Saturday, December 31, 2011

Catatan Sebelum Melabuh Tirai 2011: Teratak di Nibong Tebal

Sepanjang hampir 8 bulan aku bertugas di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal...inilah teratak aku...

No 16, Persiaran Kedidi
Taman Sempadan
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang



sebab namanya Taman Sempadan adalah kerna betul2 sempadan dengan Parit Buntar, Perak yg cuma dipisahkan oleh sebuah terusan aka longkang besar.

jiran sebelah rumah aku ni baik orangnya. nama Mak cik Aisyah. selalu tegur kami. sebaris rumah aku semua melayu...depan ada juga India dan Cina. ada surau kat taman ni dan aku sempat beberapa kali solat terawih kat sini. (solat terawih paling cepat pernah aku
ikut..dahsyatlah)...


kenangan masa nak pilih rumah ni...mula2 aku dapat rumah kat Taman Selesa..atas sikit dr Taman Sempadan...rumah tu rumah teres dua tingkat...aku dpt bilik bawah. dekat dapur. ada bilik air. dapur, tv semua ada.kecuali peti ais + mesin basuh...errrr...harga aku sangat setuju...cuma RM70 sebulan...perghhh...memang nak melompatlah dengar...terus rasa ok...nak jadi cerita..org yg sebelum ni menyewa adalah Kak Izzati Rozali yg skrg kat Induk...lorrr...kecil saja dunia ni kan...aduhhh...tapi aku sedikit ralat sebab rumah ni kena lalu railway keretapi...jalan pun sedang dalam pembinaan...

Lepas tu, dapat tau pasal rumah ni pula...harga RM80 sebulan...walaupun tak ada tv, peti ais dan lain-lain tapi aku terus teruja dan setuju sebab ada mesin basuh. rupanya depa ni pun baru masuk rumah tak sampai 2 minggu dan baru beli mesin basuh. tanpa buang masa..aku terus setuju...sebab utama adalah mesin basuh...hohohoooo...

utk kali pertamanya, aku beli peti ais, dapur dan bawa sedikit demi sedikit peralatan dan perabot sampai penuhla rumah ini..rumah bujang...biasalah...



Akhirnya Jawapan itu Pasti...

Jujurnya aku tahu dan kuat merasakan yang aku akan kembali ke Kampus Induk (rujuk Hari-hari pertama di Nibong Tebal, Diary 53)..cuma masanya saja yg tidak pasti.

jawapan tentang kembalinya aku ke Kampus Induk kian jelas apabila Kak Zie memberitahu aku bahwa surat permohonannya utk berpindah ke Kampus Kejuruteraan telah diluluskan..malah nama aku dicatatkan sebagai orang yang akan menggantikannya di Kampus Induk.

perasaan aku berbaur. antara sedih meninggalkan kejuruteraan dan gembira kembali ke Induk. tiada kata mampu aku lafazkan. saban hari semakin jelas diperkatakan hal ini. setiap kali aku ke Induk untuk urusan tertentu, semua staf pasti bertanya

"bila nak mai sini"

dan aku hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa2...

malah aku sendiri memohon jasa baik En Rashid untuk merahsiakan perkara ini drpd staf di kejuruteraan. dan dia telah menjalankan amanahnya dgn terbaik. terima kasih bro!

kalau di Induk semuanya riuh tentang pertukaran Kak Zie dan aku, di kejuruteraan semuanya sunyi sepi...aku tahu ada yg tahu tapi sama2 merahsiakan...

prinsip aku...selagi tiada hitam putih segalanya boleh berlaku...sehinggalah saat-saat akhir, pada 29 Disember 2011...watikah ini rasmi aku terima...


aku hanya mampu memerhati. hati sangat sayu...tambah sayu apabila ada yang mengatakan bahwa aku yg mohon utk ditukarkan...aku hanya mampu tersenyum dan perlahan2 menyatakan...biar Allah saja yg tahu...

Ya...memang aku sedih meninggalkan Kampus Kejuruteraan. aku sudah selesa di sini. suasana di sini. teman2 sekerja. para pelajar yg aku anggap seperti adik-adik dan keluarga. semuanya baik di sini.

dan tetap jawapannya Ya...utk aku gembira dapat kembali ke Kampus Induk. di sanalah tempat jatuh bangun aku. suka duka aku. segalanya terbina di sana.

dan ketika ditanya apa pilihan aku...jawapan aku adalah

'tolong jangan bagi pilihan kepada aku..kerna aku telah menyerahkan segalanya pada Allah..walau aku tahu aku mampu buat pilihan tapi biar bukan pada yang ini'

Demi Allah...aku sangat bingung...aku berserah...ikhlas hati aku adalah utk memudahkan urusan semua orang...tidak pernah terniat utk menyusahkan sesiapa...andai apa yg tersurat utk aku ini adalah utk kebaikan insan lain...aku redha utk berkorban...

cuma aku terkilan..dan jika ia benar2 berlaku...tiada apa mampu aku katakan lagi apabila seseorang itu menyatakan pada aku

"Jika aku masuk dengan 'kosong'...aku juga akan keluar dengan 'kosong'...minta maaf dik''

sungguh aku terduduk mendengar kata-kata itu. hati rasa disiat-siat tapi air mata pula terlalu degil mahu mengalir. makin bertambahlah rasa sesak di dada.

Esoknya...aku nyatakan pemergian aku secara rasmi di fb...petang itu beberapa org pelajar datang..Fazil, Shazril, Syaran, Wayi, Minot, Rohilmi, Wong, Zura, Hafizah, Nana, Faiz, Hafiss, Naim, Izani dll...maaf ye jika tertinggal...

sekali lagi ayat ini juga yang disampaikan...


Kak ita juga buat sikit makan2 utk aku...terima kasih kak! sempat juga nangis kat bahu akak... ;(


tak lupa kenangan daripada Najmi..heeee...tq dik..


apapun...aku redha...aku hanya bermohon agar segalanya dipermudahkan...dan semoga apa-apa yg aku lakukan sentiasa dalam rahmat Allah...aminn...

Catatan Sebelum Melabuh Tirai 2011: Yang Terindah bersama BHEPP USMKKj

23-25 Disember 2011
Pulau Langkawi, Kedah

inilah kali pertama dan kali terakhir utk aku bersama seluruh warga Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) Kampus Kejuruteraan setelah hampir 8 bulan bekerjasama.

seawal 7 pagi lagi aku sudah bertolak ke kafe Lembaran..jam 8 lebih, kami semua bertolak ke Jeti Kuala Perlis dengan bas. singgah makan di Gurun dan jam 11 lebih sampai di jeti. disebabkan feri kami jam 1.30 tengahari, kami semua pergi singgah makan laksa Kuala Perlis di Restoran Laksa Kak Su...

selamat naik feri dan sampai di Langkawi jam 2 lebih. check in di De' Baron..aku dapat bilik tingkat bawah konsi dengan Fadzillah (pelajar praktikal). Jam 4 petang taklimat tentang program oleh Kak Salwa (sebenarnya program ini adalah Bengkel Strategik Pembangunan Staf + Hari Keluarga) kemudian aktiviti bebas...aku, Fadzillah, kak Su, Dila, Milah & Kak Ita sekeluarga pergi jalan2 di Pekan Kuah..jalan kaki saja sbb seberang jalan saja. aku pula beli t shirt warna merah sbb tertinggal tshirt utk sukaneka petang esoknya.

Malam ada sedikit jamuan...masa ini juga pengumuman utk semua staf tentang pertukaran aku ke kampus induk...sedih+sebak+terharu...kelu jg diminta bagi ucapan. tak tahu nak cakap apa aku cuma minta maaf dan terima kasih saja...paling terharu bila dapat cenderahati kenang-kenangan ni...

aku tambah sebak bila masa bagi cenderahati ni En Rashid kata "Jangan lupakan kami"

Esoknya ada sedikit taklimat drpd En Azlan sampai petang...juga program Kak Ita & En rashid...lepas asar ada sukaneka...yang ni paling enjoy dan meriah sangat! walaupun penat+ mengah+ semput tapi mmg best sangat...tak rugilah datang..hehehe...alhamdulillah...

program bersama Kak Ita (kaunselor)

kump. 5 yg menang banyak kali...hahahah....tapi semua pun menang...seri ja...

staf BHEPP USMKKj bersama keluarga

Esok pagi jalan2 pergi Kilang Minyak Gamat, Makam Mahsuri & beli belah di Idaman Suri..makan tengahari...naik feri pukul 3 lebih...jadi kenangan Mak Kak Salwa sakit lutut dan terpaksa guna wheel chair...sampai dalam pukul 4 lebih...sekali lagi makan di 'Laksa Kak Su'...singgah di Gurun jam 6 lebih...pukul 7 selamat sampai di USMKKj...

terima kasih semua warga BHEPP USMKKj...sangat gembira dapat berkenalan dgn kalian dan tiada perkataan sesal utk ditempatkan di sini walaupun cuma seketika...terima kasih..sayang anda semua!

Friday, December 30, 2011

Catatan Sebelum Melabuh Tirai 2011: Majlis Makan Malam IronHorse 2011

22 Disember 2011

Oh ok...memang 2-3 hari ni asyik makan percuma saja kan...hehehee...biasalah tu..dah hujung tahun+hujung semester...ini pula adalah dinner program IronHorse (projek berbasikal di kampus). sebab takut dan tak tau jalan aku ajak student nama Najmi dan berjaya pujuk Mira juga..walau dia sampai gaduh2 manja dgn kawan2 dia sebab depa dah plan nak pergi tengok wayang...heee..maaf ya Mira...

elok kami dalam perjalanan,(Najmi jadi pemandu) En Rashid telefon..apa lagi terus set plan pergi sekali..parking kereta di tol Jawi dan naik kereta En Rashid pergi hotel Sunway. Jammed teruk sebab katanya ada kemalangan sampai lima buah kereta. sepatutnya pukul 830 malam majlis bermula tapi pukul 9 baru kami sampai. tak kisah sangat sebab kami je pun yang jadi VIP...hehehehe...

En Rashid, Mira & Najmi

makanan yg best dan sangat puas hati

tangkap gambar lepas makan...semua tutup perut masing2..

Yong Bang Ming...ketua projek...banyak betul dia makan...terkejut semua orang...tapi bagus dia ni...berbudi bahasa..

team IronHorse 2011...terima kasih semua...

Catatan Sebelum Melabuh Tirai 2011: Malam Apresiasi iNESCO 2011

21 Disember 2011

sebaik habis exam perkhidmatan terus utk meeting Exco TNC di Kampus Induk. dan malam terus pergi dinner iNESCO 2011 di Sunway Hotel. terima kasih atas kerjasama semua pihak terutama AJK Dinner yg bertungkus lumus menjayakan dinner ini walaupun masing-masing sibuk dengan test, assignment dll.

terima kasih juga kepada Prof Adnan, TNC HEPP yg sudi hadir bersama isteri..Prof Aziz juga...terima kasih dan happy sangat. tema malam tu adalah warna merah hitam. jenuh juga aku mencari baju dan tudung malam sebelum tu dengan ditemani housemate Miss Dede kita...hheheee...

Saidina & kawan dia buat persembahan...org Sabah ni..suara mmg merdu..heee

Pengarah projek, TNC HEPP & Ketua UNit BHEPP USMKKj

Sebaik saja semuanya selesai, maka berlakulah sebuah pengumuman oleh En Rashid mengenai pertukaran aku ke kampus Induk...huhuuhuu...terkejut juga tapi memang dah agak dah...apapun aku terima kasih juga kat En Rashid sebab kalau aku tak tau bila nak bagitau...tak tau macamana nak bagitau...


kononya ucapan terakhir la tu...tengok balik muka sorang2...sedih ...:(



Catatan Sebelum Melabuh Tirai 2011

wahhhhhh...banyaknya cerita untuk aku kemas kini sebelum 2012 menjengah dan segalanya berubah...berubah?!!...ok ok...rileks rileks...tarik nafas...hembus nafas....fuhh!

14 Disember 2011 (Rabu)
Majlis Makan Malam Penghargaan PPSL 2011/2012

Alhamdulillah..berkat sokongan semua pihak, Majlis Makan Malam Penghargaan untuk semua Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) 2011/2012 telah selamat berlangsung dengan jayanya di Melur Inn Parit Buntar. terima kasih kepada Prof Aziz (Pengarah Kampus Kejuruteraan) kerna sudi hadir memeriahkan majlis. sempat juga sambut ulangtahun kelahiran anak sulung Kak Salwa aka Ecacuca...ringkas tapi meriah & bermakna..

.

16-17 Disember 2011 (Jumaat-Sabtu)
Bengkel Pembangunan Pengurusan Persatuan 2011

Syukur Allah memudahkan segalanya. tak seperti di Induk, di sini selalunya hanya seorang pegawai sahaja yg akan uruskan semua program tersebut. Terima kasih pada En Rashid yg banyak beri tunjuk ajar dan kepercayaan. Esoknya walaupun aku cuma sorang-sorang utk uruskan semua pergerakan bengkel...tapi Allah hadirkan dua orang pelajar utk bantu aku...terima kasih Saidina & Wong...tak lupa Eton & Zura juga...sangat terharu...terima kasih juga pada semua peserta yg cukup komited. Para penceramah juga...yg jarang datang pun sanggup turun padang. dan paling aku risau makanan...syukur semuanya habis dan tak ada yg membazir...heee....best sangat!




20-21 Disember 2011 (Selasa-Rabu)
Peperiksaan Perkhidmatan

Ada dua kertas. kertas I boleh guna rujukan dan lebih kepada statut, perlembagaan dan Auku,. kertas II tak boleh tengok dah dan lebih kepada perintah am dll. insyaAllah dah jawab yg terbaik. Doakan kejayaan ini untuk dunia & akhirat.


samb.

Thursday, December 15, 2011

Diary 57

Rupanya begini rasanya apabila kita mengetahui sesuatu perkara tetapi terpaksa merahsiakan. sejak aku terima sms daripada seorang Pengarah minggu lalu, pelbagai jawapan akan sebuah persoalan menjelma. yang aku yakin, InsyaAllah itulah yang terbaik buatku. dan walau kelihatan seperti mustahil. tapi dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa...apalagi yg mustahil dalam dunia ini?

aku tidak tahu kenapa aku perlu merahsiakan. hatta di sini pun tidak mampu untuk aku luahkan. cuma yg pasti, aku sungguh2 berserah dan redha. hanya kepada Allah aku mohon yg terbaik. ke mana, di mana, bagaimana, siapa, biarlah DIA yg menentukan. yg pasti ketentuan DIA adalah yg terbaik. muktamad.

13hb Disember 2011 lalu, lengkap sudah segala persoalan tentang siapakah pengganti TNC HEPP USM yg baru setelah mantannya dinaikkan pangkat menjadi NC USM. majlis serba sederhana dihadiri oleh semua para pegawai, kakitangan dan pemimpin pelajar di BHEPP Kampus Induk.

benarlah khabar angin yg di dengar sebelum ini. segalanya seperti yg dijangka. Tahniah kepada Profesor Adnan Hussein yg juga mantan Dekan Pusat Pengajian Komunikasi. tapi entah kenapa hati aku merasa sayu ditambah melihat sekumpulan orang begitu gembira, gelak tawa penuh ceria dan gurau senda. pastinya aku tahu kenapa dan mengapa. tapi biarlah. yg penting aku ada Allah bersama aku.

walaupun OO dah jadi NC tapi dia tetap TNC dalam hati aku...heheheee...mungkin satu hari nanti aku akan cerita pasal seorang lelaki ini. apapun aku doakan semoga dia sentiasa diberi kekuatan dan dirahmati Allah bersama keluarga yg tercinta. aminnn...

dan insyaAllah aku juga akan ceritakan segalanya tentang apa yg tersirat dalam entry ini pada entry akan datang. InsyaAllah.


Allah rahmati abah & mama...sayang kalian berdua sangat!


Monday, December 12, 2011

Career Fair di Pulau Aman, Penang

11hb Disember 2011 (Ahad)

Sektor Kesejahteraan Pelajar di bawah jagaan Pn Norzita aka Kak Ita telah menganjurkan sebuah Hari Keluarga di Pulau Aman bersama-sama pelajar AJK Career Fair 2010 di Pulau Aman, Penang. disebabkan kejadian yang tak diingini semalam, tak ramai staf yang ikut serta. jumlah semua hampir 30 berbanding anggaran sebelum hampir 50 orang.

aku ambil kesempatan ini untuk berjalan ke tempat yang belum pernah aku pergi sambil merehatkan minda. walau masih teringat dan terbayang kehilangan seorang pelajar yang tidak pernah diduga.







5-10 Disember 2011 adalah satu minggu yg penuh cerita buat aku. bermula dengan 3 hari berturut-turut aku berulang alik ke induk atas urusan kerja. cakap2 sana sini sudah kedengaran. yg kadang kala buat hati aku jadi seram sejuk. kelu. bisu. dan kaku sebentar. itu belum termasuk satu sms daripada seorang pengarah sebuah pusat yg cukup aku kenali. satu sms yg buat aku cukup tergamam dan keliru. sungguh2 aku keliru malah bertambah buntu. dan boleh dikatakan minggu itu adalah minggu yg cukup lemah buat aku. terasa sangat lambat masa berlalu walau hakikatnya terlalu banyak kerja perlu diselesaikan. tambah lagi sudah hujung tahun ini.


9hb Disember 2011

ganti Ketua unit sebagai pengerusi mesyuarat pagi hari Jumaat. ada jamuan makan juga. hari ini aku masaka spaghetti..terima kasih kepada housemate, Cik Zue kita yg sanggup bangun awal pagi sebab nak tolong aku masak. heeeeee...

10hb Disember 2011

Salah satu program kempen 'Jom Selamatkan Bumi' iaitu pelancaran projek tanam pokok atau 'E-GardenS'...100 buah pokok buah akan ditanam oleh semua pelajar tahun pertama. walau semua jemputan VIP terhormat tak dapat hadir...projek ini tetap berjalan dengan penuh ringkas dan jayanya. harap2 satu hari nanti dapat ada pasar tani yang jual buah-buahan segar hasil daripada kebun pelajar2 kejuruteraan..hah jangan tak tau ada yg tak tau pegang cangkul pun..apa cerita tu...asyik pegang 'mouse' komputer la katakan..heeeee....



program selesai dalam pukul 10 pagi lebih. terus balik rumah dan berehat. semua 'housemate' balik ke rumah masing2. jadi tinggal aku seorang. seronok berbaring di depan tv sambil menonton kartun animasi Detective Conan, ada panggilan daripada En Rashid.

berita tentang kematian seorang pelajar akibat kemalangan. mulanya aku tak perlu ikut tapi kemudian aku diminta pergi bersama Kak Ita dan En Bad. selesaikan sedikit urusan di pejabat, balik tukar baju (aku pakai jubah hitam yg abah beli di Mekah), solat terus bertolak ke Hospital Manjung, Perak jam 2 petang lebih. sebab kenderaan uni tak ada, kami pergi dengan kereta aku dan...mestilah aku yg jadi pemandu..ha jangan tak percaya!

nak dijadikan cerita, dek tersalah maklumat (masing2 tak tahu jalan), kami bertiga terlajak hingga ke Simpang Pulai padahal sepatutnya kami hanya perlu masuk di 'exit' tol Changkat Jering. dengan hujan lebat, jalan kampung dan ada juga kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan, azan mahgrib baru kami sampai di Hospital Seri Manjung, Perak. memang penat lah!

Jenazah selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan. malam itu juga jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman iaitu Terengganu. hati aku rasa sangat sayu. terasa diri ini banyak dosa. rasa sangat bertuah mereka ini sebab mati ketika muda. ketika tak banyak dosa lagi. itu yg aku fikir. aku yakin jenazah seorang yg baik. sebab itu Allah ambil dia dahulu. sebab nak pelihara dia. kecuali aku, Kak Ita, En Bad dan En Rashid memang mengenali arwah walau tidak rapat. tapi tak tahu kenapa, hati aku sangat sayu.

masanya sudah tiba. masa aku bila pula?


Al fatihah kepada arwah Mohd Hifzan Ikhwan...semoga rohmu dicucuri rahmat adik...walau tak pernah kenal...pemergianmu sangat terkesan di hati ini...sungguh Allah lebih menyayangimu...