Tuesday, April 14, 2009

Doa Bonda

akhir2 ni. ingatan pada bonda tercinta cukup kuat. dan bagai memahami. mama menghubungi. sms cukup ringkas. buat aku cukup terharu.

malam. selepas telefon farah. aku telefon mama. lepas rindu di dada. sambil meluah rasa. ada sesuatu yg terpendam. siang dan malam.

"mama. kakak jumpa dia. macamana ya"

"ya ka.sembang dgn dia tak?layan la dia sikit"

"tak. sembang biasa2 saja...entahlah ma. malas nak layan. segan sama"

"hmm..insyallah. kalau ada jodoh tak ke mana"
.
.
.

"mama. kakak dengar macam2 pasal dia la ma"

"...insyallah. ada yg lebih baik utk kakak"

"mama dgn abah selalu doakan anak2. moga selamat semuanya. dapat jodoh yg terbaik. kakak doa kat mama tak?"

"doa. selalu doa. "

tak mahu ganggu waktu rehat mama. aku mohon berhenti. teringat kata2 mama. hati rasa agak tenang.

"hmm..insyallah. kalau ada jodoh tak ke mana"

kering sudah air mata ini dua bulan yg lalu. kontang sudah hati ini memikirkan jawapan kalbu. tapi. aku tetap syukuri. yakin bahwa ada hikmah yg menanti. segala yg terjadi. ada sebabnya. tak akan pernah sia2 segala yg tertakdir. itulah Allah. Maha Bijaksana lagi Maha Adil. dan yakini janji Allah. tak akan pernah DIA pikulkan aku. sesuatu yg tak mampu aku tanggung. redha Ya Allah. aku redha.

teringat kata2 farah tempoh lalu.


hidup kita ni bagaikan air sungai yg mengalir. dari hulu hingga ke hilir. dan sepanjang air yg mengalir tu. pasti pelbagai halangan dan perkara yg kita jumpa. jadi. kita cuma perlu jadi macam air sungai yg mengalir. biarkan terus mengalir. jangan pernah berhenti utk mengalir. tempuh segalanya dgn sabar, tabah, redha dan cekal. apa yg buruk kita tinggalkan. apa yg baik. kita amalkan. sehinggalah. akan tiba satu saat yg pasti. kita semua akan kembali kepadaNYA.


1 comment:

wan fara said...

u rmmber thattt,...? chenta fuzahhh!! uhukk~~

hmm air mata keringg? u kann takde pn nak ctee :(:(
tak kre claim esokkk!!