cerita cirit birit dek minum air di sini. ni makanan yang dimakan oleh mereka macam tak makan seminggu...hehehehe...

nasi beriani vegetarian

roti apa tah

pukul 12 malam kami selamat tiba di kampus USM-KLE University. aku malas nak layan orang. penat..lenguh badan..yang aku ingat esok ada meeting pukul 9 pagi. sekian.

Friday, April 25, 2014

Hidup Sebagai Pegawai Tadbir Universiti II

Antara salah satu tugas sebagai PTU adalah menjadi urusetia dan setiausaha mesyuarat. tapi ada juga PTU yang tidak berpeluang demikian. jika anda berada di Pusat Pengajian, Fakulti, atau satu-satunya PTU yang ada di Jabatan (seperti aku) jadi tugas ini memang kewajipan.

Pertama:  Menetapkan & menentukan tarikh, hari, masa & tempat mesyuarat.

4 perkara ini sangat penting sebelum surat jemputan dikeluarkan. Tarikh &masa mesyuarat dipilih berdasarkan kelapangan pengerusi mesyuarat. samada perlu jumpa terus  pengerusi atau melalui steno/secretary untuk mendapatkan tarikh &masa. Selepas tarikh &masa diperoleh, tentukanlah tempat mesyuarat.

antara perkara yang dipertimbangkan untuk memilih tempat mesyuarat

  1. bilangan ahli/jemputan mesyuarat
  2. kemudahan teknikal (screen, projector, audio atau telesidang)
  3. pertimbangkan juga keselesaan pengerusi..sebaiknya memilih tempat yang mudah untuk pengerusi hadir. 
Sebaiknya, selepas mendapat tarikh &  masa, hubungilah ahli tetap atau ahli yang berkepentingan samada mereka lapang atau tidak untuk mesyuarat tersebut. Hal ini kerana mesyuarat hanya boleh dilaksanakan jika kehadiran ahli sebanyak 1/3 ahli mesyuarat. 

Kedua: Notis/Surat Jemputan & agenda mesyuarat.

notis/surat jemputan sebaiknya diedarkan tidak kurang daripada 14 hari ( 2 minggu) sebelum mesyuarat dan agenda tidak kurang daripada 7 hari sebelum mesyuarat.

tapi aku selalu edarkan notis/surat jemputan beserta agenda sebab takut terlupa. agenda perlu berbincang dengan pengerusi agar sepakat dan tahu apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti.

tak lupa juga untuk  edarkan minit mesyuarat lepas dan apa-apa dokumen yang diperlukan untuk mesyuarat. Ini memudahkan ahli mesyuarat untuk lebih bersedia dan jelas dengan tujuan mesyuarat.

Sebagai setiausaha, semak minit mesyuarat, maklumkan dan kemas kini pihak berkenaan bagi apa-apa tindakan yang perlu mereka ambil pada mesyuarat lepas untuk dilaporkan dalam mesyuarat nanti.

Ketiga : Tempahan Menu 

bergantung kepada mesyuarat. selalunya menu adalah untuk minum pagi atau petang. tapi di CGSS kami amalkan hidangan buah-buahan sebagai menu mesyuarat.

Nampak macam remeh tapi nak memikirkan menu apa...caterer mana...antara yang boleh aku tak tidur malam. kalau yang tak kisah tak mengapa...tapi tak kan setiap kali mesyuarat asyik kuih karipap dan donut je kot.

Keempat : Tempahan teknikal 

bergantung kepada tempat mesyuarat. Jika tempat mesyuarat di luar kawasan kita, mungkin tempahan teknikal adalah berasingan contoh untuk LCD projektor, telesidang dan lain-lain. jangan lupa bertanya ketika bilik mesyuarat ditempah.

Kelima : Follow up

Seminggu sebelum mesyuarat dicadangkan untuk melakukan 'follow up' kehadiran ahli. Hal ini bagi memastikan keahlian mencukupi bagi mesyuarat diadakan. Oleh sebab itu, jika langkah pertama telah dilakukan, masalah ini dapat diatasi.

tetapi langkah ke-5 ini juga sekurang-kurangnya membantu mengingatkan sebahagian ahli yang mungkin terlupa.

Keenam : Fail, Perakam, Power Point, Senarai kehadiran

Sediakan fail untuk pengerusi yang mengandungi semua maklumat untuk mesyuarat. tak lupa perakam suara yang banyak membantu untuk mendengar isi mesyuarat. Sediakan senarai kedatangan untuk ditandatangani oleh ahli yang hadir. Baik juga jika menyediakan power point ringkas bagi mesyuarat untuk dipaparkan pada skrin (ini belajar daripada my boss)

Ketujuh : Mencatat Minit mesyuarat

sentiasa peka dan fokus pada mesyuarat untuk elakkan tertinggal isi-isi penting. pastikan setiap perbincangan mempunyai keputusan. samada tindakan, makluman atau lain-lain. Pengerusi mesyuarat yang bagus akan merumuskan setiap perbincangan mesyuarat. ini sangat membantu setiausaha.

Jangan malu bertanya jika tidak tahu atau faham mana-mana istilah. Ini bagi memastikan minit mesyuarat kita lengkap dan sempurna. Minit mesyuarat sangat penting kerana catatan keputusan, tindakan dan hasil mesyuarat dapat direkod, dicatat, disimpan malah dijadikan rujukan.

Bayangkan saja jika mesyuarat tiada catatan apa-apa keputusan dan hasil. tiada hitam putih. bagaimana untuk dirujuk pada masa akan datang. tak kan nak kata.."ha..hari tu mesyuarat kata ini itu..sapa kata?...dia la..itu la..ini la.."...

Ya...antara yang aku belajar sejak jadi PTU ni...tiada hitam putih tak akan dilayan...tak kisah la sms ka..emel ka...janji ada tertulis...tak mau cakap-cakap saja ok...

Selesai mesyuarat, minit mesyuarat perlu disediakan sekurang-kurangnya 14 hari selepas mesyuarat. dan edarkan kepada ahli untuk maklum balas, pembetulan dalam masa 7 hari.

Begitulah rutinnya ulang langkah pertama dan seterusnya. apapun, bila nak mesyuarat ni memang tak boleh tidur malam sebab dok berdoa bagi semua berjalan lancar.

Mohon tunjuk ajar semua!

*Ini berdasarkan pengalaman peribadi yang sangat sedikit. Banyak lagi yang perlu diperbaiki dan belajar. Semoga bermanfaat.




Saturday, March 8, 2014

Diary 77 : Ekspo Buku Islam, Putrajaya

28 Februari 2014 (Jumaat)

10 malam. Selamat tiba di airport Subang. sebab Abg An lambat, lepak dulu di McD ...arghhhh...bersalah pada diri sbb hampir dua tahun boikot McD, hari tu terpaksa juga makan sbb dah pukul 10 lebih kedai semua dah tutup kecuali McD yg 24 jam buka...terima kasih Norji sbb tolong hantar kat airport Penang. sayang kamu!...

pukul 11 malam lebih aku di bawa ke Kota Kemuning, Shah Alam..esoknya 1 Mac 2014 adalah majlis walimah adik Kak Nana aka adik ipar Abg An...Tahniah Saqinah & Shafiq...semoga bahagia hingga ke syurga ya...

aku bermalam di Hotel Orange...dan teka apa? bilik air dia guna dinding kaca yang memang...pergghhhhh...apakahhhh??...


1 Mac 2014 (Sabtu)

Mama & Abah selamat sampai ke hotel jam 11 pagi....terus ke Majlis Walimah di Dewan Oncidium, Kota Kemuning Shah Alam...balik hotel dan tidur. petang jalan-jalan cari makan...tak susah sbb di situ banyak restoran dan rezeki kami ada pasar malam di situ. dan paling rezeki aku ada putu piring!!!...kegemaranku!!!..tak suka dapat jumpa kat sini..sebb kat Penang sangat susah nak jumpa...beli nasi lemak Selangor, air tebu dan kelapa, buah jambu air, cendawan goreng dan Alhamdulillahhhh....





2 Mac 2014 (Ahad)

11 pagi aku dijemput Cik Puan Mastura Mansor kita ke Putrajaya....yeaaaaa...terima kasih banyak kawan...tunaikan hajat aku nak pi Ekspo Buku Islam....






Sebelum tu pergi beli tiket bas balik Penang di Putrajaya Sentral tapi jam 2.45 petang tak ada..yang ada cuma yang 6.45 petang dan 10.45 malam. terpaksalah ambil jam 6.45 petang. elok juga sebab tak lah kalut sangat tapi kasihan dengan Jue & Ulul sebab kunci rumah depa ada kat aku. Depa sampai Penang jam 8.30 malam...tentu ada hikmah...

Makan tengahari di Padi House sambil gebang-gebang...terima kasih Mas belanja...semoga diberkati dan dicepatkan jodoh...aminnnn!

pukul 4 petang lebih Mas hantar aku ke Putrajaya Sentral...sbb Mas pun nak balik kampung kat Rembau...jangan risau..pandaila aku bawa diri...hehehe...lepak kat Surau...jam 6.00 petang aku turun ke terminal B.

teringat kat Munirah (Mun), terus sms tanya ada dalam bas ke?...terkejut dan gembiranya apabila jawapan dia...

"On the way ke Putrajaya...bas 6.45 petang"

Apakahhhhh....hahahaha...terus call..wehhh...kita bas sama laa...hahahah

Allahuakbar...nampak hikmahnya!

Mun beli single seat dan nak dijadikan hikmah lagi...mak cik sebelah aku nak duduk single seat terus tukar dengan Mun...jadi...aku ada kawan balik Penang...yeaaaa...sembang macam2 sebb dah lama tak jumpa..masing2 sibuk...Mun baru balik India juga....wahhhhh....bahagianyaaaa...

hikmah ketiga...bas yang kami naik masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang aka Jambatan Sultan Muad'zam Shah....wahhhh....kira kami naik hari kedua sebaik dilancarkan....Allahuakbar...teruja...terharu...gembira...bahagia....


Jam 12 malam lebih selamat sampai...Alhamdulillah...