22 Jun 2012..kali ini aku sertai kursus pengurusan rekod fail berkesan pula selama satu hari. Alhamdulillah kali ini aku tak rasa mengantuk pun dan dapat beri tumpuan sepanjang program. Tahniah & syabas buat Unit Latihan, penceramah dan semua yang terlibat.
Sejak tahun 2008, sewaktu aku berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penyelidik aku sudah didedahkan tentang kepentingan pengurusan rekod fail semasa aku mengikuti kursus dan lawatan ke Kelantan anjuran Bahagian Pembangunan Lestari & Korporat( kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Institusi).
Kemudian aku didedahkan lagi semasa mengikuti kursus induksi dan buat aku lebih berazam untuk mengaplikasikan sistem ini. Malah semasa aku bekerja sebagai PKS di BHEPP, aku pernah membantu seorang kerani, Kak Jamaliah untuk urusan failing dan rekod. pening juga kepala aku memasukkan surat2 mengikut fail2 yang berkenaan. dan aku cukup sedar bukan senang sebenarnya untuk melakukan urusan failing jika tidak ada kerjasama semua pihak.
Pentingnya urusan rekod fail adalah kerana ia merupakan pengurusan penyimpanan rekod dan dokumentasi sesuatu jabatan. segala rahsia, maklumat, informasi jabatan akan terpelihara jika sistem pengurusan ini baik. Rekod fail penting sebagai rujukan, panduan dan bukti 'hitam putih' sesuatu keputusan dan pelaksanaan sesuatu operasi,sistem dan lain-lain.
InsyaAllah aku berazam untuk praktikkan sistem fail ini supaya semua pihak akan dapat manfaatnya..bukan saja jangka masa pendek tapi juga jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment