Showing posts with label campus life. Show all posts
Showing posts with label campus life. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Kembara : Belgaum, India II

10 Mei 2014, Sabtu

Di sini malamnya pendek. pukul 5-6 pagi dah macam pukul 8-9 pagi di Malaysia. cuaca sekarang panas. beza waktu antara sini dan Malaysia dalam 3 jam. jadi kalau sini pukul 7 pagi, Malaysia dalam pukul 10 pagi.

semua tenaga penggerak 18 orang. 3 orang saja perempuan termasuk aku. sepatutnya 20 orang tapi 2 orang tak dapat p sebab hal yang tak disangka berlaku. ada hikmah.

Kak Ala, Putri dan aku duduk di guest room asrama perempuan.

guest room
guest room
hostel-dah macam pusat beli belah

hostel

dewan makan

menu sarapan hari pertama...sedap!

lepas breakfast, mesyuarat di bilik persidangan, School of Medical Sciences, USM-KLE. lepas mesyuarat melawat kawasan kampus terutama untuk aktiviti PIMPIN Siswa esok. 







lepas melawat, berjalan-jalan dan makan tengahari,  kami di bawa ke sebuah kedai pakaian untuk beli sari...haaaa..rambang mata oiii...


malam, Putri, Tira dan aku tak sempat dinner pun sebab kami keluar untuk pergi cari barang program...Kami pergi ke Bindi Bazaar. sini sangat terkenal sebagai kawasan muslim. nak cari jubah, pashmina, bangles dan lain-lain kat sini lah.

macam nak tercabut kaki berjalan. pengalaman tak lupa bila masuk waktu solat mahgrib, ada masjid tapi perempuan tak digalakkan solat atau lebih senang tak boleh solat kat masjid. jadi terpaksalah hormat. tempat orang kan. walau dalam hati sangat tak puas hati. tapi dalam masa yg sama sangat bersyukur dilahirkan di Malaysia. kat mana-mana boleh solat. masjid surau berlambak. nak dengan tak nak saja.

jenuh juga fikir. sebab barang masih banyak tak beli dan jarak kampus pun jauh. kami cadangkan Tira solat dalam kereta. beli air mineral dan pashmina untuk cover mana patut. Alhamdulillah...dan kami mohon ampun daripadaMU ya Allah. 

kedai bangles

Mr Gajanan-driver yang setia dan sangat baik membantu kami

beli telur ayam- 200++ biji ok...

bersambung...

Kembara : Belgaum, India I

24 April 2014, Khamis

Dapat panggilan bertanyakan samada aku mahu/boleh ke India atau tidak. sebagai tenaga penggerak/fasilitator PIMPIN Siswa di USM-KLE. Kelu. Tergamam. dalam kecelaruan, teruja dan bingung aku menyatakan persetujuan.

"tapi jangan lupa surat untuk ketua jabatan ya"...ohhh...penting tu!


28 April 2014, Isnin

pukul 8.30 pagi bertolak ke Georgetown untuk mohon visa. Antara keperluan untuk permohonan visa India adalah :

  1. salinan IC (depan belakang)
  2. salinan passport (bahagian maklumat diri)- pastikan passport sah sebelum 6 bulan tarikh luput.
  3. gambar passport - pergi je kedai kata nak gambar utk visa ke India - 2x2, background putih
  4. salinan flight tiket
  5. duit RM168. 
Visa India kena isi online. lepas tu print dan bawa bersama 5 perkara di atas. 5 Mei 2014 siap dan boleh amik visa. 

9 Mei 2014, Jumaat

Pukul 5 pagi aku dah tunggu di BHEPP untuk naik van ke airport. Flight Penang ke KL pukul 7.00 pagi. sampai di KLIA pukul 8.05 pagi. breakfast di Marrybrown sebelum flight ke Bengaluru (Bangalore) pukul 9.50 pagi.

Ok. dah lama tak naik MAS. teringat tragedi MH370. Allahuakbar. semoga diberi hikmah yang terbaik atas segala yang berlaku. Kau Maha Tahu. 

perjalanan hampir 4 jam. pukul 12 tengahari waktu Bangalore, kami semua selamat sampai. perut lapar. tapi pesanan bos dan teman sekerja agar berhati-hati dengan minumam sentiasa terngiang-ngiang buat aku sangat selective untuk makan. lagipun memang perangai aku yang  kurang makan dan minum apabila travel. alasan malas nak p toilet. tambah di India yang cukup terkenal dengan kencing merata-rata dan tiada proper toilet. sangat mengerikan. 

TAPIII!!!..

toilet kat airport Bengaluru ni sangatlah bersih ok!..lagi bersih daripada KLIA...serius!..siap air lagi nak basuh...oh bahagiaaa!!!


Ini toilet 'RnR' kat highway. oklaaaa....dari no 1-10...aku bagi 5 sebab at least ada air. aku pernah jumpa toilet lagi teruk dari ni kat Malaysia. so not bad...cuma RnR dia tak macam kita la....20++ km sekali baru ada RnR...kalau dak...kencing la tepi jalan tu...lelaki tak apa la...aiyooooooo....




lebih kurang pukul 1 petang, kami bertolak ke Belgaum...dengan menaiki bas...11-12 jam ok!...aku dah set mind aku yang kami akan dapat bas macam bas sekolah zaman 80an. tak ada air-cond. tak ada kusyen duduk yg bila atas bonggol jalan kau akan terhentak dan terbang macam superman.

TAPIIII!!!




tu diaaa bas kami!!!...AC Sleeper Coach ok...naik-naik terus katil...nak duduk..baring..meniarap..golek golek..semua boleh...buatlah gaya kuak lentang sampai 12 jam...puas hati!

sepanjang perjalanan sempat singgah dua RnR..seperti biasa aku tak makan sangat...sbb trauma dengan cerita cirit birit dek minum air di sini. ni makanan yang dimakan oleh mereka macam tak makan seminggu...hehehehe...

nasi beriani vegetarian

roti apa tah

pukul 12 malam kami selamat tiba di kampus USM-KLE University. aku malas nak layan orang. penat..lenguh badan..yang aku ingat esok ada meeting pukul 9 pagi. sekian.

Wednesday, February 13, 2013

Diary 73

Selamat Tahun Baru Cina...

paling seronok tahun baru Cina  kali ini sebab Umar akan balik ke Kedah buat pertama kalinya...Ya!.. selepas aku cuma sempat tengok wajahnya tak sampai 24 jam -  25 Disember 2012 yg lalu...: (

atas permintaan...aku menjelajah hampir semua pusat beli belah di Pulau Pinang (tidak termasuk Tanah Besar) untuk mencari rocker@bouncer khas untuk Umar...hebatkan kuasa cinta dan kasih sayang...sanggup buat apa saja...hmmm...

mula2 pergi butik Anakku di Relau..kata orang situ murah..tapi bagi aku sama saja..barangan pun banyak yang lama2...kedua pergi ke Jusco Queensbay...pergi dua butik bayi kat luar...satu butik saja ada rocker...mahal pula dekat RM400++...jadi  terus cari dalam Jusco...dah jumpa yg berkenan dan harga berpatutan...tup tup..

"Maaf cik..promoter dia cuti"

HAH!...jadi..saya tak boleh beli lah ni...rasa macam nak saja buat aduan kat Customer Srvice tapi sebb dah maghrib aku terus berlalu penuh hampa...kecewa sangat sebab dapat alasan macam tu...boleh terima lagi kalau alasan stok habis atau lain-lain...tapi alasan promoter cuti adalah pertama kali kot...nak meniaga ke dak ni??

ketiga, Jumaat tengahari aku pergi ke SunShine Bayan Baru...dan tiada langsung stok...lagi best...yg penuh stroller je banyak...jadi aku plan untuk ke destinasi terakhir iaitu Gurney Plaza. tapi macam biasa aku perlu teman dan keluar awal...kalau tidak mesti sesak tambah2 Raya Cina ni kan...

malam jumaat aku  bermalam di rumah kak Farhana..juga senior Bio di USM..dia pun AR juga di PiPPA...sempat kami main masak-masak dan makan sampai kembung perut..heheheh




9 Februari 2013, Sabtu

ditemani Jue, pukul 9 pagi kami bertolak ke Gurney Plaza. parking tempat paling strategik dan sarapan roti sebagai penguat untuk beli belah.



dah agak kedai buka, kami terus memburu rocker@bouncer...kat Parkson cuma ada dua pilihan saja...mahal pula..apakah??...tapi masih semangat mencari, kami ke butik Mothercare...Alhamdulillah ..banyak sangat pilihan dan harga pun boleh tahan...kami pergi pula tinjau di butik bayi berhadapan Mothercare..walau nampak biasa saja tapi ada barangan yg sama di Mothercare & Toys R Us malah harga lebih murah...contohnya yang ini...


Lamaze (di sebelah kiri) tu aku jumpa paling murah kat online RM56.90...tpi aku dapat kat butik ni RM29.90...hah!!...terus beli...tak pikir panjang dah...sebab aku dah 'aim' nak beli...hehehehe....sebelah kanan tu aku beli kat Toys R Us..RM19.90...atas nasihat Jue..kalau ikut nafsu aku dah lama aku ambil Lamaze punya harga RM29.90..hehehe..terima kasih Jue...nasib baik tak ambil sebab jumpa yang harga sama tapi lagi banyak...boleh kat kaki dan tangan...

Jue aka penasihat barangan bayi aku...heheheh
rocker@bouncer untuk Umar Fahim...tinggal satu saja dan paling murah...RM99.90..akhirnya..dapat juga...

teman Jue pula beli kasut high heel...
Menu tengahari adalah Pecal Ayam terkenal di Penang...sekarang di Bukit Jambul..dulu kat Sunny Point..kalau mai sini..ada ja muka geng USM..hehehe


Malam pula ada walimah Kak Intan Haslina...anak kepada Prof Datin Hasnah..kak Intan adalah senior Bio aku masa di USM...dia antara senior yg pertama tegur aku dan sangat baik. walaupun kami jarang berhubung tapi dia antara senior yang dekat di hati aku...ewahhh...Mak nya pun baik dan lemah lembut..walau keluarga mereka berkedudukan, berharta tapi sangat rendah diri dan hati mulia, tak sombong dan pemurah. sungguh aku kagum...
courtesy Asya Ahmad
Majlis di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji...warna tema..turqoise
di atas meja ada kad untuk ucapan kepada pengantin...ringkas tapi kreatif
cenderahati
pencuci mulut...tapai ais krim...pertama kali makan ni...

ok..selesai semua...esok dah nak balik kampung...jumpa Umar Fahim..nak peluk cium puas-puas...hehehhe...

Saturday, January 19, 2013

Diary 72: CGSS 1

CGSS tak lama lagi akan berwajah baru....ha!..pertama, semua gambar-gambar yang menjadi hiasan dinding seluruh CGSS telah dipulangkan kembali kepada pihak Muzium USM untuk diaudit...jadi aku sempat ambil sedikit gambar sebagai kenangan

Sebelum...

gambar di dalam bilik aku...

gambar hiasan yang paling besar di CGSS

di pintu masuk bilik aku



Selepas...



semua gambar yang dikumpul..sebahagian telah di bawa pergi...isk..isk...tinggal kenangan...



Monday, September 17, 2012

PIMPIN Siswa 2012

Alhamdulillah..

bermula pada 7 September 2012..kem PIMPIN Siswa yang merupakan program wajib untuk semua pelajar baru USM telah selamat dilaksanakan. walaupun aku bukan lagi di BHEPP tapi keizinan pengarah selaku ketua jabatan di CGSS buat aku masih lagi berpeluang menyertai PIMPIN Siswa sebagai tenaga penggerak buat kali ke4.

untuk minggu kedua iaitu pada 14hb September 2012, ada sesuatu yang berlaku menyebabkan aku terpaksa pulang ke Alor Setar dan datang semula pada hari sabtu pagi dengan kenderaan sendiri. terima kasih pada Kak Fina sebab sudi bagi pinjam kereta..kalau tidak mungkin aku tak dapat sertai kem ni untuk minggu ni. aku juga dapat tahu yang Kem Komanden (Dr Naza) dan Ketua Fasi (Jaya) juga sampai lambat (dalam pukul 1 pagi)..jadi semua aktiviti dijalankan sendiri oleh pembantu urusetia dan fasi diketuai oleh Syahmi sebagai SU. tahniah pada mereka sebab semua berjalan dengan lancar dan sempurna. lebih cepat dan pantas pula tu.

sementara masih ada waktu...aku sematkan sedalam-dalamnya kenangan bersama PIMPIN Siswa sebaik-baiknya...maklumkan. masa depan bukan milik kita sepenuhnya untuk menentukan segalanya yang kita mahu...pelajar datang silih berganti dan aku pasti saja akan bertemu dengan adik-adik dan rakan2 yang baru...syukur pada Allah kerana menghadirkan mereka dalam hidup ini dan atas nama kasih sayang keranaNYA...aminnn...



Anis & bang Ngah...

Bengkel Kelestarian 2012

Ini adalah bengkel pertama  yang aku kira diadakan untuk warga staf dalam kalangan akademik & pentadbiran. kalau dulu aku asyik dengar bengkel kelestarian untuk pelajar yang mana aku turut terlibat secara tidak langsung. Jadi sekarang salah satu perancangan kami CGSS adalah mengadakan sebuah bengkel kelestarian kepada kakitangan akademik dan pentadbiran.

Alhamdulillah, persiapan hampir dua bulan sebelum berjaya walaupun kehadiran sangat mendukacitakan dan tidak seperti yang diharapkan. tapi sekurang-kurang kami telah memulakan sesuatu. walaupun begitu banyak maklumat dan maklum balas positif yang kami terima. paling mengharukan aku apabila aku mula merasakan ramai sebenarnya yang 'bersama-sama' dan sedia untuk membantu. terasa semangat aku kembali membara dan menjulang tinggi. Jangan putus asa Mahfuzah!

bermula pada 11 September 2012 hingga 13 September 2012..berturut-turut..berkampung sebentar di sains@usm yang merupakan salah satu lagi kampus USM yang menempatkan pusat-pusat penyelidikan...

sempat aku diberi peluang untuk memberi sedikit taklimat mengenai Program Pejabat Alamiah yang akan menjadi salah satu projek utama aku..ala-ala KPI aku la juga...doakan aku ya...aminnn

betapa pantas masa berlalu..sebelum ini bagi taklimat kepada pelajar sekarang kepada kalangan staf pula...terjumpa juga staf2 yang dulunya banyak membantu aku semasa aku masih bergelar pelajar...

perjuangan ini tidak akan pernah selesai...semoga diberkati..aminnn..

Rumah Terbuka CGSS 2012

Alhamdulillah...

rancangan untuk rumah terbuka CGSS pada 4hb September 2012 telah ditunda dan selamat dilangsungkan pada 10hb September 2012. walaupun hujan sepanjang hari dan semakin lebat pada petang hari, majlis berlangsung dengan selamat dan lancar.

majlis ini adalah kali pertama buat aku, jemputan pastilah lebih ramai daripada sebelumnya. walaupun terdapat sedikit isu namun segala berjaya diatasi dan buat aku lebih bersedia dan mengenali. mengenali apa? mengenali ragam manusia yang pelbagai karenah. biasalah...dengan adanya program/aktiviti baru kita akan temui masalah dan cabaran yang akan buat kita lebih pengalaman dan kemahiran...tambah2 kemahiran mengenai manusia...

Majlis bermula pada jam 11 pagi hingga 2 petang...paling penting dapat juga tertunai hajat aku nak makan lontong dengan sambal ikan bilis...heheheee...





Selamat Hari Raya semua...