Monday, December 12, 2011

5-10 Disember 2011 adalah satu minggu yg penuh cerita buat aku. bermula dengan 3 hari berturut-turut aku berulang alik ke induk atas urusan kerja. cakap2 sana sini sudah kedengaran. yg kadang kala buat hati aku jadi seram sejuk. kelu. bisu. dan kaku sebentar. itu belum termasuk satu sms daripada seorang pengarah sebuah pusat yg cukup aku kenali. satu sms yg buat aku cukup tergamam dan keliru. sungguh2 aku keliru malah bertambah buntu. dan boleh dikatakan minggu itu adalah minggu yg cukup lemah buat aku. terasa sangat lambat masa berlalu walau hakikatnya terlalu banyak kerja perlu diselesaikan. tambah lagi sudah hujung tahun ini.


9hb Disember 2011

ganti Ketua unit sebagai pengerusi mesyuarat pagi hari Jumaat. ada jamuan makan juga. hari ini aku masaka spaghetti..terima kasih kepada housemate, Cik Zue kita yg sanggup bangun awal pagi sebab nak tolong aku masak. heeeeee...

10hb Disember 2011

Salah satu program kempen 'Jom Selamatkan Bumi' iaitu pelancaran projek tanam pokok atau 'E-GardenS'...100 buah pokok buah akan ditanam oleh semua pelajar tahun pertama. walau semua jemputan VIP terhormat tak dapat hadir...projek ini tetap berjalan dengan penuh ringkas dan jayanya. harap2 satu hari nanti dapat ada pasar tani yang jual buah-buahan segar hasil daripada kebun pelajar2 kejuruteraan..hah jangan tak tau ada yg tak tau pegang cangkul pun..apa cerita tu...asyik pegang 'mouse' komputer la katakan..heeeee....



program selesai dalam pukul 10 pagi lebih. terus balik rumah dan berehat. semua 'housemate' balik ke rumah masing2. jadi tinggal aku seorang. seronok berbaring di depan tv sambil menonton kartun animasi Detective Conan, ada panggilan daripada En Rashid.

berita tentang kematian seorang pelajar akibat kemalangan. mulanya aku tak perlu ikut tapi kemudian aku diminta pergi bersama Kak Ita dan En Bad. selesaikan sedikit urusan di pejabat, balik tukar baju (aku pakai jubah hitam yg abah beli di Mekah), solat terus bertolak ke Hospital Manjung, Perak jam 2 petang lebih. sebab kenderaan uni tak ada, kami pergi dengan kereta aku dan...mestilah aku yg jadi pemandu..ha jangan tak percaya!

nak dijadikan cerita, dek tersalah maklumat (masing2 tak tahu jalan), kami bertiga terlajak hingga ke Simpang Pulai padahal sepatutnya kami hanya perlu masuk di 'exit' tol Changkat Jering. dengan hujan lebat, jalan kampung dan ada juga kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan, azan mahgrib baru kami sampai di Hospital Seri Manjung, Perak. memang penat lah!

Jenazah selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan. malam itu juga jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman iaitu Terengganu. hati aku rasa sangat sayu. terasa diri ini banyak dosa. rasa sangat bertuah mereka ini sebab mati ketika muda. ketika tak banyak dosa lagi. itu yg aku fikir. aku yakin jenazah seorang yg baik. sebab itu Allah ambil dia dahulu. sebab nak pelihara dia. kecuali aku, Kak Ita, En Bad dan En Rashid memang mengenali arwah walau tidak rapat. tapi tak tahu kenapa, hati aku sangat sayu.

masanya sudah tiba. masa aku bila pula?


Al fatihah kepada arwah Mohd Hifzan Ikhwan...semoga rohmu dicucuri rahmat adik...walau tak pernah kenal...pemergianmu sangat terkesan di hati ini...sungguh Allah lebih menyayangimu...


No comments: