Tuesday, April 28, 2009

ku turut kata hati

sms mama aku terima.

"iklan KCS dah keluar. nak tak?"

KCS atau Kedah Civil Service. memang dah lama mama dan abah cadangkan supaya aku ambil tawaran ni. ganti mama kata mereka. dan aku sendiri akui peluang ini sangat baik. tambah lagi aku memang sudah dibesarkan dalam keluarga KCS. pahit manis. baik buruk KCS. walau tak banyak. cukup aku rasa utk mengajar aku tentang erti kehidupan.

walau tak lama masa yg aku ambil utk memberi jawapan. namun aku harap. keputusan yg dikuatkan dari hati ini memberi hikmah utk semua.

"tak apalah mama. bagila kat abg an"

maaf. aku menolak bukan kerna tak suka. aku tahu peluang di situ lebih besar. bergelar pegawai kerajaan yg diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan. siapa yg tak mahu. tapi. aku tidak yakin sehebat mama utk bergelar seorang pegawai kerajaan. yg berkorban segala-galanya. tampak cantik di luar. di dalam belum pasti.

dan aku harap keputusan yg dibuat berdasarkan kata hati ini turut didorong oleh DIA. bukan sekali aku menolak tawaran berdasarkan kata hati. dulu. aku pernah menolak tawaran ke sekolah teknik dalam bidang kejuruteraan awam. dalam diam. aku rasa abah agak kecewa. tapi kecewanya hilang apabila aku berjaya buktikan aku masih mampu berjaya walau di sekolah lama.

semasa di matrikulasi. aku juga menolak tawaran ke UiTM dalam bidang sains pemakanan. ada teman2 yg mengatakan aku menolak tuah kerna tak ramai dalan kalangan kami yg ditawarkan dalam bidang sains. tapi. aku ikut kata hati utk terus bertahan. walau ramai juga yg menarik diri dari matrikulasi utk lebih 'selamat'.

dan sebelum menjadi siswi menara ilmu. sekali lagi aku menolak tawaran ke Indonesia utk bergelar ahli perubatan. bezanya. tawaran ini aku tolak atas kehendak mama. dan kini. segala kenangan zaman pelajar telah berlalu. dan yg berlalu itu djadikan panduan dan kenangan.

Insyallah. moga ada hikmah dariMu Ya Allah. ku turut kata hati. moga ia petunjuk atas dorongan dariMu.


No comments: