Friday, December 31, 2010

Sejarah 2010

Alhamdulillah...syukur pada Allah atas kesempatan waktu, kesihatan dan hayat yg diberikan bagi menitipkan buat sekian kalinya kenang-kenangan 2010 yg cukup tersendiri buat aku.

Muhasabah diri, 2010 boleh diibaratkan tahun yg sedang-sedang bagi aku. tiada kegembiraan atau kesedihan yg boleh dianggap sangat gembira atau sangat sedih...cuma aku boleh katakan 2010 adalah tahun yg paling banyak buat aku rasa bimbang dan risau berbanding tahun2 lain. Dan pastilah 2010 tetap ada peristiwa2 yg telah terkesan berlaku samada aku sempat atau tidak coretkan di sini, diharap dapat sedikit sebanyak dirumuskan dalam entry kali ini...buat kenang-kenangan dan tauladan.

Keluarga

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...tiada pertambahan atau pengurangan. Allah masih mahu kami bertujuh utk lebih saling kenal dan berkasih sayang...dan ia sangat membahagiakan.Alhamdulillah.

walaupun begitu, 2010 tetap menyemat memori yg tersendiri apabila selepas 5 tahun yg lalu....banjir yg paling buruk sepanjang 24 tahun bergelar anak jati Kedah telah melanda. Ia menjadi rekod bencana alam yg cukup hebat dalam keluarga hatta negeri Kedah sendiri setakat ini. Sayangnya, aku tidak dapat bersama-sama keluarga dalam menghadapi dugaan alam ini. namun, Allah itu Maha Adil kerna telah memberikan kesempatan buat Abg An utk bersama keluarga dalam ujian ini dek dia selalu 'hilang' dalam ujian keluarga sebelum ini...dan Alhamdulillah..segalanya telah kami tempuhi dengan penuh rasa syukur dan redha akan ketentuan Maha Kuasa...mohon segalanya diberikan rahmat yg sebaiknya.



Tahniah buat Pak Ngah yg mendapat sepasang cucu. cucu lelaki drpd Abg Cik dan cucu perempuan drpd Abg Wan. Tahniah juga buat Farah bagi zuriat kedua yg bakal menyusul tahun depan. Tak lupa buat Abg Hazari..tahniah atas kurniaan cahaya mata lelaki.Syukur pada Allah atas anugerah dan amanah yg tidak ternilai ini...buat saham paling berharga hingga akhirat sana..

Takziah buat Lang Ti dan Abg Lan atas pemergian arwah Pak Lang, 27 November 2010 yg lalu. Al fatihah buat seorang bapa yg penyayang dan suami yg penyabar...walau tidak banyak, tapi kenangan bersama arwah tetap ada dan terpahat penuh tersendiri. Al-fatihah...

Kenalan

sebetulnya aku ingin menulis rakan2/teman tapi rasa perkataan kenalan lebih sesuai kerna lebih merangkumi semua.

kad walimatulurus yg dikirim kini sudah tercatat nama aku sebagai tetamu jemputan..(sudah tua la tu) dan sudah sampai masa utk aku membeli hadiah, memenuhi jemputan, dan lain-lain amalan yg sering aku lihat dilakukan Mama dan Abah semasa menghadiri kenduri. itu belum masuk panggilan anak2 kenalan yg keliru juga samada hendak memanggil aku kakak atau mak cik..hehehee..

apapun, sejuta tahniah buat semua kenalan yg selamat bergelar tunang, isteri, suami, ibu, bapa, menantu dan sebagainya. terima kasih atas jemputan dan perkhabaran gembira. ampun maaf andai ada jemputan yg tidak dapat dipenuhi dek jarak dan masa yg mengekang. namun, doa aku sentiasa untuk kalian agar bahagia dan selamat dunia akhirat..aminn..

Tak lupa buat kenalan yg sudah menaiki aras tangga dalam kerjaya. tak kisahlah samada yg dapat kerja, naik pangkat, sambung belajar, tamat belajar atau apa-apa sahaja berkaitan dengan kerjaya kalian..ucapan tahniah & syabas drpd aku..bangga dan gembira atas kejayaan kalian. InsyaAllah semoga kejayaan ini milik bersama dan dalam redhaNYA.

Kenalan datang dan pergi, dan hanya keikhlasan mampu mempertahankan jalinan yg bersemi. walau jarang bersua atau bertanya khabar, namun doa sentiasa ada mengiringi..terima kasih semua..sudi hadir mewarnai diari kehidupan diri ini..

Kerjaya

2010 tidak memberikan aku satu kejayaan yg besar dalam kerjaya diri. semuanya biasa-biasa saja. hingga selalu terfikir "apakah yg kau mahu dalam hidup ini Mahfuzah?" atau "hidup yg bagaimanakah kau mahu, Mahfuzah?"...

Alhamdulillah, Allah menemukan aku dengan seorang teman yg aku rasa telah sedikit sebanyak memandu arah dalam kerjaya. walau beberapa pilihan telah diberikan, aku kira ini adalah yg terbaik. walau mungkin kelihatan seperti agak terlambat tapi InsyaAllah..padaNYA jua aku memohon...dan semoga rasa cinta akan ilmu ini terus subur dan bercambah dalam jiwa ini..tuluskan hati aku hanya untukMU Ya Allah. bantulah aku, mudahkanlah aku dan kuatkanlah aku dalam jihad mencari kebenaran ini..aminnn...

Peribadi

Dalam soal peribadi, 2010 agak unik dan tersendiri berbanding tahun2 lain. 2010 telah mengajar aku agar aku lebih ikhlas, lebih jujur dan lebih memberi daripada menerima. 2010 juga banyak mendidik aku nilai erti pengorbanan, penerimaan, pemberian dan keredhaan. 2010 telah mengajar aku bahwa kesempurnaan itu tidak akan pernah ada kerna hanya DIA yg Maha Sempurna. 2010 telah memberitahu aku separuh daripada kebenaran yg aku cari. dan aku redha akan segala setiap ketentuan akan kebenaran itu.

peribadi. aku bahagia dan bersyukur dengan kesempatan yg dikurniakan olehNYA. dan aku mohon ampun dan taubat daripadaNYA atas dosa-dosa yg sengaja atau tidak. DIA Maha Tahu hati ini. DIA Maha Memahami jiwa ini. DIA Maha Memiliki diri ini...jadi biarlah segalanya demi redha DIA...aku yakin dan percaya, segala yg berlaku pasti ada hikmah...tidak pernah sia-sia..pasti ada hikmah..insyaAllah...

* * *

berlabuh sudah tirai 2010 dan aku gantikan dengan tirai 2011 penuh warna suci putih. menanti utk diwarnakan dengan warna-warna kehidupan...

PadaNYA aku memohon...agar dipermudahkan segalanya, diteguhkan iman, diterima segala amal baik dan diberi bahagia dunia & akhirat...

Salam Tahun baru 2011
31 Disember 2010
25 Muharram 1432H

Saturday, December 18, 2010

Diary 47

Semakin detik-detik tahun 2010 hampir ingin melabuhkan tirai pentasnya, izinkan aku untuk mencatat secebis kenangang yg tercipta sebelum terlambat...(walau memang dah sangat lambat pun)...

27 November 2010
Salam Berbahagia buat Kak Erny Rohaiza & Abang Zin...(rujuk entry
Lambaian Kasih Teratak 97-7-6 )


"Abang Zin jaga kak Erny baik-baik tau"

"habis..abang sapa nak jaga"

"Allah jaga..."

5 Disember 2010
Salam Berbahagia Buat Syibratun & pasangan



Syibratun teman sekelas SMK daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Pertama kali menjejak kaki, dia antara yang pertama menegur aku sebab dia duduk di hadapan aku masa dalam kelas. cantik, manja, sopan, peramah dan paling penting....tinggi orangnya! sebaik dapat tahu dia sudah bertunang, terlintas di fikiran...siapa dan bagaimanakah rupanya sang arjuna teman nan seorang ini...maklumlah..Syib agak perahsia juga orangnya..dah bila dah jumpa..wahh...Unik sungguh aturan Allah!..heheeee...tahniah Syib!semoga kalian bahagia hingga ke syurga!

11 Disember 2010
Kenduri Akikah Danish-anak sulung Kak Yan


Alhamdulillah...Kak Yan selamat melahirkan seorang anak lelaki yang cukup sempurna dan cantik...Maha SuciMu Ya Allah...wajah comel Danish cukup buat aku terharu dalam merasakan kebesaran Allah...(rujuk entry Hari Yang Penuh Cerita)



Jadi anak yang soleh ye sayang...



Selamat Bertunang juga buat adik Anis Safirah-salah seorang 97-7-6 merangkap junior Bio di USM pada hari yg sama dengan kenduri akikah Danish...oopss..lupa..Cik Kema juga...selamat bertunang sayangku...akhirnya terbukti kamu akan lebih dahulu daripada aku kan...ceh!.. :D..apapun..aku gembiran buat kalian...tahniah semua!


Thursday, December 9, 2010

Penangan Sinetron Indonesia

Aku agak terkejut apabila aku dapat tahu yang mama adalah salah seorang peminat utama sinetron popular Indonesia yang ada pelakon Malaysia tu. Seingat aku jarang sungguh mama nak jadi penonton setia mana-mana drama tv kecuali berita. Itu pun mama tak kisah kalau tertinggal mana-mana berita. sebab mama kata ada newspaper. Tapi tidak bagi sinetron Indonesia ini, dek hebatnya drama ini. segalanya berubah. kalau masak ke, pergi beli barang ke, apa-apa ke mesti tak boleh tinggal sinetron tu. dan aku akan ketawa lucu apabila teringat ayat Abah dua tiga hari lepas masa dalam perjalanan ke Kodiang.

"oo..patutlah Mama ajak kita p Kodiang hari ni..sebab tak ada 'Nabila' "usik Abah di seat belakang.



dan apabila sebentar tadi, tatkala mak cik cleaner tempat kerja aku pun sedang khusyuk menonton sinetron masa waktu rehat buat aku jadi makin lucu, hairan dan kagum. Kalau mama, aku boleh terima..tapi ini mak cik cleaner aku yang berbangsa India. Wow!!!..memang hebatlah penangan sinetron Indomesia ni...apalah yang best sangat pun aku tak faham...

Bukan aku tak cuba tengok cerita, tapi selalu je tak masuk dengan jiwa.hehehee..lagipun aku tak suka sangat cerita yang meleret-leret...nangis sana nangis sini...lepas tu..kalau watak baik tu...baikkk sangat..kalau jahat tu..Ya ampun..rasa tak sanggup nak jumpa orang macam tu...dah tu kalau make up watak2 pelik..nampak sangat macam just tempek je benda2 pelik kat muka dan badan..kalau orang kita buat..dah lama kena kutuk..tapi..tak pula kalau org lain buat..dan still ramai yang minat...hmmm..mungkin sebab pelakon dia cantik2 dan hensem2 kot...ye ke??

Apapun..aku kalau tengok cerita akan cuba cari, selami dan ambil sebanyak mungkin mesej dan ilmu yang ada...dan pastinya melalui drama2 ni, paling penting kita akan lebih belajar tentang budaya dan lenggok bahasa sesuatu negara atau bangsa. Tak hairanlah masa zaman aku student dulu, berpusu-pusu ambil kelas bahasa Jepun dan Korea dek penangan drama sana.

tapi tidaklah semua cerita Sinetron Indonesia tu aku tak suka..cuma tak adalah sampai jadi pengikut setia...kalau tak ada cerita lain sangat..tengok jugalah.. dan yg bagus drama Indonesia ni, dia banyak drama keagamaan..lagu-lagu dia pun best dan menyusuk kalbu..heee...oh ya..paling tak lupa ada satu cerita tu..ada ayat dia yang paling aku tak lupa sampai sekarang. Watak ni sepasang suami isteri yang tua tapi tak ada anak...bila ditanya kenapa masih tak ada anak..yang aku masih ingat kalau tak salah..ini jawapannya.

"Tuhan masih mahu beri kesempatan untuk kami hidup berdua lagi"

tak tahu kenapa...aku rasa jawapan itu cukup bererti...dijawab penuh rasa keredhaan akan setiap ketentuan kehidupan...

bisik-bisik int@n: ambil yg jernih..buang yg keruh..tapi yg keruh pun kalau ditapis..akan jernih juga..heeeee

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

tidak kuduga
Genap sudah tiga tahun blog ini bermaya...
Segala puji bagiMu Ya Allah...
mengizinkan diri ini masih sempurna dan sejahtera...

Aku imbas pesona 1431H
Aku singkap kilauan 1430H
yang kini segalanya telah menjadi sejarah
dan aku buka jendela 1432H
penuh tawakal dan berserah

Oh Allah...
kurniakan sekeping hati yang penuh redha dan tabah
agar mampu untuk aku terus melangkah
dan anugerahkanlah keberkatan dan rahmatMU yang tiada bertepi
buat hambaMU yang sangat rapuh jiwa dan hati



Salam Maal Hijrah 1432H

Monday, November 29, 2010

Al Fatihah...

Al Fatihah buat arwah Pak Lang
Salam takziah buat Mak Lang dan Abg Lan
Sungguh mati itu pasti
Janji DIA yg tidak akan dimungkiri...
dan apakah masih tidak untuk aku insafi?
cukupkah bekalan untuk aku ke sana nanti


27 November 2010
Sabtu
1 pagi


bisik-bisik int@n: unbalancing emotion...

Tuesday, November 23, 2010

Dalam Berhikmah II

"kau masih ingat akan Dino (bukan nama sebenar)?"soalnya dengan muka serius.

"ingat! kenapa?"soal aku kembali. hairan. sekian lama nama itu tidak disebutnya.

"kau ingat yang kau pernah kata mungkin ada hikmah kenapa aku dan dia tak disatukan"terangnya satu persatu. sambil memberikan aku bayangan keadaan beberapa tahun lalu saat dia benar-benar rebah ditinggalkan lelaki itu.

"aku bersyukur sangat..sangat2 bersyukur...sungguh Allah itu Maha Pengasih Fuzah...kau tahu apa hikmahNya?"

aku menggeleng. penuh teruja.

"He is a gay"

kelu. aku terbungkam.

"are you serious!..jangan main-main benda ni.."balas aku sangat terkejut.

"tak akan aku berani main-main dengan soal maruah dan harga diri orang"katanya membela.



baru sebentar aku berbincang dengan seorang teman yang juga pegawai psikologi mengenai isu masalah ini. dan betapa aku sangat pilu dalam memikirkan isu yang bagi aku sungguh menyesak dada dan fikiran.

"Astaghfirul Lah- al-’adzîm al-ladzî lâ ilâha illâ huwa al-hayya- l-qayyûm wa atûbu ilaih"

lantas bahunya aku rangkul. dalam keharuan perlahan aku berdoa...sangat dalam penuh mengharap

"Ya Allah...anugerahkanlah kami jodoh yang terbaik...jodoh yang KAU redhai...selamatkanlah kami dunia dan akhirat..lindungilah kami..Wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Saturday, November 20, 2010

Diary 46

"hmmm...sapalah nak kat aku ni"keluh Asma sambil menguis nasi.

"ishhh...ada..mesti ada punya...kan setiap makhluk Tuhan itu diciptakan berpasang-pasangan"balas aku memujuk sambil laju menyuap nasi.

"tapi aku rasa tak ada sapa pun nak kat aku.."keluh Asma lagi.penuh lirih.

"jangan fikir macam tu...pernah dengar tak..kita adalah apa yg kita fikirkan...maksudnya..kalau kau fikir kau seorang yg tabah dan cekal, itulah yg akan kau 'pantulkan'dan apa yg orang lain akan nampak"pujuk aku sambil meneguk air sirap.

"ala takpa la..nanti2 adala kan...ok..sekarang kita mengaku...aku tak ada lagi...hang?"balas Ina tiba-tiba sambil tengok Asma.

"aku pun tak ada lagi"balas Asma penuh semangat. sambil merenung Timah.

"aku pun tak ada juga"kata Timah sambil menoleh ke arah aku.

tersedak dan hampir terbatuk.


thesnugglefactory.blogspot.com


"eh..aku pun nak kena confess juga ke?"




bisik-bisik int@n: Selamat Bertunang Fari..sungguh kita hanya merancang..namun Allah jua yg menentukan...

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1431H

Aidiladha kali ni akan dipenuhi dengan undangan walimah rakan-rakan seperjuangan yang telah bersedia untuk melakukan 'pengorbanan' hidup yg sangat besar...

Eh mestilah...berkorban untuk meninggalkan zaman anak2 atau zaman berseorangan...zaman yang tak perlu fikir tentang hidup orang lain..jaga diri sendiri saja...tapi sekarang dah kena belajar untuk jaga orang lain juga...dan pastilah kena berkorban bentuk lain pula...berkorban perasaan, tenaga, masa, harta dan wang berjuta-juta...opsss...

Jadi untuk teman2 seperjuangan yang akan jadi suami/isteri...selamat berkorban ya!...InsyaAllah..pengorbanan yang tulus ikhlas pasti ada tempat yg tersendiri di sisiNYA...apa yg penting...ikhlas!

kerna pasti saja ada pengorbanan yang tidak dihargai kerna manusia itu terbatas pengetahuanNYA sedangkan Allah Maha Mengetahui lagi Memahami...justeru, biarkan saja segala pengorbanan kita untuk DIA..kerna DIA...insyaAllah..DIA tidak akan menghampakan...

Sungguh ini ingatan buat diri sendiri jua...dalam merenung apa makna Aidiladha kali ini, aku teringat betapa agungnya pengorbanan seorang suami bernama Ibrahim yang rela berkorban atas nama cinta kepada Pencipta dengan meninggalkan si isteri dan anak tercinta di padang pasir yang tiada apa-apa...dan aku cukup tidak dapat membayangkan betapa hebatnya cinta isterinya, Hajar yang redha, taat, patuh dan sedia berkorban atas nama Tiada Tuhan Melainkan Allah...

Jika tidak kerna iman yang begitu utuh...kalau tidak kerna cinta untuk DIA yang begitu teguh..mustahil sejarah hentakan kaki kudus Ismail dan Air Zam Zam tercipta...Ya Allah...kurniakan keikhlasan hati yang tulus agar aku mampu melakukan pengorbanan hanya kerna atas nama cinta kepadaMU...


momoc.sumasu.com

Salam Aidiladha 1431H



Wednesday, November 10, 2010

Diary 45


Tok,Azam & Cik Nah...

saat hati rasa bagai terbuang
hanya keluarga bukti tanda diri masih ada yang sayang

Saturday, November 6, 2010

Awalan November 2010 ini II

Syarahan Umum Profesor Dato' Omar Osman
3 November 2010


tiada apa yg termampu utk aku lafaz melainkan ucapan terima kasih atas segala kepercayaan dan penghargaan yang diberikan utk aku. dan sudah pasti aku menerima segala amanah yg diberikan dengan penuh tanggungjawab dan tangan terbuka. yakin dan percaya bahwa segala yg berlaku pasti ada hikmah dan segalanya sudah dalam aturanNYA.

alhamdulillah...segalanya selamat berjalan dengan lancar. tahniah kepada Prof Dato' atas pelantikan sebagai Profesor.

alhamdulillah...Allah memudahkan segala urusan hamba-hambaNYA.

alhamdulillah...atas jalinan ukhwah yg terbina membuatkan diari hidup ini lebih berwarna.

sungguh...kenangan untuk syarahan ini sungguh bermakna dan bererti...mengajar aku apa itu ertinya ikhlas dan pengorbanan.

Perpisahan
3 November & 4 November 2010


Malam 3 November 2010. aku dikunjungi Kak Erny bekas warga teratak 97-7-6 yang telah melangkah pergi sebagai menyahut takhta gelaran seorang isteri. pertemuan berlaku hanya antara kami berdua kerna teman2 yang lain tiada dek urusan masing2.

Huluran jemputan walimah disambut penuh syukur buat seorang insan yang aku panggil kakak. berbual mesra tentang serba sedikit perkembangan baru dan pelukan terakhir sebelum berpisah sedikit buat aku sebak. entah kenapa terasa sungguh akan kehilangan. walau kami jarang sungguh berjumpa namun ikatan rasa hati itu tetap kuat.

sebelum pergi sempat dia berkata perlahan.

"Abang Zin kirim salam. dia pesan kat akak supaya jangan putus hubungan dengan Fuzah"


InsyaAllah kak...moga kita semua dalam redha cinta Allah...

* * *

4 November 2010 adalah hari terakhir Kak Dah@ Siti Zubaidah S. Abdullah sebagai staf yang bagi aku cukup komited dan berkaliber. beliau yang telah aku anggap kakak banyak mengajar aku tentang alam pekerjaan yg bagi aku cukup mencabar.

masih aku ingat saat pertama kali kami berjumpa yang jangkaan aku beliau seorang yang pendiam dan garang. tapi bak kata orang tak kenal maka tak cinta. dan makin aku kenal makin aku cinta. heeee...I Love U Kak Dah!...

pertama kali kami bekerjasama adalah sewaktu bengkel Career Tune Up di Pulau Pangkor. ketelitian, kesungguhan, dan komitmen beliau cukup aku kagumi. kasih sayang seorang kakak kepada adik cukup aku hargai.



buat Kak Dah...Fuzah tahu Kak Dah mesti baca blog ini...dan Fuzah nak Kak Dah tahu yang Fuzah pasti saja akan merindui panggilan gelaran 'kucing parsi' daripada Kak Dah...dan janji ye kalau nampak beg plastik dan polisterina, mesti ingat kat Fuzah k...dan ingat jangan/kurangkan penggunaanya..sebab Fuzah sayanggg kat Kak Dah!

Pertemuan

kami bertemu atas dasar kerja. mengenali pasangan ini cukup bererti buat aku. walau saja baru kenal tapi kemesraan dan keserasian cukup terasa. dengan dua puteri yg sangat comel dan bijak buat aku cukup teruja untuk bergelar seorang ibu...bila?..hehehe...insyaAllah..satu hari yg pasti...semoga Allah makbulkan...aminnn



Jujur..aku cukup selesa dan senang bekerja dengan mereka...sangat banyak yang telah aku pelajari daripada mereka. pelajaran erti sebuah kehidupan yang diterjemahkan oleh perbuatan dan tindakan cukup berkesan.



kasih sayang. pengorbanan. keikhlasan. kesabaran. dan tanggungjawab yang dilakukan penuh rasa cinta buat aku cukup kagum dengan keluarga ini. dalam diam aku berdoa semoga keluarga ini terus dalam limpah rahmat Allah sentiasa...aminnn...

dan untuk adik Ahsri juga..terima kasih atas pertolonganmu di saat-saat akhir yg cukup bererti..kakak doakan semoga adik berjaya dunia & akhirat...segala puji bagi Allah menemukan insan-insan seperti kalian...terima kasih Ya Rabbi...

Dugaan Alam

sungguh tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah semata-mata...dr kejauhan aku berdoa semoga ujian alam di negeri tercinta kembali reda dan mampu dihadapi oleh semua dengan penuh sabar dan redha.

buat keluarga tercinta...doa yg tidak putus-putus anakanda kirimkan agar kalian selamat sejahtera...berdoalah semoga hikmah yg terbaik sentiasa bersama kita semua...InsyaAllah.



Friday, November 5, 2010

Awalan November 2010 ini I

awalan november 2010 ini bermula dengan penuh cerita...
benarlah Allah terlalu mencintai aku...
tidak pernah sekali ingin biarkan aku melepaskan ingatanku padaNYA...
benarlah kasih cintaNYA melebihi kasih cinta seorang ibu

Ya Muhaimin...
mana mampu untuk aku meninggalkanMU
kerna hidupku hanyalah untukMU
mana mungkin untuk aku melupakanMU
kerna matiku hanyalah atas namaMU
mana mungkin KAU akan mensia-siakan hidupku
sedangkan aku adalah ciptaanMU...



bisik-bisik int@n: Ya Allah Tuhanku..selamatkanlah keluargaku di Kedah...mudahkanlah segala urusan mereka...selamatkanlah mereka Ya Allah...selamatkanlah...

Thursday, November 4, 2010

Dilanda Ujian Alam

tidak salah ingatan aku, rumah aku pernah dilanda banjir 5 tahun lepas apabila banjir besar melibatkan 4 negeri berlaku. Serius!itulah pertama kali banjir melanda hingga ke kawasan bandar. tapi alhamdulillah kerna waktu itu air cuma naik di sekeliling rumah. namun cukup untuk buat kami tidak nyenyak tidur bimbang air naik sewaktu tidur.

Dugaannya semasa banjir tatkala bekalan elektrik terputus, air bersih dan makanan. masa tu semua kereta telah dibawa naik ke jalan raya sebab satu taman dan penuh air. Mama pula terpaksa bertugas di bilik gerakan banjir. Makan minum jangan katalah, isi sajalah perut dgn apa yang ada. nak berhubung dengan sesiapa pun terputus. nak basuh baju?mandi?tengok tv?internet?!hmmmm...

Aduh...ini baru sedikit musibah daripada alam ..kuatkan kami Tuhan.

November 2010.

syukurnya kami semua ada satu keluarga semasa banjir melanda dulu. dan kali ini hati aku cukup terkilan sebab tak dapat bersama-sama mama dan abah. beberapa kali aku telefon untuk dapatkan perkembangan dan setakat ini abah kata air dah sampai tempat letak kereta dan tangga bilik tetamu. terus aku terbayang perabot2 yg kebanyakan daripada kayu dan semua peralatan elektrik di bawah. ada hikmahNYA, abang An ada di rumah sebab nak uruskan hal di UUM. rancangnya mahu pulang sabtu ini tapi tak tahulah. Adik Najib pula terkandas di Jitra. Abang Kit dan Kak Safina selamat di Pokok Sena. jadi cuma Mama, Abah dan Abg An di rumah. mengemas dan menyelamatkan apa2 yg patut...isk...isk..

Ya Allah Tuhanku,
Selamatkanlah keluargaku
Janganlah kau uji kami di luar batas dan mampu kami.

“Ya Allah, tolonglah kami, selamatkanlah kami.”

InsyaAllah pasti ada hikmah di sebalik musibah ujian Alam ini...Selamatkan keluarga di Kedah Ya Allah...aminnn

Monday, November 1, 2010

C.I.N.T.A (v)

satu petang yang cukup damai dengan rintik-rintik hujan turun membasahi bumi Minden tidak menghalang aku untuk bertemu dengan insan yg cukup mengajar aku tentang erti hati dan rasa.

hadirnya aku disambut penuh dengan senyuman. senyuman yang masih sama seperti 5 tahun lalu...dan pertemuan yang cuma sekejap saja namun cukup untuk mengingatkan aku akan setiap kenangan yang pernah tercipta...bezanya pertemuan kali ini diiringi perasaan yang cukup berbeza...

"tahniah Fuzah...atas kejayaan sehingga ke tahap ini...saya bangga dengan Fuzah". ucapnya ikhlas.

"terima kasih...Fuzah bukanlah siapa2...apa yg ada hari ini adalah atas berkat doa semua juga". balas aku terharu.

terharu kerna betapa hikmah yang sekian lama aku nanti akhirnya terbukti kini...terharu kerna pilihan untuk mendahulukan cintaNYA dalam keputusan antara aku dan dia adalah tepat...dan terharu kerna kepedihan sebuah erti perpisahan suatu masa dulu telah menjadi kemanisan akan sebuah pertemuan kini...

"kenalkan...isteri saya"tuturnya sambil memperkenalkan nama ratu hatinya yang sungguh santun dan berbudi.

"Mahfuzah...panggil saja Fuzah"balas aku perlahan sambil tangan dihulur mesra.

seakan memahami, si ratu hatinya pergi memberi sedikit ruang kepada kami buat seketika.

"terima kasih Fuzah..."ucapnya tiba-tiba.

aku memandangnya. dengan dahi yang berkerut tanda kehairanan.

sambil tersenyum. dia berkata...

"terima kasih kerna 'menolak' dan pergi meninggalkan saya...5 tahun yang lalu"



"kita terluka demi cinta dan redha DIA...dan kerna cinta dan redha DIA jugalah..kini kita lebih bahagia..walau tidak ditakdirkan bersama..kau tetap sahabat aku...kini dan selamanya..dunia dan akhirat sana"

.




.




.

perlahan-lahan Minden yg kehujanan aku tinggalkan dengan kata-kata doa daripada sahabat buat seorang sahabat...

"terima kasih...doakan aku bahagia...doakan ukhwah kita dalam redhaNYA..."


Sunday, October 31, 2010

Salam Berbahagia Liyana & Fadzly

3 hari 2 malam aku berkampung di Banting demi menyaksikan penyatuan dua hati akan dua teman ini. hanya lafaz syukur dan segala puji hanya bagi Allah mampu aku ucapkan buat terjalinnya ikatan cinta kalian..I'm proud to be the witness in your great happiness moment friends..Apapun, salam berbahagia hingga ke syurga buat dua sahabatku Liyana & Fadzly, 29 Oktober 2010...



Utk Fadzly: semoga menjadi suami yg bertanggungjawab...tahniah kerna sudah mendapat kembali 'tulang rusukmu' yg sekian lama dinanti...

Utk Liyana: jadikan sabar dan redha sebagai perisai hati dan jiwamu...tahniah kerna sudah bertemu dengan 'titian jambatan buat ke syurga'...


Saturday, October 23, 2010

Dua Hati antara Dua Negara

aku mulai entry kali ini dengan lafaz ucapan tahniah dan salam berbahagia hingga ke syurga buat seorang kakak yg penyayang dan abang yg pengasih...

terimalah sedikit bingkisan warkah kasih buat kenang-kenangan penyaksian seorang adik akan telah bersatunya dua hati antara dua negara.

Kakak Noor Shahida,

hampir setahun dua bulan kita bersama meniti kehidupan di teratak 97-7-6. cukup singkat pada angka, namun aku kira cukup padat pada setiap kenangan yg tercipta. teratak 97-7-6 adalah persinggahan buat kakak menyediakan diri dengan ilmu2 rumahtangga sebelum pergi meninggalkan kami untuk bersama insan yang dicinta.

walau kita baru kenal, tapi mesranya bagai sudah lama. aku masih ingat bagaimana senang dan selesanya aku bercerita dan berbual tentang diri, keluarga dan pastinya tentang hati. pengalamanmu telah memandu aku. kenanganmu mengingatkan aku. kisah cintamu menyedarkan aku. bahwa tiada yang mustahil dalam dunia ini. akar kesabaran memang pahit. tapi buah kesabaran cukup manis. masakan aku lupa senyum bahagiamu saat lafaz ijab kabul dilafazkan oleh insan yang sekian lama dinanti akhirnya kini bergelar suami.

Tahniah Kakak...moga mahligai kalian penuh berkat dan rahmatNYA hingga ke syurga.

aku masih ingat rasanya dihargai apabila akulah insan pertama di teratak 97-7-6 yang diperkenalkan secara rasmi dengan kekasih hati. Saat kau seikhlas hati menemani aku yang pertama kali memandu pulang ke kampung halaman demi merai pertunangan abang sulung nan seorang. saat itulah ukhwah antara kita lebih erat terbina.



aku juga masih ingat bagaimana aku diperkenalkan dengan ibu ayah mertuamu sehingga aku saat ini aku masih terasa hangatnya kasih sayang mereka yang bagai telah menganggap aku sebahagian daripada keluarga . dan akan terus segar kasih dan ingatan akan gembiranya keluargaku menerima kalian semua semasa mengunjungi teratak bonda. bagai mimpi, kami tumpang gembira punya keluarga dari negara kelahiran Mahatma Gandhi. percayalah segalanya berlaku atas nama cinta kepada Allah dan sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.




saat majlis walimah abang sulungku, kau juga hadir membantu dan merai walau terpaksa meredah keseorangan buat pertama kali ke jelapang padi. kau sabar dan pandai membawa diri saat aku sibuk dan tak mampu memberi layanan yg terbaik sekali. terima kasih kakak..hanya Allah mampu membalas segalanya.

sepanjang mengenalimu..ku yakini Mahibub telah membuat pilihan yg tepat dalam memilihmu sebagai suri hati. kau juga sangat bertuah dianugerahkan seorang suami yang cukup mencintai. aku melihat juga merasai. dan berdoa. semoga ikatan kalian kekal abadi.


terima kasih kakak...atas segala kasih sayang kakak...pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit...nasihat dan bimbingan...tunjuk ajar dan panduan...terima kasih atas segalanya...ampun maaf andai sepanjang perkenalan ada hati yang terluka, ada bisa di sebalik kata, dan ada wang ringgit yang tak sedar telah diguna...semoga ukhwah yang terjalin terus kekal hingga ke syurga...

* * *


Noor Shahida & Mahibub

Ya Allah
telah KAU ciptakan setiap sesuatu itu berpasang-pasangan
telah KAU janjikan bahwa lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik
dan sesungguhnya semua ini adalah sangat mudah bagiMU

Ya Allah
Pemilik langit dan bumi
hambamu ini memohon dengan penuh rendah hati
bahagiakanlah dua hati ini
rahmatilah dua jiwa ini
berkatilah mahligai cinta suci
yang dibina atas namaMU Ya Rabbani
Maha Memberi lagi Maha Mengasihani

demi kasih cintaMU
Ya Allah
kabulkanlah...kabulkanlah...kabulkanlah...



Monday, October 18, 2010

C.I.N.T.A (vi)

"tatkala kau telah bertemu dengan seseorang dan akan tetap terus teguh bersama seseorang itu walaupun datang yang lain lebih baik daripada seseorang itu kepadamu...maka yakinilah akan keteguhan hatimu itu...kerna antara dua insan yang diciptakan berpasangan itu adalah tatkala mereka saling melengkapi antara satu sama lain dan juga saat dua insan itu saling menerima baik buruk diri...setulus dan seikhlas demi redha dan cintaNYA...kerna pasti saja...sehebat, sekaya, sekacak dan sebaik mana pun pasanganmu, pasti akan ada yang lebih hebat, lebih kaya, lebih kacak dan lebih baik daripadanya...soalnya..dengan dirinya seadanya itu, apakah mungkin dia akan tetap terus hebat di hatimu?"

Diary 44

16 Oktober 2010, Sabtu

seawal 7 pagi. aku, norji, kema dan ana bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan dua buah viva putih demi melaksanakan misi tautan kasih warga 97-7-6. Oh ya...Selva, kawan Norji pun ikut juga...

Hampir tengahari kami selamat tiba di Kuala Lumpur dengan destinasi pertama adalah ke Puchong iaitu ke rumah Kak Yan yg sekarang ini sedang menghitung hari untuk menjadi ibu. Alhamdulillah..sampai juga hajat nak melawat rumah Kak Yan sambil melepaskan kempunan nak makan laksa Kak Yan..heheee...thanks akak!

Selepas puas melepaskan rindu, kami bertolak ke rumah Kak Syidah di Gombak untuk membantu apa-apa yang patut. dan kami pun telah belajar membuat bunga...bunga...ala susahlah nak sebut..ala bunga yang letak kat dada utk vip tu...bunga tu la...Kak Yan yg ajar...oppss...ini Kak Yan lain ye..ini Kak Yan kakak sulung Kak Syidah...



Dah Asar kami pun bertolak ke rumah opah Anis di Keramat. di sinilah kami tumpang berteduh...heee...terima kasih opah dan keluarga...Malam pula sebelum ke rumah Kak Syidah, kami ke Taman Melawati bertemu dengan Kak Wahidah yang juga selamat bergelar isteri pada 9 Oktober 2010 lalu dan majlis walimah sebelah pihak lelaki sama tarikh dengan Kak Syidah . sebab bimbang tak sempat, kami datang meraikan mempelai ini pada waktu malam. apapun..tahniah Kak Wahidah dan suami...seperti yg aku selalu katakan pada dia...

"tak sangka kan kak...akhirnya, bersatu juga akak setelah menempuh pelbagai rintangan"

InsyaAllah, kami doakan semoga kakak bahagia hingga ke syurga...aminnn...


Kemudian, sekali lagi pergi rumah Kak Syidah untuk majlis marhaban. sebab semua sangat penat, kami tak tunggu sampai habis...pukul 10 mlm terus balik Keramat dan pengsan...


17 Oktober 2010, Ahad

Awal pagi kami bertolak ke rumah Kak Syidah. kemudian ke Masjid UIAM untuk upacara paling bersejarah buat Kak syidah...iaitu penyatuan dua hati antara dua negara...nantikan entry khusus untuk Kak Syidah dan suami...huhuuuhu..tengah cari semangat!


Alhamdulillah...dua hati kini menjadi satu...semoga kalian berdua bahagia hingga ke syurga...aminnn

Usai sahaja akad nikah, terus majlis walimah pada hari yang sama di Dewan Anjung Rahmat, Gombak.



dan selepas asar, kami terus bertolak pulang ke Pulau Pinang..tapi dengan sebuah viva sahaja sebab lagi satu viva perlu berehat...terima kasih pada pemandu berhemah, Norji dan Anis...ampun maaf kat Norji juga sebab meninggalkan 'tanda' ingatan hasil pemanduan aku..huhuuu..maafkan aku ya rumate!



apapun...memang sangat seronok dan enjoy...sayang sangat2 kat 97-7-6!terima kasih semua atas kenangan terindah ini...

Saturday, October 9, 2010

Pilihan Kau Bukan Untukku...

"Kenapa kau memilih 'A' dan bukan 'B"?

"dan kenapa tidak pilihan 'C' atau 'D'?

soalnya bertubi-tubi...tanpa sempat aku mencelah diri.

"kerna pilihan untuk kita tidak sama..."aku membalas perlahan.antara dengar dengan tidak.

"kerna Allah memberi aku pilihan 'A' dan 'B'...dan DIA tidak menghadirkan pilihan 'C' atau 'D' untuk aku"

dia terdiam...berfikir mungkin.

"dalam ketentuan hidup aku...Allah menghadirkan pilihan samada aku mahu bekerja di sini atau terus tetap dengan hanya mencari kerja di kampung halaman...dan untuk kau...Allah menghadirkan pilihan samada kau mahu kerja seperti dalam perjanjian JPA atau terus saja sambung belajar"

"walaupun jalanan hidup kita mungkin sama tapi hakikatnya tidak serupa...pilihan untuk kau tidak wujud dalam pilihan hidup aku...dan kita diberi peluang untuk memilih...memilih jalanan hidup yang kita inginkan...atas izin & takdirNya jua"

dia masih diam...tertunduk sambil bermain jemari.

"dan kenapa...dalam hidup kau...kau punya pilihan samada untuk memilih arjuna F dan pria B...oh ya! dan juga jejaka T...sedangkan aku..."

"jalanan hidup kita tak serupa Fuzah!"ayat aku dipotong penuh tegas sambil mata direnung dalam.


courtesy by Yusuf Abdulbaky

aku senyum...

aku angguk...

"aku harap kau sudah mengerti sahabatku...maka...redhalah dengan takdir pilihan kehidupanmu...kerna DIA lebih tahu...apa yg kau & aku perlu"

Friday, October 8, 2010

Salam perjuangan teman...

Aku sungguh tidak menyangka kau akan melangkah pergi
kerna harapanku adalah agar kita akan sama-sama berbakti
walau sungguh aku merasa berat hati melihat kau pergi
namun tetap aku hormati keputusan ini
dan berdoa supaya yg terbaik akan dikurniakan oleh Rabbani


courtesy by is-blind

teman...
apa yg tersurat untukmu telah menjadikan aku saksi sebuah ceritera kehidupan
bahwa tatkala harapan tak seperti realiti kenyataan
hanya iman & kesabaran menjadi kekuatan buat penerus perjalanan
dan aku tahu yang kau pun yakin...segala yg berlaku adalah ketentuan Tuhan
yang pasti terkandung 1001 hikmah di sebalik sebuah takdirnya suratan

ikhlas...aku doakanmu kejayaan & kebahagiaan
jujur...kau mengajar aku erti kesabaran dan kecekalan
pasrah...aku terima hakikat sebuah kehilangan

salam perjuangan teman...

cukup saja Allah bagimu...dan bagiku...

Thursday, October 7, 2010

Surat Cinta III

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.

Ali Imran: 200



Allah Tuhanku,
andai keperitan dan kepahitan ujian ini buat aku lebih disayangi olehMU
dan
andai kesabaran itu buat aku lebih dicintai olehMU
dan
andai segalanya ini adalah penebus dosa-dosaku








Aku redha...









courtesy by hazmee

kerna kesementaraan ini adalah jalan keabadian...


Tuesday, October 5, 2010

Menjelangnya 5 Oktober itu...

masa aku belasan dulu...pemahaman rasa disayangi aku adalah pada hadiah hari lahir...dan aku sememangnya sangat menantikan menjelangnya 5 oktober itu...kerna aku akan rasa sangat disayangi...diperlukan dan dihargai apabila aku diberi hadiah...

dan bagi aku...makin banyak hadiah aku dapat...maka ramailah yang sayang pada aku...sebab tu, masih aku simpan kotak2 hadiah yang masih berbalut pembalut hadiah walau sudah berhabuk di atas almari baju...

tapi...itu dulu...masa zaman anak-anak...

sekarang...pemahaman aku sudah lain...sejak sudah punya angka puluh dalam sebutan umur ini...aku makin mengerti bahwa tanda sayang bukan sekadar pada hadiah...dan hadiah juga tidak semestinya mampu untuk dilihat atau dipegang...

sebab hadiah yang paling ikhlas dan mahal adalah hadiah yg dihantar terus dari hati...lantas akan dirasai di hati...yang seterusnya hadiah itu akan menyatukan dua hati...atas nama rahmat & kasih sayangNYA...

Maka...dengan ucapan...ingatan..dan doa-doa yang diutuskan untuk aku saja..hakikatnya sudah cukup untuk buat air mata keharuan mengalir lesu...

Sungguh...itulah hadiah yg terindah dan paling bermakna buat aku...

"terima kasih Ya Allah...atas kurniaan kasih sayangMu melalui insan-insan yg Kau hadirkan dalam hidupku"



terima kasih kalian...

Menjelangnya 5 Oktober itu...
atas doa-doa kebahagiaan, ketabahan, kejayaan untuk aku...
sungguh-sungguh
aku memang sangat perlukan doa kalian
kerna doa kalian telah menjadikan siapa Mahfuzah Othman pada hari ini...saat ini...detik ini...ketika ini...dan InsyaAllah...yg lebih baik hingga akhir nanti...

dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala hadiah doa kalian buatku...

“Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa diketahui olehnya adalah doa mustajabah. Di atas kepalanya (orang yang berdoa) ada malaikat yang telah diutus. Sehingga setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan, “Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu.”

Monday, October 4, 2010

Syawal yang penuh dengan aktiviti makan

Rumah Terbuka 97-7-6, Penang ~30 September 2010(Khamis)



Ucapan terima kasih buat semua housemate tercinta...sayang kamu semua sangat-sangat...terima kasih sebab bertungkus lumus buat semua...saya sangat terharu dan menghargainya...Allah saja yg mampu balas segalanya...thanks!

Semua ada tujuh termasuk saya. jadi kami semua bahagi kepada tiga kumpulan...ikut kepakaran masing2..huhuuu..

Kum. 1 (Kak Syidah & Kema) : nasi impit & rendang ayam
Kum. 2 (Norji & Anis) : spaghetti
Kum. 3 (aku, Ana & Fatihah) : dessert, air & buah

termasuk beberapa hidangan sampingan hasil tajaan sesiapa yg berkenaan seperti satay, popia basah, rojak buah, kuih raya dll...


masakan lain tak sempat nak bergambar...maaf...biasalah..tuan rumah la katakan...heee...ok apapun..jom kita tengok gambar2 sepanjang majlis ye...









Jamuan Hari Raya Kelab Kebajikan BHEPP, USM Penang~1 Oktober 2010 (Jumaat)










Rumah Terbuka Haji Zohir Shaari@Pak Su, Kampung Gelam, Kedah~ 2 Oktober 2010 (Sabtu)



semua pun ada...


kerusi muzik


tarik tali


pertandingan baling belon berisi air berpasangan


pertandingan baling buah nyiur@kelapa paling jauh


kumpulan sorak Kampung Gelam



Aleesya paling seronok sebab dapat jumpa ramai orang...sampai angkat2 baju tunjuk 'zon bahagia'...-jangan marah ye Mama Aleesya...letak gambar syeksi sikit...

bisik-bisik int@n: fuh!!!mmg dahsyat la syawal kali ni...cepat kejar puasa 6...aduh!!