Friday, May 29, 2009

Diary 24

Hold On!

Hmmm...sepatutnya aku akan bentangkan projek 'Green Office' pagi ni. peringatan telah pun dibuat minggu lepas agar aku bersedia utk perbentangan. bacaan pun dibuat. slide pun disedia. aku pun penuh bersemangat di pagi jumaat. sambil tak lupa menyampai pesan utk juruteknik agar menyediakan 'laptop'. sekali..

"Mahfuzah. 'Green Office' Hold On dulu. minggu depan baru bentang"

kelu.

diam.

saya yang menurut perintah.

nak kata gembira pun ada juga. tapi sedih pun sikit terasa. sebab kerja tertangguh lagi. takpala fuzah. adalah hikmahNya tu.

sabar ya. sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

dalam melayari kembara jiwa. aku rindukan saat berkhidmat di Kampus Sejahtera. berada bersama2 mereka yang satu tujuan.umpama berada di istana yang penuh kemewahan. aku dikelilingi mereka yang penuh kasih sayang walau berlainan bangsa dan agama. diliputi pengetahuan dan maklumat yang tak putus kunjung tiba.

tapi itu dulu.

saat masa aku masih penuh jati diri.

dan hakikatnya aku masih di sini. keseorangan menggali kekuatan hati. bersama roh semangat mereka2 yang punya satu cinta dan tujuan pasti.

memandang laut nan biru. sambil merenung gagahnya helang terbang meneru.

kurniakan aku kekuatanMu, Tuhan. kurniakan aku petunjuk agar terus di jalanMU. moga hati ini terus hanya untukMu.

sabarlah Mahfuzah.
Allah sentiasa bersamamu.
demi mereka.
perjuangan ini harus diteruskan.



Saturday, May 23, 2009

Bergema suara di MHI, TV3 II

semoga ia pemangkin buat perjuangan yang belum selesai.
Ya Allah.
Cukuplah Engkau bagiku.

video


Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu

kerna kelas aku di tingkat 3. sering kali cikgu2 aku akan berehat sebentar melepaskan lelah sebelum mula mengajar. nampak penat di wajah cikgu. sambil mengesat peluh yang berlagu. dan cikgu tetap terus setia. mengajar kami utk berjaya.

Terima kasih cikgu.

sebab terlalu kerap menggunakan kapur. tangan cikgu jadi 'rosak'. hingga susah untuk makan dan sakit untuk menyentuh barang. dan kerna sering bercakap dan berdiri lama. suara cikgu kadangkala hilang dan kaki lenguh sendi dan tulang. namun cikgu tetap terus tabah. mengajar kami demi jihad kerna Allah.

Terima kasih cikgu.

cikgu berjaga malam dan tidur yang kurang. menanda buku dan kertas peperiksaan. tak lupa juga menyiapkan laporan kerja dan urusan pengurusan. cikgu tidur sangat kurang. untuk belajar sebelum mengajar. supaya kami akan faham segala ilmu yang ingin disampaikan.

Terima kasih cikgu.

Cikgu,

Terima kasih kerana mendidik saya. terima kasih kerna mendoakan saya. terima kasih kerna menjadi guru saya. terima kasih kerna menjadi ibubapa kedua saya. tiada jutaan ringgit mampu saya hulurkan. selain doa moga cikgu bahagia. tiada emas permata mampu saya berikan. selain doa moga cikgu dirahmatiNYA. terima kasih cikgu. Hanya Allah mampu membalas jasamu. tetaplah cikgu. dalam hati saya selalu.

Terima kasih cikgu.


Diary 23



15-18 Mei 2009. Sibuk dengan program National Research & Innovation Competition. utk kali ketiga program ini dan kali pertama aku terlibat secara langsung sebagai ajk hadiah. pembantu kepada Kak Zie. Alhamdulillah. program ni sangat bagus sebab banyak pengetahuan yg dapat dikongsi bersama dalam pelbagai disiplin ilmu dari pelbagai menara ilmu. Terima kasih buat semua yg menjayakan program ini. Hanya Allah mampu membalas segala jasa kalian dalam memartabatkan nilai ilmu. Terima kasih juga buat semua peserta yang menyokong program ini. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kalian dunia & akhirat.Tahniah untuk para pelajar yang bertungkus lumus menjayakan. moga kejayaan mengiringi kalian di mercu gemilang.


Sunday, May 10, 2009

Selamat utk Mama...

Ya Allah.
Maha Penyayang
Maha Pengasih

kau letakkanlah segala duka ibuku padaku.
biarlah saja air matanya menjadi derita hujan utkku.
kau hiaskanlah seluruh sukaku pada ibuku.
biarlah saja senyum tawaku menjadi bahagia cahaya utknya.

Ya Allah.
tabahkanlah hati ibuku.
Ya Allah.
sabarkanlah jiwanya.
rahmatilah ibu
Ya Allah.
berkatilah ibu.
bahagiakanlah ibu dunia dan akhirat.

Ya Allah.
peliharalah ibu.
andai aku telah tiada lagi.
Ya Allah.
jagailah ibu.
andai Kau mahu aku dijemput pulang dahulu.



Saturday, May 9, 2009

Diary 22

Alhamdulillah. selamat semuanya. terima kasih buat semua fasi dan urusetia. tak lupa buat semua peserta yg banyak bagi kerjasama. wish all of u best of luck in the future.

utk Farah. dun worry dear. everythings fine here. as i mention. Allah dah tetapkan segalanya. kita cuma merancang. dan walaupun kita merasakan perancangan kita mmg terbaik. Allah lebih tahu. thanks to u. sebab kalau tak.fuzah pun tak terbuka hati langsung nak join. padahal inilah kali pertama pergi Pangkor. Alhamdulillah.

Di Pangkor. rupa-rupanya Allah nak memberitahu aku beberapa perkara yg menjadi persoalan di hati. pertama. aku dah tahu dan jumpa siapakah gerangannya yg memaklumkan talian hayat aku kepada TV3. dan gerangan itu adalah org yg tak disangka2. apapun. thanks ya. kerna menyokong USM dan secara tak langsung menjadikan aku sedikit melayang di awangan.(ceh!)

Kedua. thanks for somebody was telling me about why I'm here (USM). persoalan yg di hati. kini terjawab pasti. terima kasih Ya Allah. kerna berita itu menggugurkan air mata keinsafan akan betapa indah dan hebatnya ketentuanMu. kata abah. kadang kala.hakikat kenyataan akan datang secara tidak langsung. dan melalui perantaraan yg tak diduga.jadi bersabarlah.

Di Pangkor. menemukan aku dgn mereka2 yg aku tak terlintas di hati. diiringi dgn kenyataan seseorang yg agak menyentap hati. (ye ke?!)

"saya peliklah. kenapa student USM mesti balik kerja dgn USM. ke awak balik USM because of speacial one?"

wah!boleh tahan statement. cepu emas betul. aku tinggalkan persoalan dengan senyuman. hakikatnya. kepulangan ini pasti saja telah ditentukan olehNYA.yakin dan pasti. ada hikmah yg tersembunyi. Insyallah.aku redha.dengan segala ketetapanMU.

bisik-bisik: rindu naik buaian tepi pantai sambil tengok matahari terbenam...


Tuesday, May 5, 2009

Kerja+Jalan-jalan 1

semua...
Mahfuzah Othman ke Pulau Pangkor untuk Bengkel "Career Tune Up". 5-8 Mei 2009. doakan selamat pergi dan kembali ya. aminnn...



Monday, May 4, 2009

bergema suara di MHI, TV3

2 petang semalam. sedang dalam natara alam mimpi dan nyata. telefon bergetar. ada no asing di skrin.

'student la ni'. bisik aku malas.

'Cik Mahfuzah?'

'ye saya'. haii..budak2 ni. suka sangat bercik-cik dgn aku. berapa kali dah pesan panggil kak fuzah je.

aku kontrol suara. supaya suara malas tak terlalu ketara.hinggalah apabila aku terdengar perkataan MHI...TV3..terus aku bangun terduduk.

'Cik Mahfuzah, boleh ke kami nak interview cik pasal kempen polisterina di USM esok pagi"

"Ha!..mestilah boleh!"

wah..terus hilang kantuk aku. terus aku menjerit sampai teman serumah terkejut takut aku kena rasuk jembalang petang. tapi sempat juga aku cubit pipi.

ok..rileks fuzah.rileks..hang tak mimpi k...ni realiti....

maka senyum aku pun meleret2 sepanjang hari ahad, 3 Mei 2009 yg damai. kerna hari Isnin 4 Mei 2009 akan menjadi sejarah dalam hidup aku. hua3. Mama. Abah. jangan lupa tengok MHI yaaa!!!

Jadi. sebelum tiba subuh esok (iaitu subuh tadi) aku sempat maklumkan berita ini pada beberapa org. maaf ya tak sempat nak pesan utk semua. maklum. aku bukan siapa2. apapun. Insyallah. tak ada halangan. aku akan cuba letak rakaman yg dibuat oleh abang tercayang. thanks a lot abg Kit!

Alhamdulillah. Allahamdulillah. Alhamdulillah.