Friday, April 29, 2011

Diary 53

Di sinilah pertama kali aku menjejakkan kaki sebagai mahasiswi pada Julai 2005 dan bergraduan pada tahun Mac 2009. dan di sinilah aku diberi peluang mengenal alam pekerjaan bermula pada May 2008 sehingga sekarang. Bermula sebagai seorang Penolong Pegawai Penyelidik, Pegawai Khidmat Singkat (PKS) dan terakhir sebagai Pegawai Penyelidik Sosial. sehinggalah sekarang ditawarkan sebagai Pegawai Tadbir di jabatan yg sama namun menuntut aku untuk berpindah.

Mengingatkan jawapan aku semasa temuduga jawatan dulu "Saya yang Menurut Perintah"..sesungguhnya aku redha dengan arahan ini. yakin bahwa ada sesuatu sedang menanti aku. percaya bahwa ini yg terbaik utkku. kerna sebaik manapun pentadbiran manusia, tanpa izin takdirNYA, tiada ada sesuatu pun akan berlaku.

Bertugas di jabatan yg sama sepatutnya tidak akan menjadi ralat buat aku memandangkan kebanyakkan sudah aku kenali. malah bertugas di jabatan yg sama bermakna kami 'tetap bersama'. namun apabila melihat wajah2 mereka yg banyak mencipta kenangan bersama, hati mana tidak terasa sayu..














Buat semua yg mengenali,

tidak terlintas di hati ini utk meninggalkan titik kesedihan dalam hati2 kalian akan diri ini. sesungguhnya aku adalah insan penuh hina serba kekurangan yg hidup matiku adalah dalam ketentuan Ar Rahman. perpisahan ini bukan kemahuan sesiapa namun percaturan Maha Agung pasti adalah yg terbaik buat semua. dan selagi masih terdaya dan diperlukan, izinkanlah aku utk terus mengukir senyum dan tawa di hati kalian. kerna sesungguhnya aku sangat mencintai dan mengasihi kalian.

Hapuskan air mata itu. kerna air mata kesedihan itu tidak berhak buat diriku. Padamkan kepiluan di hatimu itu. kerna sendu hatimu tidak dicipta utkku.tenanglah hatimu. bahagialah jiwamu. kerna aku dan kalian akan sentiasa yakin dan percaya akan janji-janjiNYA ini

Salah Satu drpd 7 Golongan yg dinaungi Allah pada hari kiamat adalah Dua orang yg saling mencintai kerna Allah..Mereka bertemu kerana Allah...Mereka berpisah kerana Allah...
~ Hadis Sahih Bukhari
~


Kabulkan ya Allah..redhailah akan perpisahan yg sementara ini, kerna kami ingin sekali bertemu lagi..pada pertemuan abadi...di tempat yg penuh cinta kasihmu ya Rabbani..amin

Tuesday, April 26, 2011

2 Tahun Penantian

"Bila nak tetap?"

"Dah tetap belum?"

Tetap. tetap. tetap. itu antara soalan yg selalu diajukan kepada aku sejak mula bekerja sebaik saja bergraduan tahun 2009 lalu. dan soalan itu hanya mampu aku jawab dengan senyuman atau kalimah 'InsyaAllah'.

sejujurnya. aku memang tidak tahu. penentuan perancangan kehidupan dan masa hadapan bukan hak milik mutlak aku. sesungguhnya aku sedang mengikut arus tanpa pernah cuba merubah apa2. bukan tidak ada yg mencadang atau menasihat utk berubah angin namun entah mengapa hati aku sungguh-sungguh membisikkan tentang erti yakin dan sabar.

YAKIN bahwa Allah sedang mengatur sesuatu. SABAR bahwa kemanisan itu akan tiba.


2 tahun penantian ini. penantian yg mungkin tidak lama bagi kebanyakkan orang ditambah dengan umur aku yg masih dalam kategori muda belia. namun selagi namanya penantian. ia sesungguhnya menyeksakan. dan sekali lagi. hanya keyakinan dan kesabaran yang menjadi anyaman erti sebuah kehidupan.

2 tahun telah Allah berikan utk aku menimba sebaik mungkin pengalaman buat bekalan sebuah perjuangan di alam pekerjaan. lebih mencabar. lebih pancaroba. penuh sandiwara. penuh drama. sudahkah bersedia?



andai satu hari aku menangis duka. andai satu hari aku mengeluh kecewa. andai satu hari aku terbuang tak berharga. aku hanya perlu ingat dan berkata.

"Inilah pilihanmu. Pilihan jalan kehidupan yg kau pilih tanpa pernah dipaksa sesiapa. Pilihan jalan kehidupan yg kau pilih dengan izin dan takdirNYA.maka terimalah dengan redha"

Aku tahu jalan ini akan sukar. Aku tahu jalan ini tidak mudah. dan kerna kehidupan di dunia bukan untuk bersuka-suka. baik atau buruk jalan ini perlu utk aku terima kerna ini jalan yg aku pilih. dan cukup sahaja Allah untukku.

Aku tahu jalan ini penuh ranjau dan onak duri. Aku tahu jalan ini akan menuntut sejuta satu pengorbanan dan air mata. wangi atau busuk jalan ini perlu utk aku terima kerna ini jalan yg aku pilih. bersama iringai doa restu Mama dan Abah. maka cukup sahaja Allah untukku.



Hari ini. saat ini. 2 tahun penantian itu sudah berakhir. yang akan menjelmakan sebuah permulaan. permulaan sebuah kehidupan yg aku mohon lebih diberkati dan dirahmati. Cukup saja ENGKAU untukku, Ya Allah.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani)-Al Fatihah:6-7



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saturday, April 16, 2011

Diary 52

Setiap kali mengemaskini entry pasti terdetik..'aduhh..cepat sungguh masa berlalu'..dan kini sudah hampir ke penghujung bulan April..dan bulan Mei nanti akan tiba hari paling istimewa buat salah seorang sahabat baik aku..InsyaAllah, akan ada entry khusus utkmu teman..doakan kesempatan itu ada utk catatan kenangan kita bersama.

sebaik saja aku menerima tugasan utk menjadi pengiringnya bersama seorang teman (Timah), terus saja aku menghubungi Timah menanyakan baju dan persiapan yg perlu sebagai seorang pengiring. bertemakan warna merah jambu, petang tadi aku dan Timah seharian menjenguk dari butik ke butik. bermula dari Jitra hingga ke Kota Setar. jenuh juga kaki aku melangkah sambil berdoa agar dipermudahkan kami untuk jumpa dengan baju yg dihajati.

sudah berkenan bajunya, tapi saiz pula tiada..sudah ada saiz tapi bukan warna tema pula..sudah cukup syarat tapi harga pula jadi halangan..sudah lengkap semua tapi cuma ada sepasang pula...(aku dan Timah akan jadi kembar pada hari kejadian)

sehinggalah di kedai yg terakhir saat aku bertekad kalau tak ada juga aku akan cari di Penang saja...dan ting!!!...terus jumpa...ada dua rekaan pula yg berkenan..siap promosi 50% lagi!..terus cuba...sok sek sok sek...komen sini..komen sana...setuju ambil...

lepas tu terus cari tudung...nampak satu kiosk..belek2..cuba2...tapi dah namanya perempuan..kena ronda2 tengok kedai lain dulu...tapi sebab penat+tak jumpa+nak cepat..patah balik kiosk tadi..dan beli.

dah puas hati pergi pula cari kasut...tak niat sangat pun cuma nak tengok2 saja...pusing..patah balik..jumpa satu..tak ada saiz...pusing lagi...jumpa...ada saiz...promosi 50% juga..

"cantik Fuzah..nampak seksi"komen Timah teruja.

"awat yg hang ni dari tadi asyik dok seksi2 ni?"soal aku pelik.

malas nak layan Timah yg dok tersengih-sengih aku terus ke kaunter bayaran. apapun, syukur alhamdulillah semuanya di dalam jangkaan bajet. syukur sangat.

lepas selesai, terus pergi tailor utk alter baju. alhamdulillah kedai masih buka dan semua urusan berjalan lancar. hantar Timah balik dan balik rumah. hari ini sangat penat tapi sangat puas hati. alhamdulillah.



"dah lama kita tak shopping macam ni kan. hang ingat dak dulu kita selalu shopping sama2 kan Timah...aku suka shopping dengan hang, sebab hang pandai tolong pilih kat aku"

Timah senyum. terharu mungkin.

Memory 7

"saya tersentuh dgn kata2 Fuzah...tak ada sesiapa pun yg jawab seperti Fuzah jawab..walaupun mereka lebih tua daripada Fuzah"

katanya sambil merenung jauh ke siling. pandangan selepas puas meluahkan segala rasa. tentang dunia. tentang akhirat. tentang suka. tentang duka.tentang kehidupan...dan tentang kematian.

"ayat yg mana satu tu ya?"

soal aku kembali. terlalu banyak ayat-ayat yg aku lafazkan.

"apabila Fuzah kata...tunggu dan sabar sehingga saya boleh solat..kemudian solat dan berdoa..mohon petunjuk Allah..dan buatlah keputusan..atas setiap pilihan yg diberikan"

diam.

"tak pernah ada yg bagi cadangan macam tu...walaupun mereka lebih tua daripada Fuzah"

diam.

kami saling memandang. dan berbalas senyuman.



kehidupan adalah pilihan. yang diberikan kepada sebaik2 makhluk ciptaan Allah. bermula dari degup jantung yg pertama sehingga terakhir. kita akan terus hidup utk memilih dan hidup dgn sejuta satu pilihan. dan sedarlah bahwa setiap apa-apa sahaja pilihan kita pasti akan punya kesan. dan ia bergantung kepada tindakan atas pilihan kita.

dari sekecil2 pilihan (cthnya memilih pakaian atau menu makanan) sehinggalah sebesar2 pilihan (cthnya karier pekerjaan atau pasangan hidup) semuanya akan memberi kesan. samada pada diri sendiri, manusia sekitar dan alam sekeliling. Jika kita memilih makanan yg baik dan sihat. diri akan sihat dan masyarakat jadi sejahtera. Dengan memilih pasangan hidup yg baik, hidup akan bahagia, masyarakat jadi harmoni. begitulah selanjut utk difikirkan bersama...

sekecil2 pilihan cthnya pilihan pakaian. yg singkat atau labuh. yg longgar atau ketat. yg terbuka atau tertutup. semuanya perlu dipilih. dan Maha Suci Allah Maha Bijaksana yg telah memberi umat manusia panduan dan bimbingan melalui kalam suci, Al -Quran Ya Karim dan sunnah kekasihNYA...dan sekali lagi masih terpulang kepada kita untuk memilih. memilih utk mengikut panduan syariat atau tidak.

tepuk dada tanyalah selera. tepuk hati tanyalah iman...

sewaktu dia menceritakan segala-galanya dan memohon sedikit pandangan. aku jujurnya sangat kelu & terharu. masakan pengalaman yg ibarat tidak sampai setitis air drpd tujuh lautan ini mampu memberi pandangannya...dan jujurnya itulah jua pandangan aku pada sesiapa yg pernah bersama diri.

solat & berdoa...mohon petunjuk daripada Allah...andai rasa tenang..insyaAllah keputusan itu tepat...andai ragu-ragu..teruskan lagi memohon petunjuk...hingga sampai satu waktu...keputusan itu terpatri di hatimu...maka putuskan akan setiap pilihan yg ada..diiringi lafaz

'Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'

sekalipun keputusan yg diambil adalah salah. yakinlah semua yg berlaku baik atau buruk pasti ada hikmah. dan percayalah semua yg berlaku adalah atas kerna izin daripadaNYA. Maha Mengetahui lagi Maha Memahami.

sekalipun keputusan yg diambil itu tidak tepat. ketahuilah bahwa keputusan itu dibuat bersama-sama denganNYA. dengan terlebih dahulu mengadu padaNYA. bertanyakan padaNYA. dan pasti...tidak DIA mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia...pasti ada hikmah.

bahagialah dengan pilihan. kerna itu bererti kita masih 'hidup'. dan hargailah kehidupan yg selepasnya akan tiba kematian. kerna selepas kematian akan kembali datang kehidupan. kehidupan yg tiada lagi makna 'pilihan'.


walau saat itu kita benar-benar mahu utk memilih...

Wednesday, April 13, 2011

C.I.N.T.A (vi)

"pasti??"

"sangat pasti!!!"

dia masih tersenyum dan ketawa lucu. sedang kepala aku semakin berdenyut-denyut.

"adik...keputusan ini pasti. keputusan ini dalam keadaan kakak yg cukup rasional. tidak dengan emosi. lagipun kakak pasti ramai yg menentang."

dia masih senyum tersipu-sipu.

"oh..bukan kerna ramai saja yg menentang...hati dan perasaan kakak juga...maksud kakak, memang tak rasa apa2..."

kepala aku semakin berdenyut-denyut. rasa bagai dicucuk-cucuk.

wajahnya aku pandang. sambil tersenyum. ayat-ayat ini tidak terluah. hanya tersekat di batang leher dan jauh tersimpan di kolam suara.

'cukup saja sejarah dan pengalaman mengajar diri ini. aku tidak rasa hubungan ini akan ke mana. cukup sekadar hadir buat penyeri diari hidup ini dalam kembara mencari sebuah erti pengabadian akan makna pengkongsian kasih sayang'

petang itu juga aku sahkan segala gerak hati yg terlintas kepada seorang teman.

"hish...takut la kan Fuzah...kenapa jadi macam tu kan"

aku senyum. perlahan-lahan ketawa...

"eh...kau tahu kenapa kan!!"

dan kami pula ketawa bersama...



"Aku tahu...Allah sedang mengatur sesuatu untuk aku...untuk kita semua..yg terbaik..kerna aku dapat rasakan...rasa keyakinan itu"


Monday, April 4, 2011

Diary 51

Ogos 2008. aku pernah menangis keseorangan teresak2 di lobi hotel Pan Pacific, KLIA beberapa jam sebelum aku berlepas ke negara empat musim. pemergian yg sepatutnya penuh gembira tapi hakikatnya aku pergi dengan hati yg cukup membeku. aku menangis penuh kedukaan dan kepedihan. menangis atas hakikat ujian yg perlu diterima dengan penuh hati terbuka. aku menangis tanpa ada sesiapa pun di sisi untuk memujuk mesra ...sungguh2 aku keseorangan.

Ogos 2008. aku hadapi hari-hari dengan air mata bagai hujan walau cukup saja aku tersenyum dan ketawa utk menyembunyikan segala perasaan yg mencengkam. dalam kesamaran sebuah kenyataan kehidupan. ada kata2 yg sedikit mengubat hati.

"thank you for being such a very cheerful person in this trip"

cheerful??

aku senyum atas kenyataan daripada seorang yang berbangsa asing. ya...aku memang seorang yg ceria. ceria utk menceriakan. bahagia utk membahagiakan.

"thank you sir". kerna membuktikan bahwa aku telah berjaya menyembunyikan segala kedukaan di hati.

kepulangan ke tanah air menjadikan hakikat kebenaran semakin terserlah diri. dan aku menangis lagi. cuma kali ini aku menangis bertemankan insan2 tersayang di sisi. bertemankan kekuatan dan semangat mereka aku akhirnya tidak menangis walau tetap ada sebak yg cukup pedih menghimpit dada. dan sesungguhnya hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bagaimana kami menempuh hari-hari demi seorang insan yang paling dicintai. Ini ujian untuk kita. dan kita harus kuat!



"terima kasih Fuzah. suatu hari Allah pasti membantu Fuzah dan keluarga"

sudah 3 tahun ujian itu pergi.namun tidak bererti ia hilang selamanya. lantas air mata itu kembali gugur saat menerima sms daripd seorang kenalan. sebak mengenangkan detik 3 tahun lalu. yg kini dtg menguji seorang teman. sama. tapi tidak serupa.

"Fuzah tahu bagaimana kepedihan ujian itu. yang Fuzah pinta hanya kesabaran dan keikhlasan dalam menempuh ujian kehidupan ini. InsyaAllah..semuanya pasti akan kembali seperti biasa"



Allah,
telah aku yakin & percaya..bahwa segala susunan ceritaMU pasti ada keindahan yg tersembunyi. andai ujian sebelum ini adalah sebagai persediaan buat ujian mendatang. sesungguhnya aku telah bersedia. bersedia utk memberi. bersedia utk memahami. buat insan-insan yg memerlukan diri ini.

Allah,
lafaz syukur dan puji-pujian selayaknya hanyalah untukMU. kuatkanlah aku dalam setiap langkah meniti hidup fana ini. tabahkanlah mereka atas nama cinta hanya untukMU. sesungguhnya aku redha dgn setiap jalan ketentuanMU buat diri ini.