Thursday, April 16, 2009

Diary 20

kelmarin. lunch dan minum petang dengan cik Farah. sambil makan dan berbual. kami berbincang tentang isu PPSMI. blog Farah dapat sambutan hangat dek isu ini. ada pelbagai pendapat. daripada yg selalu bagi pendapat hingga yg tak pernah pun tiba2 muncul bagi komen. Well. oklah Farah. as least we know ur blog got 'sleeping reader' before. hehehee...

lepas minum petang. terus balik dan tersekat tak boleh naik sebab Pihak Kesihatan buat fogging utk kes denggi. Fuh!boleh tahan dahsyat tebal kabusnya. sebelum ni duduk dalam rumah saja. tak tahu pun betapa tebal asap fogging tu. lama juga bersama housemate yg juga baru pulang dari kerja menanti tebal asap fogging reda. dah agak reda. kami pun bergegas ke arah blok kami hingga tiba Kema menjerit.

"cepat!"

rupa-rupanya asap fogging sedang dilepaskan di sebelah blok kami. apa lagi. kami pun terus berlari macam tak cukup tanah ke arah lif. dalam lif. ada dua lelaki arab, Kema, kawan Kema dan aku. Wah!terasa macam dalam filem utk adegan menyelamatkan diri daripada musuh. anyway. Terima Kasih Pihak Kesihatan PP. yang tak putus2 fogging area kami ni. demi kesejahteraan bersama.hanya Allah mampu membalasnya.

malam. dapat called daripada Kak Izyati. hmm...tiba-tiba ni. pelik juga.hehehe..Oh rupanya ada salam rindu yg ingin disampaikan. dek terhidu bau- bauan sedih si adik.hehehe..Alhamdulillah. Insyallah. semuanya akan kembali seperti sediakala. biasalah hidup ni. mana lengkap tanpa ujian.

apapun. Thanks a lot dear sis. sanggup habiskan kredit called I. sungguh terharu!sangat sayang kamu. :)

No comments: