Wednesday, November 30, 2011

Maal Hijrah 1433H

Seusai saja majlis perasmian penutup Karnival Sukan Untuk Semua (KASUS), aku terus bergegas pulang ke Alor Setar. dan kali ini aku pulang bersama-sama Zu (teman serumah) yang tinggal di Pendang. Doa akhir tahun dan awal tahun hanya mampu dibaca di dalam kereta dengan bantuan radio. Hujan lebat+malam menjadikan jalan begitu sesak namun syukur kami selamat sampai.

27 November 2011/1 Muharram 1433H

Sambutan tahun baru Islam disambut sederhana. aku dan keluarga hanya berada di rumah. bermaknanya kali ini semua ada di rumah. Abg An dan siteri (Kak Nana) juga pulang. untuk bertemu abah juga yg baru pulang dr Mekah.

tengahari, kami sekeluarga dengan dua kereta pergi menghadiri kenduri jiran baru di Kelab Golf Diraja. kemudian terus bertolak ke Perlis. Abg Kit dan Kak Fina ada undangan kenduri. dan disebabkan aku dan Najib naik dgn mereka maka kami pun ikut juga kenduri tersebut. Mama dan Abah terus ke Padang Besar dengan Abg An dan Kak Nana. Jenuh juga kami mencari rumah kenduri yg akhirnya sampai juga dengan selamat. kagum melihat kenduri di sini...penuh dengan kesederhanaan. kata Kak Fina, pengantin dan adik-beradik bukan kerja biasa-biasa. ada Doktor.. ada Jurutera. tp tengok majlis walimah cukup sederhana. pengantin lelaki cuma pakai baju melayu biasa saha. tiada pelamin. tiada lauk yg berjenis2. tiada khemah tinggi dan besar2. tiada hiasan yg berbagai-bagai. tiada baju senada warna. semua serba sederhana. tp cukup jelas kegembiraan pada wajah setiap yg hadir. benarlah...keberkatan itu paling penting. baik duit disimpan utk selepas berkahwin kerana itu lebih penting. Hebahkanlah bukan Hebohkan.



Selepas walimah, kami terus ke Padang Besar utk menyertai acara beli & belah...ramai sangat orang maklumlah musim cuti sekolah...dan aku tak beli apa2 pun sebab tak ada 'mood'...sebab terpisah, aku balik dgn Mama & Abah...dalam perjalanan singgah makan cendol di JO restoran...solat mahgrib sebelum pulang terjumpa beg yg bersulamkan nama mama di surau JO restoran...heeee


sekian saja sambutan Maal Hijrah 1433H aku bersama keluarga tercinta...




No comments: