Wednesday, November 30, 2011

Maal Hijrah 1433H

Seusai saja majlis perasmian penutup Karnival Sukan Untuk Semua (KASUS), aku terus bergegas pulang ke Alor Setar. dan kali ini aku pulang bersama-sama Zu (teman serumah) yang tinggal di Pendang. Doa akhir tahun dan awal tahun hanya mampu dibaca di dalam kereta dengan bantuan radio. Hujan lebat+malam menjadikan jalan begitu sesak namun syukur kami selamat sampai.

27 November 2011/1 Muharram 1433H

Sambutan tahun baru Islam disambut sederhana. aku dan keluarga hanya berada di rumah. bermaknanya kali ini semua ada di rumah. Abg An dan siteri (Kak Nana) juga pulang. untuk bertemu abah juga yg baru pulang dr Mekah.

tengahari, kami sekeluarga dengan dua kereta pergi menghadiri kenduri jiran baru di Kelab Golf Diraja. kemudian terus bertolak ke Perlis. Abg Kit dan Kak Fina ada undangan kenduri. dan disebabkan aku dan Najib naik dgn mereka maka kami pun ikut juga kenduri tersebut. Mama dan Abah terus ke Padang Besar dengan Abg An dan Kak Nana. Jenuh juga kami mencari rumah kenduri yg akhirnya sampai juga dengan selamat. kagum melihat kenduri di sini...penuh dengan kesederhanaan. kata Kak Fina, pengantin dan adik-beradik bukan kerja biasa-biasa. ada Doktor.. ada Jurutera. tp tengok majlis walimah cukup sederhana. pengantin lelaki cuma pakai baju melayu biasa saha. tiada pelamin. tiada lauk yg berjenis2. tiada khemah tinggi dan besar2. tiada hiasan yg berbagai-bagai. tiada baju senada warna. semua serba sederhana. tp cukup jelas kegembiraan pada wajah setiap yg hadir. benarlah...keberkatan itu paling penting. baik duit disimpan utk selepas berkahwin kerana itu lebih penting. Hebahkanlah bukan Hebohkan.



Selepas walimah, kami terus ke Padang Besar utk menyertai acara beli & belah...ramai sangat orang maklumlah musim cuti sekolah...dan aku tak beli apa2 pun sebab tak ada 'mood'...sebab terpisah, aku balik dgn Mama & Abah...dalam perjalanan singgah makan cendol di JO restoran...solat mahgrib sebelum pulang terjumpa beg yg bersulamkan nama mama di surau JO restoran...heeee


sekian saja sambutan Maal Hijrah 1433H aku bersama keluarga tercinta...




Friday, November 25, 2011

Selamat Kembali Abah

21 November 2011, 6 pagi, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim


alhamdulillah...mereka selamat kembali ke tanah air dari tanah suci Mekah. segala puji hanya untukNYA

Wednesday, November 16, 2011

Salam Berbahagia Untukmu Kakak...


kad ini aku terima dengan perasaan berbaur.

gembira.
terharu.
teruja.
sayu.
bahagia.
rindu.

hanya untuk dia.

pernah kisahnya aku coretkan di sini buat kenang-kenangan.
cukup saja segala pahit manis dan suka dukanya yg pernah kami kongsi bersama.
sungguh segala puji hanya untuk Allah dalam membenarkan segala janji-janjiNYA

“....perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

(an-Nur':26)

dan

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

(Yasin:36)

sangat terkilan rasa hati..tidak dapat bersama insan ini pada hari yg cukup bersejarah buatnya. ribuan kemaafkan kakakku. Sungguh kita hanya mampu merancang.

jauh sudut hati. betapa aku sangat gembira dan bahagia melihat senyummu. aku tahu malah sangat merasakan kebahagiaan itu. dan aku sentiasa mendoakan yg terbaik buatmu.

sematkan kenangan dan pengalaman kita bersama kak. kau kini sudah di alam baru. alam yg cukup dinanti-nantikan. alam yg menjadi impian dan harapan setiap yg bernama wanita. dan sungguh puji bagi Allah atas segala anugerah terindah ini buatmu. tahniah...tahniah...tahniah kakakku...

tidaklah wajar utk aku mengatakan inilah yg terakhir. tapi cukup utk aku menyatakan ini adalah pengakhiran utk sebuah pencarian tetapi adalah permulaan utk sebuah pengembaraan dan perjuangan. dengan segala mehnah daripadaNYA..aku yakin dan percaya, kau mampu mengharunginya...

Kakakku,
sudah tiba masanya aku 'melepaskan' kau pergi...'melepaskan' kau pergi bukanlah kerna aku membenci atau sudah tidak mahu lagi...tapi aku 'melepaskan' kau pergi kerna aku terlalu tegar mengasihi dan menyayangi...

malah telah aku yakini dan percaya bahwa aku telah 'melepaskan' kau pergi bersama insan yg terbaik pilihan DIA untuk dirimu. insan yg akan mencintaimu. insan yg akan menjagamu. insan yg akan membimbingmu. insan yg akan berpadu jiwa dgnmu. insan yg akan sentiasa bersamamu. dunia & akhiratmu. insyaAllah...kerna semua ketentuanNYA adalah yg terbaik...



Salam Berbahagia Hingga Ke Syurga

Puan Nor Izyati & Suami

Semoga dua hati yg bersatu atas nama Allah yang Maha Pencinta ini terus bercahaya dgn rahmat cinta kasihNYA...


Dugaan Di Bumi Selatan

Akhirnya aku sudah sampai ke Johor. atas urusan kerja. aku berkampung di Skudai, Johor untuk Konvensyen Pemimpin pelajar IPT 2011 di UTM, Skudai selama 5 hari. bertolak pada 9hb jam 9 pagi, aku bersama 3 lagi pegawai menaiki Innova. sepanjang perjalanan yg penuh dgn bual bicara masing2 pasal itu ini cukup menggamatkan suasana. selepas selesai urusan penginapan pelajar di UTM, hampir 7 malam kami tiba di hotel. masuk bilik dan bersiap ala kadar, kami turun mencari makan malam di sekitar hotel.

entah apa nasib kami, makanan tiba tidak seperti yg diminta. sudahlah lambat. berulang-alik 'waiter' datang untuk ambil pesanan kami...gaya macam tak faham bahasa pun ada...Johor je pun..orang Vietnam pun faham bahasa..sudahlah lapar + letih....sabar sajalah..dah habis, aku mula rasa lain..badan tak dah sedap...kepala mula pening...ahh..sudah...mai dah penyakit dia...penat menunggu teman2 lain membeli belah, aku ajak Shafiq balik hotel dulu. sebaik saja melintas jalan...aku terus muntah...

10hb November 2011


Kak Win pula yang pening2 dan muntah2...tapi kes Kak Win ni lain pula... sebab dia dah kahwin dan katanya dia belum lagi datang ABC lagi...hmmm...terus kami semua bersorak gembira...berita baik..berita baik....aminnnn

11hb November 2011

Lepas makan malam di Singgah Selalu...Shafiq pula muntah...aduhhhh....dugaan sungguh kami semua di bumi selatan ni..



12hb November 2011




sekali lagi kami makan malam di Singgah Selalu...alhamdulillah kali ini semua ok...oh lupa..Kak Akmar pun sebenarnya tak sihat juga...asyik 'angin-angin' saja...itu pun belum masuk berapa kali kami semua asyik keluar masuk pergi tandas..sakit perut la..cirit birit la....huhuuuhuu...cepat2 la balik utara ha...:(

13hb November 2011

jam 11 malam selamat semua sampai di Pulau Pinang...seperti dijangka..semua terus sihat...huhhuuuuu...apakah kami memang tak serasi dgn bumi Johor??...tapi...suami kak Akmar orang Muar, Johor...Shafiq pun dah nak pindah ke Johor...hmmmm....oh...mungkin aku yg tak serasi dengan bumi Johor...



bisik-bisik int@n: Selamat Pengantin Baru kak Izyati!!!...sangat terkilan tak dapat hadir walimah..:(..tapi tetap sentiasa doakan yg terbaik untuk akak...sayang akak!


Tuesday, November 8, 2011

SALAM AIDILADHA 1432H

Aidiladha kali ini disambut sederhana.
tanpa Abah yg berada di Mekah.
tanpa Abg An dan Kak Nana yg sibuk bekerja

tak tahu nak taip apa...tp aidiladha ni sempat rakam video Aleesya (anak saudara) yg rajin lipat baju... :)..inilah kenangan yg ada...


video