Saturday, March 16, 2013

Hidup Sebagai Pegawai Tadbir Universiti I

Hampir dua tahun aku berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Universiti aka PTU...

aku tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pegawai tadbir apatah lagi  berkhidmat di universiti sendiri. tapi ketentuan Allah itu adalah yg terbaik. boleh dikatakan perjalanan aku menjadi PTU agak mudah berbanding sesetengah yg lain...Alhamdulillah...berkat doa restu mama abah. tapi...setiap anugerah Allah itu tetap diberi ujian sebagai timbal balik...baru adil..

Semasa aku ditawarkan sebagai PTU tahun 2011, aku ditempatkan di BHEPP, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal. (rujuk Hari-hari Pertama di Nibong Tebal)...awal tahun 2012 aku ditempatkan pula di Kampus Induk  (rujuk Titipan 2012). dan kini di CGSS..tugas sebagai PTU tidak mudah dan tidak juga susah...hasil bacaan aku yang sangat sedikit , terdapat 3 kategori pegawai tadbir iaitu
  1. Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) - boleh berkhidmat di semua jabatan kerajaan seluruh Malaysia/gred M
  2. Pegawai Tadbir Negeri (PTN) - berkhidmat di semua jabatan kerajaan di sebuah negeri/gred N
  3. Pegawai Tadbir Universiti (PTU) - berkhidmat di semua jabatan di sebuah universiti/gred N
Mama aku termasuk dalam kategori no 2. Jadi melalui sedikit pengetahuan dan pengalaman aku, Mama pernah berkhidmat di beberapa jabatan cth Pejabat Tanah & Galian, Pejabat Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dll...dan setahu aku setiap PTN perlu berkhidmat di negeri kelahirannya sendiri..jadi Mama adalah PTN Kedah..

di Kedah, PTN lebih dikenali dengan panggilan Kedah Civils Service (KCS)..antara kelebihan yg kami dapat, kami diberi tanah lot dengan harga yg murah untuk membina sebuah rumah...peluang kenaikan pangkat juga lebih luas berbanding PTU dan lain-lain kelebihan lagi. sbb apa aku kata PTN lebih berpeluang naik pangkat sbb sebuah negeri lebih besar drpd sebuah universiti...begitulah sebaliknya

Alkisahnya aku pula termasuk dalam kategori no 3. skop PTU lebih kecil kerana berkhidmat utk warga universiti khususnya dan masyarakat luar amnya. pelanggan utama kami adalah pelajar dan kakitangan akademik.  peluang kenaikan pangkat juga terhad. kalau di USM, kau boleh  kerja di Pusat Pengajian/Pusat Kajian/Jabatan Pendaftar dll yg merangkumi pelbagai kampus USM.

Aku berkhidmat sbgi PTU dgn ilmu & pengalaman yg sangat cetek. tp percaya dan yakinlah, Allah tidak akan menduga hambaNYA melebihi kemampuannya. boleh atau tidak atas pada diri sendiri. dan sememangnya ilmu & pengalaman semasa kau masuk persatuan pelajar dulu sangat sangat membantu. sbb antara tugas asas PTU yg bagi aku perlu ada ialah

  1. sediakan surat rasmi - perlu tahu format, tatabahasa, gaya bahasa dll
  2. sediakan minit mesyuarat - rujuk Bengkel Penulisan Minit Mesyuarat 2012 
  3. pengurusan sistem failing -rujuk Bengkel Pengurusan Rekod Fail 2012
  4. penggunaan emel, telefon - gaya bahasa, tatacara
  5. mengurus mesyuarat, jadi pengerusi mesyuarat
  6. komunikasi - antara staf sokongan, pihak atasan, pelanggan dll
tapi insyaAllah..perlahan-lahan seiring masa dan masalah yg datang, pengalaman dan ilmu itu akan bertambah tp yg penting perlu juga usaha..contoh usaha

  1. sertai bengkel/kursus 
  2. membaca 
  3. bertanya, rujuk dan bincang dgn mereka yg lebih senior - jangan sombong dgn senior dan hormat sbb ada ilmu/pengalaman mereka yg kita tak ada..jgn bodoh sombong...begitu juga sebaliknya.

majlis berbuka puasa AR USM 2012...courtesy FB
okla...setakat ni dulu..insyaAllah doakan akan bersambung nanti..aminn..


bisik-bisik int@n: maaf kalau ada maklumat yang salah..mohon betulkan

13 comments:

syida said...

Hai.. saya nak tanya, kerja sebagai pegawai tadbir universiti ni mementing kan penggunaan bahasa english x? Dan boleh bagi tips persediaan yang dipelukan utk melepasi ujian saringan?

Terima kasih :-)

FuzAma said...

Salam Syida,

sekarang ni mana-mana pun bahasa Inggeris penting..jadi PTU perlu menguasai..InsyaAllah,saya pun tak pandai..tapi yg penting kita mahu belajar...

Saya x pasti bentuk ujian saringan di IPT lain...yg penting..baca dan fahamkan IPT yg ingin kita masuk...lain IPT lain visi & misinya dll...insyaAllah..

Anonymous said...

hai.. saya nk tanya.. sy dpt panggilan utk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Majlis Daerah.. tp sy tak tahu apa y perlu dipelajari dan dibaca utk menduduki exam tersebut..

ct said...

Salam intan
susah x interview jd PTU?akak kerja swasta,tp bminat nk msuk gov..ape yg perlu tau ms intvw PTU?Ada jgk apply last mth.tq

FuzAma said...

Assalam Sis ct...nak kata susah bergantung kepada interviewer jg...tapi yg penting akak buat homework pasal skop tugas ptu, universiti dan hal ehwal berkaitan pengurusan & pentadbiran.

InsyaAllah gud luck sis!

Unknown said...

Tq intan
Leh akak pm awk?emel akak kbt6970@gmail.com

:: Dhiya :: said...

D dapat interview Peg Tadbir N41 SPA 2 minggu lagi. Tak tahu nak baca apa. :( Huhuu

chii-maa said...
This comment has been removed by the author.
Naquiah said...

Assalamualaikum...saya nak bertanya sis masih bekerja di usm ke..?

FuzAma said...

Naquiah..Waalaikummussalam...ya masih di USM

Unknown said...

salam intan..sy anis.. boleh share x pngalaman intan sms ujian saringan usm? ape aspek y perlu difokuskan ye.. tq..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
anonymous said...

assalam sis..boleh bg emel/contact no..nak tanya berkenaan PTU..fb ke..tq in advance