Thursday, December 15, 2011

Diary 57

Rupanya begini rasanya apabila kita mengetahui sesuatu perkara tetapi terpaksa merahsiakan. sejak aku terima sms daripada seorang Pengarah minggu lalu, pelbagai jawapan akan sebuah persoalan menjelma. yang aku yakin, InsyaAllah itulah yang terbaik buatku. dan walau kelihatan seperti mustahil. tapi dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa...apalagi yg mustahil dalam dunia ini?

aku tidak tahu kenapa aku perlu merahsiakan. hatta di sini pun tidak mampu untuk aku luahkan. cuma yg pasti, aku sungguh2 berserah dan redha. hanya kepada Allah aku mohon yg terbaik. ke mana, di mana, bagaimana, siapa, biarlah DIA yg menentukan. yg pasti ketentuan DIA adalah yg terbaik. muktamad.

13hb Disember 2011 lalu, lengkap sudah segala persoalan tentang siapakah pengganti TNC HEPP USM yg baru setelah mantannya dinaikkan pangkat menjadi NC USM. majlis serba sederhana dihadiri oleh semua para pegawai, kakitangan dan pemimpin pelajar di BHEPP Kampus Induk.

benarlah khabar angin yg di dengar sebelum ini. segalanya seperti yg dijangka. Tahniah kepada Profesor Adnan Hussein yg juga mantan Dekan Pusat Pengajian Komunikasi. tapi entah kenapa hati aku merasa sayu ditambah melihat sekumpulan orang begitu gembira, gelak tawa penuh ceria dan gurau senda. pastinya aku tahu kenapa dan mengapa. tapi biarlah. yg penting aku ada Allah bersama aku.

walaupun OO dah jadi NC tapi dia tetap TNC dalam hati aku...heheheee...mungkin satu hari nanti aku akan cerita pasal seorang lelaki ini. apapun aku doakan semoga dia sentiasa diberi kekuatan dan dirahmati Allah bersama keluarga yg tercinta. aminnn...

dan insyaAllah aku juga akan ceritakan segalanya tentang apa yg tersirat dalam entry ini pada entry akan datang. InsyaAllah.


Allah rahmati abah & mama...sayang kalian berdua sangat!


No comments: