Wednesday, December 31, 2014

Aku dan Blog - Masihkah Relevan?

Aku mula berkecimpung dalam dunia blog pada tahun 2008. seingat aku masa tu blog sedang meningkat naik sedangkan FB sedang diperkenalkan (fokus di Malaysia)....antara insan yang mempengaruhi aku untuk jadi blogger adalah En Azhan Othman a.k.a Abg An...bakat menulisnya memang tak dapat disangkal...waris Abah yang terutamanya...yang lain lain ni terkena sipi-sipi saja...

sehingga saat ini, tahun paling aktif aku jadi blogger adalah 2009..124 post...tu diaaa...aku pun tak tau aku cerita apa???...mungkin waktu tu aku sedang mula mengenal dunia...baru konvo...dapat kerja...putus cinta...kenal cinta...opsss...hahahah...semuanya aku cerita...tapi ada la tapis2 juga...ada sikit juga aku tinggal untuk simpan...antara aku dengan Tuhan...

aku pernah letak link blog aku di FB...memang ada kesan. ramai pula yang tahu...aku jadi segan. sbb blog ini boleh dikatakan separuh diri aku yang lain...kisah peribadi aku..keluarga..sahabat..kerja...cinta...persepsi aku yang mungkin betul mungkin salah..pandangan hidup aku yg tak semuanya betul...dan segala-galanyalah yg tak mampu aku ucap dgn kata-kata...mungkin ada di blog ini...jika diizinNYA jua...

aku pernah rasa sangat dihargai dan gembira apabila ada kisah aku dicoretkan oleh blogger lain. dan aku dapat rasa kegembiraan itu apabila kisah insan lain turut aku coretkan di sini. bukan apa...ada kata-kata yang tak mampu aku luahkan...jadi menulis, menaip adalah antara jalan terbaik untuk aku sampaikan rasa hati walau ada yg kata tetap tidak sama...tapi sekurang-kurang itu cara aku...

menulis bukan mudah. walau hanya seringkas menulis blog. sekalipun kau punya idea dan cerita yang melimpah ruah...tapi jika kau tiada masa, ruang, peluang...tidak berjaya..blog perlu ada komputer,ipad etc dan penting sekali internet...samalah yg konvensional sekalipun...perlu ada kertas dan pen...Jika kau dah ada semua pula...tak ada idea pun satu hal...kesimpulannya...yang nampak mudah belum tentu mudah..

Secara peribadi...blog banyak bantu aku...berapa banyak blog yang dah aku rujuk...dari resipi, pengembaraan...agama..dan lain-lain...dan untuk aku...sehingga ke saat ini...untuk tahun 2015 dan seterusnya...atas izinNYA jua...aku cuba sedaya untuk terus blogger...walau masa, ruang dan peluang makin suntuk dan terhad...tapi apabila ada teman-teman berkata

"Fuzah..lamanya tak post baru"...aku jadi terharu...tak sangka blog aku masih ada yg sudi berkunjung...maka aku pula mengerti dan belajar memahami....

bermula daripada aku keluarkan link blog dr FB aku...aku berniat...biarlah tiada pembaca..biarlah tiada yg 'like'...biarlah tiada yg komen...tapi aku puas catatkan kisah & cerita aku yg pastinya daripada DIA sebaik baik dan seindah-indah pengarah kisah untuk hambaNYA...

aku harap...apa yg ada dalam kisah aku...coretan aku di blog ini, dapat disaksikan hikmah akan setiap perancangan dan peristiwa sebuah kehidupan insan..aku harap...bila aku sudah tiada nanti...setiap kisah yg ada dapat mengukir senyuman yang membaca terutama mereka yang kenal dan dekat dalam hidup aku. kalau ada yg membacanya terluka pula...aku mohon sebanyak-banyaknya keampunan dan kemaafan kerna aku tidak sempurna dan penuh dgn dosa...Maafkanlah aku...Ampunkanlah aku...

dengan lovely Anis
'Bisik-Bisik Intan'....terima kasih cinta hatiku...moga diberi kekuatan olehNYA dan moga kita diberi rahmat dan keampunan selamanya kita telah, sedang dan akan bersama...

moga terus tabah
moga terus dalam rahmat dan cinta Allah

Selamat Datang 2015

Saturday, December 20, 2014

Diary 80 : AR USM Teambuilding 2014

Yeaaaaaa...
anjuran Program Kerja Berpasukan Pegawai Tadbir USM 2014 kali ini diadakan di Escape, Teluk Bahang. 
tempat apa tu???
haaaaa...tempat untuk kau bagi sakit badan, gayat, gayut, jerit, perit dan seangkatan denganya...tapi memang terbaik!!!

Masa iklan keluar, aku memang malas nak pergi sbb aku bukan jenis yg suka lasak2 sangat, tapi dah sbb En Zul telefon dan ajak aku pergi, aku pun rasa bersalah dan pergi. redha je la. niat nak rapatkan dan lebih kenal dengan AR yg lain. bukan senang nak jumpa2 dan have fun macam ni. 

18 Disember 2014, Khamis

8.30 pagi sedikit ucapan daripada En Saad, Timbalan Pendaftar Kanan di HR kat DPU. sambil makan bihun goreng sambil dengar taklimat. pukul 9 pagi lebih kurang bertolak ke Escape naik bas. wahhhhh...teringat zaman dolu dolu naik bas ramai-ramai pakai tshirt warna sama...hahahahah

Lebih kurang pukul 10 pagi lebih kami selamat sampai. taklimat sikit. warming up sikit. pastu sesi ice breaking sikit. aktiviti music chair. tak ada chair pun...cuma pusing2, bila muzik berhenti, instructor sebut suruh buat formasi. Komtar, Jeti & KLCC. kemudian pembahagian kumpulan. aku dapat kumpulan no 2. Ketua kumpulan En Zam. ada 5 stesen kami kena selesaikan..pemenang berdasarkan masa siapa yang cepat habiskan semua stesen.

pintu masuk...makanan luar sampai air pun tak boleh masuk..kalah airport...dia akan check dan buka beg kadang2...
kaunter tiket etc

Bak kata En Zam, menang kalah itu bonus..yg penting kita rileks, steady dan enjoy...terbaiklah En Zam!!!..heheh

stesen pertama...Tubby Racer

stesen kedua adalah Gecko Tower. aku dah fobia panjat2 ni sbb aku pernah buat wall climbing kat OBML yg memang aku tau susahhhh gilerrrr...tapi aku redah sajalah...huhuhuuu...dan aku berjaya!!!..syok wooooo...(tapi ambil yang stage easy la)....hehehe



Gecko Tower

stesen ketiga kami ke Flying Femur...flying fox...ini biasa saja...cuma bezanya...ada 3-4 point. dan kau kena buat sendiri...tak ada orang tolong set up bagai...lulus2!

Flying Femur
stesen keempat adalah Jungle Swinger...yg ni memang aku menjerit bagai nak gila wehhhhh...jantung rasa hilang bersepah...hahahha..

Jungle Swinger

kemudian. berhenti makan & solat sebelum ke stesen terakhir..




ada surau...
terakhir sekali adalah stesen Monkey Business...ada tiga stage yg ni...kumpulan kami pilih no 2...aku memang rasa tak boleh dah...tapi kak Mala asyik kata "u can do it fuzah..can can.."

Monkey Business

Hasil semangat berpasukan, bersatu padu...inilah hasilnyaaaa.......


kamilahhh juara!!!.....hahahahahaa..padahal hadiah semua sama sajoooo....


Pukul 6 petang lebih selamat sampai di USM...terbaik dan highly recommendation utk semua org datang sini. untuk budak2 pun ada.


Friday, December 19, 2014

Diary 79 : Rantau Panjang Punya Pasal

Seingat aku, kali terakhir ke Kelantan tahun 2008 kalau tak salah. dan kali ini aku ke Kelantan sbb ada program pejabat di sana dari 13-15 Dis 2014... Alkisahnya semua berjalan lancar sehinggalah waktu perjalanan pulang tu, sempat singgah di Rantau Panjang sbb memang hajat di hati aku nak beli barang-barang kat bawah ni...kira macam wishlist aku la...dan Alhamdulillah..Allah memang mudahkan...Allahuakbar!


Pergi Rantau Panjang mesti beli Toto...asal beli Toto mesti kat Rantau Panjang...orang kata kat situ murah nak beli Toto..entahlah...ni aku dapat harga RM42 ringgit...semua kedai pun sama harga...malas nak fikir dah..aku terus ambil satu....senang mama & abah nak mai tidoq nanti...yeaaaaaaa


Paling aku puas hati yang ni...memang dalam wishlist aku nak ada sikit koleksi periuk belanga stainless steel..dan produk stainless steel paling terkenal, berkualiti semua orang tau mesti produk Zebra...produk ni asal daripada Thailand..jadi tempat murah nak dapat menurut kajian adalah kat Rantau Panjang ni laaaaa....Allahuakbar...Allah Maha Kaya...Dia makbulkan hajat di hati. aku dok fikir juga macamana dan bila lah aku nak pi Rantau Panjang tu kan...huhuhuu...Alhamdulillah Allah mudahkan...(norji...hang mesti tau kan)...akhirnya aku dapat juga barang ni... jadilah sebagai permulaan...tiga biji periuk...satu set..percuma pisau dua bilah dan satu bekas plastik...semua jenama Zebra...harga asal RM160...

tapi..

alkisah masa nak bayar...harga set tu dengan kuali kecil cap buaya tu adalah RM155...Ya Allahhhhh...puas hati puas hati....rasa nak lompat bintang kat situ juga...tapi kena cover takut depa silap kira ka apa ka....terus jalan cepat2 dari kedai tu sambil puji syukur...
Allah..terima kasih terima kasih...





produk Zebra!!!!
Ini antara gambar kawasan di Rantau Panjang yang banyak dah berubah bagi aku.
Jersi...salah satu barangan femes kalau nak beli kat sini
Jadi pendek cerita masa nak balik kami tersalah jalan, lepas tu buka wave dan mulalah wave bawa kami jalan2 yang memang terbaiklah!!

masuk kawasan ladang...jumpa pokok getah...kelapa sawit...tasik...jumpa orang saja mesti berhenti tanya...sampailah jumpa jalan raya semua pakat rasa lega...kemudian jumpa masjid sbb ramai nak tunaikan 'hajat'...maklumlah sejuk2 ni...musim hujan sekarang ni...dan solat jamak qasar siap2...lega...boleh mula perjalanan dgn yakin...

Tasik dalam perjalanan...ikut Wave punya pasal...

Masjid berhadapan SK Lalang..kalau tak salah...Alhamdulillah...

Apapun memang kenangan musafir ke Kelantan kali ni. sudahlah aku sorang saja perempuan. sabar sajalah dengan karenah lelaki-lelaki ni kan...sorang kata A...sorang kata B...syukur aku sudah biasa...memang aku ok saja sorang perempuan pun...dalam famili pun aku sorang ja perempuan kan...

Aku sepatutnya kena sampai USM pukul 8 mlm sbb kena bagi ceramah kelestarian pada Kelab Ekonomi. Allahuakbar...aku minta tangguh sampai pukul 8.30 mlm. tapi 8.30 malam baru dekat Baling. ikut hati memang rasa nak batal saja ceramah tu tapi tak boleh la kan sebab dah janji...lagipun memang aku sorang saja yang bagi ceramah tu...jadi aku minta lagi tangguh pukul 9 malam....jenuh juga aku paksa Sabri & Andy bawa laju2...huhuhuuu...maaflah ye...

Sampai Seberang Jaya, berhenti turunkan Sabri & Hafiz, teruskan perjalanan...sampai USM, naik office ambil pen drive dan terus lari ke DKG...Allah...

selesai...dan hikmahNYA...



Allah Maha Kaya...Maha Mendengar...aku memang dok rancang nak tambah cawan minum air teh/kopi. senang kawan2 datang boleh minum2 petang...cenderahati sempena ceramah aku malam tu..aku dapat set ni...Ya Allah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah....settle dah semua wishlist aku...next wishlist pula...


beberapa hari lepas pulang...dapat berita Rantau Panjang banjir besar...Allahuakbar...Allah Maha Besar...aturanNYa sangat indah...


Tuesday, December 16, 2014

Salam Melangkah ke Alam Rumahtangga...Nur Aidila Mohd Lokman

Alhamdulillah
Segala Puji bagi Allah

24 Oktober 2014/29 Zulhijjah 1435H...Dila selamat bertukar status sebagai isteri kepada pilihan hati...jodoh dari Allah...

terima kasih sebab sudi jadi teman sebumbung...sedinding...setangga...selama hampir 2 tahun...

ingat kembali.
kami berkenalan sbb bekerja di jabatan dan unit yg sama. masa tu aku belum ada tempat sendiri jadi aku tumpang duduk di tempat Dila sbb Dila kena pergi kursus induksi. jadi tak selalu ada...

aku masih ingat.
senyum pertama masa kami tentang mata. masa aku duduk di tempat dia. sikit pun tak marah...dan kami hanya senyum...
hinggalah kami duduk di unit yg sama...aku yg pilih untuk duduk di situ..panjang pula cerita nanti...tapi pendeknya...di situlah bermula.

walaupun Dila lebih muda drpd aku...tapi dia seorang yg baik hati, matang, sabar, tabah dan kuat.
didikan
pengalaman.
yg membentuk dia pada hari ini.

ketika aku dipindahkan ke Kampus Kejuruteraan. aku bekerja pula dengan ibunya. kemudian apabila aku dipindahkan kembali ke Kampus Induk...takdir menentukan kami akan berkongsi rumah. susah payah. suka duka. hidup berdua. dari dua dunia berbeza.

aku pernah kata pada seorang kawan. teman serumah juga ibarat teman hidup. sbb kita tinggal di rumah yg sama. kalau tidak serasi pasti sangat rugi.

bukan mudah mendapat teman serumah yg baik. memahami. penyayang. ikhlas....cukup sudah mereka di 97-7-6  yg menjadi 'keluarga' aku. tak mungkin dapat diganti. Justeru..untuk mencari lagi...hanya pada Allah aku berserah diri.

segalanya mudah. dipermudahkan. Dila lebih memilih untuk akur. keputusan hal rumah banyak daripada aku. bayaran sewa, bil, pilih & susun atur perabot...namun, kami tetap berbincang bersama...jujur..secara peribadi...sepanjang tinggal bersama Dila...aku belajar dan terus belajar untuk sabar, ikhlas dan qanaah. pelajaran yg mungkin tidak aku dapat sebelum. terima kasih Dila.

pelawaan untuk aku menjadi  pengapit pada hari bahagianya buat aku terharu. siapalah sangat aku ini. tapi aku terima dengan hati berbunga dan terbuka. terima kasih Dila.

banyak kenangan kita bersama.
tandas rosak. sinki tersumbat. dapur bau gas tapi tak bocor pun. kunci pintu rumah. tombol pintu bilik. memasak. bersahur. berbuka...
kita belajar terima seadanya. kita belajar untuk saling sabar dan hormat.

Maaf zahir batin jika ada salah silap.
Maaf zahir batin jika ada luka dan duka sedar atau tidak.
Maafkan segalanya.
Halalkan makan minum sedar atau tidak

setelah segalanya yg kau harungi
setelah seluruh kekuatan & ketabahan yg kau beri
setelah kering air mata tanpa siapa-siapa sedari
untuk sekian kali...
Salam bahagia buatmu sahabat...bersama jodoh yang selama ini dinanti...sampai mati..hingga syurga firdausi.




Kembara : Sarawak

13hb November 2014, Khamis

Ya. Sabah Sarawak memang belum aku jejak. dan dek kerana ajakan yang berkali2 oleh sahabat nan seorang ini...Anum...aku terus tempah tiket flight Air Asia. rancangan pertama nak pergi bersama Bid. tapi kekangan yang tak dapat dielakkan maka diganti dengan kak Farhana.

pagi khamis kami bertolak ke Kuching dari Penang. sengaja aku pilih flight awal pagi supaya dapat spend masa yang panjang. perjalanan hampir 2 jam berjalan lancar. Alhamdulillah.

sebab Anum bekerja. kami dijemput oleh teman sekerjanya, Firdaus ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). sementara tunggu Anum habis kerja di Auditorium, kami sempat melawat Muzium Kucing yang terletak sebelah auditorium DBKU sahaja.

Muzium ini menceritakan segalanya tentang kucing. sejarah bandar Kuching, dan segalanya tentang binatang bernama kucing.


Imigresen...tak sangka kan...tunjuk IC..nanti dia akan bagi satu kertas kecil..kena simpan sebb masa balik kena tunjuk & bagi balik. 
Airport Kuching, Sarawak

Pintu masuk Muzium Kucing...percuma tapi kena bayar untuk smartphone yg ada camera..RM3...kalau tak kena tinggal telefon di kaunter...
Dalam Muzium Kucing

contoh pameran Muzium Kucing...semua pasal kucing

tengahari, kami 'ditinggalkan' oleh Anum di Gua Pari Pari atau Fairy Cave. sebab waktu bekerja dan tengahari, hanya kami berdua yg ada. bayaran seringgit dikenakan dan nama akan diberikan pada pondok jaga di pintu masuk gua. Memang terbaik pengalaman naik gua ni. pertama kali untuk aku. sejuk, nyaman, tenang dannnnn....mengah ok!...hahhahaha...nampak sangat tak ada stamina.


Pintu masuk Fairy Cave

bayaran masuk RM1 saja..kena tulis nama kat pondok kecil sebelah kiri tu...



dalam pukul 4-5, kami pun 'dipungut' oleh Anum. balik rumah dan keluar makan malam. penginapan kami ditanggung...heheheh...tumpang rumah Anum di Bau. waktu malam di sini sunyi...pukul 9 malam kedai banyak dah tutup. kami sempat makan di sebuah kedai. tapi itu pun kamilah pelanggan paling akhir.

Hadi 



14hb November 2014, Jumaat.

Anum cuti. sebb nak bawa kami jalan2...yeaaaaaaa...pagi kami pergi ke Semenggoh Wildlife Centre. ada bayaran tapi aku tak pasti berapa sebab ada orang belanja...heheheh...pukul 9 baru buka. datang sini semata-mata nak tengok orang utan. dan rezeki kami..ada 2 ekor Orang Utan turun makan. bukan senang nak tengok Orang Utan ni sbb dia tak tentu masa datang ke kawasan makan yang disediakan. suara pun tak boleh bising2. sbb tu tiket yang dibeli sah selama sehari. sbb kalau nak datang petang ke boleh sbb Orang Utan ni tak tentu masa.

nampak ke tak nampak tuuu....

taklimat & penerangan


hampir pukul 11 pagi, kami bertolak ke Kampung Budaya di Santubong. hampir sejam lebih juga perjalanan. tiket masuk agak mahal..kami dapat RM50 seorang utk dewasa tapi untuk warga Sarawak ada harga istimewa. kata orang tak lengkap kalau dtg Sarawak tak dtg sini. sbb di sini menghimpunkan semua budaya di Sarawak di sini.
pintu masuk Kampung Budaya





persembahan tarian...terbaik!!
Paling best persembahan tarian. memang terbaik! puas hati. lama juga kami di situ. petang kami bertolak pulang ke Bau. Malam singgah sebentar ke rumah ibu Anum.

surau di kompleks hadapan kampung Budaya


laksa Sarawak...wajib!

15hb November 2014, Sabtu

Anum kerja. anaknya Hadi ditinggalkan kepada kami. arahan minta dihantar ke rumah pengasuhnya tapi sebab kasihan jadi kami bawa Hadi jalan2 bersama kami. pagi2 lagi kami bertolak ke Pasar Serikin. Pasar ini bersempadan dengan Indonesia. ala-ala Padang Besar la juga. macam macam ada di sini. kebanyakan produk Indonesia & Sarawak. dah nama pun sempadan.


pasar basah dalam perjalanan ke Pasar Serikin...singgah sebab nak cari lada hitam mentah kat Norji...


Pasar Serikin

Pasar Serikin


Mee Kolok


dalam tengahari kami bertolak ke Waterfront pula. singgah beli kek lapis, jalan-jalan naik bot penambang. harga RM1.50 seorang.

bot penambang
Hadi makan aiskrim

salah satu kedai terkenal untuk kek lapis...
16hb November 2014, Ahad

Kak Farhana perlu pulang awal sebab ada program di PD. sebelum hantar kak Farhana, kami singgah ke Pasar Satok. makan laksa Sarawak & mee kolok di sini. Beli ikan terubuk masin..singgah lagi sekali di Waterfront beli cenderamata dan hantar kak Farhana pulang ke airport.

sementara tunggu flight aku pula, kami singgah makan dan jalan-jalan di shopping kompleks.

Jumpa lagi Anum dan Hadi kesayangan Ummi...
Musafir ini juga demi sambungan silaturahim
Moga Allah redha