wahhhhhh...banyaknya cerita untuk aku kemas kini sebelum 2012 menjengah dan segalanya berubah...berubah?!!...ok ok...rileks rileks...tarik nafas...hembus nafas....fuhh!
14 Disember 2011 (Rabu)
Majlis Makan Malam Penghargaan PPSL 2011/2012
Alhamdulillah..berkat sokongan semua pihak, Majlis Makan Malam Penghargaan untuk semua Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) 2011/2012 telah selamat berlangsung dengan jayanya di Melur Inn Parit Buntar. terima kasih kepada Prof Aziz (Pengarah Kampus Kejuruteraan) kerna sudi hadir memeriahkan majlis. sempat juga sambut ulangtahun kelahiran anak sulung Kak Salwa aka Ecacuca...ringkas tapi meriah & bermakna..
.
16-17 Disember 2011 (Jumaat-Sabtu)
Bengkel Pembangunan Pengurusan Persatuan 2011
Syukur Allah memudahkan segalanya. tak seperti di Induk, di sini selalunya hanya seorang pegawai sahaja yg akan uruskan semua program tersebut. Terima kasih pada En Rashid yg banyak beri tunjuk ajar dan kepercayaan. Esoknya walaupun aku cuma sorang-sorang utk uruskan semua pergerakan bengkel...tapi Allah hadirkan dua orang pelajar utk bantu aku...terima kasih Saidina & Wong...tak lupa Eton & Zura juga...sangat terharu...terima kasih juga pada semua peserta yg cukup komited. Para penceramah juga...yg jarang datang pun sanggup turun padang. dan paling aku risau makanan...syukur semuanya habis dan tak ada yg membazir...heee....best sangat!
20-21 Disember 2011 (Selasa-Rabu)
Peperiksaan Perkhidmatan
Ada dua kertas. kertas I boleh guna rujukan dan lebih kepada statut, perlembagaan dan Auku,. kertas II tak boleh tengok dah dan lebih kepada perintah am dll. insyaAllah dah jawab yg terbaik. Doakan kejayaan ini untuk dunia & akhirat.
samb.
No comments:
Post a Comment