Saturday, January 31, 2009

Diary 9

aku disuruh ke hutan. dengan pesanan. membawa pulang ranting yg terbaik yg aku rasakan. aku menurut arahan. ranting terbaik yg aku rasakan. sudah dalam erat tangan. tapi...



ranting hilang dalam perjalanan. puas aku mencari. masih tak dijumpai. aku mengadu. sambil menangis sendu. kerna ranting itu sudah aku sayangi. antara yg terbaik yg aku temui.

senyum mulus. yg menyampai pesanan pun berkata.

"anakku, ranting itu nampaknya bukan utk mu. relakan saja pemergiannya. yakinilah. Allah pasti ada gantinya. lebih baik dari yg kau jangka"

***

aku terjaga. terdengar sayup azan subuh bergema. ada manik jernih di tubir mata.

'relakan saja pemergiannya'

perlahan-lahan. sebak pun menguasai dada.


Thursday, January 29, 2009

Diary 8

wah...dah lama tak dinner satu famili. sebelum ni asyik tak cukup ahli je. ha kebetulan abg an balik. (esok dah nak balik Shah Alam). So, kami sekeluarga kluar dinner kat luar. hmmm...Adk Najib pun. sempat join walau penat balik dr kerja. akhirnya..dapat jg kita sekeluarga duduk bersama. yela. lepas ni. tak tau la kan. ahli dah bertambah ke. berkurang ke.mana la kita tahu.hanya Allah yg tahu. okla. kat bawah ada sikit gambar2 yg sempat ditangkap. banyaknya sebelum makanla. sebab masa makan semua pakat tak panggung kepala.heeee...sedap+lapar la katakan!


muka2 lapar


mama & bg an


bg kit & adik najib



dah nak makan!


int@n & abah


punyala sedap...kepala ikan pun makan


licin...



Tuesday, January 27, 2009

Selamat Hari Lahir

30 Muharram 1407H. sering aku lupakan. padahal. itu tarikh aku mula menjengah dunia. aku lebih ingat 5 Oktober 1986 berbanding 30 Muharram 1407H. masakan aku lupa. sedangkan aku sendiri pun tak pernah tahu.

apapun. selamat hari lahir Mahfuzah Othman. walau tarikh ini tak pernah diingati. biar saja diri ini yg mengetahui. Moga 1430H kali ini. lebih membekati dan merahmati.

Tuhan. kurniakan aku cahaya hidayahMu. agar aku bisa selalu di sampingMu. jangan pernah tinggalkan aku. kerna aku tak mampu hidup tanpa cintaMU.



Monday, January 26, 2009

sesuci cinta Aida al-Qaddumi

menyelak akhbar berita harian hari ini. aku tertarik dgn sebuah artikel. tajuk artikel bunyi macam tak patut. tapi. selepas diteliti. sungguh mendalam dan bermakna artikel itu bagi aku. malah rasa kagum mula bersarang di lubuk hati.


Sucinya cinta Aida bila perkahwinannya adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan 'pejuang' dan hanya mahukan beliau mati sebagai seorang 'syahid' di Israel.

Kagumnya pada Aida tatkala mengatakan impian kehidupannya di tangan Tuhan.

Bangganya dengan Aida saat menyimpan azam utk membesarkan anaknya dengan menghormati Islam dan diajar dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah.

Sunggu hebat cintamu Aida. sungguh aku mencemburuimu. mana mungkin cinta hebat ini mampu kau dapat. Jika cinta padaNYA belum kau genggam erat. Subhanallah. sungguh aku mencemburuimu.

Jauh di sudut dunia ini. aku doakan kau sentiasa dalam rahmatNYA, Aida. bahagia bersama suami yg kau cinta. bersama impian dan cita-citamu yg akan dimakbulkan. kerna hanya itu yg ku mampu. mengutus keping2 doa. agar kalian terus dlm rahmatNYA.



Saturday, January 24, 2009

Suratan atau Kebetulan I

pertama kali tinggal jauh drpd famili. masa aku di matrikulasi dan universiti. sejak tu. bilik aku cuma bagai persinggahan. tu pun kalau waktu cuti tak ada aktiviti. dapat jglah aku lepak2. berangan2. kemas2. hias2. tapi takla sehebat masa zaman ada angka satu kat depan dulu. sanggup berhabis duit. lenguh2 kaki. cari barang. kain. perabot. utk bilik kesayangan.

kiranya. nak jadikan. 'bilikku syurgaku' la kononya. dan walaupun bilik aku taklah sehebat bilik istana puteri Mia dalam cerita Princess Diaries. tapi. aku cukup puas hati. paling penting. heeppiii!!!

tapi...tu dululah.sekarang bilik dah agak serabut. yelah. masa dah tak macam dulu. balik pun. tido. lepas tu. balik hostel. dah tu. habis semester je. bilik mesti penuh dgn buku2. barang2 dari hostel. Jadi...sekarang. bila dah settle semua tu. aku nak kemas dan hias puas2 bilik kesayangan aku ni. heee...

mesti pelik kan. apa kena mengena pula kemas/hias bilik dgn tajuk ' suratan atau kebetulan'. heee. begini ceritanya. tengah aku kemas2 almari. lipat baju2 lama. aku terjumpa t-shirt sukan masa SMK dulu. dan rupanya. kat belakang t-shirt tu. ada tulis.

We Lead
SMKTAM


lalu aku pun teringat. sama dgn moto USM. 'Kami Memimpin'.dan entah kenapa aku terfikir. mungkin Allah bagi petanda kat aku dulu. yg aku akan belajar kat tempat yg guna slogan We Lead jg. sebab aku pernah ketawa bila baca slogan ni. lastly. aku jg yg cukup bangga dgn moto ni. hmmmm...



bisik sikit: Allah banyak bagi tanda utk kita. cuma kita sj. tahu atau tak. sedar a
tau tak. dan kata abang kit. tak ada kebetulan dalam hidup ini. melainkan suratan takdir yg telah ditentukan.


Friday, January 23, 2009

Jalan2 mencari makanan Halal 3

masa tengah discussion dgn Pauline (RO Healthy Campus) . aku baca 'University of Hong Kong Sustainability Report'. habis je baca. aku tetiba kata.

"I nak pergilah Hong Kong's University. I nak tengok betul tak mcm dalam report ni"

"yaaa...u akan pergi"

masa tu. bagi aku. cuma bual2 kosong. walau sebenarnya mmg impian di hati. hinggalah satu hari aku dapat tahu ada conference pasal 'global warming' dan mohon utk penyertaan. Alhamdulillah. sudah jadi rezeki. aku terpilih. dalam hati. tersemat cita-cita utk mengotakan apa yg pernah dikata. walau mungkin ucapan dulu sekadar bualan. tapi kini. impian hampir jadi realiti.

Jadi..tanggal 15 Julai 2008...terbangla aku ke Hong Kong. bersendirian. tapi...utk post kali ni..aku tak cerita pasal pengalaman kat sana..sebab tak compile info lagi...heee...cuma kali ni aku akan cerita pasal makanan2 kat sana...as usual..ada yg aku telan..ada yg tak...

kat sini tak susah cari makanan halal atau asian food. buktinya..nasi lemak, laksa, mee udang dll pun ada dijual kat food court sana.


  • ha yg ni makanan yg tak aku telan..tengok je la...


  • seterusnya.makanan utk sarapan dan tengahari. sangatlah banyak!mmg mengahla nak habiskan. paling best tengok pinggan mangkuk depa yg cantik dan unik. (oklah kalu dibandingkan dgn kafe2 kat USM)










  • utk makan malam. sendirian berhad. dua malam pertama. geng2 muslim/at buat kenduri. masak ramai2. kami shopping dan masak kat hostel. nampak je tulis halal kami amik. tawakal. tapi. boleh tahan banyak jg produk halal. dan bestnya hostel HKU siap ada dapur, freezer, microwave dll. malam berikutnya baru kluar. nasib baik ada Hakim dari Singapura. dialah yg jadi pemandu pelancong. ha ni baru betul2 jalan2 cari makan.


shopping time


bahan masakan


bilik masak/pantry...depa panggil common room


1st night's dinner


2nd night's dinner



  • ni makanan masa tea break






ok...ni je makanan yg sempat aku melantak..kira sampai semua pakat tegur kata pipi aku makin naik bila balik...huhuhu.


bisik sikit: rasa was2 aku makin menurun...doa+tawakal=makan.



Tuesday, January 20, 2009

dan Dialah...yg aku anggap kakak

atas takdir yg telah ditetapkan. kami bertemu. pertemuan itu. tak pernah dipinta. apa lagi diduga. tapi Allah lebih tahu. apa hikmah di sebaliknya. sungguhlah. ketetapan Allah itulah. yang TERbaik.

kakak...aku masih ingat. malam itu. ada sesuatu yg 'menarik' aku utk pergi ke bilik sebelah. dan aku masih ingat. redup mata kakak memandang aku. sambil duduk di atas kerusi hijau. kerusi study rasmi di KMP. tentu saja kakak terkejut. melihat aku yg tergamam. melihat 'orang asing' yg tiba-tiba muncul di kamar 409. student barukah?!manala ada student baru saat semester kedua dah di pertengahan ni.

aku masih ingat. kita kemudiannya berbual mesra. bagai sudah lama kenal lagaknya. dan aku masih ingat. betapa aku sangat kagum. tahu kakak rupanya siswi USM. menara gading yg cukup aku sanjungi. mendengarkan ceriteramu. tak terasa malam kian lanjut. terdetik jg di hati. apa mungkin aku di situ nantinya. layakkah aku?!

kakak...sebelumnya kau pergi. kita langsung tak bertemu. tapi aku sempat melihatmu. seusai kuliah. kau sedang berpeluk mesra dengan teman2 seusiamu. yg masih berjuang meneruskan pengajian. aku hanya menyaksikan. tidak mahu mengganggu. dalam hati terasa. andai takdir menentukan. kita pasti bertemu lagi.

***

tatkala keputusan UPU dikeluarkan. kau insan pertama yg aku hubungi. masih terngiang-ngiang ceritera kau tentang menara ilmu.dan sungguh aku tak sangka. di situ jejak ilmu aku seterusnya. malah kita jua tak pernah menduga. sungguh cantik aturanNYA. Allah mahu silaturahim kita terus dijalin rupanya. mungkin pertemuan kita dulu. mukadimah buat kita. utk sebuah kisah silaturahim yg abadi selamanya.

kakak...walau kita tak selalu berjumpa. walau masa kita tak selalu serupa. kita saling mengerti. tanggungjawab sebagai siswi. memang tak mudah sekali. namun. kau sungguh memahami. membantu bila dihubungi. menolong selagi termampu diri. walau aku selalu menyepi sunyi.

kakak...walau mungkin tak banyak yg aku tahu. tapi cukup utk kau dan aku percaya. bahwa aturan Allah sangat indah. malah Allah memberi segala yg kau pernah rasa utk aku jg rasa. walau mungkin tak serupa. tapi mungkin ada samanya.

kakak...aturan Allah itu sangat indah kan kak. DIA takdirkan pertemuan kita. malah DIA jg telah takdirkan 'perpisahan' kita bulan tiga nanti. biar pun hanya kita yg tahu ceritera sebaliknya. pahit jerih. suka duka. dan betapa kau dan aku yg saling menyokong. saling mendoakan. dalam nyata atau tidak. dlm sedar atau pun tidak. hanya Allah yg Maha tahu. apa hikmah sebaliknya.

dan Dialah...Kak Izyati...yang aku anggap kakak.


bisik siki
t : fuzah rindu sangat kat kakak!rindu sangat!!! maaf tak banyak kenangan antara kita. fuzah nak letak gambar kita...tapi...baru fuzah perasan yg kita tak ada gambar bersama...isk3...tak pe...insyallah nanti kita snap photo banyak2 k!

Monday, January 19, 2009

Surat Cinta II




"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (216)

Ya Rabbi
aku selalu meninggalkanMu
tapi
kenapa?
KAU tak pernah mahu menjauh...

Ya Muhaimin
kenapa?
hambamu yg hina ini
tak pernah sedar
betapa dalamnya
kasihMU
sungguh agungnya
CINTAMU

Ya Rohim
masih adakah?
ruang kasih utkku...
menyentuh rinduMU


Sunday, January 18, 2009

Memori 4 - kutip sampah

aku tak ingat sejak bila semangat cintakan alam sekitar wujud dlm diri aku. tapi yg aku pasti. sejak kecil aku cukup pantang tengok orang buang sampah merata2. tak kiralah tua ke muda ke. sama saja. bila aku fikir2 balik. ini mungkin sebab pengaruh didikan di sekolah.

aku masih ingat. setiap kali perhimpunan sekolah. masalah sampah akan selalu dibentangkan. dan guru besar aku waktu tu seorang yg cukup peka dgn masalah sampah. caranya. setiap pagi. sebelum bacaan doa dan kelas bermula. setiap kelas wajib turun ke kawasan tertentu mengikut giliran utk mengutip sampah.


aku masih ingat. walaupun aku selalu dtg sekolah lambat. tapi sebaik tiba sj di sekolah. aku akan terus pergi ke padang dan kutip sampah yg bertaburan bersama2 teman2. semua org mesti kena ada sampah di tangan dan ketua kelas akan membawa bakul sampah sambil dipantau oleh para guru. aku tak ingat sejauh mana keberkesanan cara itu. tapi. aku rasa. itulah salah satu perbuatan yg telah mendidik aku utk tidak membuang sampah merata2. walau hanya secebis kertas pembalut gula2. malah cara itu jugalah yg mendidik kami utk cuba mengutip sampah jika terjumpa. sebab aku ingat lagi. cikgu pernah kata.


"kalau kita jumpa sampah. dan kita ambil tolong buang ke dalam tong sampah. kita akan dapat pahala. Orang yang banyak pahala. Tuhan akan sayang"



bisik sikit: sentiasa ingin menyayangi & disayangi...


Friday, January 16, 2009

'anak-anak'


‘Ha pilih aja yg mana kamu suka. Banyak pilihan di sini.’ujar seorg teman utk Indra.

‘Ha amik fuzah. Amik fuzah. Fuzah masih single.’

‘Tak boleh. Tak boleh.’ Indra geleng kepala penuh semangat.

‘Kenapa?’

‘Fuzah masih ‘anak-anak’' Indra balas sambil senyum.

‘Hah?!..’

Bas yg dah memang riuh. Makin tambah meriah.


-di Aceh, anak-anak maksudnya budak-budak-


bisik sikit: depa teka umur aku more than 25...apakahh?!!


Thursday, January 15, 2009

Jujur & ikhlas


Selamat mengundi adik2 di USM. Terbayang masa kena mengundi dulu. siap baca doa lagi masa nak pangkah calon. hahaha...apapun. aku ni bukanlah orang kuat U. tapi aku tetap amik tau juga. yela. ramai juga kawan2 yg terlibat dalam arena ni kan.

Seingat aku. cuma sekali Rapat Umum (RU) aku pegi. sebab masa aku first year. tak ada PRK.sebab? no komen. masa 2nd year. heehehe...RU tu apa ek?...dah tahun akhir barulah terhegeh2 nak join..ishh..kena amik tau jg. takla nganga ja bila org tanya.

paling lawak bila ada member tanya.

"awat hang tak join MPP, fuzah?"

HAH!!apaaakah?!!..perlu ke?!!..layak ke?!!

dan bila aku ditanya.

"apa pendapat hang tentang MPP"

...

well. lain org lain pendapatnya kan. aku ni. susah nak cakap. sebab aku bkn rapat sangat. cuma taula sikit2. tak banyak pun. sikit je.

cuma pendapat aku je la ye. MPP have to stand by themselves. tak dipengaruhi mana2. just their own. yg membawa suara2 mahasiswa. utk kebenaran la je la. yg tak baik. jgn layan.

btw. aku tau bukan senang. lebih mudah utk bercakap dari mengalami sendiri. so lebih baik kita diam. kalau tak tau benda yg sebenar. yg rasa betul2 jelas. barula cakap k. lagipun. hanya Allah yg lebih tau. lagipun. hati manusia ni. bukan boleh sukat2. apapun. utk semua. Jujur & ikhlas. jadilah sandaran kita semua. ikhlas ni. hanya milik Allah. so. sebagai manusia. kita mesti selalu sangka baik k.

utk bakal2 pemimpin ni. bersihkan hati dgn perjuangan yg suci. jangan dipengaruhi mana2 anasir. balik kepada agama kita dan siapa kita yg sebenarnya. jelaskan dulu matlamat. jangan main hentam kromo je. ini sma amanah yg akan dipersoalkan. kalau rasa tak mampu. mohon petunjuk DIA. apapun yg terjadi. yakin & percaya. segalanya sudah ditakdirkan. pasti ada hikmah di sebaliknya.


bisik sikit: aku sokong sma yg sokong alam sekitar..heeeee


Wednesday, January 14, 2009

Dugaan kita berbeza-beza


kita semua diduga dan diuji. cuma cara dan tahapnya saja yg berbeza. sebab. Allah itu Maha Adil. DIA beri dugaan dan ujian mengikut tahap kemampuan dan keimanan seseorg. Makin tinggi iman seseorg makin beratlah ujian.

“Tingkat berat ringannya ujian disesuaikan dengan kedudukan manusia itu sendiri. Orang yang paling berat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang lebih dekat derajatnya kepada mereka berurutan secara bertingkat. Orang diuji menurut tingkat ketaatan kepada agamanya. Jika ia sangat kukuh kuat dalam agamanya, diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkat ketaatan kepada agamanya. Demikian bala dan ujian itu senantiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan dimuka bumi tanpa dosa apapun.” (HR Tirmidzi)

So. muslimin muslimat yg dirahmati Allah. Jangan susah hati jika sedang diuji. Itu tanda Allah sedang merindui dan mengingati. Aduhai!!! bahagianya jiwa jika diri sedang dirindui dan diingati oleh Maha Pencipta. Penguasa Alam Semesta. sungguh tak dapat diungkap kata2. :)

Teman. teruskan rintihan. teruskan rayuan. teruskan ratapan. Allah rindu mendengarkan rintihanmu. Allah mahu mendengarkan rayuanmu. Allah gembira mendengarkan ratapanmu. Jangan pernah berhenti berharap padaNYA. hanya DIA puncak Pengharapan.

“Pergilah kepada hamba-Ku, lalu timpakanlah berbagai ujian kepadanya, karena Aku ingin mendengarkan rintihannya.”(HR Thabrani dari Abu Umamah)

bisik sikit: bahagia jika diuji...

Tuesday, January 13, 2009

kakak dah jumpa jawapannya


aku tulis entry ni sambil layan lagu Fazli Zainal. 'Harapan'. hmmm...dulu suka lagu ni sebab melodi dia. tapi skang suka sebab lirik dia. hehehe...kalu yg faham tu faham la. yg tak faham tu. abaikan je.

masa kat UUM. seorang teman yg dah ku anggap adik dari Aceh bertanya. bukan sekali. tapi beberapa kali. dia tanya pun sebab terbaca entry aku yg lepas.

"kakak...dah temu jawapannya?"

senyum.

pertanyaannya tak pernah aku balas...hinggalah. sebelum kami berpisah.

"adik...kakak dah jumpa jawapannya. jawapannya bukan di Aceh. tapi di Malaysia." aku berkata. penuh ketawa.

dia pandang aku. penuh tanda tanya.

dan aku pun terus ketawa. penuh bermakna.

bisik sikit: suka buat org tertanya2..oopss

Monday, January 12, 2009

kerna aku menyintai dia

"kau masih ada peluang utk memikat dia. selagi mereka masih belum ada ikatan yg sah" ucap seorang sahabat aku.suatu petang yg damai. penuh harapan.

aku senyum. lantas ketawa.


"kau mahu aku jadi perampas ke? perampas kebahagiaan insan lain. malah perampas kaum sejenis aku sendiri?!"


...


sunyi. hanya desir angin memecah sepi. wajahnya pula yg muram. sedangkan hati aku yg sedang suram.


...


perlahan. aku bersuara. menahan sebak di dada.


"aku sukakan dia. dan suka aku pada dia. tak sama suka aku pada orang lain. sampailah aku sedar. aku dah cintakan dia. masa tu. aku cuma nak selalu di sampingnya. kongsi suka duka. buat dia bahagia. semampu yg aku terdaya. walau dia tak pernah tahu. aku tetap gembira. sebab dia bahagia"


...


"aku nak jadi insan yg dia paling sayang. aku nak jadi suri di hatinya. aku nak... sebab aku cinta dia. aku nak membahagiakan dia".

"tapi siapalah aku?!! siapalah aku yg nak paksa dia rasa apa yg aku rasa. siapalah aku yg nak menentukan kasih sayang dan cinta. sedangkan rasa cinta anugerah Allah. hanya Allah yg berhak menentukan siapa suri hatinya. Hanya Allah yg tahu siapa yg lebih layak dan sesuai membahagiakannya. bukan aku...bukan aku hamba yg hina ni."


"tapi. kau masih ada peluang." lembut menyentuh bahuku.



"dia bukan utkku. walau sedalam mana cinta aku. dia bukan utkku. itu hakikat yg aku kena terima. dan aku akan lebih sakit jika terus mengharap. sedangkan aku sangat damai sekarang merelakan dia pergi. relakan dia bahagia dgn insan yg dia cinta. aku tumpang gembira...aku cuma nak dia bahagia. walaupun bukan dgn aku. asalkan dia bahagia kerna aku terlalu menyintai dia...dan aku cinta dia kerna Allah"



"biarlah aku hilang cinta dia. asal cinta Allah masih di jiwa"

aku senyum. dia pun senyum.


"fuzah. nanti kahwin jgn lupa jemput aku tau!"


"insyallah. mesti.ala ko tu tak jemput pun datang jg"


ketawa...ketawa...ketawa..



Wanita yang benar dan tulus cintanya kepada seorang lelaki akan sentiasa memegang satu prinsip dalam percintaanya: “bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah”

Dia percaya bahawa kekuatan cinta berada dalam genggaman Allah - Mingguan Wanita



Jalan2 mencari makanan Halal 2

orite. sambungan drpd entry Jalan2 mencari makanan halal 1 masa kat Pulau Haikou, Hainan PR China. skang kita tengok Jalan2 mencari makanan halal 2 kat negara matahari terbit pula k.

kat sini. setiap restoran akan ada model menu makanan yg betul2 real dgn harga sekali. so customer blh survey menu & harga apa yg ada before masuk restoran.





btw. kat Jepun takla susah sangat sebab makanan utama mereka berasaskan ikan.apalagi kalu bukan sushi. tapi tetap kena jaga2 jg. as the 2nd time. rasa was2 nak makan dah kurang sikit walupun tetap ada. banyakkan tawakal.huhuhu...okla. berikut gambar2 makanan yg sempat ditelan. enjoy the sharing!



























bisik sikit: biskut munchys's kat Nippon!!