Tuesday, April 28, 2009

ku turut kata hati

sms mama aku terima.

"iklan KCS dah keluar. nak tak?"

KCS atau Kedah Civil Service. memang dah lama mama dan abah cadangkan supaya aku ambil tawaran ni. ganti mama kata mereka. dan aku sendiri akui peluang ini sangat baik. tambah lagi aku memang sudah dibesarkan dalam keluarga KCS. pahit manis. baik buruk KCS. walau tak banyak. cukup aku rasa utk mengajar aku tentang erti kehidupan.

walau tak lama masa yg aku ambil utk memberi jawapan. namun aku harap. keputusan yg dikuatkan dari hati ini memberi hikmah utk semua.

"tak apalah mama. bagila kat abg an"

maaf. aku menolak bukan kerna tak suka. aku tahu peluang di situ lebih besar. bergelar pegawai kerajaan yg diberikan pelbagai kemudahan dan keistimewaan. siapa yg tak mahu. tapi. aku tidak yakin sehebat mama utk bergelar seorang pegawai kerajaan. yg berkorban segala-galanya. tampak cantik di luar. di dalam belum pasti.

dan aku harap keputusan yg dibuat berdasarkan kata hati ini turut didorong oleh DIA. bukan sekali aku menolak tawaran berdasarkan kata hati. dulu. aku pernah menolak tawaran ke sekolah teknik dalam bidang kejuruteraan awam. dalam diam. aku rasa abah agak kecewa. tapi kecewanya hilang apabila aku berjaya buktikan aku masih mampu berjaya walau di sekolah lama.

semasa di matrikulasi. aku juga menolak tawaran ke UiTM dalam bidang sains pemakanan. ada teman2 yg mengatakan aku menolak tuah kerna tak ramai dalan kalangan kami yg ditawarkan dalam bidang sains. tapi. aku ikut kata hati utk terus bertahan. walau ramai juga yg menarik diri dari matrikulasi utk lebih 'selamat'.

dan sebelum menjadi siswi menara ilmu. sekali lagi aku menolak tawaran ke Indonesia utk bergelar ahli perubatan. bezanya. tawaran ini aku tolak atas kehendak mama. dan kini. segala kenangan zaman pelajar telah berlalu. dan yg berlalu itu djadikan panduan dan kenangan.

Insyallah. moga ada hikmah dariMu Ya Allah. ku turut kata hati. moga ia petunjuk atas dorongan dariMu.


masa depan yg penuh cabaran

Asyik menikmati petang hari sambil berjalan kaki utk pulang ke rumah. tak seperti biasa. kaki tiba-tiba meleret utk melalui perhentian bas di Eureka. lazimnya aku hanya melalui belakang perhentian bas terus masuk ke kawasan Eureka. patutlah. rupanya Allah nak temukan aku dgn seorang sahabat yg nama sahaja duduk 'sebumbung'. tapi nak berjumpa dan terjumpa pun macam duduk dgn dipisahkan gunung-gunung. ini pun pertemuan tak terduga yg pertama utk tahun ini.

Munirah Azman. sama kursus dan sama majoring. sekarang dia sambung belajar di USM tercinta. teringat kenangan lama. aku pernah menumpang tidur biliknya semasa di tahun dua. malah kami pernah mengembara sekejap ke Sungai Petani. pengembaraan atas permintaan mama aku yg kemudian ditemukan dgn Suhaimi, bekas ahli kum. In Team merangkap suami Ina Naim. tapi masa tu. dia masih single. tak teringat pula nak mengorat dia masa tu. ooppss...hehhee..dah memang bukan jodoh la tu. Allah tak bukakan hati.

sekejap sangat pertemuan yg ditakdirNYA. sebelum sempat berbual panjang dan selepas ucapan tahniah selamat bergraduan, dia terpaksa aku lepaskan pulang berehat dek penat balik dari kampung. tak apalah. kita masih berada di 'bumbung' yg sama. walaupun agak terkejut juga mendengar keputusannya yg telah berpindah ke Tekun daripd berjiran dgn aku. tak apa.ada hikmah utk semua.

melihat teman2 dgn kehidupan masing2. aku mula memahami erti 'masa depan yg penuh cabaran'. dulu. ucapan itu sering dituturkan oleh guruku semasa di alam persekolahan. dan jujurnya aku tidak pernah faham apa yg dimaksudkan dgn ayat itu. kerna selama ini. perjalanan hidup agak 'mudah'. seusai SPM. masuk matrikulasi. kemudian menjengah pula ke USM.

dan apabila ijazah sudah dalam genggaman. baru aku tersedar. dan faham. kalau dulu. sebagai pelajar. segalanya disediakan. tapi. kini. setelah fasa utk bergelar pelajar tamat. tibalah masa utk benar2 berdiri di atas kaki sendiri. keupayaan dan kekuatan diri mula teruji. hati mula diasak kanan kiri.

tak ada siapa lagi yg nak membantu. semua harus usaha sendiri. diri sendiri lebih diutamakan. masa tu baru kenal. siapa kawan. siapa lawan. namun. tak dinafikan. kadangkala. seseorang itu dimudahkan laluannya. tapi. tetap diuji dalam setiap perjalanannya. cuma. terpulang pada kita. utk mengambil setiap ujian itu ibarat garam di danau atau garam di dalam gelas. dan melihat kejayaan teman2. hati turut tumpang gembira dan bangga. walau mungkin akan ada sekelumit rasa cemburu. tapi selagi kita yakin dan percaya bahwa rezeki setiap hamba itu ada. cuma usaha dan doa yg membezakan. maka redhalah. kerna redha itu membuat kita insan paling kaya.

teman2. kau datang dan pergi. yg kekal. adalah jasa dan budi. aku berdoa. moga ukhwah kekal abadi. walau terpisah di dunia ini. kita pasti bertemu di akhirat yg sejati. demi Allah Maha Mengetahui. kalianlah sahabat. yg aku sayangi.

Sunday, April 26, 2009

Tunjuklah sayang itu

kerna cuti yg tak panjang dan jemputan kenduri yg wajib dipenuhi. niat di hati memang tak mahu balik kampung. namun ketetapan Allah lebih mengatasi. niat aku terbatal tatkala sms drpd abg an aku terima. satu-satunya ahli keluarga yg tinggal jauh selain aku yg sekurang-kurangnya masih berada di zon yg sama. dek jarak yg memisahkan. dan statusnya sebagai 'orang suratkhabar' turut sangat membatasi.

jadi. aku turut kata hati utk pulang. pulang utk bertemu abang yg tersayang. pulang kerna tahu masa utk bersama semakin dibatasi. pulang kerna sedar suatu hari nanti dia akan 'pergi'. pergi dgn tanggungjawab dan peranan yg berubah dan bertambah. walau hati tak pernah merelakan. namun Allah telah menetapkan. itulah putaran kehidupan. dan janji Allah tetap mengatakan. hubungan ini akan terus berkekalan. hingga syurga puncak kehidupan. maka. tumpang masih ada kesempatan waktu yg diberikan. izinkan aku utk menunjukkan sayang itu.

semasa zaman sekolah. kami adik beradik jarang berpeluk cium. kucup salam pun tatkala lembaran syawal menjelang tiba. yg terlihat hanyalah tumbuk tendang. ejek tangis. jerit tolong. dan akan berakhir dgn marah pukul daripda mama & abah.malah pastinya. yg perempuan akan lebih dimenangi.apatah lagi hanya aku satu-satunya.

namun. segalanya berubah. masa. umur. pengalaman. dan keadaan mengubah kami. walau kami tahu. masa semakin suntuk. tapi kami perlu utk berubah. berubah utk tunjukkan sayang itu. kerna keluarga tak mungkin ditukar ganti. kerna keluarga akan kekal hingga akhirat nanti.

abang sulungku sangat terbukti sayangnya. dia sangat suka menunjukkan sayangnya dgn memeluk cium kami. malah. bibirnya tak pernah lekang dgn ucapan 'abang sayang adik'. walau diri kadang2 tak pernah peduli atau rimas dgn lagaknya itu. tapi. jauh sudut hati. aku sangat suka dan rindu setiap peluk cium dan ucapan sayang dari abg sulungku itu. terlalu banyak pengorbanan yg abgku ini lakukan. wangnya habis hanya utk kami sekeluarga. tak ada baju baru. tak ada handphone canggih. tak ada kereta besar. sebab semuanya hanya utk adik2. malah. cintanya tertunggak kerna mendahulukan sayangnya utk adik2. malah. dialah satu2nya insan yg sentiasa berada di sisi keluarga. susah atau senang.malah. setiap kali badai dugaan melanda kami sekeluarga. dialah tugu kesabaran dan ketabahan paling utuh utk keluarga.tak setitik pun air matanya tumpah.hingga air mata aku pula yg sering gugur utknya. terlalu terharu melihat sabarnya.tabahnya. sayangnya. pengorbanannya.

abg keduaku ini. sangat pemalu orgnya. sayangnya bukan dgn peluk cium. malah jauh sekali nak mendengar ucapan sayang darinya. sayangnya ditunjukkan dgn tumbuk tampar. atau dgn gurauan kasar. malah saat keluarga dilanda ribut ujian. dia selalu jauh di perantauan. jarang bertanya khabar. jarang pulang ke kampung halaman. hanya blognya menjadi pengubat rindu. hingga pernah aku menangis pilu. meminta dia pulang mengubat rindu. utk abah dan mama yg sangat merindu.

aku sedar. dan aku tahu. bukan dia tak sayang.cuma tak tahu dan malu utk tunjukkan sayang itu. sayangnya aku nampak bila t-shirt yg beli sentiasa di badannya. sayangnya aku rasa bila kadangkala ada cerita aku diblognya. sayangnya aku selami bila dia beli sesuatu utk aku dan akan letak dengan diam di bilikku.aku tahu abangku. aku tahu. kau menyayangi aku.

cuma. buat mama dan abah. kau tunjuklah sayangmu itu lebih hebat dariku. kerna kau adalah putera yg mereka harapkan utk bersama2 mereka susah dan senang. sedangkan aku hanya puteri yg akan berubah tapak syurgaku. taat setiaku terpaksa beralih suatu hari nanti. sedangkan kau. tapak setia dan syurgamu tak akan berubah.

abang. jagalah mama dan abah. pinjamlah telingamu utk mendengar hati mereka. pinjamlah bibirmu utk mengucup pipi mereka. pinjamlah waktumu seminit dua utk tanya khabar berita.abang. usah alpa. tanggungjawab kau sebagai anak lelaki. bukan wang ringgit yg mereka minta. cuma tunjuklah sayangmu itu utk mereka.

abang. adik juga tak sempurna. adik juga sedang cuba berusaha. utk tunjuk sayang kepada abah dan mama.sebab masa adik dah semakin tak lama. adik sendiri tak tahu bila. tapi bila saat itu tiba. adik terpaksa mengikut 'dia'. walau hati tak rela. tapi demi DIA. adik perlu berubah cinta. tapi kau tidak abang. kau lelaki yg harus terus setia. pada abah dan mama.

ingat abang. keluarga tak boleh ditukar ganti. tak boleh abang. sebaik dan seakrab mana pun sebuah persahabatan.tak akan sama dengan ikatan kekeluargaan. sejauh mana pun kau merantau tak pulang. tak akan sama dengan tempat lahir di jelapang.

abang. aku sendiri mengingatkan diriku sendiri. tunjuklah sayang itu. tumpang masih ada waktu.sebelum abah dan mama dijemput pulang utk dirindu.

tunjuklah sayang itu.


Wednesday, April 22, 2009

Bahasa Melayu dijunjung Bahasa Inggeris dijinjing

Aku akui penggunaan Bahasa Melayu semakin diancam 'kerosakan' akibat arus kemodenan, kemajuan dan beberapa faktor lain yang banyak mempengaruhi kedaulatan dan keindahan Bahasa Melayu. sebagai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan yg tertakluk di dalam perlembagaan negara. Bahasa Melayu WAJIB dikuasai oleh semua rakyatnya. dan penguasaan sesuatu bahasa dikatakan cemerlang apabila pembacaan, penulisan dan pertuturan dikuasai.

Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan keunggulan Bahasa Melayu yang pernah dituturkan oleh semua bangsa pada suatu ketika dahulu saat kegemilangan Kesultanan Melaka. dan salah siapakah tatkala bahasa tercinta ini semakin 'rosak' dan hampir 'hilang' keindahannya?

secara peribadi. aku sangat menyintai bahasa ibunda warisan tak ternilai ini. walau mungkin kini Bahasa Melayu bukan antara 5 teratas yang dituturkan oleh warga dunia. namun itu bukan alasan untuk bahasa ini dibiarkan terus 'rosak' dan 'hilang'.

Aku dilahirkan. dibesarkan dan dididik dalam suasana pembelajaran Bahasa Melayu. bukan saja di sekolah. tetapi juga di rumah. kami disemai dan disiram serta dibaja dengan keindahan, keunggulan dan kemegahan Bahasa Melayu. Puisi.sajak.pantun. bukan sesuatu yang asing dalam keluarga ini. malah. untuk mendeklamasikan puisi dan sajak merupakan kemahiran asasi setiap daripada kami. bakat dan ilmu sastera dalam darah ayahanda dan bonda terus dialirkan penuh wawasan ke dalam darah setiap putera puteri yang membesar. bahawa. inilah WARISAN kita.

namun. itu bukan bermakna abah dan mama menafikan kepentingan Bahasa Inggeris. walau mereka tidak pernah menekankan penggunaan bahasa itu. tapi atas kesedaran sendiri. kami belajar dan terus belajar kerana bahasa ini merupakan bahasa dunia. memang sukar. kerna kami bukan penutur tegar. tetapi. kami mahu buktikan. bahawa selagi sesuatu itu dinamakan ilmu. maka ada pahala jihad dalam berjuang menuntutnya.



Aku mula merasakan betapa pentingnya Bahasa Inggeris tatkala kaki mula menjengah ke negara asing. berurusan dengan para ilmuan dalam dan luar negara menyebabkan bahasa dunia ini perlu dikuasai. apatah lagi pekerjaan aku kini memerlukan aku perlu sentiasa bersedia dan bermaklumat. dan pastinya kebanyakan maklumat banyak didapati dalam Bahasa Inggeris.

Aku masih ingat teguran Abah. agar bahasa ibunda dijaga susilanya. malah aku cukup kagum dengan teman2 sebaya yang begitu berkebolehan dalam sastera Bahasa Melayu walaupun mereka merupakan pelajar aliran sains yang juga tahu peri pentingnya bahasa dunia. jadi. daripada kita menuding tangan menyalahkan antara satu sama lain dek akibat kepincangan bahasa ibunda. mengapa tidak kita sama2 berusaha untuk menguasai kedua-dua bahasa itu. begitu juga bahasa asing yang lain. kerna bukankah berbeza orang yang berilmu dan yang tidak.

percayalah. hanya orang 'buta' saja yang tidak nampak betapa indahnya Bahasa Melayu. dan hanya orang 'pekak' saja yang tidak mendengar betapa pentingnya Bahasa Inggeris.



Friday, April 17, 2009

Diary 21



Akhirnya. soalan yg aku tunggu2 tiba juga.

"kenapa dan bagaimana Fuzah dipilih utk kerja ni ya?"

memang aku dah agak. soalan ni pasti akan ditanya. maklumlah. aku ni bukan siapa2. pelajar biasa saja. bukan org kuat MPD jauh sekali ahli MPP. Mahfuzah Othman. siapa tu? tak kenal lah! tapi aku adalah aku. tak perlu lah aku nak ceritakan segala apa yg dah berlaku. biarlah saja rahsia.

cuma aku percaya. ini semua adalah ketetapanNYA. dah tertulis di Lauh Mahfuz. maka siapalah aku utk menidakkannya. cuma yg perlu aku katakan. memang banyaknya nampak cuma aku seorang melayu dan Islam yg selalu dilihat dalam setiap aktiviti berkaitan kelestarian. malah boleh dikatakan akulah antara yg terawal terlibat dalam bidang ini. dan bagaimana aku berusaha utk menarik dan membawa mereka2 yg sebangsa dan seagama dengan aku dalam bidang ini. hanya Allah yg tahu. bagaimana perasaan aku melihat setiap ajakan aku dipandang sepi dan hanya disambut oleh mereka yg bukan bumi cukuplah hanya Allah yg tahu.

itu pahit hakikat yg aku belajar utk terima dan akui. bahwa mereka lebih berminat dengan hal2 lain. lebih sukakan politik,hiburan, lawatan sana sini, dan aktiviti kampus lain . oopsss... Maaf ya. bukan semua aktiviti tu tak bagus. semua pun bagus. malah aku sendiri selalu jadi penonton setia hampir setiap aktiviti kampus

Ya Allah. bila setiap kali aku tengok. oh aku seorang saja Islam. tak apalah. aku tak pernah kisah. Jadi kenapa orang lain nak kisah pula. aku sangat gembira dengan apa yg aku ada. malah mereka2 yg non bumi cukup mengajar aku erti sebuah setiakawan dan kehidupan yg sebenar.

apa lagi yg mereka seagama dengan aku ni nak?!nak aku melutut merayu utk join benda2 begini. memang mereka akan join. tapi hari ni je. esok lusa. hilanglah. dah tu. event yg dihadiri oleh VC ke, TNC ke, datanglah mereka. kalau yg kecil2 ni. ada nak datang?! Ya Allah. bukalah pintu hati2 mereka ini.

Aku bukan yg terbaik! I know it!!! dan aku hanya cuba utk melakukan segalanya dengan terbaik. semampu yg aku terdaya. dan aku bersyukur. Ya Allah. kerna ada juga mereka2 ini yg tahu dan nampak. Ya Allah. ini semua pun atas izinMu. aku syukur..aku syukur... walaupun tak pernah mereka tahu segala apa yg aku rasa selama ini. air mata. peluh keringat. keluh kesah. suka duka. sanggup ke nak tahu? sanggup ke nak tengok macamana remuk hati ini kecewa hati ini?

dan dengan segala yg berlaku. apakah patut utk aku undur diri saat peluang diberikan. sedangkan masih banyak lubang yg perlu aku kambus utk sama2 berbakti demi cinta Rabbani. dan kerna ada sesetengah insan yg memahami dan mengerti jugalah aku pulang ke sini. walau hati dah tak macam hati lagi. tahukah mereka?!!sedarkah mereka!!

Ya Allah. hidup matiku hanya utkMU...ya Allah3...


Memory 4

masuk dalam alam pekerjaan menemukan aku dengan ramai rakan sekerja yang terdiri dalam kalangan mereka yg telah berumahtangga. malah usia aku juga hampir sebaya dengan anak-anak mereka. kadangkala. berbual dengan mereka yg telah menempuh segala macam dugaan dan cabaran. serta punya pengalaman yg cukup luas. buat aku terfikir dan merenung sebentar.

antaranya cerita salah seorang teman ini. dia punya tiga anak dan yg sulungnya sebaya dengan adikku. punya waktu lapang. kami sering keluar lunch bersama. sebelum lunch kami akan pergi mengambil anak dia dari sekolah dan hantar ke pusat asuhan. apabila tengok suasana seorang ibu yg berkerjaya menguruskan si anak. terdetik dalam hati. aku pun nanti mungkin macam tu juga.

sambil tu. teman aku ni juga ada bercerita. bagaimana kadangkala dia terpaksa rushing dalam masa rehat. ambil anak dari sekolah. hanta pergi pusat asuhan. makan lagi. solat pula. lepas tu masuk kerja. dah tu. masa nak dekat rehat tu lah banyak kerja yg datang. kadang2 sampai terlambat ambil anak.

apabila sampai part tu. aku teringat masa aku sekolah rendah dulu. macamana mama selalu datang lambat ambil aku dari rumah Mak Mah utk ke sekolah. masa tu. bila mama sampai saja. aku selalu marah2. merajuk. merungut. tapi mama pula diam saja. pujuk aku. siap minta maaf lagi. padahal. bukan aku tak tahu. macamana mama bergegas dari tempat kerja. bukan dekat pula tu. bawa kereta laju2. entah makan ke tidak. rehat pun belum tentu. tapi. aku tak pernah peduli. yg aku tahu. aku perlu sampai sekolah on time. supaya tak kena marah dengan cikgu...isk..isk..isk..

Jadi. bila dengar cerita teman ini. aku rasa sangat terharu. bersalah. dan berterima kasih pada mama. besar sungguh pengorbanan mama. sungguh Allah Maha Adil. meletakkan engkau di tempat termulia sebelum ayah.

Mama! Kakak sangatttt sayangggg Mama!

bisik-bisik: abah dgn mama selalu kata "hangpa semua akan paham bila hangpa semua dah jadi mak ayah"..huk3

Thursday, April 16, 2009

Diary 20

kelmarin. lunch dan minum petang dengan cik Farah. sambil makan dan berbual. kami berbincang tentang isu PPSMI. blog Farah dapat sambutan hangat dek isu ini. ada pelbagai pendapat. daripada yg selalu bagi pendapat hingga yg tak pernah pun tiba2 muncul bagi komen. Well. oklah Farah. as least we know ur blog got 'sleeping reader' before. hehehee...

lepas minum petang. terus balik dan tersekat tak boleh naik sebab Pihak Kesihatan buat fogging utk kes denggi. Fuh!boleh tahan dahsyat tebal kabusnya. sebelum ni duduk dalam rumah saja. tak tahu pun betapa tebal asap fogging tu. lama juga bersama housemate yg juga baru pulang dari kerja menanti tebal asap fogging reda. dah agak reda. kami pun bergegas ke arah blok kami hingga tiba Kema menjerit.

"cepat!"

rupa-rupanya asap fogging sedang dilepaskan di sebelah blok kami. apa lagi. kami pun terus berlari macam tak cukup tanah ke arah lif. dalam lif. ada dua lelaki arab, Kema, kawan Kema dan aku. Wah!terasa macam dalam filem utk adegan menyelamatkan diri daripada musuh. anyway. Terima Kasih Pihak Kesihatan PP. yang tak putus2 fogging area kami ni. demi kesejahteraan bersama.hanya Allah mampu membalasnya.

malam. dapat called daripada Kak Izyati. hmm...tiba-tiba ni. pelik juga.hehehe..Oh rupanya ada salam rindu yg ingin disampaikan. dek terhidu bau- bauan sedih si adik.hehehe..Alhamdulillah. Insyallah. semuanya akan kembali seperti sediakala. biasalah hidup ni. mana lengkap tanpa ujian.

apapun. Thanks a lot dear sis. sanggup habiskan kredit called I. sungguh terharu!sangat sayang kamu. :)

Wednesday, April 15, 2009

Diary 19

nak cerita ke tak perlu cerita?! haii..cerita sajalah. pantasnya masa berlalu. habis saja bulan April ni. sudah dua bulan aku bekerja. percaya atau tidak. surat tawaran belum aku terima. dalam proses katanya. jadi kiranya, aku ni kerja atas verbal. belum ada hitam putih. tapi yg bestnya. semua dah maklum tentang 'kehadiran' aku sebagai pegawai yg menguruskan hal-hal kelestarian.

ujian utk aku kali ini. pihak2 tertentu keliru dengan bahagian mana yg nak keluarkan surat. korporat ke BHEPP. sebab boss aku sekarang boss BHEPP dan bekas boss korporat. lepas tu juga pihak2 ini keliru dengan bajet utk bayar gaji aku. nak dari Korporat ke, BHEPP ke, APEX. dan aku dimaklumkan. bajet APEX belum dapat lagi. wah! sedihnya aku. bukan sedih apa. tapi sedih kerna macam membebankan semua org.

kadang2 terfikir. aku ni diperlukan ke tak? apa status aku ni? kenapa yg susah sangat nak buat pelantikan. lepas tu fikir2 balik. tak apa lah Mahfuzah. ini dugaan utk kau. ye lah. aku dapat kerja ni mudah kan. jadi apa salahnya Allah beri susah sikit. nak tengok. kau ni sabar ke tak. Fuh! istighfar...istighfar...istighfar...



apapun. aku cuma harap. yg 'kepulangan' aku ke menara ilmu ini bukanlah utk menyusahkan atau membebankan sesiapa. dan aku mohon keberkatan Allah saat dua rakaat solat mohon petunjuk yg telah ditunaikan sebelum tawaran diterima. niat hanya ingin 'memberi' dan berbakti. itu pun kepada yg sudi.

Ya Allah. Ya Tuhanku. permudahkan jalan hidupku ini.


Tuesday, April 14, 2009

Doa Bonda

akhir2 ni. ingatan pada bonda tercinta cukup kuat. dan bagai memahami. mama menghubungi. sms cukup ringkas. buat aku cukup terharu.

malam. selepas telefon farah. aku telefon mama. lepas rindu di dada. sambil meluah rasa. ada sesuatu yg terpendam. siang dan malam.

"mama. kakak jumpa dia. macamana ya"

"ya ka.sembang dgn dia tak?layan la dia sikit"

"tak. sembang biasa2 saja...entahlah ma. malas nak layan. segan sama"

"hmm..insyallah. kalau ada jodoh tak ke mana"
.
.
.

"mama. kakak dengar macam2 pasal dia la ma"

"...insyallah. ada yg lebih baik utk kakak"

"mama dgn abah selalu doakan anak2. moga selamat semuanya. dapat jodoh yg terbaik. kakak doa kat mama tak?"

"doa. selalu doa. "

tak mahu ganggu waktu rehat mama. aku mohon berhenti. teringat kata2 mama. hati rasa agak tenang.

"hmm..insyallah. kalau ada jodoh tak ke mana"

kering sudah air mata ini dua bulan yg lalu. kontang sudah hati ini memikirkan jawapan kalbu. tapi. aku tetap syukuri. yakin bahwa ada hikmah yg menanti. segala yg terjadi. ada sebabnya. tak akan pernah sia2 segala yg tertakdir. itulah Allah. Maha Bijaksana lagi Maha Adil. dan yakini janji Allah. tak akan pernah DIA pikulkan aku. sesuatu yg tak mampu aku tanggung. redha Ya Allah. aku redha.

teringat kata2 farah tempoh lalu.


hidup kita ni bagaikan air sungai yg mengalir. dari hulu hingga ke hilir. dan sepanjang air yg mengalir tu. pasti pelbagai halangan dan perkara yg kita jumpa. jadi. kita cuma perlu jadi macam air sungai yg mengalir. biarkan terus mengalir. jangan pernah berhenti utk mengalir. tempuh segalanya dgn sabar, tabah, redha dan cekal. apa yg buruk kita tinggalkan. apa yg baik. kita amalkan. sehinggalah. akan tiba satu saat yg pasti. kita semua akan kembali kepadaNYA.


Monday, April 13, 2009

Pelajar aku yg bernama Aurora

sudah lama tak menaip di ruangan blog kesayangan ini. bukan masalah internet yg tak bagus. cuma tiada hati utk menulis. maklumlah. tulisan harus ditulis daripada jiwa. barulah bacaan itu lebih bererti. dan akan sentiasa di ingati.

sebagai kenangan. dua hari lepas. Sabtu, 11 April 2009. aku bertemu dgn bekas pelajar tusyen bahasa melayu. kali terakhir bertemu bulan Ogos tahun lepas. sebelum bertolak ke UK. lepas tu. terus diam. masing2 sibuk dengan urusan sendiri. dan entah kenapa akhir2 ini bayangannya asyik menjelma di ingatan. terus saja aku sms minta sebuah pertemuan dapat diadakan. syukur. kami akhirnya bertemu. dan sempat menghabiskan waktu bersama2.

Aurora atau Miss Chu namanya. gadis Hong Kong yg berusia 41 tahun ini ahirnya akan menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini. tahu saja siapa bakal suaminya. membuatkan aku memikirkan. Wah! sungguh unik caturan Tuhan.

Aurora akan berkahwin dengan lelaki India. berusia 3 tahun lebih muda daripadanya. dan uniknya. lelaki itu berasal dari Kelantan. rancang Aurora. selepas berkahwin dia dan suami akan menetap di Gua Musang, Kelantan.

buntang mataku. dan lopong mulutku mendengar luahannya. bukan apa. Aurora ni baru saja belajar Bahasa Melayu. dan pastinya. Bahasa Melayunya bahasa yg standard. tapi kalau di Kelantan. Gua Musang pula tu. aduhai! habislah Aurora...

apapun. sepanjang tempoh pertemuan ini. banyak yg aku belajar darinya. dalam usia yg begini. Aurora tak pernah jemu menuntut ilmu. bukan mudah utk belajar bahasa asing. tapi. semangat dan kesungguhan Aurora. cukup aku kagumi.

malah aku cukup kagum dengan cinta Aurora. dia tak pernah putus asa dalam percintaan.malah. pengorbanan dia demi insan tercinta. utk berhijrah ke negara asing. buat aku cukup terharu. kalau aku. Fuh! no komen. itulah agaknya kuasa cinta. rela berkorban jiwa dan raga.

sepanjang pertemuan. ada kenyataan Aurora yg buat aku cukup insaf. antaranya. semasa Aurora bertemu dgn bakal suaminya. kata Aurora. dia sentiasa berdoa. mohon diberi petunjuk samada lelaki itu. diciptakan utknya atau tidak. aku terfikir sejenak. kalau dia yg beragama kristian setia berdoa. mengapa tidak aku?! Yg telah Allah janjikan bahwa doa hamba2nyalah amat DIA cintai dan sukai.

malah kata Aurora. yg buat aku terfikir. bahwa manusia ini boleh berubah. mengikut masa dan keadaan. dulu. katanya. dia tak suka pada lelaki yg lebih muda daripadanya utk dijadikan pasangan hidup. tapi kini. segalanya berubah. dan aku semakin mengerti. bencilah akan sesuatu itu bersederhana. kerna kelak mungkin ia akan menjadi kesukaan pula. dan begitulah sebaliknya.

dalam sepi. aku gembira. bahwa tanpa sedar. aku banyak belajar. cuma kita. sedar atau tidak. bahwa sesuatu itu. mungkin ilmu baru kita. dan ilmu paling bermakna. pastilah ilmu kehidupan. dan belajarlah selagi masih hidup. kerna pasti berbeza. org yg berilmu dan yg tidak berilmu.

Monday, April 6, 2009

Diary 18

"kau nak dengar yg benar atau yg tipu" soal seorang teman.

"eh. mestilah yg benar. kejujuran itu penting ok" balas aku tegas.

dia hanya senyum sinis.

"ok. tapi jangan menyesal dan sedih pula. sebab hakikat kenyataan selalunya menyakitkan"

...

aku terdiam. terkejut mendengar tuturnya yakin. namun aku yakinkan dirinya dan diriku. demi mengetahui sebuah hakikat kenyataan. andai benar ia menyakitkan. aku pasrah. kerna hidup tak bisa sempurna.

"puas hati?"soalnya sebaik selesai menoktahkan cerita.

aku diam lama. lebih lama lagi utk mengangguk. aku renung matanya. mencari kejujuran.

"Fuzah. manusia ni cuma boleh tengok luaran saja. baik di permukaan. belum tentu baik di dalaman. cuma Allah saja yg Maha Mengetahui. sebab tu kita tak boleh hidup tanpa DIA. kita perlu DIA untuk bantu kita. bimbing dan pimpin kita utk terus berada dalam kebenaran"

terima kasih teman. mengajar aku sebuah erti kehidupan. memberitahu hakikat yg selama ini tersimpan.

"Fuzah. sabarlah. hatimu itu milik Allah. tahulah bagaimana DIA mengurusnya" pujuknya lembut. kasihan mungkin melihat aku yg berubah menjadi pendiam langsung.

aku senyum. semanis mungkin.

"aku ok...cuma...aku tak sangka setiap hakikat kebenaran itu rupanya terlalu pahit utk dimamah telan. dan aku..."

aku jadi diam. sebak mula menyesak dada. hilang sudah kata2 bersama air mata yg tertahan.

"itulah. aku dan pesan jangan sedih. sekarang kan dan sedih". marah teman aku bercampur geram.

Aku senyum lantas ketawa.

"aku oklah. tahulah aku nak pujuk hati ini. biasalah. nama pun kehidupan. tak ada sedih2. mana lengkap"

balas aku lemah. sambil ketawa melihat mimik mukanya yg tak percaya dengan alasan yg aku berikan. Teman. usah bimbang. aku perlu rasa 'sakit' ini. sebab 'sakit' ini buat aku lebih ingat padaNYA. 'sakit' ini buat aku lebih rindu denganNYA. Teman. aku tahu kau tak akan selalu ada di samping aku. tapi kata2mu. tetap aku pahat. bahwa

hakikat kebenaran itu kadangkala sungguh menyakitkan.
dan hanya sabar dan redha.
penawarnya.

Sunday, April 5, 2009

tetap seperti dulu...

apa yg sebenarnya aku mahu dalam hidup ini? ijazah sudah dalam genggaman. kerja pun sudah ditawarkan. walau belum 'rasmi'. segalanya sudah dalam perjanjian. apa lagi yg kurang? apa lagi yg menggusarkan hati ini? duit? ah...itu sudah lumrah. walau berjuta sekali pun.yg bernama manusia. tak akan pernah puas dgn apa yg ada.

dari Korporat. ke HEPP. aku akui suasana sangat berbeza. sedangkan keluarga di HEPP lebih aku kenal dulu berbanding di Korporat. malah turut aku akui. apa yg aku harapkan lebih baik di HEPP berbanding Korporat. tak seperti dijangka. akukah yg terlalu meminta??

maaf. tiada siapa yg salah di sini.aku yg sebenarnya salah. salah kerna terlalu meminta.salah kerana terlalu mengharap. aku terlupa yg aku ni sebenarnya bukan siapa2. maaf kalian. aku perlu masa utk muhasabah. mencari semangat dan diri yg sebenar.aku bukan siapa2.yg ingin memiliki segalanya.

dulu. aku berikan segalanya. segalanya yg aku ada. tanpa pernah memikirkan apa yg perlu aku ada. apa yg perlu aku dapat. tak pernah!! aku serahkan segalanya. jiwa dan raga. harta dan benda. walau aku sendiri memang tak punya apa2.

hinggalah saat aku 'perlu' pergi. sungguh hati sangat terluka. tak sangka. rupanya selama ini. apa yg aku lakukan. bagai tiada nilai. dan semua ini membuatkan aku bertekad. utk lebih berhati2. utk lebih mendapatkan apa yg tak pernah aku dapat dulu. memiliki yg tak pernah aku patut miliki.

tapi...Allah 'menegurku'. dengan menggoncangkan hati dan jiwaku. Mahfuzah. kau tak harus memiliki apa2.kerna semua yg kau miliki dari belas ihsan AKU.

Ya Allah. berdosanya aku. sedar dari jaga. bahwa selama ini. aku tak pernah meminta. apapun. tak pernah! selama ini. aku hanya memikirkan.apa yg boleh aku buat? apa yg harus aku berikan? apa yg patut aku sumbangkan?apa? bagaimana? di mana? dan segalanya aku lakukan tanpa pernah memikirkan apa yg aku akan dapat. selain hanya mengharapkan kasih dan sayangNYA.

dan kini segalanya berubah. aku hanya ingin meminta. itu dan ini. dan apabila yg aku pinta tak dipenuhi. aku kecewa. hati mula sakit. jiwa mula perit. hidup rasa gundah. hingga aku bertanya. apa yg tak kena wahai Mahfuzah??

hingga aku sedar. aku harus seperti dulu. hidup hanya utk memberi. bernafas utk berbakti. kerna walau aku mungkin akan terluka lagi. tapi sebenarnya itulah yg lebih membahagiakan diri ini. kerna itulah sebenarnya diri aku. memberi dan berbakti. bukankah itu janjiku saat di China dulu?! biar diri tak punya apa. asalkan insan lain bahagia. dan yg kuharap cuma cinta DIA. itu lebih bahagia di sana.


aku mungkin berubah. gaya. tingkah. cara. dan status. tapi aku tetap aku yg dulu. itu yg aku harap. Mahfuzah yg sentiasa ketawa. Mahfuzah yg sentiasa senyum ceria. Mahfuzah yg sentiasa berkata2. Mahfuzah yg hanya ingin memberi. dan tak pernah mengharapkan sesuatu. Mahfuzah tetap Mahfuzah. dulu.kini. dan selamanya.

bisik-bisik: terima kasih BHEPP. menerima saya seadanya sebagai ahli baru. mohon banyak beri tunjuk ajar. terima kasih BPLK. kalian tetap di hati. kerna di situ. permulaan jejak aku.insan berkerjaya.


Saturday, April 4, 2009

teruskan jalan ini...

entah bagaimana mahu dimulakan entry kali ini. tangan bagai kaku. hati terasa beku. walhal terlalu banyak sebenarnya cerita yg ingin diluahkan. apatah lagi sudah cukup sebulan kehidupan aku di menara ilmu. yg bukan lagi berstatuskan pelajar tetapi pekerja. lain! lain benar rasanya. walau berada di tempat yg serupa. perasaan bergelar pelajar dan pekerja. sungguh berbeza. dan pastilah. kehidupan sebagai pelajar itu lebih indah.

pelbagai rasa yg berbaur di dada saat ini. benarkah pilihan yg aku lakukan ini?!kembali ke menara ilmu. saat hati belum sempurna sembuhnya. saat jiwa ingin mencari pengganti diri. aku putuskan tetap utk kembali. mampukah aku mewarnai hari-hari. tanpa teman yg dulu sentiasa di sisi. tanpa dia yg aku anggap kakak telah pergi membawa diri. terasa diri benar2 bersendirian. sendiri memperjuangkan sesuatu yg sama2 pernah kami laungkan.

"Fuzah, kau tak pernah sendirian. kami sentiasa menyokong kau". itu lafaz mereka. saat sebelum masing2 membawa diri.

Ya! semangat kalian bersama aku. cuma jasad kalian yg pergi. dan siapalah aku yg ingin menahan setiap hati2 kalian utk mengejar impian masing2. teman. hati ini sebenarnya ragu. apakah kepulangan aku ke menara ilmu ini benar2 diperlukan?!

aku sebenarnya masih terasa 'sakit' saat dibuang tak perlu. aku sebenarnya masih pedih mengenangkan keping2 hati yg ditusuk sembilu. aku yakinkan diri bahwa hati ini akan sembuh dan kembali seperti biasa. aku yakinkan diri. bahwa segala yg berlaku. mampu untuk aku harungi. maka aku tekad utk kembali. walau mungkin aku akan dilukai lagi.



aku tahu. aku tak mungkin undur lagi. tak akan undur lagi! kerna jalan ini telah aku pilih. dan jalan ini harus aku teruskan. walau sakit. walau pedih. aku tetap akan teruskan. aku tahu. hikmah Allah sedang menanti aku. menyambut utk terus membelai mesra aku.

'Mahfuzah. sesungguhnya AKU lebih tahu. apa yg terbaik untukmu. dan bersabarlah. sungguh hatimu itu AKU lebih tahu untuk sesiapa yg berhak.'