anjuran Program Kerja Berpasukan Pegawai Tadbir USM 2014 kali ini diadakan di Escape, Teluk Bahang.
tempat apa tu???
haaaaa...tempat untuk kau bagi sakit badan, gayat, gayut, jerit, perit dan seangkatan denganya...tapi memang terbaik!!!
Masa iklan keluar, aku memang malas nak pergi sbb aku bukan jenis yg suka lasak2 sangat, tapi dah sbb En Zul telefon dan ajak aku pergi, aku pun rasa bersalah dan pergi. redha je la. niat nak rapatkan dan lebih kenal dengan AR yg lain. bukan senang nak jumpa2 dan have fun macam ni.
18 Disember 2014, Khamis
8.30 pagi sedikit ucapan daripada En Saad, Timbalan Pendaftar Kanan di HR kat DPU. sambil makan bihun goreng sambil dengar taklimat. pukul 9 pagi lebih kurang bertolak ke Escape naik bas. wahhhhh...teringat zaman dolu dolu naik bas ramai-ramai pakai tshirt warna sama...hahahahah
Lebih kurang pukul 10 pagi lebih kami selamat sampai. taklimat sikit. warming up sikit. pastu sesi ice breaking sikit. aktiviti music chair. tak ada chair pun...cuma pusing2, bila muzik berhenti, instructor sebut suruh buat formasi. Komtar, Jeti & KLCC. kemudian pembahagian kumpulan. aku dapat kumpulan no 2. Ketua kumpulan En Zam. ada 5 stesen kami kena selesaikan..pemenang berdasarkan masa siapa yang cepat habiskan semua stesen.
pintu masuk...makanan luar sampai air pun tak boleh masuk..kalah airport...dia akan check dan buka beg kadang2... |
kaunter tiket etc |
Bak kata En Zam, menang kalah itu bonus..yg penting kita rileks, steady dan enjoy...terbaiklah En Zam!!!..heheh
stesen pertama...Tubby Racer |
stesen kedua adalah Gecko Tower. aku dah fobia panjat2 ni sbb aku pernah buat wall climbing kat OBML yg memang aku tau susahhhh gilerrrr...tapi aku redah sajalah...huhuhuuu...dan aku berjaya!!!..syok wooooo...(tapi ambil yang stage easy la)....hehehe
Gecko Tower |
stesen ketiga kami ke Flying Femur...flying fox...ini biasa saja...cuma bezanya...ada 3-4 point. dan kau kena buat sendiri...tak ada orang tolong set up bagai...lulus2!
Flying Femur |
kemudian. berhenti makan & solat sebelum ke stesen terakhir..
ada surau... |
terakhir sekali adalah stesen Monkey Business...ada tiga stage yg ni...kumpulan kami pilih no 2...aku memang rasa tak boleh dah...tapi kak Mala asyik kata "u can do it fuzah..can can.."
Monkey Business |
Hasil semangat berpasukan, bersatu padu...inilah hasilnyaaaa.......
kamilahhh juara!!!.....hahahahahaa..padahal hadiah semua sama sajoooo.... |
1 comment:
hai sis. salam. nampak macam best sgt ni. boleh tak dptkn info tempat n contact person untuk tempat ni. nk bawa pelajar sy..
Post a Comment