Wednesday, July 22, 2009

Special for U Kak Wahidah!

dah lama nak tulis entry khas utk my sis yg cukup tersendiri. maaf lah. sebab ruang waktu yang sentiasa tak mengizinkan. banyak cerita terpaksa ditunda paparannya.

Kak Wahidah adalah temah serumah yg aku kenali sejak bulan 6 2008. beliau antara senior atau penduduk awal bagi rumah 97-7-6. Orangnya sangat kurus dan tinggi lampai. banyak darah negara lain padanya yang aku kadang2 pun pening nak ingat nama.hasilnya tak hairanlah wajah Kak Wahidah bak ratu Bollywood yg terlepas di Malaysia. hohoho...

Kak Wahidah pendiam orangnya. tapi mengenali dirinya merupakan keistimewaan pada insan yang terpilih. Dia seorang kakak yg penyayang, sedia membantu dan menjadi tempat meluah rasa. dia sentiasa bersedia dan setia mendengar tiap bait2 kata walau tak ada kena mengena dgn hidupnya.

Walaupun Kak Wahidah ni agak pelik. terutama pasal makanan. dan kadang kala sering juga mengelirukan warga 97-7-6. tapi kami tetap bersama sebagai keluarga.susah senang tetap dirasa bersama.

sekarang. Kak Wahidah sudah meninggalkan kenangannya di 97-7-6. Tahniah kak kerna berjaya mengharungi cabaran menghabiskan pengajian master dalam MBA. Semoga perjalanan hidup kakak selepas ini sentiasa diberkati dan dirahmati. Fuzah doakan agar kejayaan dan kebahagiaan sentiasa menjadi milikmu. Fuzah tahu kakak sangat kuat dan tabah. Biarkan kekuatan dan ketabahan terus menjadi nadi hidup kakak selamanya.Insyallah.

berikut antara kenangan yg sempat terakam melalui kata lensa. hohoho..walaupun sikit tapi banyak di hati.










3 comments:

Seri Bulan said...

Ya Allah Fuza, segan la akak sekarang ni. Puas akak korek-korek si internet ni nak mencari laman web Fuza yg dikhabarkan oleh teman serumah kita ,who says this blog as the best written place ever. So finally i found it while talking to a friend over the phone.

Well Fuza,

Akak rasa terharu sangat apabila membaca comment atau pun mungkin i can say it as rasa hati Fuza yang mungkin Fuza tak pernah cakap directly pada akak. Thanks is not enough to mention here. You were there when I need u too u know. Although you are young, but u have the capability of thinking which is gifted by Allah and make sure you are well versed with your strengths.

Ok let me try talking in your style ok,Fuza. here it goes. Erny if hang baca this one, don't laugh, it is the smallest attempt i'm putting in here. jangan terkejut i wrote a great deal of cerpen on my own in Malay language. hehe,, cuma tak terhantar jer ke karangkraf or maybe at least kepada Ujang. hahahah... who said i can't make a joke...sure Boleh, USM boleh, Saya pun Boleh.

Hari ini cuacanya baik, tak macam hari semalam, panas, bahang, membuatkan aku jadi rimas. Peluh menitis laju dari celah-celah jari,membuatkan tangan aku basah.Alhamdulillah,hari ini aku rasa segar bagaikan ada angin menerjah ke arah aku. Sejuk.

Aku cuba rungkai kembali kenangan bersama teman serumah ku, Erny, teman sebilik ku. Orangnya cute, suka berbicara kala aku kesepian. Asal dia ada aku rasa gembira saja, sebab masa tu lah aku dapat berbual, aku dapat berkongsi rasa, puas hati ke tidak, bengang kepada siapa, kerja thesis aku yang memeningkan kepala, pasal panas dan hujan di Penang pun aku tak lepas. Aku rasa selesa bercerita kepadanya apa saja.

selingan..
"Erny kau la room mate paling best selain Yue. Harap Erny gembira baca blog sementara akak ni,heheh,blog tumpangan,free of charge"

Kemudian datang pula beberapa orang adik yang cute2, Mahfuzah, Kema, Norji..semua ada cara yang tersendiri.

Aku kenal Fuza sewaktu Yue ada di rumah. Yue asyik berborak dengan seseorang di bilik lain. Aku biarkan. Mungkin kawan Yue, aku bisik di dalam hati. Tapi adakala rasa ingin tahu itu tetap ada. Biasa lah, perasaan ingin tahu siapa yang tiada?

Aku sibukkan diri, buka buku, buka radio, buka macam-macam, akhirnya mereka berdua masuk buka pintu bilik aku, Yue perkenalkan diri kawannya sebagai Mahfuzah, housemate baru rumah 97-7-6. "oh, dia ye. Younger than me, sister, petah bercakap, tapi orangnya kecil aje", bisik aku dalam-dalam.

itu first impression aku tentang Mahfuzah. Hampir setahun aku mengenali dia. Aku rasa dia mempunyai potensi yang besar. InsyaAllah, Fuza akan nampak jua jalannya.

-got to go..will smbg in another story. P/S-akak will come soon, simpan gambar tu? nanti i copy.thank u Fuza..

FuzAma said...

salam kak. my pleasure to see ur happiness. keep in touch sis. sayanggg kat akak!

Seri Bulan said...

Sayang kat awak gak..muaaakkss!! jarang i kiss tau..ni fr u jer...hehehe...salam