Friday, June 15, 2012

Ceritera Kehidupan

Semalam, semasa sedang proses bayaran di kaunter Tesco, aku terjumpa dengan seorang kenalan atau junior. aku lupa bagaimana kami berkenalan. mungkin semasa aktiviti universiti atau sebab kisahnya yang unik. aku baru tahu yang rupanya dia dalah junior School Bio. aku juga baru teringat yang kami pernah sama2 jadi fasi semasa kem Pimpin Siswa di CAK. betapa kecilnya dunia ni.

lama kami berborak panjang. apatah lagi apabila aku diberitahu yang dia kini sudah bergelar ibu tunggal. Ya Allah adikku...sungguh Allah sangat sayang padamu.

dulu...aku masih ingat betapa aku sngt terkejut apabila mengetahui yg dia berkahwin dgn seorang pelajar lelaki satu kampus dengan kami. aku kenal lelaki itu walaupun kami jarang sekali bercakap sebab saiz badannya dan beberapa insiden yg buat aku akan ingat.

Seingat aku, keuda2nya masih belajar. dan semasa aku berbual dgn si perempuan. katanya dia memang tak suka couple. katanya pada lelaki, jika mahu dia, kena kahwin. keluarga pun setuju jika berkahwin dan tak galakkan couple. banyak dosa katanya.

Aku kagum. hormat. dan bangga.


masih aku ingat semasa pesta konvokesyen, mereka ada berkongsi membuka kedai jualan barangan komputer. semasa di perempuan sedang menggantung poster menggunakan kerusi. Si lelaki yang ternampak dtg membantu. tak tahu kenapa aku ingat sangat insiden tu sebab waktu itulah  aku rasa pandangan aku terhadap lelaki itu sebelum ini adalah salah.

Dengan gaya dan cara lelaki itu, aku memang tak sangka dia akan menjadi suami org dalam usia begitu muda. malahan si perempuan pula bukan sebarangan. ada rupa. pandai, rajin, peramah, baik hati dan sopan santun.

tapi entahlah. jangkaan aku benar jua. katanya, mereka berpisah ketika si anak baru berusia 12 hari. dan mereka sah berpisah ketika si anak berusia 1 tahun. wajah dan riaknya cukup bersahaja ketika bercerita namun tetap tergambar rasa benci dan sakit hatinya pada si lelaki.

"dia nak kahwin lain dah kak...dia tak pernah kisah pun pasal kami anak-beranak...dia pun bukan nak sangat anak ni"

melihat wajah si anak. aku membayangkan masa hadapannya. syukur rezeki mereka murah. makan pakai mereka masih cukup. kami sempat bertukar no telefon. aku sempat berpesan untuk menghubungi aku jika memerlukan. mengetahui kami adalah satu pusat pengajian menjadikan perasaan kasih seorang kakak kepada adik terus meresap dalam hati.

inilah kehidupan. wanita yg aku nampak begitu lemah lebut ini tapi sebenarnya begitu waja jiwanya. kalau tidak. masakan ujian ini akan Allah berikan di saat usianya 2-3 lebih muda daripada aku.

Aku kagum. hormat dan bangga.

Semoga kau kuat adikku. dalam diam dia telah mengajar aku. jangan disesali apa yang telah berlaku. kerna semuanya adalah atas izinNya dan pasti ada hikmahNYA.

seperti kata junjungan mulia Rasulullah,

"aku adalah hambaNYA..dan Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-hambaNYA'...


No comments: