Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Kembara : Star Cruise, Pulau Pinang II

Baru perasan cerita naik kapal ni belum habis...huahuaaaa..sabor jela...tu pun jangan... ada hati nak menulis novel...huahuahuaaaaaa...

ok sambung daripada Kembara: Star Cruise, Pulau Pinang I

lepas makan malam, balik ke bilik rehat-rehat sebelum bunyi loceng untuk taklimat keselamatan. tempat taklimat adalah berbeza mengikut tempat yg tertera di kad.

tak ramai yang ada masa taklimat. agaknya semua pandai berenang kot...kami sajalah yang semangat dengar semua taklimat walaupun tak bawa jaket keselamatan yang disediakan di bilik masing sebab segan...hahahaa....

sedikit taklimat oleh abang Filipino yg kacak..kami kemudian dibawa untuk tengok lokasi bot-bot penyelamat disediakan. Ok...doa banyak-banyak bagi selamat semuanya..huhuuuu...




kemudian kami pun 'dibebaskan'. jalan-jalan pusing kapal. agak hampa kerana tak ada apa aktiviti menarik kecuali semuanya...astaghfirullah al adzim....faham-faham je la ye...





akhirnya kami shopping sikit coklat yang kononnya harga ahli nampak lagi murah...Coklat Ritter Sport jatuh harga RM8 daripada RM9...hahaah...lupa dah sebenarnya...tapi murah sikit la kalau jadi ahli...jadi, untuk mengisi masa lapang...aku dan Danial terus cari kaunter untuk ahli...isi borang...tangkap gambar kat situ juga ok...dan yeaaaa..dapat kad...dan dapat souvenir..mug untuk minum2...best2...dan nak daftar jadi ahli percuma saja ya!




dah bosan jalan2..aku masuk tidur dulu..al maklumla...jenis tidur awai...huhuhu...pagi esok..bangun sarapan dan ready untuk check out...sebelum turun jangan lupa ambil kad pengenalan di kaunter di receptionist satu level dengan kedai souvenir tu....huhuuuu...jadi macam kami...dah turun kena naik balik...sebab x boleh check out...sistem x lepas....adoi yaaaa...

Ok jom balik!





Thursday, June 18, 2015

Kembara : Star Cruise, Pulau Pinang I

Kali ni terkejut tergempaq (tak la terkejut sangat) aku telah dipelawa untuk sertai program naik kapal bersama adik-adik...huhuuuu...sedar diri sudah tua ya...

Dengan bayaran RM222 untuk satu malam termasuk makan dan sebuah bilik double sharing buat la apa-apa aktiviti atas kapal tu ha.

Pakej yang aku amik ni hanya berlayar ke tengah pulau sekitar Pulau Pinang saja...tak masuk sempadan atau ke Pulau2 lain seperti Krabi dan sebagainya. jadi hanya perlu bawa kad pengenalan saja.

Ok jom kongsi kisah-kisah kembara kali ni naik kapal besaq.

8 Mei 2015, Jumaat, 6.30 petang

sama macam flight, kena check in online pastu print ticket. kat sana kena isi borang (maaf lupa snap gambar borang tu) pastu terus ke kaunter untuk check in dan dapatkan kad ni




kaunter check in
check in & register untuk dapatkan kad
dah macam kaunter tiket bas pun ada
balai berlepas..ala-ala macam airport dah...tapi tak dak la scan bag bagai..cuma tengok kad kita & kad pengenalan

beratur nak naik kapal


stage ketiga...yeaaaa....
lepas masuk tu semua bag kena scan dan depa akan ambil IC kita 

dah masuk haaa ambik....pening juga la cari bilik...huhuhuuu
suasana dalam bilik untuk dua orang...ada TV ok

terbaik bilik dia...wayar yang berjuntai kat tv tu adalah wayar USB untuk charge HP aku...sebab aku tak charge kat plug??
haaa...ni la kisahnya....mana nak boleh masuk plug Malaysia..mana nak tau kan...jadiiii...tolong jangan lupa bawa international adapter ok!...sbb tu la aku charge HP guna usb...syukur ada juga USB kat TV tu...kalau guna TV kotak...hai hai bye bye la HP dengan bateri kong tu....

Pemandangan di atas kapal...ada swimming pool baq hang...sambil makan sambil mandi...mampooo??
makan malam...macam-macam ada...insyaALLAH HALAL...

Tuesday, June 16, 2015

Makan Best di Penang - Pak Din Nasi Dalca, Jelutong

Kalau sebelum ni kita cerita tempat makan western, kali ni kita cerita pasal makanan melayu pula....nasi dan lauk-pauk!

Salah satu tempat best adalah Pak Din Nasi Dalca, Jelutong..kedai dia area astaka tepi jalan, setentang deretan kedai2 sebelah Caltex. 

PDND ni pun ada buat katering juga. kadang-kadang majlis di pejabat kami order dengan PDND. memang terbaik baq hang!

aku tak pasti pukul berapa dia start berniaga tapi aku slalu p masa habis waktu pejabat...huhuuu..maaflah info tak lengkap...







Saturday, December 20, 2014

Diary 80 : AR USM Teambuilding 2014

Yeaaaaaa...
anjuran Program Kerja Berpasukan Pegawai Tadbir USM 2014 kali ini diadakan di Escape, Teluk Bahang. 
tempat apa tu???
haaaaa...tempat untuk kau bagi sakit badan, gayat, gayut, jerit, perit dan seangkatan denganya...tapi memang terbaik!!!

Masa iklan keluar, aku memang malas nak pergi sbb aku bukan jenis yg suka lasak2 sangat, tapi dah sbb En Zul telefon dan ajak aku pergi, aku pun rasa bersalah dan pergi. redha je la. niat nak rapatkan dan lebih kenal dengan AR yg lain. bukan senang nak jumpa2 dan have fun macam ni. 

18 Disember 2014, Khamis

8.30 pagi sedikit ucapan daripada En Saad, Timbalan Pendaftar Kanan di HR kat DPU. sambil makan bihun goreng sambil dengar taklimat. pukul 9 pagi lebih kurang bertolak ke Escape naik bas. wahhhhh...teringat zaman dolu dolu naik bas ramai-ramai pakai tshirt warna sama...hahahahah

Lebih kurang pukul 10 pagi lebih kami selamat sampai. taklimat sikit. warming up sikit. pastu sesi ice breaking sikit. aktiviti music chair. tak ada chair pun...cuma pusing2, bila muzik berhenti, instructor sebut suruh buat formasi. Komtar, Jeti & KLCC. kemudian pembahagian kumpulan. aku dapat kumpulan no 2. Ketua kumpulan En Zam. ada 5 stesen kami kena selesaikan..pemenang berdasarkan masa siapa yang cepat habiskan semua stesen.

pintu masuk...makanan luar sampai air pun tak boleh masuk..kalah airport...dia akan check dan buka beg kadang2...
kaunter tiket etc

Bak kata En Zam, menang kalah itu bonus..yg penting kita rileks, steady dan enjoy...terbaiklah En Zam!!!..heheh

stesen pertama...Tubby Racer

stesen kedua adalah Gecko Tower. aku dah fobia panjat2 ni sbb aku pernah buat wall climbing kat OBML yg memang aku tau susahhhh gilerrrr...tapi aku redah sajalah...huhuhuuu...dan aku berjaya!!!..syok wooooo...(tapi ambil yang stage easy la)....hehehe



Gecko Tower

stesen ketiga kami ke Flying Femur...flying fox...ini biasa saja...cuma bezanya...ada 3-4 point. dan kau kena buat sendiri...tak ada orang tolong set up bagai...lulus2!

Flying Femur
stesen keempat adalah Jungle Swinger...yg ni memang aku menjerit bagai nak gila wehhhhh...jantung rasa hilang bersepah...hahahha..

Jungle Swinger

kemudian. berhenti makan & solat sebelum ke stesen terakhir..




ada surau...
terakhir sekali adalah stesen Monkey Business...ada tiga stage yg ni...kumpulan kami pilih no 2...aku memang rasa tak boleh dah...tapi kak Mala asyik kata "u can do it fuzah..can can.."

Monkey Business

Hasil semangat berpasukan, bersatu padu...inilah hasilnyaaaa.......


kamilahhh juara!!!.....hahahahahaa..padahal hadiah semua sama sajoooo....


Pukul 6 petang lebih selamat sampai di USM...terbaik dan highly recommendation utk semua org datang sini. untuk budak2 pun ada.


Tuesday, December 16, 2014

Salam Melangkah ke Alam Rumahtangga...Nur Aidila Mohd Lokman

Alhamdulillah
Segala Puji bagi Allah

24 Oktober 2014/29 Zulhijjah 1435H...Dila selamat bertukar status sebagai isteri kepada pilihan hati...jodoh dari Allah...

terima kasih sebab sudi jadi teman sebumbung...sedinding...setangga...selama hampir 2 tahun...

ingat kembali.
kami berkenalan sbb bekerja di jabatan dan unit yg sama. masa tu aku belum ada tempat sendiri jadi aku tumpang duduk di tempat Dila sbb Dila kena pergi kursus induksi. jadi tak selalu ada...

aku masih ingat.
senyum pertama masa kami tentang mata. masa aku duduk di tempat dia. sikit pun tak marah...dan kami hanya senyum...
hinggalah kami duduk di unit yg sama...aku yg pilih untuk duduk di situ..panjang pula cerita nanti...tapi pendeknya...di situlah bermula.

walaupun Dila lebih muda drpd aku...tapi dia seorang yg baik hati, matang, sabar, tabah dan kuat.
didikan
pengalaman.
yg membentuk dia pada hari ini.

ketika aku dipindahkan ke Kampus Kejuruteraan. aku bekerja pula dengan ibunya. kemudian apabila aku dipindahkan kembali ke Kampus Induk...takdir menentukan kami akan berkongsi rumah. susah payah. suka duka. hidup berdua. dari dua dunia berbeza.

aku pernah kata pada seorang kawan. teman serumah juga ibarat teman hidup. sbb kita tinggal di rumah yg sama. kalau tidak serasi pasti sangat rugi.

bukan mudah mendapat teman serumah yg baik. memahami. penyayang. ikhlas....cukup sudah mereka di 97-7-6  yg menjadi 'keluarga' aku. tak mungkin dapat diganti. Justeru..untuk mencari lagi...hanya pada Allah aku berserah diri.

segalanya mudah. dipermudahkan. Dila lebih memilih untuk akur. keputusan hal rumah banyak daripada aku. bayaran sewa, bil, pilih & susun atur perabot...namun, kami tetap berbincang bersama...jujur..secara peribadi...sepanjang tinggal bersama Dila...aku belajar dan terus belajar untuk sabar, ikhlas dan qanaah. pelajaran yg mungkin tidak aku dapat sebelum. terima kasih Dila.

pelawaan untuk aku menjadi  pengapit pada hari bahagianya buat aku terharu. siapalah sangat aku ini. tapi aku terima dengan hati berbunga dan terbuka. terima kasih Dila.

banyak kenangan kita bersama.
tandas rosak. sinki tersumbat. dapur bau gas tapi tak bocor pun. kunci pintu rumah. tombol pintu bilik. memasak. bersahur. berbuka...
kita belajar terima seadanya. kita belajar untuk saling sabar dan hormat.

Maaf zahir batin jika ada salah silap.
Maaf zahir batin jika ada luka dan duka sedar atau tidak.
Maafkan segalanya.
Halalkan makan minum sedar atau tidak

setelah segalanya yg kau harungi
setelah seluruh kekuatan & ketabahan yg kau beri
setelah kering air mata tanpa siapa-siapa sedari
untuk sekian kali...
Salam bahagia buatmu sahabat...bersama jodoh yang selama ini dinanti...sampai mati..hingga syurga firdausi.




Kembara : Sarawak

13hb November 2014, Khamis

Ya. Sabah Sarawak memang belum aku jejak. dan dek kerana ajakan yang berkali2 oleh sahabat nan seorang ini...Anum...aku terus tempah tiket flight Air Asia. rancangan pertama nak pergi bersama Bid. tapi kekangan yang tak dapat dielakkan maka diganti dengan kak Farhana.

pagi khamis kami bertolak ke Kuching dari Penang. sengaja aku pilih flight awal pagi supaya dapat spend masa yang panjang. perjalanan hampir 2 jam berjalan lancar. Alhamdulillah.

sebab Anum bekerja. kami dijemput oleh teman sekerjanya, Firdaus ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). sementara tunggu Anum habis kerja di Auditorium, kami sempat melawat Muzium Kucing yang terletak sebelah auditorium DBKU sahaja.

Muzium ini menceritakan segalanya tentang kucing. sejarah bandar Kuching, dan segalanya tentang binatang bernama kucing.


Imigresen...tak sangka kan...tunjuk IC..nanti dia akan bagi satu kertas kecil..kena simpan sebb masa balik kena tunjuk & bagi balik. 
Airport Kuching, Sarawak

Pintu masuk Muzium Kucing...percuma tapi kena bayar untuk smartphone yg ada camera..RM3...kalau tak kena tinggal telefon di kaunter...
Dalam Muzium Kucing

contoh pameran Muzium Kucing...semua pasal kucing

tengahari, kami 'ditinggalkan' oleh Anum di Gua Pari Pari atau Fairy Cave. sebab waktu bekerja dan tengahari, hanya kami berdua yg ada. bayaran seringgit dikenakan dan nama akan diberikan pada pondok jaga di pintu masuk gua. Memang terbaik pengalaman naik gua ni. pertama kali untuk aku. sejuk, nyaman, tenang dannnnn....mengah ok!...hahhahaha...nampak sangat tak ada stamina.


Pintu masuk Fairy Cave

bayaran masuk RM1 saja..kena tulis nama kat pondok kecil sebelah kiri tu...



dalam pukul 4-5, kami pun 'dipungut' oleh Anum. balik rumah dan keluar makan malam. penginapan kami ditanggung...heheheh...tumpang rumah Anum di Bau. waktu malam di sini sunyi...pukul 9 malam kedai banyak dah tutup. kami sempat makan di sebuah kedai. tapi itu pun kamilah pelanggan paling akhir.

Hadi 



14hb November 2014, Jumaat.

Anum cuti. sebb nak bawa kami jalan2...yeaaaaaaa...pagi kami pergi ke Semenggoh Wildlife Centre. ada bayaran tapi aku tak pasti berapa sebab ada orang belanja...heheheh...pukul 9 baru buka. datang sini semata-mata nak tengok orang utan. dan rezeki kami..ada 2 ekor Orang Utan turun makan. bukan senang nak tengok Orang Utan ni sbb dia tak tentu masa datang ke kawasan makan yang disediakan. suara pun tak boleh bising2. sbb tu tiket yang dibeli sah selama sehari. sbb kalau nak datang petang ke boleh sbb Orang Utan ni tak tentu masa.

nampak ke tak nampak tuuu....

taklimat & penerangan


hampir pukul 11 pagi, kami bertolak ke Kampung Budaya di Santubong. hampir sejam lebih juga perjalanan. tiket masuk agak mahal..kami dapat RM50 seorang utk dewasa tapi untuk warga Sarawak ada harga istimewa. kata orang tak lengkap kalau dtg Sarawak tak dtg sini. sbb di sini menghimpunkan semua budaya di Sarawak di sini.
pintu masuk Kampung Budaya





persembahan tarian...terbaik!!
Paling best persembahan tarian. memang terbaik! puas hati. lama juga kami di situ. petang kami bertolak pulang ke Bau. Malam singgah sebentar ke rumah ibu Anum.

surau di kompleks hadapan kampung Budaya


laksa Sarawak...wajib!

15hb November 2014, Sabtu

Anum kerja. anaknya Hadi ditinggalkan kepada kami. arahan minta dihantar ke rumah pengasuhnya tapi sebab kasihan jadi kami bawa Hadi jalan2 bersama kami. pagi2 lagi kami bertolak ke Pasar Serikin. Pasar ini bersempadan dengan Indonesia. ala-ala Padang Besar la juga. macam macam ada di sini. kebanyakan produk Indonesia & Sarawak. dah nama pun sempadan.


pasar basah dalam perjalanan ke Pasar Serikin...singgah sebab nak cari lada hitam mentah kat Norji...


Pasar Serikin

Pasar Serikin


Mee Kolok


dalam tengahari kami bertolak ke Waterfront pula. singgah beli kek lapis, jalan-jalan naik bot penambang. harga RM1.50 seorang.

bot penambang
Hadi makan aiskrim

salah satu kedai terkenal untuk kek lapis...
16hb November 2014, Ahad

Kak Farhana perlu pulang awal sebab ada program di PD. sebelum hantar kak Farhana, kami singgah ke Pasar Satok. makan laksa Sarawak & mee kolok di sini. Beli ikan terubuk masin..singgah lagi sekali di Waterfront beli cenderamata dan hantar kak Farhana pulang ke airport.

sementara tunggu flight aku pula, kami singgah makan dan jalan-jalan di shopping kompleks.

Jumpa lagi Anum dan Hadi kesayangan Ummi...
Musafir ini juga demi sambungan silaturahim
Moga Allah redha