kerna cuti yg tak panjang dan jemputan kenduri yg wajib dipenuhi. niat di hati memang tak mahu balik kampung. namun ketetapan Allah lebih mengatasi. niat aku terbatal tatkala sms drpd abg an aku terima. satu-satunya ahli keluarga yg tinggal jauh selain aku yg sekurang-kurangnya masih berada di zon yg sama. dek jarak yg memisahkan. dan statusnya sebagai 'orang suratkhabar' turut sangat membatasi.
jadi. aku turut kata hati utk pulang. pulang utk bertemu abang yg tersayang. pulang kerna tahu masa utk bersama semakin dibatasi. pulang kerna sedar suatu hari nanti dia akan 'pergi'. pergi dgn tanggungjawab dan peranan yg berubah dan bertambah. walau hati tak pernah merelakan. namun Allah telah menetapkan. itulah putaran kehidupan. dan janji Allah tetap mengatakan. hubungan ini akan terus berkekalan. hingga syurga puncak kehidupan. maka. tumpang masih ada kesempatan waktu yg diberikan. izinkan aku utk menunjukkan sayang itu.
semasa zaman sekolah. kami adik beradik jarang berpeluk cium. kucup salam pun tatkala lembaran syawal menjelang tiba. yg terlihat hanyalah tumbuk tendang. ejek tangis. jerit tolong. dan akan berakhir dgn marah pukul daripda mama & abah.malah pastinya. yg perempuan akan lebih dimenangi.apatah lagi hanya aku satu-satunya.
namun. segalanya berubah. masa. umur. pengalaman. dan keadaan mengubah kami. walau kami tahu. masa semakin suntuk. tapi kami perlu utk berubah. berubah utk tunjukkan sayang itu. kerna keluarga tak mungkin ditukar ganti. kerna keluarga akan kekal hingga akhirat nanti.
abang sulungku sangat terbukti sayangnya. dia sangat suka menunjukkan sayangnya dgn memeluk cium kami. malah. bibirnya tak pernah lekang dgn ucapan 'abang sayang adik'. walau diri kadang2 tak pernah peduli atau rimas dgn lagaknya itu. tapi. jauh sudut hati. aku sangat suka dan rindu setiap peluk cium dan ucapan sayang dari abg sulungku itu. terlalu banyak pengorbanan yg abgku ini lakukan. wangnya habis hanya utk kami sekeluarga. tak ada baju baru. tak ada handphone canggih. tak ada kereta besar. sebab semuanya hanya utk adik2. malah. cintanya tertunggak kerna mendahulukan sayangnya utk adik2. malah. dialah satu2nya insan yg sentiasa berada di sisi keluarga. susah atau senang.malah. setiap kali badai dugaan melanda kami sekeluarga. dialah tugu kesabaran dan ketabahan paling utuh utk keluarga.tak setitik pun air matanya tumpah.hingga air mata aku pula yg sering gugur utknya. terlalu terharu melihat sabarnya.tabahnya. sayangnya. pengorbanannya.
abg keduaku ini. sangat pemalu orgnya. sayangnya bukan dgn peluk cium. malah jauh sekali nak mendengar ucapan sayang darinya. sayangnya ditunjukkan dgn tumbuk tampar. atau dgn gurauan kasar. malah saat keluarga dilanda ribut ujian. dia selalu jauh di perantauan. jarang bertanya khabar. jarang pulang ke kampung halaman. hanya blognya menjadi pengubat rindu. hingga pernah aku menangis pilu. meminta dia pulang mengubat rindu. utk abah dan mama yg sangat merindu.
aku sedar. dan aku tahu. bukan dia tak sayang.cuma tak tahu dan malu utk tunjukkan sayang itu. sayangnya aku nampak bila t-shirt yg beli sentiasa di badannya. sayangnya aku rasa bila kadangkala ada cerita aku diblognya. sayangnya aku selami bila dia beli sesuatu utk aku dan akan letak dengan diam di bilikku.aku tahu abangku. aku tahu. kau menyayangi aku.
cuma. buat mama dan abah. kau tunjuklah sayangmu itu lebih hebat dariku. kerna kau adalah putera yg mereka harapkan utk bersama2 mereka susah dan senang. sedangkan aku hanya puteri yg akan berubah tapak syurgaku. taat setiaku terpaksa beralih suatu hari nanti. sedangkan kau. tapak setia dan syurgamu tak akan berubah.
abang. jagalah mama dan abah. pinjamlah telingamu utk mendengar hati mereka. pinjamlah bibirmu utk mengucup pipi mereka. pinjamlah waktumu seminit dua utk tanya khabar berita.abang. usah alpa. tanggungjawab kau sebagai anak lelaki. bukan wang ringgit yg mereka minta. cuma tunjuklah sayangmu itu utk mereka.
abang. adik juga tak sempurna. adik juga sedang cuba berusaha. utk tunjuk sayang kepada abah dan mama.sebab masa adik dah semakin tak lama. adik sendiri tak tahu bila. tapi bila saat itu tiba. adik terpaksa mengikut 'dia'. walau hati tak rela. tapi demi DIA. adik perlu berubah cinta. tapi kau tidak abang. kau lelaki yg harus terus setia. pada abah dan mama.
ingat abang. keluarga tak boleh ditukar ganti. tak boleh abang. sebaik dan seakrab mana pun sebuah persahabatan.tak akan sama dengan ikatan kekeluargaan. sejauh mana pun kau merantau tak pulang. tak akan sama dengan tempat lahir di jelapang.
abang. aku sendiri mengingatkan diriku sendiri. tunjuklah sayang itu. tumpang masih ada waktu.sebelum abah dan mama dijemput pulang utk dirindu.
tunjuklah sayang itu.
No comments:
Post a Comment