Tuesday, December 16, 2014

Kembara : Sarawak

13hb November 2014, Khamis

Ya. Sabah Sarawak memang belum aku jejak. dan dek kerana ajakan yang berkali2 oleh sahabat nan seorang ini...Anum...aku terus tempah tiket flight Air Asia. rancangan pertama nak pergi bersama Bid. tapi kekangan yang tak dapat dielakkan maka diganti dengan kak Farhana.

pagi khamis kami bertolak ke Kuching dari Penang. sengaja aku pilih flight awal pagi supaya dapat spend masa yang panjang. perjalanan hampir 2 jam berjalan lancar. Alhamdulillah.

sebab Anum bekerja. kami dijemput oleh teman sekerjanya, Firdaus ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). sementara tunggu Anum habis kerja di Auditorium, kami sempat melawat Muzium Kucing yang terletak sebelah auditorium DBKU sahaja.

Muzium ini menceritakan segalanya tentang kucing. sejarah bandar Kuching, dan segalanya tentang binatang bernama kucing.


Imigresen...tak sangka kan...tunjuk IC..nanti dia akan bagi satu kertas kecil..kena simpan sebb masa balik kena tunjuk & bagi balik. 
Airport Kuching, Sarawak

Pintu masuk Muzium Kucing...percuma tapi kena bayar untuk smartphone yg ada camera..RM3...kalau tak kena tinggal telefon di kaunter...
Dalam Muzium Kucing

contoh pameran Muzium Kucing...semua pasal kucing

tengahari, kami 'ditinggalkan' oleh Anum di Gua Pari Pari atau Fairy Cave. sebab waktu bekerja dan tengahari, hanya kami berdua yg ada. bayaran seringgit dikenakan dan nama akan diberikan pada pondok jaga di pintu masuk gua. Memang terbaik pengalaman naik gua ni. pertama kali untuk aku. sejuk, nyaman, tenang dannnnn....mengah ok!...hahhahaha...nampak sangat tak ada stamina.


Pintu masuk Fairy Cave

bayaran masuk RM1 saja..kena tulis nama kat pondok kecil sebelah kiri tu...



dalam pukul 4-5, kami pun 'dipungut' oleh Anum. balik rumah dan keluar makan malam. penginapan kami ditanggung...heheheh...tumpang rumah Anum di Bau. waktu malam di sini sunyi...pukul 9 malam kedai banyak dah tutup. kami sempat makan di sebuah kedai. tapi itu pun kamilah pelanggan paling akhir.

Hadi 



14hb November 2014, Jumaat.

Anum cuti. sebb nak bawa kami jalan2...yeaaaaaaa...pagi kami pergi ke Semenggoh Wildlife Centre. ada bayaran tapi aku tak pasti berapa sebab ada orang belanja...heheheh...pukul 9 baru buka. datang sini semata-mata nak tengok orang utan. dan rezeki kami..ada 2 ekor Orang Utan turun makan. bukan senang nak tengok Orang Utan ni sbb dia tak tentu masa datang ke kawasan makan yang disediakan. suara pun tak boleh bising2. sbb tu tiket yang dibeli sah selama sehari. sbb kalau nak datang petang ke boleh sbb Orang Utan ni tak tentu masa.

nampak ke tak nampak tuuu....

taklimat & penerangan


hampir pukul 11 pagi, kami bertolak ke Kampung Budaya di Santubong. hampir sejam lebih juga perjalanan. tiket masuk agak mahal..kami dapat RM50 seorang utk dewasa tapi untuk warga Sarawak ada harga istimewa. kata orang tak lengkap kalau dtg Sarawak tak dtg sini. sbb di sini menghimpunkan semua budaya di Sarawak di sini.
pintu masuk Kampung Budaya





persembahan tarian...terbaik!!
Paling best persembahan tarian. memang terbaik! puas hati. lama juga kami di situ. petang kami bertolak pulang ke Bau. Malam singgah sebentar ke rumah ibu Anum.

surau di kompleks hadapan kampung Budaya


laksa Sarawak...wajib!

15hb November 2014, Sabtu

Anum kerja. anaknya Hadi ditinggalkan kepada kami. arahan minta dihantar ke rumah pengasuhnya tapi sebab kasihan jadi kami bawa Hadi jalan2 bersama kami. pagi2 lagi kami bertolak ke Pasar Serikin. Pasar ini bersempadan dengan Indonesia. ala-ala Padang Besar la juga. macam macam ada di sini. kebanyakan produk Indonesia & Sarawak. dah nama pun sempadan.


pasar basah dalam perjalanan ke Pasar Serikin...singgah sebab nak cari lada hitam mentah kat Norji...


Pasar Serikin

Pasar Serikin


Mee Kolok


dalam tengahari kami bertolak ke Waterfront pula. singgah beli kek lapis, jalan-jalan naik bot penambang. harga RM1.50 seorang.

bot penambang
Hadi makan aiskrim

salah satu kedai terkenal untuk kek lapis...
16hb November 2014, Ahad

Kak Farhana perlu pulang awal sebab ada program di PD. sebelum hantar kak Farhana, kami singgah ke Pasar Satok. makan laksa Sarawak & mee kolok di sini. Beli ikan terubuk masin..singgah lagi sekali di Waterfront beli cenderamata dan hantar kak Farhana pulang ke airport.

sementara tunggu flight aku pula, kami singgah makan dan jalan-jalan di shopping kompleks.

Jumpa lagi Anum dan Hadi kesayangan Ummi...
Musafir ini juga demi sambungan silaturahim
Moga Allah redha



No comments: