CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 12, 2009

Selamat Pengantin Baru Hafezul & Asshifa


thanks to Shafiq

Tahniah!

Alhamdulillah. Selamat akhirnya pasangan ini menjengah gerbang alam perkahwinan.


Wan Hafezul.

Aku mengenalinya semasa kami bersama2 dalam kelas LKM 400 (Bahasa Melayu) pada tahun pertama. Masih aku ingat. Kelantangan dan kepetahan dia mengeluarkan hujah2 membuatkan aku kagum dan tertanya2 gerangan lelaki ini. Masakan tidak. Pada tahun pertama dan semester pertama saja, sedang kami yang lain sedang berusaha menyesuaikan diri dan hanya mampu mengiakan segala arahan dan suruhan, lelaki ini sudah mampu mematahkan setiap kata2 guru yang mengajar kami. Malah soalan2 yang diutarakan cukup bernas dan berkualiti.

Hari makin hari. Aku makin bangga tatkala mengetahui kami rupanya daripada Pusat Pengajian yang sama malah berasal dari satu negeri. Mana lagi kalau bukan Jelapang Padi. Hahaha...memang agaknya Jelapang Padi ini orangnya lantang2 berani. Oppss....

Apapun. Hadirnya seorang teman bernama Wan Hafezul ini cukup bermakna. Walau kadang kala berbeza pendapat. Dia cukup aku hormati. Seorang yang boleh dianggap seorang abang dan teman. Cinta kasih dan kesetiaannya pada Asshifa cukup mengagumkan aku. Tahniah kalian. Aku yakin tak mudah untuk mengharungi detik waktu yang lama sepanjang gelaran tunangan orang dipegang jika tiada rasa saling mempercayai dan saling menghormati yang tinggi.

Selamat Pengantin Baru kalian.
Aku doakan mahligai kasih yang dibina terus abadi hingga ke syurga. Buat Fezul. Jagailah dan kasihilah Kak Shifa sebaik-baiknya. Tidak mudah untuk seorang wanita membuka ruang untuk hidup bersama, berkongsi susah senang melainkan dengan insan yang paling dia cinta. Yakinilah bahwa dialah yang terbaik disuratkan oleh Rabbani untukmu. Pendamping setia. Pendamai jiwa. Dialah isteri dan kekasih yang akan kau bawa hingga ke istana syurga sana.

Seindah nama. Semulia akhlak. Dialah Asshifa. Penawar segala kedukaan dan kelukaanmu.Insyallah. tempuhilah bahtera rumahtangga penuh sabar dan taqwa. Doa aku semoga redha Allah bersama kalian sentiasa.


Selamat Pengantin Baru
Wan Hafezul & Asshifa
30 Oktober 2009


Mana silapnya...

Bukan sekali aku mendengar. bukan sedikit aku membaca. cerita tentang semangat perjuangan yang pernah dilaungkan kembali suram. malah semangat itu luntur tatkala fokus utama sentiasa digemburkan.

Mana salahnya?
Apa silapnya?

Kalau dulu. air mata terharu melihat perubahan. kali ini hati ditusuk sembilu melihat perubahan beransur pergi.

Apakah mereka tidak cukup maklumat?
Apakah belum cukup lantang dan kuat suara dilaung?
Kesedaran bagaimana lagi mahu diberi?
Apa lagi yang perlu dilakukan?

Lafazkanlah.
Katakanlah.

Agar bisa sesuatu berlaku. sebelum segalanya terlambat...

Walau aku tahu. tak akan pernah sekali untuk mengundur diri. tak akan pernah sekali merasa putus asa. cuma tak mampu aku hindarkan rasa hairan. kecewa. sedih dan pelik. melihat segala yang dilakukan ibarat air dicurahkan ke daun keladi.

Jika tak kerana pesan insan2 ini. tak mungkin hati terus tabah berdiri.

Anakku,

yang dinamakan mendidik itu. bukan sehari dua. bukan sekali dua. bukan sikit jatuhnya.
yang dinamakan mendidik itu harus banyak sabarnya. harus teguh jiwanya.

Anakku,

aku tahu bukan sedikit hatimu yang terluka. malah banyak juga air mata yang tertumpah. namun percayalah anakku. Selagi niatmu tulus. Allah Maha Tahu. biar saja di atas sana ada segala pembalasan buat semua.

Mendidik itu. harus penuh hemahnya. lembutnya. pekertinya. mungkin mereka menolak kata-katamu. mendustakan ayat-ayatmu. namun yakinilah. perit yang kau rasa. Perit lagi junjungan Mulia, Rasulullah merasai. tatkala semua orang menafikan perjuangan sucinya. sedangkan apa yang kau rasa. hanyalah sekelumit yang Baginda rasa.

Sabar anakku.
Biar seribu kata yang dinafikan.
Biar ibarat curahan air di daun keladi.
Perjuanganmu demi alam.
manusia sejagat.
tak akan pernah terhenti.
Hingga satu saat pasti.

Kau pergi... menemui Ilahi.

Friday, November 6, 2009

Kenapa aku di sini?

Kenapa aku di sini?

Untuk persoalan yg sering aku tuju untuk diri sendiri. tak kurang juga persoalan yang sering orang lain tujukan untuk aku.

Menjengah sebuah alam kerjaya sambil meniti erti kedewasaan. dasar yg tak seindah cantiknya permukaan. aku memerhati. mendengar dan merasai. pasti ada sesuatu sebab yang Allah izinkan tiap seseorang itu untuk berada di tempat dia sekarang. dan terpulang untuk diri sendiri menilai dalam mencari hala tuju kehidupan masing-masing. samada terus kekal. berubah. atau sebaliknya.

Kenapa aku di sini?

soalan yg terus tersoal. sehingga satu malam itu. aku mendengar suatu suara.menjawab yg tersoal.

Wahai yang terpelihara.
Kau ditakdirkan kembali demi sebuah amanah yg kau terpilih untuk memikulnya. Kau ditakdirkan kembali demi adik-adik dan generasi masa depan yg kami tinggalkan untuk kau bimbing.pimpin dan didik sebaik-baiknya.

Kenapa aku?sedang aku tidak punya apa2?kenapa aku?!

dan suara itu terus bergema lembut.

Wahai yang terpelihara.
Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. setiap apa-apa saja yang berlaku pasti saja dalam genggaman pengetahuanNya. Kau ditakdirkan di sini untuk melihat, mengerti, menghadam dan menilai sebuah erti kehidupan yang perlu kau lahirkan demi mereka.adik-adik dan anak-anakmu. Yang mungkin perlu kau ubah, kekal dan buang demi sebuah kehidupan yg kita semua impikan.

Wahai yang terpelihara.
apakah sudah kau lupa segala impian dan cita-citamu di bumi Hainan ketika dulu.
apakah sudah kau lupa wajah anak2 kecil yang kau gantungkan segala mimpi-mimpi indah mereka.
apakah sudah kau lupa pesan dan kata seorang teman yang pernah berjuang bersama.
dan...
apakah mungkin kau akan lupa senyum gembira dan bahagia ayah bonda melihat kau di puncak jaya.

Wahai yang terpelihara.
teruskan saja langkah kakimu penuh berani. Walau mungkin ada yang menghalangi dan terasa terhenti. Ingatlah bahwa Allah itu pemilik diri dan jiwamu yang hakiki.kuatkan hati wahai srikandi...jangan pernah berhenti...

dan malam terus sunyi dan sepi bersama air mata pilu membasahi pipi.

aku redha Ya Allah. andai ini jalan takdir kisahku. aku sudah tahu ya Allah. kenapa aku di sini.

Aku mohon Ya Allah. kuatkan hati ini demi mereka Ya Allah. titipkan cinta aku hanya untuk mereka Ya Allah. agar aku terus hidup mati demi perjuangan ini Ya Allah. demi redhaMu Ya Allah.

kerana mereka. demi cintaMu.

Kenapa aku di sini?

kerna cinta mereka.

maka aku di sini...

Thursday, November 5, 2009

Cerita II




antara meyambung pelajaran dan menerima pinangan.

"kakak pilih untuk berkahwin". balasnya lembut. penuh senyuman.

"walau dalam hati kakak sangat sedih dan kakak sebenarnya ingin sangat belajar lagi"balasnya sambil merenung jauh.

kenapa saja kakak tidak memilih kedua2nya?

senyum. "kerna pilihan itu cuma perlu satu. dan pilihan itu lebih keluarga restu"

"sayangnya..."simpati aku perlahan.

senyum. "ini jalan kakak dik"

Dia Wanita. yang sentiasa ceria orangnya. wajahnya sentiasa tersenyum walau dalam hati hanya Allah yang tahu. Jujur. aku sangat mengaguminya. walau mungkin status antara kami berbeza. tapi aku banyak belajar darinya. belajar tentang erti sabar dan redha.

dia melakukan segalanya tanpa rasa jemu. seorang isteri. seorang ibu. dan pekerja yang tulus. tanpa sedar. kekuatannya aku pinjam demi sebuah perjuangan. sekali aku rasa ingin rebah. aku melihat kakinya tetap terus melangkah. sambil tersenyum mesra.

Sabar Fuzah..sabar...itu mainan bibirnya.

Prihatinnya. kasih sayangnya. rajinnya. ikhlasnya. Hanya Allah mampu membalasnya.

"kakak..."

dia berpaling sambil berdiri lagak untuk menerima arahan.

"Pilihan kakak sekarang..adalah yg terbaik. Lengkap dan agungnya seorang wanita itu. apabila dia bergelar seorang isteri dan ibu"


.

.

.


dia tunduk tersenyum...tersenyum dengan air mata...

Diary 30

Pergilah teman. jika itu jalan bahagiamu.

"Fuzah,tolong tengok-tengokkan adik-adik"

itu pesannya. yang aku sambut dengan hilai tawa.demi menyembunyikan rasa sayu di hati.

InsyAllah. aku sentiasa doakan kejayaan dan kebahagianmu di sana teman. teruskan perjuangan kita ya. walau berbeza lokasinya...aku mungkin masih di sini..hingga satu saat yg pasti..di mana aku nanti..

kekuatan apakah yang Allah titiskan dalam hati ini. setitis pun air mata tiada mengalir sedang hati terasa sangat pilu. Aduh!sungguh zikir itu penenang hati-hati.

Teman. terima kasih atas kenangan yg tercipta antara kita. walau mungkin hadirnya aku cuma sekadar di pinggiran saja. tapi hadirnya kamu sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan aku merasakan bahwa masih ada seseorang utk aku meluahkan harapan. bersama dalam perjuangan yang tak semua orang mengerti.

dan saat kau mengatakan jalan itu sudah kau pilih.tangan aku sebenarnya lemah untuk menggenggam erat tangamu.aku sedar. itu keputusan yang tak mungkin mampu aku halangi.

Hanya Allah yg tahu. bagaimana rasa hati ini melihat satu persatu insan seperjuangan ini pergi...tuntunlah hati ini Ya Ilahi..aku masih di sini..memohon kekuatan dariMu ya Rabbi..

Thursday, October 22, 2009

Cerita I ...



Perkenalan kami bermula dengan perasan jengkel dan benci. sehinggalah kasih dan sayang itu terbina atas takdirNya.

Dia kawan baikku.

Menerima aku seadanya saja. Menyokong setiap langkah kaki ini. Menghulur tangan setiap kali aku terjatuh. Kekuatannya ketabahanku. Kesabarannya Inspirasiku. Redup wajahnya meruntun sanubariku. Hampir setiap ketika aku memerlukan seseorang. Allah hadirkan dia tersenyum di belakang.

Namun, apakan daya perpisahan antara kami adalah kehendak alami. Yang perlu dia dan aku redha. Yang pasti dia dan aku pasrah.Bahwa jalanan hidup kami mula berubah. Tatkala perpisahan sebagai siswi menamatkan langkah.

Cerita keluarganya yang lain daripada biasa. Buat aku sangat kagum melihat gerak langkah kakinya.

“teman, pasti ada sebab kenapa Allah memilih kamu untuk menerima semua ini. kerna DIA Maha Tahu hati-hati mana yg lebih lunak untukNya”

Saat pertemuan yg pertama setelah masing-masing membawa haluan. Cukup singkat. Tapi bermakna. Aku tahu ada rahsia yg kau simpan. Ada cerita yg kau pendam. Dan aku menanti hingga kau bersedia untuk meluahkan. Kerna hidupmu. Adalah pilihanmu. Aku hanya mampu berdoa yg terbaik.


”Aku dah kahwin fuzah”


Alhamdulillah!Tahniah teman!


”Aku isteri kedua. Kami kahwin di sempadan. Aku sedang mengandung.”

.....

....

Ada sendu di hujungnya. Aku tak melihat sayu matanya. Aku hanya mendengar suara lunaknya. Aku rasai. Betapa dalam kasih sayangnya. Aku rasai. Betapa perit penanggungannya. Dan lebih perit tatkala semua orang telah ’membuangnya’

Teman.

Siapakah aku ingin menghukum kamu. Andai begini jalan ceritamu. Siapa aku untuk menafikan segala ketentuanNya. Aku tahu hatimu. Aku kenal dirimu. Biar saja seluruh dunia menghukummu selagi Allah tahu niat kudusmu.

Teman.

Aku tidak pernah menghalang apa saja pilihanmu. Ini hidupmu. Kau sudah cukup matang untuk menentukan jalan kisahmu. Selagi apa yg kau lakukan tidak bertentangan dgn agama. Aku sentiasa menyokong. Walau aku tak sentiasa bersama. Yakinilah. Doaku tak pernah hilang untuk bahagiamu teman.

Teman.

Mana mungkin aku lupa. Kisah cinta yg pernah kita kongsi bersama. Mana mungkin aku buang. Kisah cinta yg pernah kita impikan bersama. Walaupun akhirnya. Kisah cinta kau mendahului kisah cintaku. Dan walau kisah cintamu tak seperti yg pernah kita harapkan. Tiada lafaz lebih agung. Ku ucap puji syukur. Aku hanya bermohon. Moga bahagia sentiasa bersamamu.

Kuatkan hatimu teman.

Banyakkan sabar dalam jiwamu.

Ingat keteguhan Siti Hajar.

Walau dibuang tak berharga di padang pasir.

Kasih cinta Allah mengatasi segalanya.

Tuluskan hatimu teman.

Aku di sini.

Mendoakanmu.

Bahagiamu.



Indah cahaya itu...



aku perlu waktu untuk menitip segala kisah-kisah ini
walau tidak banyak
rasanya cukup buat untuk aku merenung diri

buat teman2
sabarlah
ada kudus doa buat kalian

buat kenalan
tabahlah
walau aku tidak selamanya di sisi
Allah sentiasa ada untuk kau rindui

walau jalanan hidup kita berbeza-beza
namun 'pengarah' kita tetap sama
pasti ada bahagia di puncak cerita
hanya menunggu waktu itu tiba
janji DIA tak akan pernah ada kecewa
buat mereka yang sabar sentiasa




Diary 29

16 Oktober 2009
Tabika Perpaduan, Teluk Bahang
Program 'Green Leading'
Teknologi Persekitaran

















18 Oktober 2009
SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sungai Petani Kedah
'Young Sustainability Exposure Programme'
























Wednesday, October 14, 2009

Program Komuniti 1Siswa 1Malaysia

3 Oktober 2009
Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan
Sungai Siput, Perak

Sekali lagi. jemputan untuk memberi ceramah dipenuhi demi mengutip secebis pengalaman bersama adik-adik. Alhamdulillah. ada rasa syukur di sudut hati ini bahawa hidup ini perlu dinikmati dan diteruskan sebelum DIA menjemput untuk kembali.

ketabahan anak-anak ini hanya milik Allah. kesabaran mereka adalah kekuatan buat insan yang mahu memahami. senyuman dan gelak tawa mereka ibarat titisan embun menyegarkan tanah gersang. sayu mata mereka memohon agar izinkan hidup mereka seperti anak-anak lain.

Insyallah adik-adikku.
tak akan pernah berhenti perjuangan untukmu...



Open House 97-7-6

harap masih tak terlambat utk entry ni dipaparkan. Syukur, hampir setahun menginap di teratak ini, dah dua kali rumah ini mengadakan jamuan. kehadiran teman2, adik-adik, kakak dan semua yg kenalan cukup memeriahkan majlis yang serba sederhana. terima kasih semua. suka lah dpt save duit dinner kan..heee..

apapun..selamat hari raya semua..sementara jendela Syawal masih belum berlabuh tirai.

Chef Anis tengah check hidangannya...


ni pembuka selera


ni menu utama..semua sendirian berhad ok!


hoho..resepi Dr Nurul..


sebahagian tetamu yg hadir..


1Malaysia...


Norji n kawan2 over the seas..heee


ehemmm...dgn fezul n shafiq..bakal biras kee?!!


ex-97-7-6, kak anis..makan banyak2 utk baby ye..heee...


selamat hari raya
maaf zahir batin
dari warga 97-7-6!


2 Oktober 2009
13 Syawal 1430H