Showing posts with label officelife. Show all posts
Showing posts with label officelife. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Diary 80 : AR USM Teambuilding 2014

Yeaaaaaa...
anjuran Program Kerja Berpasukan Pegawai Tadbir USM 2014 kali ini diadakan di Escape, Teluk Bahang. 
tempat apa tu???
haaaaa...tempat untuk kau bagi sakit badan, gayat, gayut, jerit, perit dan seangkatan denganya...tapi memang terbaik!!!

Masa iklan keluar, aku memang malas nak pergi sbb aku bukan jenis yg suka lasak2 sangat, tapi dah sbb En Zul telefon dan ajak aku pergi, aku pun rasa bersalah dan pergi. redha je la. niat nak rapatkan dan lebih kenal dengan AR yg lain. bukan senang nak jumpa2 dan have fun macam ni. 

18 Disember 2014, Khamis

8.30 pagi sedikit ucapan daripada En Saad, Timbalan Pendaftar Kanan di HR kat DPU. sambil makan bihun goreng sambil dengar taklimat. pukul 9 pagi lebih kurang bertolak ke Escape naik bas. wahhhhh...teringat zaman dolu dolu naik bas ramai-ramai pakai tshirt warna sama...hahahahah

Lebih kurang pukul 10 pagi lebih kami selamat sampai. taklimat sikit. warming up sikit. pastu sesi ice breaking sikit. aktiviti music chair. tak ada chair pun...cuma pusing2, bila muzik berhenti, instructor sebut suruh buat formasi. Komtar, Jeti & KLCC. kemudian pembahagian kumpulan. aku dapat kumpulan no 2. Ketua kumpulan En Zam. ada 5 stesen kami kena selesaikan..pemenang berdasarkan masa siapa yang cepat habiskan semua stesen.

pintu masuk...makanan luar sampai air pun tak boleh masuk..kalah airport...dia akan check dan buka beg kadang2...
kaunter tiket etc

Bak kata En Zam, menang kalah itu bonus..yg penting kita rileks, steady dan enjoy...terbaiklah En Zam!!!..heheh

stesen pertama...Tubby Racer

stesen kedua adalah Gecko Tower. aku dah fobia panjat2 ni sbb aku pernah buat wall climbing kat OBML yg memang aku tau susahhhh gilerrrr...tapi aku redah sajalah...huhuhuuu...dan aku berjaya!!!..syok wooooo...(tapi ambil yang stage easy la)....hehehe



Gecko Tower

stesen ketiga kami ke Flying Femur...flying fox...ini biasa saja...cuma bezanya...ada 3-4 point. dan kau kena buat sendiri...tak ada orang tolong set up bagai...lulus2!

Flying Femur
stesen keempat adalah Jungle Swinger...yg ni memang aku menjerit bagai nak gila wehhhhh...jantung rasa hilang bersepah...hahahha..

Jungle Swinger

kemudian. berhenti makan & solat sebelum ke stesen terakhir..




ada surau...
terakhir sekali adalah stesen Monkey Business...ada tiga stage yg ni...kumpulan kami pilih no 2...aku memang rasa tak boleh dah...tapi kak Mala asyik kata "u can do it fuzah..can can.."

Monkey Business

Hasil semangat berpasukan, bersatu padu...inilah hasilnyaaaa.......


kamilahhh juara!!!.....hahahahahaa..padahal hadiah semua sama sajoooo....


Pukul 6 petang lebih selamat sampai di USM...terbaik dan highly recommendation utk semua org datang sini. untuk budak2 pun ada.


Friday, December 19, 2014

Diary 79 : Rantau Panjang Punya Pasal

Seingat aku, kali terakhir ke Kelantan tahun 2008 kalau tak salah. dan kali ini aku ke Kelantan sbb ada program pejabat di sana dari 13-15 Dis 2014... Alkisahnya semua berjalan lancar sehinggalah waktu perjalanan pulang tu, sempat singgah di Rantau Panjang sbb memang hajat di hati aku nak beli barang-barang kat bawah ni...kira macam wishlist aku la...dan Alhamdulillah..Allah memang mudahkan...Allahuakbar!


Pergi Rantau Panjang mesti beli Toto...asal beli Toto mesti kat Rantau Panjang...orang kata kat situ murah nak beli Toto..entahlah...ni aku dapat harga RM42 ringgit...semua kedai pun sama harga...malas nak fikir dah..aku terus ambil satu....senang mama & abah nak mai tidoq nanti...yeaaaaaaa


Paling aku puas hati yang ni...memang dalam wishlist aku nak ada sikit koleksi periuk belanga stainless steel..dan produk stainless steel paling terkenal, berkualiti semua orang tau mesti produk Zebra...produk ni asal daripada Thailand..jadi tempat murah nak dapat menurut kajian adalah kat Rantau Panjang ni laaaaa....Allahuakbar...Allah Maha Kaya...Dia makbulkan hajat di hati. aku dok fikir juga macamana dan bila lah aku nak pi Rantau Panjang tu kan...huhuhuu...Alhamdulillah Allah mudahkan...(norji...hang mesti tau kan)...akhirnya aku dapat juga barang ni... jadilah sebagai permulaan...tiga biji periuk...satu set..percuma pisau dua bilah dan satu bekas plastik...semua jenama Zebra...harga asal RM160...

tapi..

alkisah masa nak bayar...harga set tu dengan kuali kecil cap buaya tu adalah RM155...Ya Allahhhhh...puas hati puas hati....rasa nak lompat bintang kat situ juga...tapi kena cover takut depa silap kira ka apa ka....terus jalan cepat2 dari kedai tu sambil puji syukur...
Allah..terima kasih terima kasih...





produk Zebra!!!!
Ini antara gambar kawasan di Rantau Panjang yang banyak dah berubah bagi aku.
Jersi...salah satu barangan femes kalau nak beli kat sini
Jadi pendek cerita masa nak balik kami tersalah jalan, lepas tu buka wave dan mulalah wave bawa kami jalan2 yang memang terbaiklah!!

masuk kawasan ladang...jumpa pokok getah...kelapa sawit...tasik...jumpa orang saja mesti berhenti tanya...sampailah jumpa jalan raya semua pakat rasa lega...kemudian jumpa masjid sbb ramai nak tunaikan 'hajat'...maklumlah sejuk2 ni...musim hujan sekarang ni...dan solat jamak qasar siap2...lega...boleh mula perjalanan dgn yakin...

Tasik dalam perjalanan...ikut Wave punya pasal...

Masjid berhadapan SK Lalang..kalau tak salah...Alhamdulillah...

Apapun memang kenangan musafir ke Kelantan kali ni. sudahlah aku sorang saja perempuan. sabar sajalah dengan karenah lelaki-lelaki ni kan...sorang kata A...sorang kata B...syukur aku sudah biasa...memang aku ok saja sorang perempuan pun...dalam famili pun aku sorang ja perempuan kan...

Aku sepatutnya kena sampai USM pukul 8 mlm sbb kena bagi ceramah kelestarian pada Kelab Ekonomi. Allahuakbar...aku minta tangguh sampai pukul 8.30 mlm. tapi 8.30 malam baru dekat Baling. ikut hati memang rasa nak batal saja ceramah tu tapi tak boleh la kan sebab dah janji...lagipun memang aku sorang saja yang bagi ceramah tu...jadi aku minta lagi tangguh pukul 9 malam....jenuh juga aku paksa Sabri & Andy bawa laju2...huhuhuuu...maaflah ye...

Sampai Seberang Jaya, berhenti turunkan Sabri & Hafiz, teruskan perjalanan...sampai USM, naik office ambil pen drive dan terus lari ke DKG...Allah...

selesai...dan hikmahNYA...



Allah Maha Kaya...Maha Mendengar...aku memang dok rancang nak tambah cawan minum air teh/kopi. senang kawan2 datang boleh minum2 petang...cenderahati sempena ceramah aku malam tu..aku dapat set ni...Ya Allah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah....settle dah semua wishlist aku...next wishlist pula...


beberapa hari lepas pulang...dapat berita Rantau Panjang banjir besar...Allahuakbar...Allah Maha Besar...aturanNYa sangat indah...


Friday, May 23, 2014

Kembara : Belgaum, India IV

14 Mei 2014, Rabu

pukul 9 pagi kami bertolak ke Bangalore. sekali lagi naik AC Sleeper Coach. singgah makan tengahari. pukul 8 malam baru sampai airport.

bye bye Tira comel & baik hati...our future Doctor..insyaAllah aminnn...thanks for everything ya...jumpa lagi nanti...insyaAllah..perasan tak depa punya 'lab-coat' pendek sikit dr Malaysia...

ready to go...

tol in India 

singgah RnR...excited dia jumpa kami sebab dia pun muslim...perasan tak orang lelaki sana semua pakai kemeja ja...boleh bilang jari la yg pakai t-shirt...

ada kincir angin!...bukan kat Holland ja ada tau...

Airport kat sini, 3 jam sebelum boarding baru boleh masuk untuk check in dan drop luggage..jadi kena la lepak kat luar dulu...
kena lepak kat luar...

betoi sangat...mmg pakat habis duit rupee kat sini...airport memang pilihan terakhir utk cari souvenir terutama fridge magnet...jenuh wehhhh...tak tenang jiwa tak dapat fridge magnet...tambah bila mama yg pesan... 

dalam toilet wanita ada zone ni...bagus sangat!

selingan...nampak lambang bulatan dalam petak empat segi warna hijau tu???...itu maksudnya vegetarian. jadi nak beli makanan minuman cari saja lambang tu..insyaAllah halal...sbb vegetarian...Kat India kebanyakannya vegetarian hingga telur pun tak makan...jadi tak susah cari makanan kat sini...


flight pukul 12 pagi...pukul 7 pagi, 15 Mei 2014, Khamis..selamat sampai KLIA...pukul 9.50 ke Penang pula...fuhhh...

alhamdulillah semua selamat...sekian kembara ke India yg tak terduga..namun rezeki Allah...nikmat Tuhan manakah yang kau dustakan?...

Allahukbar.



Monday, May 19, 2014

Kembara : Belgaum, India II

10 Mei 2014, Sabtu

Di sini malamnya pendek. pukul 5-6 pagi dah macam pukul 8-9 pagi di Malaysia. cuaca sekarang panas. beza waktu antara sini dan Malaysia dalam 3 jam. jadi kalau sini pukul 7 pagi, Malaysia dalam pukul 10 pagi.

semua tenaga penggerak 18 orang. 3 orang saja perempuan termasuk aku. sepatutnya 20 orang tapi 2 orang tak dapat p sebab hal yang tak disangka berlaku. ada hikmah.

Kak Ala, Putri dan aku duduk di guest room asrama perempuan.

guest room
guest room
hostel-dah macam pusat beli belah

hostel

dewan makan

menu sarapan hari pertama...sedap!

lepas breakfast, mesyuarat di bilik persidangan, School of Medical Sciences, USM-KLE. lepas mesyuarat melawat kawasan kampus terutama untuk aktiviti PIMPIN Siswa esok. 







lepas melawat, berjalan-jalan dan makan tengahari,  kami di bawa ke sebuah kedai pakaian untuk beli sari...haaaa..rambang mata oiii...


malam, Putri, Tira dan aku tak sempat dinner pun sebab kami keluar untuk pergi cari barang program...Kami pergi ke Bindi Bazaar. sini sangat terkenal sebagai kawasan muslim. nak cari jubah, pashmina, bangles dan lain-lain kat sini lah.

macam nak tercabut kaki berjalan. pengalaman tak lupa bila masuk waktu solat mahgrib, ada masjid tapi perempuan tak digalakkan solat atau lebih senang tak boleh solat kat masjid. jadi terpaksalah hormat. tempat orang kan. walau dalam hati sangat tak puas hati. tapi dalam masa yg sama sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. kat mana-mana boleh solat. masjid surau berlambak. nak dengan tak nak saja.

jenuh juga fikir. sebab barang masih banyak tak beli dan jarak kampus pun jauh. kami cadangkan Tira solat dalam kereta. beli air mineral dan pashmina untuk cover mana patut. Alhamdulillah...dan kami mohon ampun daripadaMU ya Allah. 

kedai bangles

Mr Gajanan-driver yang setia dan sangat baik membantu kami

beli telur ayam- 200++ biji ok...

bersambung...

Kembara : Belgaum, India I

24 April 2014, Khamis

Dapat panggilan bertanyakan samada aku mahu/boleh ke India atau tidak. sebagai tenaga penggerak/fasilitator PIMPIN Siswa di USM-KLE. Kelu. Tergamam. dalam kecelaruan, teruja dan bingung aku menyatakan persetujuan.

"tapi jangan lupa surat untuk ketua jabatan ya"...ohhh...penting tu!


28 April 2014, Isnin

pukul 8.30 pagi bertolak ke Georgetown untuk mohon visa. Antara keperluan untuk permohonan visa India adalah :

  1. salinan IC (depan belakang)
  2. salinan passport (bahagian maklumat diri)- pastikan passport sah sebelum 6 bulan tarikh luput.
  3. gambar passport - pergi je kedai kata nak gambar utk visa ke India - 2x2, background putih
  4. salinan flight tiket
  5. duit RM168. 
Visa India kena isi online. lepas tu print dan bawa bersama 5 perkara di atas. 5 Mei 2014 siap dan boleh amik visa. 

9 Mei 2014, Jumaat

Pukul 5 pagi aku dah tunggu di BHEPP untuk naik van ke airport. Flight Penang ke KL pukul 7.00 pagi. sampai di KLIA pukul 8.05 pagi. breakfast di Marrybrown sebelum flight ke Bengaluru (Bangalore) pukul 9.50 pagi.

Ok. dah lama tak naik MAS. teringat tragedi MH370. Allahuakbar. semoga diberi hikmah yang terbaik atas segala yang berlaku. Kau Maha Tahu. 

perjalanan hampir 4 jam. pukul 12 tengahari waktu Bangalore, kami semua selamat sampai. perut lapar. tapi pesanan bos dan teman sekerja agar berhati-hati dengan minumam sentiasa terngiang-ngiang buat aku sangat selective untuk makan. lagipun memang perangai aku yang  kurang makan dan minum apabila travel. alasan malas nak p toilet. tambah di India yang cukup terkenal dengan kencing merata-rata dan tiada proper toilet. sangat mengerikan. 

TAPIII!!!..

toilet kat airport Bengaluru ni sangatlah bersih ok!..lagi bersih daripada KLIA...serius!..siap air lagi nak basuh...oh bahagiaaa!!!


Ini toilet 'RnR' kat highway. oklaaaa....dari no 1-10...aku bagi 5 sebab at least ada air. aku pernah jumpa toilet lagi teruk dari ni kat Malaysia. so not bad...cuma RnR dia tak macam kita la....20++ km sekali baru ada RnR...kalau dak...kencing la tepi jalan tu...lelaki tak apa la...aiyooooooo....




lebih kurang pukul 1 petang, kami bertolak ke Belgaum...dengan menaiki bas...11-12 jam ok!...aku dah set mind aku yang kami akan dapat bas macam bas sekolah zaman 80an. tak ada air-cond. tak ada kusyen duduk yg bila atas bonggol jalan kau akan terhentak dan terbang macam superman.

TAPIIII!!!




tu diaaa bas kami!!!...AC Sleeper Coach ok...naik-naik terus katil...nak duduk..baring..meniarap..golek golek..semua boleh...buatlah gaya kuak lentang sampai 12 jam...puas hati!

sepanjang perjalanan sempat singgah dua RnR..seperti biasa aku tak makan sangat...sbb trauma dengan cerita cirit birit dek minum air di sini. ni makanan yang dimakan oleh mereka macam tak makan seminggu...hehehehe...

nasi beriani vegetarian

roti apa tah

pukul 12 malam kami selamat tiba di kampus USM-KLE University. aku malas nak layan orang. penat..lenguh badan..yang aku ingat esok ada meeting pukul 9 pagi. sekian.